Alhamdulillah, syukur hari ni 23hb November genap dah 15 tahun usia perkahwinan kami berdua.
Tiada apa yg aku harapkan selain dari rumahtangga kami ni kekal hingga ke hujung nyawa..
Terima kasih untuk soulmate ku, kerana masih teguh setia di sisi.
Kau lah teman, kau lah sahabat. Yg sentiasa sabar dan jadik pendengar setia.
Segala dugaan, cabaran, pahit manis kita tempuh dgn sabar dan tenang
Segala kesulitan kita hadapi dgn tabah dan keyakinan
Sama2 ketika susah, sama2 ketika senang
Dan tak pernah berkira dari segi masa, tenaga mahupun wang ringgit.
Semoga kehidupan kita berdua dan anak2 sentiasa dilimpahi barakah
Semoga rumah tangga kita sentiasa berada dalam mawaddah dan rahmah.
Terima kasih juga sbb menerima segala kelebihan dan kekurangan seadanya
Menghadapi segala yg mendatang dgn redha dan ikhlas hati.
Untuk 15 tahun yang penuh warna warni..Semoga Allah sentiasa melindungi kita sekeluarga
Semoga hanya maut jer yg memisahkan kita... AMIN
Terima kasih ..sungguhpun tanpa sebarang kata2..bait2 lagu ini sudah cukup mentafsir segala isi hati..
Iris
by Awie
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kau lah satu untuk ku
Kau masih Dewi hatiku, sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usah gusar sayang usah ragu
Aku milikmu
Cinta ku jika kau tanya pada bintang
Gemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu oh
Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Tak kan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahuku
Kan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku
Kau masih ku cintai, sungguh
Dari hari pertama kau ku nikahi
Aku pasti seyakinya pasti
Engkau milik ku
6 comments:
Laki akak nama Iris ke?
hahahha
btw, tahniah, semoga berbahagia, berkekalan dan sentiasa dilindungi Allah
Laki akak nama Iris ke?
hahahha
btw, tahniah, semoga berbahagia, berkekalan dan sentiasa dilindungi Allah
Tak lah..Awie lah nama dia..kuikuikui...mekasih..
alhamdulillah..amin.moga bahtera rumah tangga anna bahagia hingga hujung nyawa.
saya igt lagu ni lagu saya je..lagu ni suami penah nyanyi utk saya atas pentas masa majlis makan2 syarikat..dan kalau anak2 dengar lagu ini mesti cakap 'lagu ayah kan"hehe..mendalam maknanya w,pun sy tak minat awie
alhamdulillah..amin...semoga bertambah erat ikatan..:)
Terima kasih irfa, terima kasih lieynanilaz..Mudah2an..AMIN
Post a Comment