April 19, 2011

Erti Persahabatan

Dari minggu lepas lagi, sebuah kehidupan ibarat drama yg ditayangkan kat astro Prima. Yg mana aku ni salah sorang pelakon tempelan extra yg mgkin kena bayar RM 50 or so..hahaha..



Mggu lepas, salah sorang rakan FB di Melaka, meluahkan rasa marah, geram, benci dan macam2 lagi kat FB. Sajer2 nak menyibok kan sajer le usik2 nape marah benor?. Niat tu cuma bergurau jer..ceciter..ceciter. Mana tau rakan itew (meh aku namakan Jijan) mula mengisahkan hikayat 1001 malam pada aku yg kemudian membuat aku menyesal tak sudah kerana terbabit secara tak sengaja.



Jijan ni ku kenal melalui sorang teman, sahabat yg dulu sama2 belajar, sama2 duk kat umah bujang. Yg sama2 bersusah payah dari pada 0 sampailah ke tahap sekarang. Biarlah aku namakan dia sbgai Kak N jer. Hampir 20 tahun aku kenal Kak N. Aku sgt tau hati budinya, perilakunya, keluarganya bahkan kami masih lagi berhubungan semenjak kami terpisah sbb Kak N berkahwin. Kak N adalah antara housemate zaman bujang yg mula2 sekali mendirikan umah tangga. Lepas dpat sorang anak dia ikut suami transfer ke Melaka dan bermastautin kat sana sampai la saat ini. Kak N dan Jijan adalah rakan sekerja, sepejabat dia salah sebuah jabatan kerajaan di Melaka. Melalui Kak N jugaklah Jijan add aku as friend kat FB dia. Dan dgn rela hati aku terima dgn hati terbuka. Selalu gak Jijan ni chat2 kat FB. Bahkan banyak kali gak bertelepon, bersms dan sebagainya.



Kalau korang ada baca entry2 aku seblum ni, ada aku tulis pasal si jijan ni. Dia ni agak tomboy gak. Salu kol2 aku kat umah memlam yg kadangkala buat aku rimas dan menaruh suspicious gak. Pernah gak aku suarakan pada Kak N. Tpi kak N cuma kata jijan tu masih single dan mak dah takde. Adik beradik jauh. Dia cuma dok dgn ayah jer. Maybe dia boring. Sbb tu dia salu kol. Aku rasa sangsi gak memula sbb bila aku ckp aku nk jenjalan ke Melaka, dia beria menawarkan diri jadi pemandu pelancong. Langsung buat aku seriau gitu. Aku terpksa bohong sunat dgn dia kata yg last minit aku x jadi ke melaka sbb ada hal. Padahal mmg aku pegi. Dan aku blocked gambar2 aku kat sana dari dia tgk. Sbb aku x mau dia terasa hati. Lgpun aku rasa x wajar aku nak menyusahkan dia jadi pemandu pelancong bagai. Alah, takat melaka..no hal lah. Takkan sesat pnye.



Ok sambung kisah drama swasta kita. Masa jijan kol aku dulu2 dia ada gak citer mende2 yg tak berapa sedap didengar pasal Kak N ni. Dia tnya aku kak N ni camne la bla bla. Aku jawap dgn jujur. Aku kenal Kak N masa dalam keadaan di rumah jer. So hati budi mmg baik. Dia mmg kuat perashia dan tak suka mengata tak kira sapa2 pun dibelakang. Dan kalau dia tanya pasal cara keje Kak N, jujur mmg aku tak tau. Sbb aku tak pernah bekerja dgn dia di satu pejabat apatah lagi tau camne cara keje dia. Jadik jujurnya aku x bole menilai itu suma. Itu jwp aku. Jijan bercerita gak sikit2 kata Kak N ni keje tak berapa bagus lah, berkira lah. Memacam lagi. Tapi aku ni tak pernah pulak nak bercerita balik pada Kak N sbb pada aku itu penilaian masing2 dan aku tak mau mengeruhkan keadaan kerana mereka satu off. Tetapi apa jua yg jijan kondem, kata, or kutuk pasal kak N mmg tidak pernah aku cerita pada kak N hingga saat ini. Sbb itu janji aku pada jijan. dan Janji aku pada diri sendiri bahawa sahabat harus menyimpan rashia sahabat nya dan tak harus menyakiti hati sahabatnya kan?.



