March 21, 2011

Hari Santai sedunia

Lepas balik dinner tuh, aku pack kan SP segala baju, seluar dan apa2 yg patut dia bawak ke team building camp tuh.  Senang nya jadi suami kan. Ckp jer apa aktiviti, berapa hari. Pandailah isteri mithali ni nak pack gitu.  Baju tshirt, tracksuit, suar luar dan dalam, stokin, kasut sniker, selipar dan segala mala toliteries. Complete tu dgn sejadah, kaen pelikat lagi.  Dah siap pack2 tu, letak kat luar berserta baju n tracksuit yg nak dipakai.  Since theme for saturday is black suite. Baju dgn topi company bagi kan.

Seawal 5.30am aku dah bangun dan kejut SP.  Dorang nak kena naek bas at office by 7am, SP pulak nak tumpang offmate dia, Bond.  Tpi since nak tumpang org kan kenala tunggu dia kat jalan yg dia lalu.  For that, kul 6am aku ditemani Amal antar SP kat Rawang town. Dropped dia kat masjid for solat subuh and aku off balik umah.  Knon nak tido balik ler, tpi harapan tinggal harapan. Tak mo tido pulak. Pelagi layan ler astro sementara tunggu siang. 

Since SP takde, aku leh leisure2 sikit.  Cuaca pun agak mendung seharian.  Pagi2 kuar kejap dgn amal beli suratkhabar dan nasik lemak.  Aku malas nak masak, tpi ada plan nak buat lontong and kuah kacang. Pagi2 dah masak nasik impit kat rice cooker. Lepas mandi, sidai kain apa yg patut aku tido kejap.  Budak2 bising amat.  Dan since SP takde, dorang mmg bebas je. Apa tak, dgn aku dorang mcm tak heran. Jeritlah cam tarzan pun suh mandi dorang dgr tak dgr jer. Belum lagi aktiviti bersepah dorang tu. Kalau dgn Ayah, sekali ckp jer suma terus buat. Mmg tau. 

Aku ingat since SP sebok dgn acara outdoor dan memacam, dia takkan ada masa telefon.  Sorry, ternyata aku salah. Sungguh aku tak sangka dan harap dia akan kol tp dia kol jugak. Masa aku tgh sbok masak, dia tgh break lunch sempat juga dia telefon sekadar nak tnya buat apa.  Dan petang tu dia telefon lagi sekadar nak bercakap dgn bdak2 dan mak budak semestinya, walaupun sekadar nak citer nak makan..bla bla bla...

Dari lepas bf, layan marathon CSI lah, Blue Blood lah..ntah hape2 citer lagi sampai lebam. Bdak2 tak kacau sbb dorang sbok layan hantu kak limah, khurafat dan hape2 CD lagi kat bilik. Mama bole bersantai dgn tenang layan suma2 cite yg termissed mggu lepas. Aman dan tenteram gitew.

Tengahari sikit aku wat lah kuah lontong and kuah kacang. Itulah yg dorang dan aku makan sampai petang.  Tapi perut mmg selalu nak makan nasik jugak, petang tu perut dah meragam. Mcm tak sedap jer.  Tak boleh jadi, mula2 aku plan nak masak, tp pikir pnye pikir karang watnya membazir jer takguna. Asyik buang nasik jer kan.  So, kul 6 lebih tu aku kuar kejap dgn delin pi tapau nasikgoreng ayam kat area2 taman bayu tuh.

Citer malam minggu pun macam hape jer.  HBO yg dok ulang berkali2 movie buat boring jer.  Last2 tido awal jer gayanya.  The next day, Ahad mmg lari dari kebiasaan. Kalau Ayah ada sabtu ahad tak sah kalau tak mengeteh sarapan pagi kat kedai. Mmg jadi routine dan kemestian gitu. Maklumlah sabtu ahad jer ada masa nak layan dorang kan. Hari2 biasa sebok dgn keje, kalau ari sekolah sibuk dgn sekolah.  Tp since smlm ayah takde, aku malas nak kuar jauh2. Malas nak drive and carik parking kat pasar yg mmg selalu susah nak park keta tu. Pendek kata malas dowh..  Jadi aku kuar pi kedai kat area umah beli paper, pastu balik umah buat breakfast.  Goreng cokodok bawang and kentang utk bdak2. Ok lah tu cukup buat alas perut kan.

Layan suratkhabar sampai abis then baru masak. Masak sempoi2 jer. Ikan kembung masak sambal, sayur kobis dan sambal sotong. Mlas nak buat lelain tu.  Siap masak, layan lagi CSI yg masih ada belum tgk. Marathon jugak lah.  Abis suma yg termissed tu dah complete gitu.  Tghari sikit, SP kol lagi bagtau dorang akan leaving janda baik at 3.30pm.  Kebetulan pulak ujan lebat dan petir semalam.  Nk tgk tv pun takut2 gitu. Ada takde aku paksa suma bdak2 tu tido sampai kul 5ptg.

Kul 6 ptg kami kuar ke pekan nak amik SP.   Banyak jugak hadiah SP bawak. Antaranya toaster (bgus gitu, sbb toaster kat umah dah jahanam), speaker. Pastu the best part, dorang pnye team menang no 1 untuk persembahan bangau oh bangau tuh..wah menang hadiah besar katanya. Tapi belum dapat hadiah tu lagi.  Disamping hamper ada lagi benda2 lain yg aku pun tatau apa.

Ni le gambar persembahan dorang tu. Props yg kreatif jadi punca kemenangan..sbb dorang buat props suma dgn bahan2 tak guna gitu..



Bangau yg kurus buat aksi.  Aku tolong buat topi yg kepala bangau pakai tu. Nak pulak bangau tu pandai buat aksi..


Ni le team Maintenance Unit yg menjadi juara masa teambuilding tu..Siap ada anakonda gitu...

Hujan lebat turun dari petang sampai malam.  Since dah nak bukak sekolah balik, mmg sbok lah kakak mengosok baju, susun jadual adik2nya. Dan mcm biasa, my leisure day dah berakhir dgn berakhirnya cuti sekolah.  Bermula lah semula rushing day and looking forward for the next weeknd dgn aktiviti yg lain pulak...what a day.

3 comments:

aNIe said...

Salam anna...hmmm..seronok sesekali dpt bersantai2 dan bermalas2 di rumah ye...

Anna said...

ya kak Anie..bukan salu dapat santai2 gitu..lau bos besar ada rumah lagi la..tak leh skip langsung masak tu..

dyea irdina said...

anna dyea mai melawat.......hehehhe