Sabtu dan Ahad, wah sgt sibok jadual kami wknd ni. Janji nak bawak bdak2 mandi manda kat KLCC sambil hangkut cucu sedara si Erin, adik dan maknya dan sorang lagi anak sedara sambil jalan2 makan2. Since pagi tu ada mesyuarat PIBG pegi la gak tunjuk muka dan dgr ler apa2 dorang citer. Yg tak syiok masa jemputan berucap : Dato Suhaimi pengerusi Polytech Mara, kat belakang tu macam bunyi langau. Bising sgt2. Suprised, yg bising bersembang tu sumanya guru2 wanita u olls. Mgkin dorang tak perasan ke hape tapi mmg aku hangin betul. Dato tu pnye ucapan mmg bagus, sambil tu dia bagi cadangan untuk bdak2 yg tak berapa excel dalam akedemik tu untuk ceburkan dalam kemahiran. Mcm kat polytech Mara dia kata ada bermacam kursus yg ditawarkan untk lepasan SPM. Aku setuju sgt2 apa yg dato tu katakan. Yg bdak zaman sekarang ni tak bole disamakan dgn dulu. Ckap saja tak dapat memberi gambaran pada bdak2 tu. Contoh la, tanya lah kat bdak2 sek rendah apa cita2 dorang, pasti bermacam2 dorang akan jwap. Dr, Guru, askar. Walhal mereka suma taktau apa. Tau pada dasar and apa benda yg dorang nampak saje. Dia pnye idea tu aku suka sgt2. Contoh, kalau ada parents yg mmg berkerjaya sebagai Doktor, Peguam atau Pilot panggil mereka datang ke sekolah untuk bercerita dan bagi pendedahan. Apa mcmana bidang tugas. Terutama pada budak2 yg bakal menghadapi SPM supaya dorang dapat gambaran tentang tugas sebenarnya.
Beliau juga bercerita tentang lawatannya ke pendalaman Sabah. Semua bdak2 lepas SPM kat sana kalau tanya nak jadi apa? nak buat apa lepas SPM? jwp mereka, nak jadik mcm bapak. Iaitu Nelayan tangkap ikan. Maksudnya dorang tak terdedah dgn apa2. Jadi apa yg dorang nampak itulah yg dorang akan fikir. Justeru mereka2 suma perlu bimbingan dan nasihat dan yg paling penting moral support gitu kan.
Aku tak tunggu sampai abis pun mesyuarat tu. Dalam kul 10 lebih sikit (seblum teabreak 10.30 am) aku dah balik. Nak pi sarapan pastu nak kena beli barang2 dapur. Lagipun aku takut bila mesyuarat dah start karang, buatnya dilantik jadik jawatankuasa tak kuasa aku tau.
Balik umah lepas ngemas2 barang pasar ( serius makin mahal barang2 sekarang ni) aku kemas2 dapur. SP pula siapkan plaster tiles yg masih ada sikit2 lagi tu. Tp mmg aku x masak sbb barang dapur masih bersepah sana sini tak siap dikemas lagi.
Tghari tu kami kuar pi lunch then terus g keramat. Amik dua org anak buah SP tu dgn anak2nya. Niatnya nak bawak bdak2 tu mandi kat KLCC tapi hujan turun lebatnya. Tunggu kat lam keta, tp ujan tak renti2. Last2 masuk dalam KLCC. Mmg dah lama sgt tau tak bawak bdak2 ni jalan2 dalam KLCC. Betul2 mcm rusa masuk kg dorang tu. Mcm hairan dan teruja nampak benda2 kat dalam tu. Dasar mcm jakun jer. Pelik mat2 bangla yg ada kat lam lift tu tau.. .Ronda2 jap, posing2 jap kat keta lumba kat lobby tu then makan ayam penyet. Bdak2 merengek nak mandi. Akhirnya, kami dapat idea nak pi tempat anak sedara yg sorang lagi. Yg ada kedai dobi kat Kondo kat Gombak tu. Wah, dah sampai sana berkubang sakan. Baek anak, bapak dan mak2 bdak sekali serius mcm jakun jer. Maklumlah bdak2 kalau dah jumpa air harus gitu.
Lepas maghrib, kami pi dinner kat Samuri Satay. Reramai. Mmg pack giler tmpat tu. Lepas tu kami suma balik rawang sbb dua anak buah dan anak2 nya tu nak tido kat umah. Mlm tu kami layan cd Sini Ada Hantu. Citer seram dan kelakar.Hari Ahad tu ada kenduri akikah abang sulong SP kat Selayang. Jadi pagi2 tu aku masak nasik lemak jer.
Dalam kul 12 kot kami gerak ke selayang. Mmg best makan kat kenduri tu dgn rendang toknya, sambal mangga dan ulam2. Lgpun kami mmg lapar gila. Pelagi, siap tapau gitu. Dalam kul 3 lebih off nak antar dorang kat Keramat tpi singgah lagi kat Kondo semlam sbb nak berkubang lagi. Kali ni sempat 2-3 jam gak sampai kecut berenang dan berkubang. Yg bestnya kat tmpat kanak2 ada mcm buble2 air yg rasanya macam kena massage gitu. Ala2 Jakuzzi. Betul2 mcm jakun sungguh bdak2 tau kalau dapat kolam.
Aku gerak balik rawang dalam kul 6 lebih gitu. So gone cuti 2 hari dihabiskan bermandi manda dan bermakan2. Sbb ari isnin aku dgn SP coti jadik mcm tak kesah berjalan sakan gitu. Kalau idak mintak mahap ler aku nak kuar2 gitu.
No comments:
Post a Comment