July 24, 2007

3 Tahun Nan Lalu...

7hb ari tuh, genap umur Amal 3 tahun, aku rasa macam baru semalam jer melahirkan dia (ikut tingkap la of course) rupanya masa begitu cepat sekali berlalu…

3 tahun lalu………… panjang nih

Masa tu aku masih keje kat Co D lagi. Masa mengandungkan amal adalah yg paling susah aku rasa antara 3 orang …kakak, deelyn n amal. Apa taknya masa ngandung dia aku mabuk bagai nak rak. Muntah tak henti2..sampai masuk PUSRAWI sbb dah dehydrated.

Langsung tak boleh masuk hatta air kosong pun. Masa tu bulan puasa, aku terlantar kat PUSRAWI 3h2M. lepas keluar (bil dia dkat 9 ratus beb) nasib ada kad utang…aku terus bole makan dgn jayanya dan seleranya.

Masa tu aku byk entertain client for lunch, so aku pun pulun apa benda yg aku nak makan. Client pun bersubahat, sampai sume restoran kat KLCC tingkat 4 tu aku dah makan. Belum campur makan dgn principal kat Victoria Station, Restoran Thai, Chillis kat Bangsar. Masa tu rzeki makan aku murah betul..kalau hari tu teringin nak makan steak, esoknya adalah org ajak pi Victoria station. Aku paling suka makan chabroiles steak dia..kuah dia yum yum….aku perasan yg aku bnyak makan daging time tu…

Masa tu aku dah terror selok belok checkup ni sume, sbb fulus tak der, kenala pi klinik kerajaan..aku pi klinik DBKL kat Bangsar tu (belakang opis) untuk check up hari2..jimat dan dekat. Masa deelyn tu aku pi beranak kat PUSRAWI (perasan konon nak bersalin biasa) last2 kena dekat 4 ribu…lepas dah nak masuk 7 bulan, sbb aku ada kes 2 ceaserian, klinik tu refer for further checkup kat GH . Ada 2-3 kali gak pi GH checkup, sampai aku request to transfer ke Hspital Selayang..nasib le ada doctor yg pakai otak skit…yer la aku dok kat Rawang, apekehei aku nak pi beranak kat GH. Apa guna ada hospital dkat Selayang tu..Masa tu doctor tu dah acknowledge yang tu aku pnya 3rd ceaserian, dia pun aware. So dia suggest lepas ni tutup kilang…tutup production.. masa tu aku dah scan 2-3 kali dan dikhabarkan girl…(dah ada 2 girl) so campur stu jadilah Charlies Angel…aku pun ckp kat doctor tu..aku rasa nak sorang lagi..nak try for boy lak..Doc tu kata, how sure are you nanti ke 4 tu boy?..its too dangerous lah dia kata..sbb luka aku mmg everytime lepas beranak ada problem…suh aku consult betul2 dgn SP pastu buat decision…masa tu aku baru nak direfer kat Selayang Hospital.

Masuk 9 month’s aku dah kena check kat Selayang almost every week. Doktor Phillips yg handle aku kat sana..dia buat scan lagi..aku pun dah tak excited sgt dah sbb dah tau girl..dia panggil SP tgk pun SP mcm tak bape berminat..so dia kata, bapak ni kalau anak pertama jer dia excited, anak no seterusnya dia bo layan dah….sama2 kitorang gelak.

Kali ketiga aku check tu aku dah disuruh pilih date nak operate. Masa tu awal April..tarikh yg di bagi kat aku first week of May. Biasa kalau ceaser dia akan tunggu cukup 34 minggu..jaalan. Aku konon nak pilih 1 May sama besday aku..tapi Dr Phillips kata x bole..sbb labour day tak de org nak operate kecuali emergency..so ok lah aku pilih 7hb ..hari Jumaat Pagi yang hening..untungnya ceaser ni kita boleh pilih..so amal dgn deelyn sama ari Jumaat pagi sbelum semayang jumaat

Next appointment –will be the last 22hb …..

Hari 22hb tu aku dgn lenggang kangkung pi medical checkup..the last one. Masa tu dr scanned dan baby pulak breach…aku kena dok hospital terus dan dan tu gak…alamak aku panic..sbb keje tak handover lagi, sbb konon nak handover by end April. Nasib baik boss idola aku pak Rashid tu paham dan aku dah handover sket2 kat dia…so bermulalah episode boring aku dok kat hospital…

Nak tunggu lama lagi tu..aku pulak tak dibenarkan balik sbb kalau baby breach bahaya-takut kaki baby terkeluar dulu…doctor kata la…aku dok kat Rawang agak jauh..jadi kenalah aku dok kat sepital..

Begitu siksanya hidup aku..boring amats…makan tido makan tido..jalan2 keliling wad jer..dr tak bagi jalan jauh2…tv pulak ada time2 nak tgk..so aku pinjam novel officemate aku…satu hari satu novel..pagi sampai malam habis baca..yg aku tensi..org masuk wad petang malam dah beranak…kuar masuk kuar masuk..aku?..hampeh tak beranak2…penatnya aku ……..


Tiap2 pagi doctors akan ronda buat checkup. Since aku ni mmg confirm nak kena beranak ikut tingkap dorang tak de ler sesibuk nak check bape cm dah terbuka bla bla…bila sampai kat katil aku….soalan yg sama, skrip yg sama….baby ada gerak?, ada sakit?…tu je lah soklan2 nya. Aku suka dgn satu doctor tu, nama dia Doktor Rahmat. Orgnya berbadan besar quite handsome. Aku salu bodek2 dia mintak balik umah..alasannya aku lum nak operate lagi..tapi tiap kali tu lah dia kata, alah rilek la kat sini..kan ke best kawan ramai..makan disediakan…hmmmm masalahnya aku boring..ASTRO tak dak. Bayangkan aku dok layan walkman sambil baca novel2 tu…bosan sungguh. Masa tulah aku berkenalan dgn Zura. Zura muda dari aku lewat 20an..dia baru je ngandung 7 bulan masa tu anak ke 3 gak..anak sulung dia masa tu sebaya dgn kakak - 7 tahun, tapi kena dok hospital sbb asyik turun darah. Dia pun mcm aku berkampung kat Hspital, Cuma bezanya dia lagi lama…kami berkawan rapat. Sampai org kat Hspital panggil belangkas. Dah la ku tak dak kawan lain, sambil tu kitorang baca novel tgk tv pagi ptg siang malam. Mulut si zura ni kecoh sket, jadi habislah sume doktor2 dgn nurse2 tu kitorang buli. Terutama yg keje malam..doctor pelatih ramai..ada doctor yg juga mat2 novel tu siap suh aku synopsis kan novel yg aku baca….

Makanan kat hospital tau jelah..hampeh. Dan aku pulak tak bole idup kalau tak de sambal time nak makan nasik. Aku suh bibik buatkan sambal ikan bilis cili api bebanyak. Bila SP datang melawat dia bwk sekali..tu lah yg mmbuka selera aku dgn zura makan tghari. Masa mula2 zura dok kat wad lain so kenala aku lepak kat tmpat dia..tapi last2 dia dok kat sebelah katil aku…peerhkkh…happy gile aku dgn dia.

Pengalaman dok lama kat hospital lebih2 lagi wad bersalin betul2 memberi aku bnyak pengalaman. Antaranya kes2 bersalin tanpa nikah..aka anak luar nikah..banyak..kata nurse seminggu kadang ada 2-3 kes sekali. Biasanya lepas bersalin parents dorang kena datang dan ambik surat kuasa, kena report polis etc..ada kes GRO termengandung…maka datanglah polis, jabatan kebajikan masyarakat menguruskan sume..dan satu kes kat wad aku benar2 membuat aku dan Zura terkedu.

Ada kes, pendatang Indon..agaknya dia tak der permit kot, tapi nak beranak, nak pi hospital takut kena tangkap kot..so beranak kat bilik air umah kongsi…yg ngerinya beranak sendiri..tali pusat dia pi gigit….sudahnya baby tu kena jangkitan…masuk hospital emergency sbb baby tu dijangkiti kuman..kena dok kat dalam kaca..lama gak seminggu lebih….kecoh kat wad 5c kitorang tu..

Kes lagi satu lak, ada satu couple muda sgt..aku ingat umur 16 kot budak pempuan tu…bersalin anak pempuan..tghari ada satu budak lelaki akan datang melawat dia bwk makanan…siasat pnye siasat…rupanya blom nikah…..kecohlah..dgn polis dtg, jabatan kebajikan…kecoh lagi wad tu..

Kes lain lak budak 14 thn, besalin..yg ni aku tak pi siasat, sbb bukan melayu so aku tak bother sgt…

Kes lagi satu lagi..India..budak pempuan umur 18 thn gak…hepi2 dgn boipren termengandung…budak ni mmg teruk kena dgn nurse, sbb mcmc kuku (senget sikit)..anak nangis memalam dia biar jer….dah le memekak satu alam bole dgr..mungkin lapar nak susu kot..dia bole buat bodo..membuta tidor mati..kami kat sebelah2 ni sakit betul jiwa..

Paling sadis ada seorang budak pempuan umur 19thn. Katil dia selang 2 kati dari katil aku dan zura, masa mula dia datang, dia diam tak cakap banyak..sepatah kita tanya sepatah dia jawap, memula aku tak ambil pot tapi satu hari lepas dia bersalin (org2 cam ni bersalin amat senang sangat, tak de sakit2..tup tup beranak jer..) org2 macam aku , mcm zura ni yang banyak hal dah masalah nak beranak. Satu hari biras aku, Kak cah datang melawat. Kak Cah dok kat selayang jer, so hamper 2 hari sekali dia dtang tgk aku..dialah biras yg paling baik dan rapat dgn aku.
Suami dia adalah abang sulong SP. Masa aku bersalin anak pertama kat GH, anak kedua kat PUSRAWI dia dgn abang Ib bersusah payah melawat, tolong dukung baby bwk balik. Maklumlah mak jauh, aku pulak biasa kalau dah selamat bersalin baru bagitau mak..sbb tak nak mak risau. Dia punya risau lain macam…sian pulak aku..nak pulak sjak bapak sakit terlantar ni mak mmg totally tak bole kememana..

Masa Kak Cah dtg dia suka tgk2 baby yg baru lahir kat katil2 sebelah menyebelah aku tu. Sbb dia peramah , lagipun anak dia yg paling kecik umur 12 thn so dia suka sgt dgn baby.

Masa dia dok sembang kat budak naïf tu (dia pakai purdah, jubah), dia tgk baby budak tu..it’s a baby boy, comel..Kak Cah Tanya, ayah baby tak dtg ke tgk?…tapi budak tu jwp entahlah….aku dgn zura dgr jawapan tu aku moskel…aku dgn zura plan nak edisi siasat malam tu……..aku bab2 korek citer ni mmg la dah biasa..maklum salu korek info dgn client ttg competitor so sap sap sui lah tu..

Dalam edisi siasat tu terbongkarlah segala kisah…..aku tak ingat apa nama adik tu..tapi aku namakan dia adik jer lah..

Adik cerite yg dia ni sebenarya kena rape aka rogol…dia dihantar bapak dia (bapak dia kawin lain) kat umah nenek dia kat Perlis. (dorang ni org Kedah), sekolah agama kat Perlis. Satuhari, dia ikut kawan kuar lepas sekolah naik moto dgn mat rempit yg kawan dia kenalkan..lepas pi minum dia kata dia tak ingat apa, yg dia tau mamat tu antar dia balik umah. Budak kg lagi naïf, dia tak taupun yg dia ni mengandung sampailah ke 7 bulan..aku pun tak Tanya camne finally dia tau dia termengandung. Lepas dah tau tu dia bagitau bapak dia. It seems bapak dia ni kakitangan kerajaan kat Kedah, marah dan bengang + malu decided antar dia kat pusat perlindungan kat Kuala Kubu Baharu. Dia masuk pusat tu masa dah ngandung 8 bulan. Kat pusat tu yg dijaga satu couple pun rupanya menangguk di air keruh. Dorang tolong budak2 cam ni, pastu bila anak tu dah lahir dorang jual kat orang lain beberapa ribu. Adik tu bgtau sbb ramai kwn2 dia kat situ dah jadi macam tu. Lepas abis pantang,dorang bebas samada nak stay kat situ atau nak keja kat memana. Bayaran hospital , surat beranak pun diuruskan couple keparat tu. Adik ni pulak plan nak bagi anak dia kat sepasang suami isteri dari KKB gak. Abang tu polis kat sana, dan anak Cuma ada sorang umur 14th. Dorang dah janji nak ambik anak adik ni, uruskan sume once dia bersalin. Aku dgn Zura dgr dgn tekun, sambil tu adik tu nangis gak sedih. Masa sebelulm beranak tu aku ada nampak couple keparat tu datang melawat…dgn jubah dan purdah kita memang tak sangka begitu hina sekali dorang buat duit dari kesusahan orang lain.

Since aku ni kaki siasat, aku tnya sume keperluan baby sapa sediakan sambil aku tgk2 kat beg dia barang2 baby..dia kata couple keparat tu lah..aku tgk sume baju baby yg dah lusuh dan buruk..macam recycle 3-4 kali punye tu..masa tgh syok sembang tu baby adik tu nangis…dia pun bangun nak angkat dan susukan…she’s so naïve…..budak yg tak reti apa pun..bila aku tgk baby tu tak de sarung tangan, stoking, aku jadi sedih kesian..nak nangis..sbb kaki baby tu dah kecot dah..kesejukan. Aku tanay adik tu, takde stokin ke…dia jwp tak der kak…aku pun apalagi kuarkan segala stokin dan sarung tangan baby yang aku ada (aku spare banyak ) dan bagi kat dia…yang baru..yg belum guna atau dibukak. Dia pakaikan kat baby tu..baru baby tu diam.. Lepas tu dia nak pinjam syilling nak tepon bapak dia kat Kedah. Aku sian kat dia kau bagi dia guna HP aku. Jadilah HP aku tmpat perhubungan dia dan bapak dia.

Beberapa hari dia lepas beranak barulah bapak dia datang, dgn mak tiri dia dan dgn nenek dia-nenek dia dok kat kereta sorong jer…masa bapak dia dtg tu lah buat urusan surat beranak, bersama2 dgn couple polis tu. Aku berpeluang tgk surat beranak tu…nama baby tu Muhammad Haikal Aiman bin Abdullah..yg paling sedih kat kolum nama bapa tu tertulis “TIDAK DIPEROLEHI”.

Aku dgn Zura berkenalan dgn keluarga adik tu, nenek dia bercerita panjang dgn kami dan ceritakan yg adik ni mmg lurus bendol, bodoh alang..ikut jer orang buat apa..last2 termengandung..nenek dia pun tau yg aku bagi sarung kaki tangan kat baby tu..jadi dia ucap terima kasih sambil peluk aku, peluk zura…mak tiri adik tu pun sama, peluk aku peluk Zura…sedihnya..aku nangis masa tu..sempat nenek tu kasik minyak gamat kat kitorang.

Lepas segala urusan selesai adik tu siap2 nak balik. Baby tu dah diambil couple polis tu (takde sign couple keparat tu, mungkin takut sbb polis involved kot), adik tu akan dok kat umah couple polis tu sampai abis pantang sbb nak menyusukan baby tu, lepas tu dia plan nak balik Kedah, sambung beljar dan carik keje..

Aku sempat bagi nasihat kat dia, untuk terus hidup sbb tu sume dugaan tuhan dan mesti ada hikmatnya. Aku gak pesan jgn dia lupa nak contact couple tu dan Tanya perkembangan anak dia..mesti skg baby tu dah sebesar anak aku Amal…baby tu comel, putih..hidung dia mancung dan rambut dia lebat sungguh.


Lepas tu kami sambung balik aktiviti kami buang masa kat Hspital sambil merayau carik kawan lain. Ramai kawan aku dpat. Salah satunya Kak Ani. Kak Ani bersalin anak ke 4 masa tu..dia dok katil sebelah kanan aku. Anak dia dah 3 pempuan dan yg last tu pun konon lelaki tapi kuar pmpuan.

Seminggu seblum operate, aku dgn SP kena pi kaunseling, sbb lepas tu Doktor nak aku ikat terus peranakan. Kena isi form suami kena sign…lepas kauseling, SP decided to proceed. Aku sebenarnya tak kisah..tapi since dia kata bahaya aku ikut jer…..boring pun disign……

Masa tu mmg musim pmpuan. Zura dah bole kuar hospital. Aku pulak menghitung hari untuk tunggu 7hb May. Alhamdulillah, sembahyang aku cukup..aku tak pernah tertinggal semayang 5 waktu pun dan aku sentiasa berdoa semoga aku selamat. Aku tak piker dah pasal jantina sbb mmg aku konpem rasa pmpuan. Ada kala kau semayang kat Surau, ada kala kat sebelah katil jer….tgk keadaan rajin aku nak berjalan. Kat Hspital selayang tu tiap2 hari Khamis ada nasik lemak. Masa hari isnin aku doa2. moga2 la aku sempat makan nasik lemak seblum operate. Nasik lemak dia sedap..tercapai hasrat aku…

Lepas kul 12tgh hari Khamis aku kena puasa tak bole makan kecuali minum air kosong…plan to operate pagi tapi tak tau kul bape…tunggu turn. Pagi tu aku sembang dgn staf nurse tu…pasal aku akan ada 3 anak pmpuan…dia ketawa jer..dia kata dia lagi ada 5….terima je lah asalkan sihat dan sempurna….

Pukul 10 pagi aku dah nak pi Opration Theater. SP antar sampai dpan pintu bilik bedah. Walau dah kali ke 3 aku masih rasa takut dan mengigil……aku kena bius separuh bdn jer so aku bole dgr benda berbnyi..iiiiikkk-bunyi pisau laser, gunting….etc, lepas tu aku dgr bunyi baby nangis….doctor angkat baby suh aku cakp jantina apa…aku terkejut…sbb it’s a boy….rasa mcm nak melompat, sampai aku nangis…sedih..tak sangka, gembira sume ada….lepas dah selesai tu dorang nak terus ikat..masa tu tuhan jer yg tau betapa sakitnya sampai aku jerit2…sakit betul…last2 aku pengsan..dibagi ubat bisu terus..agaknya aku bsing sgt kot..sakit siull……

Aku sedar bila nama aku dipanggil…masa tu dah kul 2.30ptg…dari Kul 10 beb….masa kuar tu aku ckp dgn SP..it’s a boy…dia pun terkejut, macam tak caya…



Kali ni bersalin tuhan jer lah tahu sakitnya cam ner. Mgkin sbb dia seal itu kilang completely so pergerakan begitu susah sekali. Bila sume tau aku dapat baby boy sume suka . Bahkan kwn2 opis aku sume terkejut, mak, mak mertua sume surprised..its totally tak sangka..sbb 4 kali scan pempuan..Kak Cah siap suh aku check kot2 tetukar dgn anak sape2..sampai begitu skali dorang..dah tentu aku sorang jer kat dalam bilik bedah tu..bkan cam zaman dolu2 ada kes tertukar..dah bos aku Pak Rshd siap bagi ucapan "finally man in the house"...

Kegembiraan yang tak tergambar langsung dgn kata2.. yang aku tau body language SP menunjukkan dia happy sangat2..muka dia berseri2 amat hari tu...senyum lebar sampai kat tinga..yer lah selama ni beli mainan sume untuk girls. Sampai ada sekali tu dia beli kereta Ferrari remote..bukan untuk girls main tapi dia yg sibuk main..tpi sebenarnya aku rasa dia saja simpan keinginan dia tu..dan hari tu doa aku tuhan makbulkan . Anak lelaki yang tembam 3.55kg tu..montel , sihat dan cukup sifat. Semua kwan2 aku yg datang suka tgk amal..sbb chubby. Tapi bab menyusu tuhan jer lah yg tahu. Aku kalau lepas operate tak lalu langsung makan..so camne nak dpt banyak susu ibu..Amal asyik menangis..jadi aku suh SP seludup susu tepung..malam ke 3 aku tidor lena sbb amal tak nangis2 …kenyang.

Lepas aku dpat tau bole balik tuhan jer yang tau betapa sukanya aku..dah 3 minggu kat hospital..boring tak terkata….aku rasa mcm hepi bangat…dapat balik umah…sebelum tu SP uruskan buat surat beranak bagai..termasuk bab bagi nama…aku teringin sgt nama ekhmal..so aku suggest nama tu…SP tambah2 jadilah Muhammad Ekhmal Hakeemy..Ekhmal tu maksud dia pelengkap..maka betullah tu dia pelengkap kasih sayang aku dan SP….

Kali ni SP uruskan sendiri..dari angkat baby, antar aku kat keta..angkat barang sume dia buat..settle bayaran gitu gini..selama aku dok kat Hspital tu bill Cuma RM180 jer…tapi tu lah..sbb murah tu lah..aku tanggung siksa kejap..nak buat cam ne..masa tu tak mampu..kalau skg ni sohih aku nak pi swasta..biar byar banyak sket tapi cepat sihat dan baik..duit bole cari…siksa..aku tak sanggup…


Kali ni bersalin mak tak dpt datang mcm selalu. Sejak bapak kena stroke, dia kena jaga. So tak bole tinggal. Lepas 3 hari aku balik umah, Kakak aku yg sulong dtg..masa tu aku sedih sgt..nasib dia ada ganti mak. Nasib ada bibik ( bibik aku ambik masa aku ngandung 5 bulan..sbb tak larat dah nak anta 2 budak kat baby sitter campur perut yg besar amats). Beberapa hari lepas balik dari Hspital aku kat umah aku lepak..tido makan, tapi tak bole mandi sbb takut luka tu tak baik. Masa tu deelyn belum sampai 2 tahun..so dia masih nakal. Aku dah la tak boleh bergerak..dia ambik aku pnye hp pi campak kat air…dalam masa pantang tu aku tukar 2 kali phone sbb kena campak kat dalam baldi air….nasib phne tu company cover bill so tak ler terasa sgt asyik beli hp baru jer..

Mandi baby, makan aku, sume bibik buatkan. Alhamdulillah..nasib dia ada kalau tak tau cam ne. Luka operation aku tu lak kena cuci so, sekali sehari SP akan tolong cuci seblum dia gi keje. Aku mandi celup2 jer gitu..tapi adakala aku tak tahan sgt aku mandi gak tapi tang perut tu aku cover tutup plastic..tak tahan beb…rimas gila tak mandi.

Satu hari aku tgh lepak baring kat sofa…deelyn datang2 terus pap tekan perut aku…aku rasa sakit sgt sambil jerit…sian deelyn bibik marah dia..aku ingat masa tu dah nak maghrib, SP pun dah balik keje. Masa nak jalan masuk bilik aku rasa mcm ada benda mengalir keluar dari perut aku terus mengalir ikut kaki, banyak…aku ingat kan air apa…rupanya nanah..luka pembedahan aku bernanah patutla aku rasa berdenyut2 sgt time tido malam…dalam pantang mmg aku tak bangun malam buat susu untuk baby sbb aku tak le gerak byk2..so SP akan buat tu sume..best aku..tiga2 anak cam tu….SP Take Over…berjaga malam..yer la kita ssusah beranak kena la dia pun rasa dak?

Masa tu aku nangis dah sbb aku tkut sangat…kot2 kena jahit balik..matila aku…dah la sakit tak ilang nak kena jahit balik….malam tu aku letak tuala kat tempat luka tu…(tempat operate tu betul2 kat ari2 , kalau perut kita besar cam perut aku nih…ia terlipat…so tempat tu akan berpeluh dan lembap…banyak nanah…seingat aku, tak de pun aku makan benda2 pelik..sbb aku bab makan dlm pantang jaga sgt2..takut luka lambat baik.

Esoknya pepagi aku decide pi balik Hspital Selayang..Dah la nak jumpe doctor punya lama…nasib ada kerusi roda..jadi aku tak bergerak byk..kena tolak jer..masa tu seminggu baru lepas aku bersalin kot…

Aku disuruh pi tingkat 11..aku saspen betul kalau2 kena jahit balik…dalam hati..mati la aku kali ni…aku citer kat doctor tu camne bole jadi…doctor pun ckp..bagus gak anak awak buat cam tu..atleast tau ada nanah dan bole bersihkan..ada kes dia kata, datang balik hospital lepas operate, ngadu sakit denyut2..check..nanah kat dalam..kuarkan dekat setimba…eiii..takuutnye…nasib aku tak ler teruk sgt..ada orang lagi teruk dari aku…




Lepas check by doctor, dia kata luka tu sikit jer..kecik..tak perlu jahit balik – puh lega giler…tapi kena dtg hospital hari2 cuci..masa tu dia tekan tempat tu sampai nanah tu habis keluar..sakitnya tuhan jer yg tau..lepas tu dia antar aku pi ground floor untuk dressing. Masa dressing tu nurse tu tnya aku nak dtg hari2 ker atau nak buat sendiri kat umah..tak kose aku nak dtg weh….so dia ajar SP camner nak cuci…bagi peralatan2 semua…kain kasa, air pencuci, penyepit..ntah hape2 lagi…pas tu kami balik…

Lepas tu bermula rutin SP jadi doctor hari2..pagi2 sblum gi keje dia akan tolong cuci, balik malam dia cuci lagi..masa tu aku betul2 lost weight..kurus gile sbb aku takut nak makan….aku tak bole nak tgk tmpat luka tu nak tgk cermin aku takut…bibik selalu aku mintak tolong tgkkan….bila dia kata dah kering barula aku berani tgk pakai cermin..

Alhmadullillah akhirnya lepas 2 minggu luka tu kering completely….dan masa tu aku dah bole jalan tegak..bole duduk..masa tu dah ramai kawan2 sedara mara dtang melawat aku kat umah…

Lepas sebulan aku balik kg kejap, jumpa emak..jumpa bapak nak tunjuk cucu jantan dia yang surprise tu..beberapa hari je aku kat sana, sbb kakak dah sekolah darjah 1 masa tu. Ramai gak kawan2 mak dan jiran2 datang menziarah dan nak tgk the last and only dari aku….

So, that was it…itu peristiwa 3 tahun lalu..bila aku tgk gambar amal masa baby..montel, putih. Muka dia seiras muka kakak2 dia masa kecik (3 sama jer muka tapi lepas 2 tahun sket2 berubah skg 3 org langsung tak sama..Kakak gelap sgt sbb sekolah berjemur kot, deelyn putih melepak (aku bnyak minum air kelapa masa ngandung dia.…) tapi sekarang amal totally lain..dah tak chubby, agak gelap sikit muka pulak dah mirip abang ngah (abang no 2 aku) masa kecik..kening dia pulak bersambung…exactly mcm ayah dia..SP ku..

Sbb dia bongsu, dia rapat sgt dgn aku…anak bawah ketiak..dgn ayah dia pun dia tak mahu..kadang2 aku pi melabur pun nangis..takut aku tinggal…cakap walau tak jelas tapi banyak ckp..akal panjang..cepat belajar dan cepat tangkap ape jer yg dia dgr. Selalu tolong bibik angkat kain, lipat kain..dia tau kain baju mama nak letak almari mana, ayah punya kat mana, dia tau baju, seluar belong to sapa2…baju dia jgn ada sapa2 nak try..kena penumbuk la jwpnya..deelyn selalu nak try2 mmg kena. Dia tau je kalau aku kuar bkn sbb nak pi keje..masa tu nak ngekor. Kakak salu kata dia manja, ngada2..dgn deelyn pulak selalu cemburu..salu jadikan deelyn mangsa …cubit, tolak….gaduh…kadang2 aku nye temperature aku up sbb perangai dia…kadang2 paksa kakak2 main dgn dia dorang tak nak di pi cubit dan pukul dorang..suka melukis, kreatif…sampai tak de satu port dinding dia tak conteng…masa dia tak de dulu umah bersih, tak bising, tak der conteng..skg..suara dia kuat serata alam..umah tiap2 tahun raya nak kena cat balik…mainan lak dari kakak sampai deelyn turun menurun..sampai kat dia sume rosak sume jahanam..kuat pomen..kalau nampak ayah baiki moto atau keta sebuk gak ikut, tinjau2..main screwdriver..berlakon cam org baiki gak…yg aku pelik dia tak suka langsung katun..dia suka cerite2, mcm citer indon mutiara hati, afi dan abah, gerak khas..cite hantu dia paling suka..berani.. tak tutup2 mata pun..citer2 ada budak2 atau binatang..mcm Beethoven mmg dia suka…yg aku tak tahan suka tgk Wah Cantiknya..Bidadari..dan ntah hape2 lagi citer indon kat Astro tu..pelakon pujaan dia Ariwibowo..siap bole pronounce the name correctly…..

Macam ayah, dia suka tgk Formula One tak kira moto ka keta ka….WWF gosti pun suka..tapi skg aku dah marah SP dan tak bagi dia tgk WWF dgn amal..sbb abis kakak2 dia dia WWFkan..

Deelyn pulak kadang nak dok dekat2..nak peluk aku..nak cium tapi kawan tu tak kasi can langsung…akan halau..”deyiin…tepi…tepi”…dan Ayah selalu terpaksa takeover pujuk deelyn..

Tulah hero aku sorang….nakal, tapi menghiburkan..makanan kesukaan dia, nasik dgn kicap dan sos (sume benda makan nak cicah sos..sos cili, exactly mcm kakak sulong dia), bit greedy..tak nak kongsi, suka wa wa (gula gula), aiskerim….hari2 nak melawa..pakai suar jeans..baju baru2..ada kolar…nak jadi mat smart. Pastu paling kuat minum susu antara 3 org mgkin sbb dia lelaki…sebulan 3 kilo Fernleaf pun kadang2 tak cukup.. ….bibik mak kedua dia…selain aku….yer la bibik dok jaga dari bayi smpai la ni!!! Dgn org tak kenal tak nak dekat…kalu kuar pi mana, tak pegi jauh..sbb takut aku tinggalkan…

The best part is…satu hari nampak kapal terbang rendah kat awan…SP kata kat dia..”amal tgk tu kapal terbang..guest what apa dia jawap…”butan la…….tu pesawat!”….PESAWAT???….Hampeh..truly kena physco by bibik nih…itu indon punye bahasa daaaaaaaaaaa………ckap ada pelat lagi..bulan –buyan, belon –beyon…keta-CAR…

Apapun, aku bahagia..sbb dah lengkap rasanya hidup aku.yg penting aku happy sbb impian SP jadi kenyataan…nak pi semayang sama, pi masjid sama, beli songkok sama…dan time raya paling best SP ada geng sedondon………………dia jugak jadi favourite time raya sbb sume orang nak ambik gambar dgn dia pakai baju melayu, bersongkok..siap sampin….

Besday dia kali ni aku Tanya dia “amal nak makan Pizza ker, Kek ke, Mc Donald ke KFC?’..sbb kakak dah hasut dia..dia pun kata..nak makan askeyim kat Donal….(makan askerim kat Mc D)..tu lah aku bawak dia dan kakak2nya makan aiskerim..nasib dah baik asthma..dia pulun cukup2..penuh khusyuk menikmati Mc D aiskerim sampai tak heran sekeliling…dia dah lupa pasal beskal baru yg dia nak ari tu..

Sekarang ni makin petah bercakap, suma benda dia nak tau..sume benda nak tnya. Alhamdulillah tak terkira syukur aku, aku tak pernah mimpi dpat sorang anak lelaki..dalam pikiran aku, three girls..apapun semua yang berlaku ada hikmah dari tuhan.
Sapa tahu kesusahan dan kepayahan aku mengandungkan kali ketiga ni, kesakitan semasa operate, nak bela luka yang dijangkiti rupanya menguji kesabaran kami..
Semoga Amal menjadi anak yang soleh seperti yang dikatakan nya....."Amal anak Soleh"


No comments: