March 24, 2011

Hanya kerana Nama..

Dua malam lepas, Amal ada bawak balik satu borang. Base ler dorang kat sekolah la ni rajin sgt jual memacam tau. Pass borang memacam. Konon2 siap tulis kat situ "TIADA PAKSAAN" siap bold kan lagi tu. Kalau benda2 tu penting untuk dorang pnye persekolahan, I dont mind. Ni kekadang jual pen magic lah, buku citer doraremonlah, Ben 10 lah dan ntah hape2 lagi. Salu kalau benda2 gitu, jarang lah kami setuju nak beli pun. Selain dari membazir duit yg biasanya RM10 aku rasa benda2 tu kat luar pun leh beli belambak jer. Ni tak buat promo kat sekolah. Kalau bdak2 jah satu or dua for sure salu tertarik dgn gambar2 ke hape dan2 jer nak balik.



Mujurlah Amal ni akal mcm org tua sikit. Jarang lah dia merengek nak mntak duit ke apa. Selalunya dia ckp jer tapi dia akan siap bgtau dia x mo pun. Baguslah tu. So, sama kes mcm dua malam lepas tu. Borang mengorder CD kisah2 nabi. Reganya RM10 jer. Since Ayah bgtau dia tak payahlah, buku2 cerita kisah nabi kan dah ada. Aku x leh tergambar camne gaknya kisah nabi di perform in CD yek?. Rupa nabi? Wallhua alam. Dia pun ok jer. No further request.



The next day, dalam tghari kot aku dapat panggilan telefon dari Kak Ida. Kak Ida ni aku kenal melalui kawan2 kat FB. So happen dia tinggal kat area2 taman perumahan aku gak. Dan so happen anak dia sekelas pulak dgn anakku -Amal. Nama pun ada iras2 gitu. Nama anak aku Muhammad Ekhmal Hakeemy tapi kami dok panggil Amal jer, manakala nama anak dia Muhammad Rafiq Iqmal di panggil plak Iqmal. Harus dekat2 gitu kan. Kak Ida tnya ada tak aku bg duit kat Amal wat beli CD tu. Aku pun katalah takde. Since dia kata si Rafiq Iqmal mintak rm10 pg tu wat beli CD lau tak dia xmo g sekolah, jadik dia bagi jugaklah. Masa balik sek agama tu anak dia kol bagi tau yg anak aku si Ekhmal Hakeemy sudah 'terambik' akan CD dia tu. Entah camne kot gaknya ada kekeliruan pada nama ustad dah bagi kat anak aku instead of anak dia. Aku pun katalah, nanti balik aku tnya. Kalau ada nanti aku suh Ekhmal bagi balik kat anak dia.



Masa balik sekolah semalam, aku tanyalah si Amal. One thing Amal kalau benda tu dia tak buat, dia punya tonasi sore ada tinggi sikit. Beria2 dia mengatakan dia tak ambik. So fine, malas aku nak provoke org penat baru balik sekolah kan. Lepas dinner tu dah cool skit aku pun korek lah citer. Aku citer mak si Rafiq tu kol citer gitu gini. Menurut Amal, dia tak nampak pun Rafiq beli CD tu. Dan dia kata Rafiq cuma bawak duit singit2 jer. Tk de pun duit sepuluh ringgit. Biasalah bdak2 citer kadang over excited aku pulak yg keliru. Tapi amal mmg ada mentioned yg sorang bdak lagi nama Aiman Ikmal (berapa banyak Ikmal daa dalam satu kelas?) yg terkenal dgn nakal ada amik CD org. Tp dia kata x tau pulak CD sapa. Aku benarnya nak tepon kak Ida malam tu bgtau tp no hp dia aku tertinggal lak kat off. Yg ada no off dia jer pulak. Tak pe, aku plan esok pg aku kol balik.



So pagi berikutnya, aku sms lah kak Ida bgtau yg amal takde pun 'terambik' CD tu. Sbb aku tnya dan cek2 gak beg dia mmg takde. Aku kata dia cuma ckp tak pasti Rafiq ada beli kat tak. Full stop.





Lama tu, baru kak Ida kol aku balik. Alkisahnya, bukan lah Ekhmal Hakeemy yg amik CD tu, tapi Si Aiman Ikmal tu haa. Ish ish. Katanya Aiman tu kata nak pinjam tapi takmo pulang balik. Jadik pagi tu kak Freida jumpa bdak tu kat kantin and mintak balik kat bdak tu. Haii...aku pun nak tergelak. Ya lah, aku pun suspen gak kot2 Amal yg amik kan?. Mana lah tau bdak2. Tapi Alhamdulillah, tak. Berkali2 kak Ida mintak maaf sbb anak nya tersalah sebut pulak nama anak ku tu. Yg aku tau, Amal mmg salu citer dan sebut nama2 kawan2 dia. Dan aku tau mmg dia dgn Rafiq Iqmal mmg baek dan kamceng. Siap share2 bekal gitu takkan lah dia amik. Knowing Amal, dia mmg tak kan simply amik org pnye barang. Kat rumah pun gitu, kalau apa2 biasa dia akan mintak izin dulu, hatta nak pinjam hp aku wat maen game pun mintak permission dulu kan.



Mendengar penjelasan kak Ida lega hati aku. At least bukan anakku si Ekhmal yg dia maksudkan. Berapa ramai sgt daa org suka nama Ekhmal gitu kan.

2 comments:

SyuQ said...

budak-budak... biasanya bicaranya jujur dan telus...

Anna said...

Betul tu..cuma dorang tu salu keliru..dgn nama, dgn citer...tu yg cuak gak memula tu. Alhamdulillah bukan dia rupanya.