Dari tsunami dan kemelut yg berlaku di off mereka tu mmg dah sampai ke tahap teruk. Itu yg jijan cerita. Ramai org tak suka dgn Kak N sbb dia baik dgn pegawai2 besar yg semestinya diibaratkan oleh org bawahan sebagai kaki kipas. Jijan sendiri pernah meluahkan rasa kurang senang pada Kak N sbb ktanya kak N ni kalau ada apa2 acara, majlis atau sukan sekalipun dia mmg selalu menonjolkan diri. Means dia nak kedepan jer. Itu kata Jijan. Kak N ni mmg tak dinafikan sungguh umor 40thn tapi masih cun melecun. Ala2 rojita cek wan tu. Bila dressing matching jer..Baju biru, kasut biru henbag . Mmg dari bujang dulu dia mcm tu. Pandai sgt memilih dan suit jer dgn orgnya yg mmg cantik dan sedap dipandang mata. Oh lupa aku nak kata Kak N ni dulu bekas GF sepupu pada SP aku. Tpi dorang tu takde jodoh. Jadik aku rasa mesti ramai org cemburu padanya kan. Harus lah.



Kak N ni mmg sgt perashia orgnya. Dia tak suka bercerita tentang hal2 peribadi. Since dia tinggal dgn MIL, dia sgt menjaga segala mala. Tak pernah citer or merungut pasal kehidupan di umah MIL yg penuh dgn adik2 ipar yg dah bekeluarga dok satu bumbung. Sbb suami kak N ni anak sulong dan tunggal lelaki jadik dia nak tinggal dgn mak bapak dia sambil bantu bisness santan kelapa keluarga. Suami kak N ni keje kjaan jugak. Kak N ni ada sorang anak lelaki yg cacat, tak bole jalan dan dah berumur 16thn. Manakala anak2 lain 4 org semua perempuan. Jadik aku paham kalaulah Kak N dilabel sebagai selfish dan penting kan diri sendiri kat tempat keje (spt yg jijan kata). Sbb situasi membuat dia jadik begitu. Kalu pun ada dia meluah apa2 tu pun sikit jer, tak pernah memburuk2kan apatah lagi bercerita in detail. Walhal hakikatnya perangai2 adik2 ipar dia tu Allah jer yg tahu. Sbb kak N ni isteri yg taat dia redha telan segalanya demi suami tercnta. Apatah lagi anaknya yg cacat tu bersekolah khas dkat umah MIL dan FIL berulang alik amik dan antar dia.



Pada firasat aku anggapan2 rakan2 sekerja kat tmpat Kak N tu mmg melampau. Melabel org spt mangkuk tandas, penyapu, mop dan sebagainya adalah satu sifat buruk yg aku sendiri tak bole terima. Kalau pun marah sekali pun tak perlu buat gelaran2 buruk sebegitu. Khabarnya mereka2 suma tak puas hati sbb Kak N baek dgn bos. Sapa2 yg bos tak suka akan di transfer ke jab lain. Dan katanya dah ramai yg terkena. Wallahu Alam.



Mlm jumaat lepas Kak N ada sms aku meluahkan hati gundah gulana dia pasal post2 maut yg jijan buat kat FB. Dia rasa jijan tujukan tu suma utk dia dan kawan2 nya. Tapi aku nasihatkan kak ros. Tak perlu rasa risau kalau semua benda tu tak betul. Lantaklah depa. Tapi dalam pada itu Kak N juga harus kaji diri dalam2 mana tau ada benda yg Kak N buat org tak suka dan tak puashati. Kalau tak betul, kita perbetulkan. Itu je nasihat aku padanya sebagai seorang sahabat. Yg memahami rasa sedih dan gundah gulana seorang sahabat yg sgt tertekan.



Hari berikut, Jijan pulak yg kol. Pjg lebar ceritanya. Memacam yg dia cerita. Aku sebgai teman dgr ajer lah. Dalam pada tu, jijan suruh aku nasihatkan kak N utk ubah perangai sbb katanya aku baek dgn kak N, tapi pada masa sama tak mau aku cerita kat kak N yg dia kol aku dan cerita segala mala yg berlaku dalam off. What de???. Berkali2 gak dia telefon...sampai ke satu tahap aku rasa bosan dan tertekan. Sbb dia cuba mengorek apa yg kak N ckp dgn aku. Pada masa sama masih mengulang2 cerita pasal keburukan kawan2 Kak N dan dia sekali.



Lama gak aku berfikir. Aku cerita apa yg berlaku pada pendengar setia aku En SP. Dari mula hingga akhir, pesan SP satu jer...U have known Kak N for so long and u should know her better than other ppl. Ni suma masalah dalaman di tempat keje, u can be the listener, but you x bole jadik hakim untuk menilai sapa salah sapa benar. Allah jer yg tau. Dari situ, aku amik keputusan to stay away dan tak mau masuk campur.



Aku juga dapatkan pandangan Kak Lina (salah sorang x housemate) yg juga kenal Kak N. Bahkan beberapa kali Kak Lina ada ke off kak N di melaka antar order kaen dan jugak keluar makan bersama2 keluarga Kak N termasuk suaminya. Spt SP, Kak lina juga kata benda yg sama. I shouldnt be masuk campur. Lagpun kita know Kak N for so long. We should know her better.



Based on both pendapat, aku antar email to Jijan in FB. Aku kata kat Jijan..aku better tak masuk campur ni masalah dalaman yg aku sendiri tak tau hujung pangkal dan aku tak mau mengeruhkan keadaan lagi. Aku sgt menghormati Kak N sebagai sahabat dan selama bersahabat aku x pernah dgr dia cerita atau komplen pasal org lain kat off dia pada aku termasuk ler pasal jijan...jadik aku rasa, mulai saat ni minta maaf sbb aku x nak lagi mengeruhkan keadaan yg sedia ada. Kak N sahabat yg aku dah kenal sekian lama, jijan pun aku anggap kawan tpi belum sampai ke tahap sahabat sbb aku x tau hati budi jijan cam aku kenal hati budi kak N kan??. Maafkan aku kalau aku menyinggung hati dan perasaan tapi pada aku x adil utk aku masuk dalam kemelut dalaman yg terjadi diluar kemampuan pengetahuan dan tak tercapai dek akalku akan suma ni..



Jijan jwp ok..takde apa2..I ok jer...BUT suprisingly, dia removekan aku dari FB list dia bila aku masuk FB pg ni.. ada ker aku kesaaaah???





Yg kak N gak, aku antar msj yg sama. Aku takmau tau atau amik tau perihal dalaman di off dia. Pada aku Kak N tetap sorang sahabat yg sgt baik hati dan budi pekerti, aku sgt beruntung pnye sahabat mcm dia dan aku sgt menghargainya dan tak mau benda2 begini menjadi punca persahabatan renggang atau putus. Sekali lagi aku nasihat benda yg sama..bahwasanya, kita x bole nak memuaskan hati semua org. Bersihkan hati kita, jiwa kita. Keje dgn jujur dan ikhlas sbb kita mencari rezeki yg penuh keberkatan utk keluarga dan anak2 kita. Insya Allah.



Kak N balas msj aku dgn ucapan terima kasih kerana menjadi seorang sahabat yg sgt memahami. Menurut kak N, dia skg memikul tanggung jwab besar utk menjadi PA pada bossnya dan byk benda dia terpaksa diam diri. Kerana dia memegang amanah dari Boss dia utk menyimpan segala maklumat dan rashia jabatan sebaik yg mgkin....Dan dia kata, dia akan telan segala cabaran dan kepahitan ini sebgai cabaran dan dugaan dari Allah....insya Allah.





Entah kenapa, aku rasa sgt lega dan relieved dgn jawapan dari Kak N. Aku rasa tak kesah dan rugi pun bila jijan remove aku dari FB listnya. Pada aku, keikhlasan tu penting dalam berkawan, dalam bersahabat. Yg pasti, kejujuran dan kebersihan hati tu adalah kunci bagi segala2nya. Aku tak rugi apa pun hilang seorang kwn yg taktau menilai keikhlasan aku. Bahkan aku berasa sgt bangga kerana hari ni buat kesekian kalinya, aku masih lagi berdiri sebagai seorang sahabat sejati yg masih berdiri teguh mempertahankan sebuah PERSAHABATAN.


Hasil nukilan seorang teman. Mutiara kata mengenai persahabatan.



Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat

dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat



Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan

Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir

Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal

Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin



Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan



Sahabat yang paling baik adalah

Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan



Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar

Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri



Bergaullah dengan manusia sebaiknya

Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi

Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu



Yang indah itu pertemuan

Yang manis itu kemesraan

Yang pahit itu perpisahan

Yang tinggal hanyalah kenangan






2 comments:

aNIe said...

Anna... apa yang anna lakukan adalah satu tindakan yang bijak.. Seorang sahabat yg boleh bersahabat dengan kita begitu lama sukar dicari... tapi seorang kawan.. kita boleh cari di mana2...

Hehehe... yelah kan... ada aku kesah? Lantaklah nak buat apa pun... yang penting anna tak terbabit...

Anna said...

Indeed kak Anie..saya rasa x rugi langsung hilang kawan yg sebegitu..persahabatan kami terjalin dah hampir 20 thn..mana mgkin saya berpaling tadah mengkhianati dia....