April 13, 2011

Her Dear Diary

 
Masa ari jumaat aku EL tuh, since bdak2 semua dah pi sekolah kan aku amik kesempatan curi2 baca diary kakak tu lagi. Just nak tau perkembangan selanjutnya gitu. Nak tau isi hati dia yg terpendam dilubuk berapi hatinya tu lah kan. Believed me, sejak aku 'termembaca' diary dia ari tu, aku byk muhasabah diri aku sendiri. Kaji yg mana tak elok tu aku tinggalkan. Dan cuba untk tidak cepat naek darah dgn dia. Cuba wujudkan aura2 ion positif yg baik2 jer dgn dia. Cuba untuk menyelami hati dia dalam2. Cuba untuk meletakkan diri aku di tempat dia.



Mmg betul, masa aku baya2 dia pun aku ingat aku pun ada perasaan memberontak tu. Tambah lagi masa tu aku lebih suka maen dgn adik lelaki aku dari tolong wat keje2 kat dapur. Maklum ada 2 kakak yg dah besar. For me pesal nak bersesak kat dapur tu kan. I truly enjoy my teenager time masa tu. Tak kesah pun mak nak marah ke bebel ke hape. Bole pekakkan telinga jer. Bole je aku buat2 tak dengar or lari menyorok kat mana2. Rumah kg mana ada bilik berpintu bagai. Pintu ada tp tutup langsir jer. Sungguh tak sesuai  nak lari bum pintu bilik cam kakak buat skg ni.  Privacy pun takde langsung bole dikatakan. Nak privacy aku panjat jer pokok mangga depan umah or pokok jambu and lepaks jer kat atas tu beberapa jam sambil layan perasaan.  Tak kuasa aku nak menulis diary bagai sbb aku rasa tak selamat dowh. Nanti kakak2 aku baca naya jer.  Masa tu aku tak pernah terpikir apa perasaan mak. Marah2 kalau balik lewat petang, membebel kalau aku hilang sejam dua tanpa dapat dia kesan aku kat mana...

Now terbalik dah. It happens to me as a mother!. Betapa kdang2 sakit tekak membebel..baru la aku ras..baru aku tau apa perasaan mak dulu cam tu gaknya. Gamaknya mmg mak salu jer naek darah exactly cam aku alami sekarang. Insaf tau...ni betul2 what comes around comes to me around.

So, berbalik pada diary dia tu. Aku selak belek satu persatu. Terkesima!. tak ada satu pun rungutan dan luahan hati marah ke geram ke..pada aku..lebih tepat lagi..takde nama MAMA disebut lepas insiden yg terakhir tu. Byk yg dia tulis pasal sekolah, pasal kawan2. Ada gak rungutan pasal the 2 stooges..si amal dgn delin yg mmg selalu mengacau jer kejenya.   Selebihnya luahan hati pasal keletihan dek banyak keje sekolah. Tak pun pasal kawan2 sekolah yg gediks2.  Tapi byk yg kosong. Takde dah luahan rasa marah dan ayat2 yg penuh dgn tanda !!!!!.

Sbb bos minggu ni takde, dapat lah aku sambung balik updates pasal kes membaca diary kakak tu...

Lepas kes aku termembaca tu, aku banyak dah berubah dgn dia. Aku lebih berdiplomasi dan bercakap baik2. Takde lagi marah2..jerit2 ataupun meroyan cam tarzan. Aku cuba kawal diri dan cuba ckp dgn dia baik2 kalau ada benda yg tak betul. Dan kalau yg kuar dari mulut dia ayat2 loyar buruk...aku cuba utk tidak marah lagi. Aku reverse physcology..aku pun loyar buruk balik dgn dia.  Aku pun dah tak bebel2 lagi kalau dia tak tolong sidai kain atau kemas pinggan mangkuk kat dapur. Kalau aku rajin ada mood aku buat. Kalau tak aku biar jer lah. Idaknya menjerit kain2 dan pinggan tu kan.  Aku gak cuba atur masa dan jadual untk basuh kain.  Hari2 yg dia takde Ko KO..aku mintak dia kemaskan salah satu.  Aku mintak tolong dgn cara baik dan paling berhemah. Takde lagi dgn nada2 or tone2 membingit telinga.  Hasilnya aku pun rasa lebih tenang dan rileks gitu.



Aku bercakap2 lembut dgn dia. Cuba dgr apa yg dia nak sampaikan dgn penuh minat dan teliti. Takde lagi sikap acuh tak acuh mcm aku salu buat tu walaupun dalam gaya tak perasan. Pendek kata, segala mala yg dia tak puashati dalam diary tu aku cuba ubah. Dia jugak dah mula nak lepak2 tgk tv, tgk movie sesama kat depan. Kalau tak dia lebih byk masa berkurung dalam bilik jer. Kalau pun dua stooges tu mengacau, mmg dua org tu yg kena dari aku. Aku mmg cuba sedaya upaya untuk berubah 360darjah.  Aku nak dia terima perubahan itu sejajar dgn harapan aku terhadap perubahan sikap dan emosi dia.  Pada pandangan mata kasar aku, dia ni mcm memendam amarah pada aku jer sbb tu lepas pada adik2. Jadik sejak aku tak marah2 ni, dia pun layan adik2 dgn baik walaupun ada kalanya aku leh dengar gak jeritan dia dari bilik dek kerna angkara si amal.

Hasilnya, hampir 2 minggu dah. Hubungan kami baek2 jer. Takde lagi jerit2. Takde lagi marah. Kalau aku nak mintak tolong ke apa dgn dia. Aku ucapkan terima kasih or kdg2 sekadar TQ jer. Kalau aku pesan suh sidai or basuh kaen aku SMS dari off baek2..siap dgn perkataan please..or tolong. Aku jugak pastikan tiap2 28hb dapat gaji aku terus jer bagi jumlah yg dipersetujui dgn dia. Tak de lambat2 lagi mcm selalu. Everything on time. Aku juga lebih kerap bawak anak2 sedara SP datang umah dan keluar sama2. Supaya dia rasa ada kawan. Supaya dia rasa seronok nak bersembang perihal Justin Bieber lah..Bruno mars lah. Dgn aku? Sungguh aku kenal suma2 pujaan remaja skg ni tapi idak la in details mcm meka2 tu. Dan aku gak tak minat pun.  Aku ada cerita dgn anak2 sedara SP perihal dia. Dorang pun macam memahami.  Mgkin kerana kakak anak sulong dia takde kakak or abang tempat mengadu. Which kdang2 mgkin dia perlu tu suma kan. Jadik dgn ada nya dorang dpat tido kat umah sambil layan2 HBO atau VCD sedikit sebanyak dia tak rasa tersisih.  Aku tak salahkan Kakak pun. Mgkin itu normal kot bagi anak sulung. Aku dulu anak no 5, so aku taktau bagaimana rasanya.  Anak sedara SP adalah anak sulong jadik sedikit sebanyak aku kongsi pengalaman dia untuk paham apa sebenarnya kehendak si sulong nih.  Lagipun adik2 masih kecil dan menakal. Tak setara dgn pemikiran dia yg dah nak menuju remaja tu kan.



Aku bagi dia menyuarakan pandangan tentang tmpat makan mana yg dia pilih utk pergi. Suruh dia cadangkan dan tanya isi rumah utk dapat persetujuan majoriti. Kalau majorit to Azura Restoran then we go there..kalau ke KFC, Mc D gitulah sebaliknya. Kalau seblum ni salu ikut choose amal jer, kali ni aku buat peraturan. Tiap kali time gaji setiap org pnye satu peluang utk pilih kat mana dorang nak makan.. No argument . Senang.



Alhamdulillah, semuanya menunjukkan progress positif belaka. Dia pun makin terbuka nak bercerita apa impian dia. Apa yg dia nak beli. Duit elaun yg aku bagi tiap2 bulan tu aku bagi dia kebebasan utk beli apa sahaja asalkan berfaedah. Buku cerita ke novel ke...tu suma atas pandai2 dia. Sbb duit tu hak dia. Upah utk menggosok baju sekolah adik2 dan baju keja aku setiap ujung minggu dan juga upah utk tolong keje2 umah.



Now, aku bole tgk gembira dan seri di muka dia. Kalau dulu manjang mencuka. Masam jer. Dia lebih happy, lebih gembira. Lebih2 lagi kalau ujung minggu tu dapat keluar dan berbebas2 bergerak di mana-mana apalagi kalau ada 2-3 orang anak sedara SP joint sekali. Bertambah2 gelak gumbira dia.



Benarlah kata Kak Anie, anak2 remaja zaman skg ni tak bole guna kekerasan. Kita kena jadikan kawan. Barulah dorang senang nak berbicara dgn kita. Remaja skg ni bukan cam kita dulu2. Api lawanya air. Bukan api lawannya api. Kalu api dgn petrol mmg terbakar hangus kan.



Since dah lama gak aku tak balik kg mak, nanti bila ada masa aku balik aku nak mintak kakak aku kaunseling dia sikit. Supaya dia dapat mengawal sikit emosi dan amarah dia dgn adik2 dia berdua yg sgt nakal tu. Kerap kali aku tgk dia meninggi suara dan menjerit kalau dorang membongkar bilik. Dia masih tak dapat mengawal emo amarah dia lagi. Dan aku mmg ada perancangan nak antar dia ke kem musim cuti sekolah nanti. Supaya dapat membentuk sahsiah diri dia untuk jadik anak sulong yg bersemangat tinggi, berdikari dan bole diharap menjadi contoh dan tauladan.

Delin pun ada kata kat aku, kakak kejut dia baik2 masa nak pegi ngaji. Tak marah2 lagi.  Mmg delin tu kalau dimarah makin dia melawan. Kalau disuruh baek2, puji2 sikit insya Allah dia ok. Maklumlah dia tu dalam kategori istimewa jugak yg temper tantrums tak menentu kan.  Lega aku dgr bila dia pastikan delin mandi, makan seblum pegi mengaji. Dan lepas abis mengaji dia pastikan delin diantar ke baby sitter pulak.  Nampak dah sikap tanggung jwb dia tu. Kalau tak, manjang jer dia akan telefon delin tak mo mandi, tak mo mengaji..tak mo makan... Sejak aku berubah ni, dia pun dah berubah. Mgkin dah less tekanan gaknya, dia pun dah dapat kawal perasaan sendiri. Alhamdulilah. Berhijrah ke arah kebaikan kan.



As for the father, aku tak rasa perlu nak berkongsi rahsia aku baca diary dia tu. Biarlah benda ni aku sorang jer yg tau. Aku still rasa bapak dia masih too typical dalam mendidik anak. Masih suka membandingkan keadaan zaman dulu dan sekarang yg mmg nyata sgt berbeza. Hal2 begini aku rasa biar jer aku yg handle kerana aku rasa lebih berfikiran terbuka dan fleksibel. Hobi membaca aku tu sikit sebanyak dapat membantu aku mendapatkan ilmu dan tips dalam mendidik anak2. Mmg bukan senang nak menjadi ibu bapa akhir zaman ni kan. Dengan segala mala kemudahan, gejala sosial seharusnya kita berusaha mendidik anak2 sebaik mungkin. Moga segala2nya kan jadi baik saja. Insya Allah.



4 comments:

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

rasanya lama saya tak singgah cini..semoga tuan belog dan keluarga sihat walafiat dan dirahmati Allah SWT

Anna said...

Waalaikumsalam..
terima kasih kerna masih sudi singgah...Alhamdulillah tuan blog sekeluarga sihat2 dan baik2 belaka..insya Allah

Irfa said...

salam kenal dr saya..

terkesima baca ttg ini kerana saya juga mengalami situasi yg sama..terbaca diary anak sulung umur 10 tahun.rupa2nya byk bnde dia tak suka tapi dia pendam sbb taknak kecik kan hati saya.huhu..

sekarang sy lebih bertoleransi dan hasilnya..kami macam kawan

Anna said...

Salam perkenalan gak dari saya Irfa, tima kasih singgah..tu lah, saya cuma nak kongsi jer apa yg berlaku dlam kehidupan seharian..sambil meluahkan rasa hati dapat juga kongsi pengalaman kan..Bdak2 skg mmg lebih byk berdiam dan pendam..bkan mcm dulu..tp saya bersyukur sgt sbb dgn membaca diary tu byk beri kesedaran pada saya...Kita ni tak sesempurna mana kan..bila benda2 gini dah berlaku..kita dapat muhasabah diri dan berubah kearah yg lebih baik..hubungan kami pun dah makin ok, saya harap ianya berterusan sampai bila2...thanks again for dropping by..