November 9, 2010

Cuti-Cuti Malaysia

Akhirnya, kami bertolak jugak ke Melaka Jumaat lepas.  Mlm seblum tu X housemate aku ada SMS tanya jadik ke tak aku ke Melaka. Aku jwp x jadi.  Aku terpaksa bohong sunat kat dia yg aku balik kg Johor. Melawat sedara sakit. Untuk tidak menyakitkan hati mana2 pihak.  Pagi2 kami bertolak ke Ayer Keroh dulu. 

Mula2 pegi Taman Rama2.  Entrance yg aku rasa mahal sbb tak banyak mana pun tmpat leh jenjaln dalam tu. Tp sbb nak buang masa org kata.  Lepas tu kami pi Taman Botanikal. Yang ni mmg best. Sbbnya kita leh sewa buggy and drift kat lam hutan tu.  Kenalah bwk pelan2 untuk menikmati keindahan alam ok..Ada laman cerita di mana ada kisah arnab dan kura2.  Ada replika arnab dan kura2 di reka kat situ. Ada jugak tembikar dan gagak...kisah kita kanak2 zaman dulu..lihat sajer gambar dorang kat sana....seronok!

Lepas tu kami off ke hotel Emperor. Lepas check in and mandi, kunun nak kuar carik makan tghari yg masa tu dah kul 3 lebih.  Nasib baik sarapan pagi berat dgn nasiklemak.  Melilau pusing bandar melaka carik tempat makan. Samada bukak tpi lauk abis or tak bukak langsung or kedai cina jer byk manjang.  Mujur aku tepon kawan aku si Zas tanyakan dia mana nak makan. Zas kata kat Mahkota parade.  So off kami ke sana, jammed tp nasib baik ada parking. Lepas makan, bungkus apa yg patut balik hotel semula.

Lepas asar terus off ke kolam. Kat situ aku jumpalah Zas dgn family dia. Termasuk mak dan adik dia serta anak2 sedaranya.  Tak lama mandi sbb kolam tu kat tingkat 7, dgn air yg sejuk dan angin yg kuat..beku weh.


Malam, lepas Maghrib kami bertolak ke bandar hilir. Konon nak berjalan2 ke jonker street. Ceh kalau aku tau gitu ropanya jonker street, tak ingin aku nak gi. Tpi memandangkan dgr org citer so nak mengalami, pi la sendiri kan.  Parking satu hal. Dekat satu jam pusing2 tak dpat. At last dapat parking kat depan Balai polis melaka tengah which aku rasa ada dekat 3 km ke Jonker street. Menapak beb.  Jalan punya jalan kat jonker yg packed cam org giler dgn penuh org singapore aku rasa. Sbb hotel suma penuh dgn dorang, bandar melaka keta dgn plat singapore pun penuh.  Sampai ujung kami berjalan. Byk gak $$$ aku terbang. maklumah bawak anak2. mcm2 dorang nak.  Aku terserempak dgn Zas jugak masa kat sana.  Si Delin sibuk nak berdukung..natijahnya ayah terpaksa dukung.  Ada jugak terserempak officemate SP kat jonker street. Ramainya manusia sampai bersesak2 giler.Seksa. 

Kami jalan sampai ujung and make u turn kat jalan2 kedai.  Kedai2 kat Melaka tak byk kaki lima cam kat KL so jarak kereta dgn kita teramatlah dekatnya.  Jalan pnye jalan...pnye jalan..akhirnya niat nak naik beca terbatal..bila kami sampai kat tmpat kami parking kereta!.  Aku rasa mlm tu kami dah jalan almost 9-10 km.  Sakit kaki, penat badan2..balik hotel terus pengsan.

The next day, mmg tabiat kami sekeluarga bangun awal dan pi sarapan awal.  Aku rasa better sbb kalau lewat for sure org ramai. dan mesti tak ada tmpat.  So se awal kul 7.30am kami dah terpacak kat cafe.  Nasib mmg baik sbb dua bdak kecik x kena bayar cuma kakak jer aku tmbah RM10.  Mgkin dia ingt kakak masih 12 tahun kot!.  Konon lepas BF dorang nak mandi kolam lagik. Tp ttba kami tukar plan. Nak jalan2 ke bandar hilir, nak naik beca..nak naik river cruise.  So dalam kul 8.30am kami dah check out and terus pi bandar hilir.  Sempat jugak aku jumpe Kakak kepada kwn aku untuk amik barang yg dikirim kat bandar hilir. Kami bawak anak2 naek kapal yg warna hitam tu (tak tau lak aku apa namanya).  Lepas tu melawat muzium imigresen dan naik bot menyusuri sungai Melaka.  Satu pengalaman yg sungguh  menyeronokkan bukan jer bagi aku tp anak2. Mereka teruja. Sepanjang sungai tu ditunjukkan rumah2 perkampungan Morten. Byk lagi hiasan, dan lukisan menarik sepanjang sungai. Perjalanan 45min sgt berbaloi dgn RM10 seorang untk dewasa dan RM5 untuk kanak2.

Lepas abis meredah sungai, kami menaiki 2 beca untuk mengelilingi bandar hilir.  Mmg satu pengalaman yg amat seronok buat anak2 sbb mereka sgt teruja.  Lepas abis berbeca kami makan tghari di foodcourt bandar hilir sambil beli tshirt dan sedikit cenderamata kat situ.. Lepas tu kami off ke Pantai Klebang.  Menyusuri kg2, sampai ke Tg Bidara dan keluar di PD.  Last minit pnye plan, kami singgah kat PD. Sempat lah dorang mandi laut sejam dua kat sana. As for me, aku dok jer tepi pantai menikmati angin sepoi.

Lepas kul 5 ptg kami teruskan perjalanan pulang.   Menjelang senja dah sampai kat rumah. Satu percutian yg sgt menyeronokkan sbb byk tempat dapat pegi dan dilawat. Anak2 suma  merasa seronok dan puas dan mau kembali semula ke melaka di lain kali. Insya Allah.

Hari Ahad pulak, hujan sepanjang hari.  Mmg byk kain baju yg mmg dicuci tp kerana cuaca hujan byk kain yg x kering.  Hari Ahad hari tuk kami berehat dan lepak melepaskan penat bercuti 2hari 1 malam di Melaka.......Memandangkan bulan Dec nanti masih ada majlis kenduri sepupu, kami tidak bercadang nak bercuti2 lagi.  Lagpun sekolah dah nak buka, byk persiapan kena buat. Lagi2 sbb Amal akan masuk darjah satu tahun dpan.  Mgkin setakat day trip ke Bagan lalang dan menikmati seafood di pertengahan Dec nanti., Insya Allah.



No comments: