July 27, 2012

Terima Kasih, Saya sayang Kamu Semua

Assalam kawan2.  Terima kasih atas keprihatinan kamu semua pada ku.  Insya Allah aku baik-baik ja.  Rahamat bulan Ramadhan, inilah dugaan dan ujiannya pada hamba2 terpilih.  Tipu lah kalau aku kata tak risau langsung, mmg ada sedikit kerisauan. Tapi aku  berfikiran positif. Insya Allah semuanya akan baik-baik belaka.

Hari Selasa pagi tu, aku mintak khidmat nasihat dari En Ali, bekas HR Manager kat agen company tu.  Pepagi buta aku kol dia. Alhamdulillah dia bagi tips dan nasihat apa nak buat.  Basically, kalau company nak suruh kita berenti begitu je, dorang kena beri compensation /saguhati bukan bole suruh2 or paksa2 org berenti begitu.  Mengikut en Ali, perkiraannya lebih kurang setiap tahun berkhidmatan bersamaan dgn sebulan gaji. Jadi kalau 6 tahun = 6 bulan gaji.  Campur 2 bulan notis. Aku selayaknya mendapat 8 bulan gaji!!!.  dan tax  haruslah aku mintak di tanggung oleh company kan.  Aku tak sangka En Ali masih dapat mengingati aku sapa biarpun dah hampir 10 tahun aku tinggalkan company agen tu. 

Jadi sepanjang hari selasa tu aku abeskan masa tgk online tibi, facebook, sembang sama kwan2.  Buang masa sebaik2nya.  Ada benda2 yg masih pending for invoicing tu aku selesaikan.  Semua personal2 files dalam computer aku, aku musnahkan. Semua gambar2 aku dalam PC jugak aku transfer to pendrive or delete, aku cuba sehabis mungkin setelkan mana2 patut.

Dalam pukul 3 lebih gitu, aku dapat panggilan.  Panggilan untuk menghadiri temuduga.  Kat satu syarikat oil and gas jugak yg lebih kurang sama besar mcm co ni. Ya Allah, sungguh aku tak sangka resume yg baru je beberapa hari diantar kat mereka thru jobstreet dah dapat panggilan. Mereka suruh aku datang hari khamis kul 10am. Betapa professionallnya syarikat tu, sbb antar thru email confirmation lepas tu siap invite kita thru the calendar.

Hari Rabu tu seharian aku tak buat apa pun..lepak cam org giler. Sbb langsung takde apa nak buat.  Aku sepatut kol HR agen tu tapi aku malas nak berbuat demikian. At the first meeting tu aku dah ckp aku x nak antar surat berenti. Tpi dia yg paksa aku untuk berfikir dan come back to dia. Since my decision remain unchanged aku tak nampak why should i call dia kanss?. Pi lantak la situ. ada aiman kesssah pung??

Hari Khamis -semlm, aku sengaja la amik MC.  Abis nak pg interbiu kan. Karang amik cuti krang kena tolak pulak duit aku hahaha...aku decided to pegi interview dulu, lepas tu baru pi klinik panel SP amik MC.  For the first time ever, pagi tu aku sms jenab kata aku MC, haram tak berjawp pung!!. Ada aku kesah pung?

Sp antar aku ke tmpat tu, kat Damansara Heights kul 9 gitu.  So happen bangunan tu seblah je dgn bangunan syarikat cap ayam yg aku pi hari tu..Lucu kan?. Nk tergelak pun ada.Apakah ini dikatakan rezeki??.

So interview session start at 10 lebih. Dua org pempuan. Satu HR manager, Satu lagi Manager yg incharge nak amik org tu. It went well, Alhamdulillah. Bila 3 melayu berbahasa inggeris dgn fasih..sgt2 excited dan teruja...sampai giler2 kering air liur mak nak...Byk sungguh dorang tanya.  Dan soklan2 dan tips yg aku  baca malam tu..-rasa mcm nak pereksa tau study bagai. Semua soklan aku dah prepare jawapan dalam kepala tu keluar boleesss?..Aduh, dgn yakin dan konfiden mak taw..ahaha

Aku suka HR manager tu. Dah la cantik, bersopa dan sungguh polite budi bahasanya.  Byk sungguh benda2 dia tanya.  Perkara dorang paling pelik, kenapa aku leh tahan kat sini 4 tahun takde increment?.  Camne ko hehari pi keje dan fikir pasal tu apa aku rasa,,..kata HR mgr tu.. well, jawapan aku mudah jer.  Kadang2 bila kita rasa environment tu ok, Keje ok..stress? kat mana2 pun stress..dan kita pulak sentiasa berfikiran positif pasti kita dapat lalui tu suma tanpa masalah. Jadik tu lah yg aku buat ..aku kata lagi, aku fikir aku ada tanggungan..ada anak2..jadi aku kena keja.  Keje biarlah ikhlas. Bila kita suka dan ikhlas buat keje kita baru kita rasa takde beban dalam hidup ni..terpana HR manager tu dgr u olls..hahaha. Ikhlas dari hati aku mmg itulah jwpannya..

Manager lagi satu tu tak ckp byk sgt. Tpi dia ada ckp, kalau berdasarkan apa yg aku ada, pengalaman, ciri2 yg dorang nak mmg ada kat aku . Tapi, mereka masih perlu berbincang lanjut ktanya...Last seblum wrap up interview tu, HR manager ckp gini ..KALAU u berjaya pada sessi temuduga ni, next round u akan jumpa director HR Asia Pacific. Masa tu apa yg u nak nego ke tnya ke apa...u bole tnya dia..TAPI provided u pass thru lah ..then dia gelak.  We need at least 5 working days before could made decision katanya.

Last seblum blah, aku salam2 dgn dia dlu...then dorang bagi aku bisness kad dorang.  Yg HR manager siap antar aku kat pintu..siap ucapkan selamat berbuka lagi..haha, teringat2 jer aku dgn minah tu taw..dah la cantik, lawa, sopan..baik dan berbudi bahasa..Aku suka sgt tgk muka dia yg sweet tu....

Lpas abis tu aku pi off SP naek teksi dan terus pi jumpa dr kat klinik panel dia. Mmg dari pagi perut aku sebu jer..ada ase nak muntah2 skit. Bila muntah sikit jer ase masam..ase yogurt. Maklum masa sahur tu aku tibai yogurt..cis.

Dr Suresh kata aku gastrik sbb tu rasa mcm tu. Check tekanan darah..Suprisingly, normal dan baik2 aja..Alhamdulillah..benda yg berlaku ni tidak sedikit memberi kesan pun pada tekanan darah aku rupanya. Dah bagi2 ubat apa dia nak bagi..dia yg offer aku..u nak rehat ari ni?..i bg u MC eh...Kanss...best dak?

Masa aku kat klinik, meena kol aku.  Pasal aku mc.  Jenab katanya kecoh korek dgn dia betul ke aku sakit ataupun sengaja..sejak kes aku ni, somehow aku dgn meena ok plak. Aku pun x leh nak salahkan dia kan. Bukan dia yg buat smua ni. Jadi antara aku dgn dia aku x nak ada rasa sakit hati apa. Aku pun bkan lama lagi kat sini..Mengamuk2 si meena ckp dgn aku perihal jenab. Tnya memacam katanya. Lantak ler situ.

Aku tunggu SP abes keje baru balik..tapi letihnya Ya Allah tuhan je yg tau. Dgn haus, loya dan mengantuk...SP ajak pi Mydin beli barang bdak2 pulak..alahai..panas berdengkang u olls nak jalan ke situ walaupun opis sp tu dkat jer.

Sblom balik aku singgah beli lauk .Aku betul2 tak larat hari ni. Adalah  bebrapa jenis aku beli...sampai umah lepas masak nasik aku  mandi ...letih giler. Mcm bdk umur 7 taun yg baru belajar puasa..sbb bebuka minum air mcm org tk ingat dunia....


Yg pasti smlm mmg panas u olls.  Tu la cerita aku smlm. Korang doa2kan semoga ada rezeki aku kat sana..Aku sgt terharu sbb ramai kwn2 yg sms tnya ..wish good luck dan mendoakan aku moga dimurahkan rezeki dan cepat dapat keje baru..Aku sayang korang smua...

Semoga adalah rezeki aku nanti kan..tak kat sana, kat tempat lain..Skg ni aku cuma tunggu dorang jer. Apa dorang nk buat dgn aku ni, terpulang..tp aku mengharapkan dorang cepat suruh aku blah dan bayar seperti mana aku patut dibayar..barulah mak leh releks, lepak2 kat rumah sementara menunggu raya, sementara nak carik keje lain..yg penting...RAYA HINDU...mana tak kalau dapat 8bulans u olls..peerghh tu dah 30k lebih tu!!!...waaaaaa..hahaha berangan..

Aku berdoa moga Allah permudahkan..mmg aku berdoa biar dorang yg keluarkan aku dari sini. Secepat mungkin..kerana hati ku sudah tiada di sini...wasalam


5 comments:

NenetPenne (NP) said...

kalau dah termaktub itu adalah rezeki u, maka tetaplah rezeki u..
i doakan u dapat kerja baru...

u tau tak, i kat sini semua orang dapat increment, i je tak dapat.. tak per..sabar... tu sebab boss busuk hati tak nak naikkan gred i from gred 4 yang dah abis tangga tu gred 3 dengan tangga baru

sabar jugak i...

mcm2 dia buat kat i, kisah i yang 10 tahun lampau pun dia korek siap bagi surat tunjuk sebab..tak per..i sbar lagi..

laaa ni dia diam jer... sebab apa yang dia buat suruh i berhenti kerja rupanya tak menjadi..

ni dia hantar i ke kutubkhanah pun i terima.. kalau dia kata i tak perfom pun tak per.. sebab menda tu akan terpalit ke muka dia jugak...

nor said...

Ana hati hati bila ckp dgn. Meena. No one to be trusted. Klu co nak paksa bior dia bayar. Buat bodoh je. Gi bito banyuan guaman sbg hak ana sbg pekerja. Doa banyak banyak ..buat smbhg hajat ..

Irfa said...

aku doakan ko dapat keje baru tu dan co lama cepat2 bayar pampasan yg selayaknya utk ko ;).boleh la ko RAYA HINDU .hehe

Irfa said...

ish nape komen x lepas ni
aku harao co lama cepat2 bayar dan ko dpt keje baru ;)

Anna said...

Thank u Nor..thank u irfa, moga semua ni ada hikmah..terutama di bulan ramadhan yg mulia dan berkat ni,,