April 20, 2011

Erti Persahabatan II


Petang semlam, sebelum aku balik aku kol Kak N jap kat Melaka.  Mcm biasa sore kak N yg lemah lembut tu berbicara perlahan.  Tujuan aku kol dia hanya lah  nak beritau bahawa jijan dah removekan aku dari fesbok friend list dia. Dan aku nak cakap terus terang jer dgn Kak N apa yg aku rasa.  Kak N ckp dgn aku, lepas dia baca email aku smlm dia menangis. Menangis sbb sedih dan juga gembira.  Sedih sebab org yg selama ini dia anggap kawan rapat sanggup menikam dia dari belakang sebegitu rupa. Dan gembira pnya sahabat mcm aku yg tak mudah tergugat dan terpedaya dek angkara org2 yg mmg dengki dgnnya.

Selama ni aku pun ada pernah cite kat kak N yg jijan salu kol aku malam2. Kadang ari minggu just nak borak2 dan citer2 pasal kak N.  Selalunya mcm aku kata, mlam dan ari cuti aku jarang nak entertain panggilan2 yg tak penting.  Selain dari panggilan ahli keluarga, hal2 keje, bos atau dari rakan sepejabat mmg jarang lah aku nak jwp. Kwn2 rapat pun mmg tau sangat peel aku. Dorang salu sms jer. Mmg aku malas tau nak layan panggilan2 tak penting apalagi time2 baru sampai umah dari off. Tak kuasa Nyah.  Laenla kalau panggilan penting kan. Ni setakat kol nak ngumpat, mintak maaf chek tak kosser.

Kak N kata, dia pun pelik sbb ada gak dia tnya jijan ada tak kol aku? Jijan kata takde. Dan tak pernah kol pun. Moskel kan. Kalau betul ko jujur pesal tak ckap yg benar jer?. Aku cakap betul2 jer cuma of course la butir2 tu takle kita citer pun. Mcm aku kata mmg aku moskel kalau si jijan asyik kol jer sbb dia tu ala2 tomboy. Mak takut nyah!!. hahaha.

Dan semalam, setelah sekian lama aku simpan dan pendam segala mala yg jijan pernah ckp dan citer dgn aku aku cakap terus jer dgn Kak N.  Dalam hela menarik nafas  panjang, Kak N kata dia tak terkejut. Sbb dia pun ada byk dgr cerita yg sama dikalangan rakan2 sekerja tpi dia cuma amik pendekatan mendiamkan diri.  Pernah sekali katanya, seorang PA Ketua Pengarah baru masuk, si jijan siap2 pesan dan warning kat minah tu supaya tak berkawan dgn Kak N. Bermacam2 lagi cerita tak elok pasal Kak N dia ckp kat bdak baru tu.  Tp budak baru tu pun mujur lah bijak. Dia dgr jer apa citer2 tu suma at the same time dia still berkawan dgn Kak N.  Tak sampai sebulan bdak tu sendiri cerita kat Kak N dan pecah rashia bahawa jijan dan menikam kak N dari belakang. Budak baru tu kata, dia rasa pelik sbb selama dia dgn kak N, Kak N tak pernah pulak cerita apa2 pun yg tak baik pasal rakan sekerja yg lain. Dari itu dia sendiri menilai hati budi kak N. Nah, sinonim bukan?.  Benda2 yg x baik tu lambat laun akan terbongkar jugak.  Selama ini pun kak N cuma berdiam diri jer, amik pendekatan tunggu dan lihat. Baginya selagi tak mencederakan fizikal dia akan diam jer.  Gitu lah Kak N yg aku kenal.  Dulu2 pun kalau ada benda dia tak suka dan berkenan dia diam jer. Namun nak bersuara payah sekali. Kerana tu lah dia seorang yg reserved dan very secretive

Perbulan kami berlangsung hampir setengah jam. Masing2 rasa lega dan bersyukur kerana Allah dah tunjukkan bukti tentang sapa yg salah dan sapa yg benar. Banyak lagi lah cerita2 kat pejabat yg kak N ceritakan dan aku dgr jer.  Sambil2 sembang tu aku masuk kat FB dan try2 carik2 lagi si jijan.  Memula pagi tu ada..tp ptg tu dah completely takde. Gamaknya dia malu dgn aku or apa..dia terus blocked aku dari dpt tgk profile dia.  Mcm lah aku heran sgt kan.

Pagi ni aku dapat email dari Kak N. Katanya, semua konco2 yg dok kecoh2 kat FB pasal masalah dalaman kat pejabat tu dah kepanasan. Sbb Ketua Pengarah suruh IT dorang cek sapa2 yg ada akaun FB kat situ dan check setiap satu ayat yg dorang tulis kat profile tu. Yg merujuk kepada individu or bos or supervisor di pejabat sama.  Khabarnya dah jadi masalah paling serius sbb mereka menyalahgunakan FB untuk mengutuk dan menghina rakan sekerja lain yg dorang rasa satu aktiviti tidak sihat yg akan menggugat keharmonian di pejabat. Lebih2 lagi mereka itu di salah sebuah pejabat kerajaan yg besar dan terkenal di sana.  Kata kak N semasa arahan itu dikeluarkan adalah dalam mesyuarat pagi semlam. Jadi ada konco2 yg terlibat dalam meeting tu menggelabah giler dok pesan kat suma geng2 utk delete suma akaun2 FB yg ada ayat2 tak sepertinya itu.  Mmg dorang dah delete suma. Tapi kata Kak N IT dah berjaya dapat semuanya sekali dan print benda2 tu utk dijadikan bukti sebelum tindakan tatatertib diambil.  Hah, dalam dunia ni, jgn berani nak menganiaya atau membuat kacau ye. Selain menghina dan memfitnah kta gak harus jaga tata bicara terutama mereka2 yg nyata dan jelas berkhidmat utk kerajaan.  Paid in cash tau.  Balasan Allah datang tanpa di duga. Jangan ingat kita akan selalu  bole escape yg kawan2.

Sebb itu dalam hidup kita ni, jangn suka aniaya atau memfitnah org. Allah tak suka kerana fitnah itu lebih dashyat dari membunuh. Kalau pun ada benda tak puashati, tak perlu mem propagandakan pulak kat dalam facebook dan ajak2 pulak rakan sekerja beramai2 kutuk rakan yg lain.  Bukankah kita dilarang memperkata atau mengata org lain tak kira benda tu betul apatah lagi kalau benda itu tak betul langsung bukan?.Ini lah akibatnya bila kemudahan maya disalah gunakan. Daripada bole berfb langsung kena blocked completely.  Kemudahan org dah beri, tp tak mensyukurinya pulak. Lantas terimalah akibatnya kan.

Hidup kita ni harus bersandarkan kejujuran dan keikhlasan. Terutama dalam berkawan.  Jangan lah ada yg suka menikam dari belakang hanya kerana cemburu akan org lain. Cemburu akan kecantikkanya, kepopularnya.  Diri sendiri harus fikir kenapa org suka dia. Kenapa org tak suka aku. Ukur baju dibadan sendiri dan cermin diri sendiri dulu. Kalau rasa diri itu ada kekurangan disegi fizikal itu bukan kehendak kita kan. Kita terima diri kita, kwan2 kita seadanya. Tak perlu rasa iri hati, dengki atau apapun. Yg penting hati mau suci...

So, tamat dah drama sebabak kehidupan.  Semua yg berlaku ada sebab yg hanya Allah jer yg mengetahui. For me aku bersyukur kerana dari kejadian ni aku dapat mengukur sejauh mana ikhlas nya hati sesorang itu dalam berkawan dan bersahabat.  Yg pasti, natijah peristiwa ni akan sentiasa jadik ingatan buat aku buat kak N.  Bahawasanya, kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan itu sgt penting.  Justeru, tak kira apa jugak rintangan yg mendatang persahabatan tu tak kan tergugat sedikit pun. Bahkan semakin mengeratkannya lagi..Insya Allah.

2 comments:

aNIe said...

Anna.. arwah ibu akak selalu pesan...'biar orang buat kita.. kita jgn buat orang...biarlah..ALLAH itu ade...'

Anna said...

betul tu Kak..saya pun selalu amalkan tu...tak guna kita jadik spt mereka...biarkan jer