July 5, 2010

Addeelyn

Sabtu lepas, aku pi ke learning centre untk kanak2 istimewa kat country homes tu. Mula2 aku mcm berbelah bagi nak pg tp sbb dah buat appointment aku gagahkan jua. Apptmnt pukul 10 am tu on time. Aku bwk delin jer manakala SP dgn anak2 yg lain tunggu kat kedai mamak berhampiran tempat tu. Mmg dekat sgt dgn rumah tp still memerlukan kenderaan nak pi..jauh. Aku berpeluang jumpe dgn owner centre tuh. Seorang wanita ku kira berbangsa benggali or india..(putih kulit tak melambangkan cik ke...). Dia buat assment utk delin jugak and stat bercerita pasal dyslexia bla bla bla...rupanya mmg dia pun salah seorang pengidap dyslexia dan katanya anak nya juga ada masalah yg sama.
Sungguh menyakinkan apa yg di katakan..cuma aku agak kurang senang bila dia mula mengatakan yg delin di kategori teruk..??? ( bkan delin tak tau langsung huruf?, cuma dia lambat) mcm2 yg dia ckapkan mengenai kebagusan program dia dan dalam pada itu sempat dia mengecam Persatuan Dyslexia (not a good sign to me!) tentang program dan cara dorang mengendalikan bdak begini. Seblum dia bercerita panjang lebar, hati aku tergerak nak tanya the RM costing (ye lah, mesti lah nak tau kan, ko asyik do citer kebagusan program ko, siap dgn cambridge exam bla bla bla)..dussssssssssh terkesima aku. RM700/month class 8.30-12.30pm setiap hari. Well, honestly aku kata kat dia, the cost is a big burden to us dah. Dia pun stat tnya aku keje apa, SP keje apa...dia ingt mentang2 aku keje oil n gas aku dpat income RM10 k sebulan?? dan yg paling aku kurang gemar, dia kata akan drop terus bahasa malaysia. Apa barang??? anak aku seorang melayu, berbangsa melayu kalu bahasa malaysia dah drop apa lak pulak jadiknya.
Byk benda lah yg di tunjuk pasal the centre, cuma aku masa tu belum bole buat decision, borang yg dia bg tu aku tak isi, aku ckp kat dia aku kena balik umah bincang dgn SP dulu. Well, dia bole kata, kalau hsband tak setuju aku sendiri kena buat keputusan demi masa depan anak aku bla bla bla..kalau cost is a burden dia kata akan work out something. Mgkin kelas half a week bla bla bla...pada aku, setiap org berhak di berikan peluang untk buat keputusan kan. Siapa taknak anak dia berjaya mcm kanak2 normal yg lain untuk 3 M..tp cost, transport and byk other circumstances aku kena fikir!. Aku cuma kata dgn dia, let me go back and have further discussion dgn SP dulu then aku buat decision...ada ka dia tnya aku nak amik uniform for delin tak?..what the f***?, aku belum pun decide adaka nak offer cam tu?. Lgpun aku mmg kurang senang dgn cara dia mengkondem org lain. Kondem sek keb, kondem sek kerajaan yg buat dyslexia..tak bagus, kalau dah dasar kel**** aku rasa mmg suma pun mcm tu.
Lepas dah sudah (aku yg mengusahkan cepat2) lgpun SP dah sms aku lama lagi ke??....lepas balik ke kedai mamak tu, aku cerita sikit2 pasal tu kat SP. Mmg aku akui kalau kos RM700/sebulan sememangnya tak mampu...SP ada cadangkan antar jer delin ke persatuan dyslexia kat titiwangsa tu dgn RM450/sebulan selama 3 bulan sahaja....kalau kat learning centre tu kena antar sampai umur dia 12 tahun!!!...
Aku belum buat final decision pun lagi..tpi 50/50 mmg ada rasa nak antar delin ke sana for part time....tp aku masih dilemma. Hari ni bila aku bicara dgn seorang teman, aku fikir kembali. Kata temanku itu, fikirkan kemampuan kita, beban kita. Lgpun ada sekolah kerajaan yg menawarkan program mcm tu. Dgn percuma. Mmg lambat sikit tp aku harus consider, kesan2 jangka panjang yg terutama akan melibatkan masa tenaga, dan $$$$. Sekiranya aku nak antar ke centre tu for part time with maybe cost aroung RM350/month, aku harus fikir, camne delin nak balik, nak salin baju and then sapa yg nak kutip dia, antar dia.............kalau aku hantar ke sekolah kerajaan..terletak kat tasek puteri (mmg khusus untk bdak2 mcm dia) maybe aku kena fikir kos transport jer say aroung rm 100/sebulan. Kos pembelajaran percuma, tpi still delin jugak akan belajar tp berlajar mengikut teknik untk bdak2 dyslexia. Walau apapun, mmg aku mahu delin yg terbaik at least mengusai 3 M..tapi aku juga harus amik kira hal2 lain. Perbelanjaan sbyk itu mmg akan mengganggu budget perbelanjaan rumah!...kalau setakat 3 bulan mgkin aku bole pejam sebelah mata tp kalau untuk sepanjang tahun hingga umur dia 12thn?...entahlah. Aku nampak byk perbezaan ketara pada delin, walaupun masih tak tau membaca dgn lancar, sekurangnya dia kenal huruf dia tau nak mengurus diri dia sendiri....bkan ler teruk sgt walaupun masih ada pelat, tapi dia dah ada keyakinan diri nak berckp biarpun sentiasa di persenda oleh amal...yg pasti, dia semakin berani....semakin jelas butir2 percakapannya.....
Setakat ini, aku belum buat apa2 pun..walaupun aku dah kol sekolah berdekatan sek delin tu, malangnya sekolah tu untuk bdak2 OKU (downsyndrome, autistime) mmg aku rasakan tak sesuai nak biar delin sekolah di situ. Lgpun delin pnye check up belum sempurna, masih kena jumpe Pakar mata, Pakar telinga hujung bulan ni..seblum jumpa pakar kanak2 psikatri semula lepas raya nanti...honestly, buat masa skg ni aku nak tunggu apa jua laporan dr. Dari situ nanti mgkin baru aku dpt keputusan kemana, apa yg aku perlu buat untk delin. Yg pasti cuti sekolah akhir tahun nanti mmg aku akan carik special tutor utk ajar dia mcm program cahayaku dulu..aku harap itu dapat membantu dia. Aku nak discover apa kelebihan dia and from there aku akan cuba work out something for her. Kalau dia tak bole excel in acedemic aku akan usahakan untuk dia berkemahiran. As i can see, dia sgt suka musik, menari, menyanyi and at the same time suka menyebok kalau aku memasak or buat kueh..maybe di situ kelebihan dia??..siapa tahu...tak ada siapa yg berhak memaksa aku, SP untk pilih apa yg baik untk delin. Hanya kami yg tahu, hanya kami yg berhak..tak kira apa jua org nak kata, pokoknya....kami tau apa yg kami buat..apa yg kami inginkn untuk anak2..tak ada sapa dalam dunia ni nak melihat anak2 mereka tak berjaya dalam hidup...tapi akedemik bukan segala2nya bukan????

No comments: