August 24, 2009

Ramadhan datang Lagi.......

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...Dengan rahmatMu
oh Tuhanku...Ku tempuh jua
Bila dgr lagu Man Bai dgn Raihan tu rasa sayu jer........


Alhamdulillah, hari ni dah hari ke 3 Ramadan. Syukur Alhamdulillah dapat juga menempuh ramadan kali. First day ramadan aku mendapat SMS dari kawan ku Salmi. Memberitahu bahawa suami kepada Has (salah sorang classmate masa form 5) meninggal dunia kerana kemalangan. Kisahnya arwah suami Has tu balik keje masa dekat jalan bengkang bengkok kat Batang Berjuntai tu di langgar. Sedihnya aku dgr. Dugaan paling hebat dia awal ramadan ini untuk Has. Cerita Salmi, masa dia datang menziarah tu Has masih kat Hospital. Anak2 nya yg 3 org tu menangis jer. Aku tak bole bayangkan. Kalau dah ajal sekejap jer. Nasib kita ni tatau lagi mcmna.

First Terawikh aku x dapat pegi sbb masih lagi uzur, Alhamdulillah dapat berpuasa Ramadan tahun ni. Harap2 dapat lah puasa penuh Insya Allah. Malam kedua aku pi berterawikh kat Masjid dkat umah aku. Mcm tahun2 lepas awal2 ni mmg penuh sgt2. Sampai takde tempat untuk jemaah perempuan. Nasib aku pg awal sket, dapat lah port kat ujung2 tu. Azam tahun ni moga dapat penuh pi terawikh Insya Allah.

Tapi yg tak syoknya, lepas 4 rakaat ada tazkirah. Makan masa 45minit baru sambung lagi 4 rakaat then tazkirah lagi. Kata SP masa mlam mula2 pun mcm tu, endup habis dkat pukul 10 lebih. Aku tak paham, kenapa mesti buat tazkirah ketika terawikh. Dan benda2 yg nak ditazkirah tu benda2 yg org suma sedia maklum pasal kelebihan puasa, terawikh qimaullail dsb..bkan tak bole cuma personally aku rasa tak kena. Pulak tu masa solat isyak, imam baca surah yg pjg2. Hinggakan aku sendiri dah hilang khusyuk. Akhirnya lepas 4 rakaat jer aku balik and sambung lgi 4 rakaat kat umah. Masa aku nak kuar dari masjid tu aku dgr lah org yg bagi tazkirah tu kata, org yg solat terawikh 4 rakaat then x dgr tazkirah tak mendapat berkat dan rahmat dari Allah. Siapa dia nak menyatakan tu?..Berkat dan rahmat tu hak Allah. Biarlah Allah yg menentukan. As for me, aku tak nak sambung. Lagipun aku bawak bdak2 yg bukan bole stand still lelama. Lgpun aku sambung lagi 4 rakaat kat rumah. Biarlah Allah yg menentukan samada pahala, berkat atau dosa sesorang itu..
Malam tadi terawikh sungguh seronok, selain solat isyak imam baca ayat2 pendek dan mudah ketika berterawikh pun begitu. Ayat yg mudah2..dan sekejap jer dah abis 8 rakaat. Aku tak mampu nak tunggu sampai 20 rakaat. Mcm biasalah bdak dua org tu cepat mengantuk dan tak bole lelama. Itupun nasib ada bawak buku untuk keep them busy. Tapi tu lah bdak2 mmg tak bole nye dok diam..ada jer. Lagpun hari keje payahlah sket, nak bangun awal kena tido awal..hasilnya balik terawikh jer buummm terus terlena....

Alhamdulillah, puasa ni jugak aku diberikan kekuatan untuk bangun qiamullail...solat sunat. Harap2 berterusan sampai akhir ramadan. Mcm tahun2 lepas, tahun ni pun aku masak, lebih jimat lagipun lauk tu bole disimpan untuk sahur. Kecuali saat2 kecemasan. Memandang skg ni cuti sekolah aku tak susah hati. Kakak ada di rumah and aku dah train dia masak nasik. Menjelang pkul 4 ptg aku kol lah dia suh kuarkan apa2 yg patut..
Kalau first day dah makan ikan kukus, hari kedua daging black pepper dgn paceri terung...smlm agak sempoi. Sambal tumis cili apa, kerabu mangga dgn telur dadar jer..simple mudah dan tak byk keja nak buat..hari ni Insya Allah, ayam masak merah dgn sayur peria udang. Sambal masih byk lagi dan maybe ikan masin..senang jer..bila lapar suma bole makan..kan???
Sahur pulak aku ni mmg tak bape selera nak makan. Org kata makan sesuap dua buat syarat. Sbb itu aku make sure bila berbuka aku makan kenyang..so bila sahur tak makan, or minum milo jer pun dah cukup..

Dah 2 hari puasa kat umah, bantai tido....harini berkerja pulak. Takde apa2 beza cuma agak boring sbb bila puasa mesti rasa sejuk sgt2 aircond ni. dah pakai 3 layer pun masih rasa sejuk.

Semoga dapat mengekalkan konsistensi aku beribadat dalam bulan ramadan kali ni...anak2 pun dah sibuk nak beli kasut raya..selagi tak beli tak berenti lah dorang dok ulang2... Weeknd ni ada cuti so panjang sket, Insya Allah nak balik berbuka kat kg aku. Maybe masa tu lah dok silau2 baju kurung untuk diriku sendiri! ....dan baju melayu untuk kedua hero2 aku tu...


No comments: