August 5, 2009

Selesema B*b* @ H1N1






Malam semalam, lepas maghrib aku bawak amal ke Hospital Selayang. Batuk dia semakin teruk, bertalu2 tak berhenti2. Sejak Jumaat lepas dia demam panas, tapi since demam dah takde, batuk pulak. Kesian kat dia, aku pun decided dgn SP nak bwak dia pi hospital terus.


Syukurlah kakak dah besar dan bole diharap, aku suruh dia bawak delin pi mengaji and bawak kunci rumah manalah tau balik lwat pulak. Masa kami sampai kat kecemasan Hospital tu..mak aii pnye le ramai org yg rata2 pakai mask suma. Kat emergency tu mana kes kemalangan ambulan antar org sakit dan macam2 lagi. Jadik dorang dah buat satu kaunter khas dgn bilik rawatan khas untuk H1N1. Masa pendaftaran tu lagi dorang dah kasik mask suh pakai. Masa tu lebih kurang kul 8.45pm amal dapat no 255..usssh byk no tu. Tgk jelah gambar kat atas tu...ramai giler.






Ni pulak bilik pemeriksaan, punya lah ramai orang berkerumun yg rata2 bdk2 kecik demam panas tak kurang jugak org2 dewasa. Siapa2 yg demam tu immdiately dorang amik darah, kalau tak demam dorang terus suh amik ubat kat sebelah bilik dr tu. Ramai betul aku tgk yg dapat MC. berbuku2 MC hospital diguna smlm.
Penat berdiri aku duduk, penat duduk aku jalan..gitulah sementara nunggu giliran. Pulak tu kena pakai mask, aku rasa rimas betul susah nak bernafas dan rasa sungguh tak selesa.
Lebih kurang pukul 11, baru la clear cket dan masa tu barulah dapat giliran nama amal dia panggil. Dah tertidor, berbaring bagai si amal sbb ngantuk. At same time kami kol umah jugak nak tau bdak2 kat umah tu..It seems dorang dah bentang tilam dpan tv dan delin pun dah tido. Lepas periksa by Dr, amal disuh amik ubat. Dan kalau dalam masa 3 hari masih demam lagi, kena dtang hospital lagi..itu yg dr suruh. Amal dapat ubat batuk demam dgn antibiotik.
Suma selesai around 11.15pm. By the time sampai umah dah dkat pukul 12. Punyalah mengantuk penat..mana kain baju tak dan nak melipat, nak kemas dapur. seminggu dua sejak tak sihat ni rumah mcm kapal karam and aku mmg totally tak tahan tgk..tapi tak daya apa nak buat..taksabar nak tunggu sabtu. Tapi since batuk aku semakin menjadi2 ni taktau lah cam ne..
dgn keadaan yg berasap gini, aku takut jer batuk aku bertukar menjadi semput pulak..............aku rasa semakin serius dah H1n1 ni and better sapa2 nak gi mana2 tu tangguhkan dulu. Keadaan tak berapa bagus la ni. Patut dok dirumah je.
Sekolah anak2 aku semalam pun dah bekalkan mask. Harap2 delin tak jdik teruk batuk dia tuh, kalau tidak gamaknya kena dok kat wad lagi lah naya..boss aku pulak masih bercuti. Aku harap2 dia balik lambat lagi..he he he..

1 comment:

Unknown said...

pegilah mana-mana klinik pon skng ni, mesti penoh nyer! aku pon rasa mcm nak pakai mask bila kuar umah..