May 10, 2010

Selamat Hari Ibu...

Dulu2 masa aku belum ada anak, aku tak pernah peduli sgt pasal hari Ibu ni. Ada gak sesekali aku dgn akak beli something utk mak for hadiah..kali terakhir aku ingat aku beli kan mak kuali non stick yg mahal tu tpi end up nya mak mcm tak peduli or guna pun...Lepas dari tu, kami tak pernah dah bg hadiah ke apa...bagi aku tak payah tunggu hari ibu pun kalau nak beri apa2. Yg pasti sejak aku ada anak2 yg makin membesar ni, sambutan hari ibu tu mcm dah jadi kewajipan. Bkan lah aku nak sgt celebrate pun, tp dek kerana anak2 yg beria2 aku ikut jer. Sama gak dgn hari bapa..sbb anak2 yg dok sebok, kami celebrate gak..I guess itulah hikmahnya jadik seorang ibu.
Hari ibu baru ni, aku balik kg mak. Bdak2 sbok dah pasal hari ibu. Aku tak lah mintak apa2 pun, tp sbb besday aku hari tu pun SP tak de bg apa2 selain dari wish, bdak2 pun tak dan nak bg apa2 sbb sebok2 delin demam jadik SP kata nak bwk dorang pi Avon kat kg mak untuk pilih hadiah utk aku..which endup aku takde beli apa pun!. Anak2 yg beli lipstick lah, lip gloss lah. Tak per lah tu kan. Cuma SP ada gak bg aku RM200 untk aku beli apa yg aku suka. Tp aku tak gunakan pun duit tu..aku nak dumped kat ASB jer. Aku rasa takde apa yg aku nak beli. Cukuplah dgn segala kasih sayang dan ingatan dorang tu cukup aku bersyukur.
Balik kg kali ni mcm biasa, aku bwk mak, kakak kuar ke pekan. Sambil makan2, pi pasar, beli apa barang yg mak nak. Selain barang dapur, dapat gak mak baju sepasang, 3 helai tudung. Mak nampak gembira sgt2. Sbb dah dkat 2 bulan gak kami tak balik. Aku pun rasa gembira bila tgk mak happy. Layan mak memilih kuih2 apa yg dia nak beli sambil jalan berpegang2 tgn dgn mak. Bangga aku rasa sbb dapat buat mak happy. Bukan dgn wang ringgit tapi dgn segala kasih sayang. Wang ringgit tu mmg lebih dari cukup dah pada mak. Nilai keikhlasan kita pada mak kita tu lebih dari segalanya.
Mak pun nampak sihat dah. Bole bejlan tanpa komplen kaki sakit. Aku ada ckp dgn mak tentang plan nak ajak dia bercuti ujung bulan ni. Aku tak ckp lagi in detail cuma aku ckp kita akan berjalan jauh kali ni dan tidor dari hotel ke hotel!. Mak macam teruja jer dan tak sabar gaknya dia nak tunggu ujung bulan.
Cuti kat kg selain dari memenuhi undangan kenduri, kami gak berpeluang pi ke UPTOWN sg besar yg baru di bukak tu. Waah anak2 teruja sungguh yg mana akhirnya dorang berjaya pujuk untuk aku kuarkan duit beli dua ekor arnab. Sebenarnya dah lama dorang mintak tu tp aku buat dgr tak dgr jer. Sempena hari ibu, aku pulak memenuhi impian dorang nak bela arnab. Beli sepasang arnab- yg jantan arnab tmpatan dan yg betina arnab import cost me RM60. Teruja sgt mereka berempat (termasuk anak akak) sbb dpat tu...
Yg pasti, aku gembira sgt2 sbb aku dapat bersama dgn mak pada hari ibu dan dapat menghabiskan cuti ujung minggu di kg mak...

No comments: