July 27, 2007

Ronda 360 darjah

Semalam aku telah meng EL kan diri. Dah 4 bulan keje x penah sekali aku cuti, mc atau yang sewaktu dgnnya. Jadik semalam aku amik sehari cuti.

Tujuannya bkanla pi bersukaria tapi ada keje amal jariah tu. Kakak SP yg no 2 telefon bbrapa minggu lepas, bagitau yang anaknya Eda dapat offer beljar kat Unisel. Uni yang teramat la dekatnya dgn umah ku..jadik dorang nak datang 25hb tidur semalam pastu pi register 26hb. Agaknya mmg umah aku tu dekat dgn tol jadi senang jer abang Kay datang. Tak le sesat barat manae..trus sampe umah. Ptgnya Selasa balik keje dorang dah rilek2 kat umah.
So semalam tu pi la kitorang kat Unisel. 1/2 jam jer dah sampei. Biasala registation ramai budak2 uni baru agak sebok. aku ni dok jer perati apa2. sambil2 memerhatiku aku tgk ramai parents yg datang antar anak mereka. Kebanyakkannya nampak dari golongan sederhana jer. Yg ada jugak datang dgn keta2 mewah, siap bertai anak2 dorang tuh. Hampir suma dari outstation. Excited le kalau nampak plat keta stat dgn J. Johor mari. Dan ada gak Perak, Perlis dan ntah mana2 lagi.
Registration tu took about few hours. sbb kul 11 baru selesai sume. Si Eda ni pulak jenis manja sume nak kena spoonfood baguslah dia belajar kat Sel away dari ketiak mak nun jauh di Johor. Menurut Kak Ngah, Eda ni jenis lewa, sume kena bagitau baru nak buat. (sama la cam anak aku si Kakak tuh..well sepupu sepapat, sedondon jer perangai). Buktinya masa nak daftar tu, parents tak bole masuk kat dwan tu. Cuma student jer. Kena bawak sume2 dokumen berkaitan, si Eda ni lak dah masuk kuar balik, surat tu tak bawak, sijil ori tak bwak masuk..kuar masuk kuar masuk..betul2 leceh...aku paham .kalau aku jadi mak dia dah lama aku bebelkan plus sekeh2 sekali.
Akhirnya kul 11 siap sume. termasuk la hostel. Kami dapat chance masuk hostel. Apartment 3 bilik. Satu bilik share 2 orang. Ada yg bawak komputer datang, yg ada siap bwk lesung batu wa cakap lu...totally melayu jati, nak kena menumbuk sambal. MCm aku gak, what's life w.out chilli...tapi tatau camne dorang nak masak. bkan ada dapur kat situ.
Lepas settle sume balik umah dalam kul 12.30pm nasib baik dah makan kat kafetaria, sbb balik umah air tak der...nasib jugak ujan turun lebat, amik air semayang cara natural, air turun direct dari langit thru bumbung umah..terasa macam dolu2 gak.
Sebab x de air, angkut kain baju tuala pi selayang, umah abg long SP. Mmg jadi tradisi adik beradik SP kalu turun KL kena singgah tiap umah. So kat kl ada 3 umah..abang long sp , umah kami dan umah abang sp lagi sorang kat puncak alam.
Sbb dak call siap2, datang jer kak long dah masak de femes asam pedas johor tu..pastu abang kay mintak aku buat sambal bodoh, favourite dia tu. Lain en3 aku citer camner nak buat sambal bodoh ni yang diminati oleh sume orang yang penah rasa.
Aku pun mulakan operasi..hai, kat umah orang pun kena masak nasib lah...sambal siap, nasik panas ikan masin, asam pedas ....hancuss..meriah dorang makan. anak kak long 3 orang tu yg dah besar2 pun pulun bagai nak rak. SP dgn abang Kay pun sama...sampai abis seperiuk nasik tu..aku pun dapat makan skit jer...memang sedap, nasik panas, sambal bodoh ulam petai...perrggh....lihatlah dunia. masa tu pulak ujan lebat amat2...
Lepas mandi, solat asar, amal dan deelyn pun dah mandi, dalam kul 6 kitorang blah. Tunggu abang long tak sesampai..sbb pastu nak pi Puncak alam lak..kitaorang balik umah dulu...lepas maghrib pi puncak alam pulak.
Kat sana pun makan lagi....ok lah, whole day makan kat merata2..endup kat umah kul 11. Suma dah letih. Kak Ngah dgn abg kay pun nak balik pagi2 jumaat..so sume pensan..
Betul2 ronda..bangun kul 6, masak, makan pi Unisel, makan, balik umah, pi selayang makan, mandi balik umah, Solat, pi Puncak alam, semayang, makan, balik umah....pensan............
Berbaloi betul cuti aku...betul2 ronda.

No comments: