May 29, 2012

Miaahahaha...

Somehow, mmg gerak hati aku berkata2 dah masa pi interbiu kat company cap ayam tu. Mcm dorang mesti panggil for 2nd interview..miaahaa..betul sungguh firasat ku. Benar belaka yeaaah.

Hari ni, hari selasa. Means seminggu lepas aku interbiu ari tu dia kol lagi.  Aku dh tau dah mesti nak suruh datang for 2nd interbiu pnye.  First ring aku jeling kat HP nampak no itew..aku sengaja biar dia ring..

2nd time dia kol lagi. After half an hour.  Kesian kan, aku angkat lah. Tapi sbb meenachi ada kat seblah kan, terpksa aku berlari jauh bawak hp tu seblum dapat angkat.

Suara kat phone amoi tua tu mmg polite giler seh. So aku dgr dulu apa dia nak ckp.  Memula dia kata hari  khamis ni free tak? nak kena datang for 2nd interbiu with her boss. Kaf lam ya nga tu lah kan.  So aku biarkan dia abieskan ayat dia dulu..pastu aku jawap...sorry ms x, sebenarnya aku dah terima offer dari company lain, mean aku dah dapat  keje lain (sebenarnya takde pung!!!).  Oh !! dia kata.  And repeat jwapan aku tadi. Mean u have accepted an offer from another company???.. Yes, i am. Polite jer aku jwap..amik kau,

Oh, in that case ok. Thank you. Terus hang up. Aku nak gelak kuat2 tapi kontrol; sbb aku nyorok kat lorong file belakang. Karang org tau pulak aku bergumbira kat situ kan.

Yg benarnya, hati aku sgt puas!!. Mesti bos dia suruh panggil aku dtg jumpe dia. Maklum la, resume aku yg outstanding kelas tu. Lagpun mesti amoi tua tu dah cerita betapa  bagus  nya aku layan dia bersembang..aah, pelis lah....tak sanggup den. Membayangkan keje kat situ.  Dari pada menanggung siksa dan sakit hati segala biarlah aku disini dulu...haiya, tak kuasa nak keje situ u olls.

Aku baru jer forward resume aku kat one of xofficemate aku. Skg dia keje kat one of big oil n gas company.  So, aku cuma menaruh harapan kalau dapat kat situ baguss aaah. Offer??  60% of salary skg..if dapat indahnya dunia. Till that time, biarlah kat sini dulu. Better ye dak.

Tu jela nak update korang...pendek kata, dgn org2 cenggitu bagus kita buat cenggini ..ye dak?. Supaya dia tau, yg company lain kat luar tu 25x lagi bagus dari company dia tu..pasan ..kan???

May 25, 2012

Tak Professional langsung

Benarnya, aku mmg tak berapa sihat jer minggu ni.  Bermula dari Sabtu lepas tekak aku perit dan sakit jer. Pulak tu petang sabtu tu ada janjian dgn akak2 ku untuk jumpa kat umah kakak no2 kat Rantau Panjang Kelang.  Tghari dah rasa semacam. tekak sakit jer.

Bila sampai umah akak, nah kau dia siap buat nasik briyani. Ayam masak merah. Paling best, sbb dia tau adik yg sorang ni tak suka nasik berwarna, dia masak nasik putih, patin lemak tempoyak, sambal petai...perggh!!!...I tell u berasap giler makan. Masing2 tersandar kekenyangan.  Seblum gerak balik malam tu anak2 aku  bole lagi layan seround nasik beriyani u olls.  Kakak aku tu kan berniaga, so mmg dia masak sedap2 sgt..

Hari Ahad tu mmg aku dah rasa demam. So telan PCM pastu layan tido.  Isnin masih larat lagi pi keje.  Dan selasa tu benarnya aku ada interview. Adalah company yg post jawatan kosong kat jobstreet tu panggil interview.  Dah masa tu tak sehat, pagi aku pi amik MC kat klinik lepas lunch aku pi interview tu. Dalam kul 2.

Website company wah canggih , gah u olls, i can tell. Tapi bila dah ada kat situ..hmm endah kabar dari rupa.  Yg interbiew aku ialah dua org caya nun alip.  Satu pempuan muda. Satu pempuan tua. Yg muda tu ok lah, so so. Yg tua tu aku tak tahan.

Ofkos la interview dalam english kan ( beria aku praktis u olls, ingtkot mat salleh ke interview kan).  Memacam dia tanya. Mula2 ok jer. Pastu mula pempuan tua tu melalut meraban ntah ke mana. Ntah apa citer dia dok mengaruk.  Pastu tnya resume aku tu copy and paste ker?..HELLLOOOOOOOO, jng pandang sebelah mata hokay. Ko ingat mentang aku melayu aku tak bole produce resume heybad gitu?  Sah sah aku speaking english kan. Siap bukak sijil2 aku u olls. Tekejut beruk tgk SPM aku ..english dapat berapa..mmg aku tak ada kelulusan tinggi 6 tingkat okay, tpi bukan bermakan i bodoh. tak tau cakap fasih english. Heloooo, wa keje sama mat salleh dah berbelas tahun...

Dah la gitu, dia kata gaji yg aku mintak tu tinggi sangat. Taraf manager kat company dorang. Sengals!! aku dah stated berapa expected salary kat jobstreet tu, kalau korang x leh nak bagi buat hapa panggil aku interview??. buang masa jer tau.

Citer pasal company dia lah...bla bla. Benefitnya ialah..4ratus setahun for medical...Tuk staf je u olls, anak laki suma tak leh!. Pastu no dental, no optical. Bonus sebulan + performance bonus. Pastu kata ada family day company trip lah..bla bla bla.

Tanya aku napa aku nak carik keje lain..Lah, ofkos lah look for better offer and post kan. Sbb post dorang offer tu Admin Exc. So aku expect bole la demand skit2 lebih. Mana tau??.  Bila dia tnya apa benefit apa aku dapat..sbb dia kata gaji aku kat company skg ni dah tinggi. Bila aku kata 3k for medical setahun..anak bini, laki suma leh belasah.  1k utk dental..hentamlah nak wat gigi pelesu ke..kan scalling ka. dan 1k tuk optical ..hantam lah berapa byk spek mau bikin.  Wah, ternganga u olls cina tua tu. Cina yg muda tu kata..wah  bestnya.....

Maksudnya aku dah salah tempat la u olls.  Kalau dorang wiling bagi aku gaji 2x ganda ke kan baru la aku fikir nak keje kat situ..Letak 5k pun kata mahal sgt,..nak nego lagi..dgn benefit gitu? kim salamlah.

Bila dah dgr gitu ofkos la aku nak angkat bontot jer pi. Tpi minah tua tu menceceh2. Tnya laki keje kat mana. Bila aku ckp kat bank tuuuut, dia bole kata..eh lenkali if u keje sini i can asked him to tolong bayar my credit card..APa barang????

Byk lagi la dia menceceh..sampai aku tak terlayan. Belum pasal dia kata aku dok jauh lah, merempit bahaya lah...nanti eksiden bla bla..mcm la dia naek keta tak eksiden? tak mati gitu??

Lagi satu yg bikin panas hati ialah..dia tanya aku solat 5x sehari tak..Aku jwp ofkos..aku kan devoted Muslim aku kata. Pastu yg tua tu kata..dia tak paham kenapa hari jumaat muslim lelaki kena break lama. Pastu kena pi solat jumaat. Management tak suka katanya break lama sangat..ada ke dia kata..kenapa tak leh buat ari lain?? ujung minggu bagai?..wah hati mak dah panas masa ni uols.  Aku jwp la, dalam Al Quran dah sebut solat hari jumaat, hari jumaat lah. Mana bole suka2 tukar?.  Cam korang pi church la (aku tau dia christian sbb dia mentioned) hari ahad. Leh ke pi hari lain?..maklum hati dah panas kan. Rupanya u olls lunch break dia 1/2jam jer. Management cater food (halal katanya) uk staff makan..supaya tak break lama2..tapi dia ada kata, ofkos la kadang bila kita sembang leh  lebh2 ( i can tell haaha)..so its give and take..kepala hotak dia??.  Aku benarnya tak sabar nak blah dari situ. Tpi sbb respek kan, aku diam jer. Dah interbiu jadi 1 jam lebih sbb dia menceceh..melalut cam org giler.

Dia tnya aku kalau nak panggil second interbiu berapa hari nak advance..aku kata lah 2-3 hari..benarnya, kalau dia panggil aku lagi sekali...malas. Katanya ada 2 org engineer melayu kat situ..gamaknya tak pernah berpeluang gi solat jemaat kot dorang tu?.

Dia cerita lagi yg company dia tu jarang org berenti. Suma masuk keje lama ..kalau tak salah aku , terdengar dia kata notis 4 bulan ker..(padanlah?)...

Natijahnya, aku kena carik oil n gas industry jugak. Tak bole blah la nak keje company cekkai cap kaki ayam...nak nak lagi Regional GM dia kaflamya nga...(siap kata tu, hes a very nice in....not like those type??) apatah maksud dia aku tatau..kalau dah kel...sampai mati tatap kel jugak uols.

Setakat nak tau market dan tau company tu camne. Sbb org dah panggil datang, aku datang for interview. Tapi kalau di beri pilihan biarlah aku keje kat sini dari aku join company giler cam tu...

Totally unprofessional langsung!

Wasssalam

May 17, 2012

Lamanya

Pheww...lama sungguh tak update blog.  Bukan saja2. Mmg kebizian sgt melanda lately nih.  Ada masa berlambak2 suma dateline, suma nak kejar. Ada masa berlibur gembira sambil buat keje pelahan2 dan bernyanyi2 gumbira..hamboi...gitu.

I think after many weeks, i can manage my emosi nicely. No more rasa rungutan2 no more rasa benci ataupun menyampah pada kejaan baru ni. All are in good shape i would say. Cuma tu lah, kadang2 fed up bila buat satu kerja tu xleh habis dalam sehari tu dek masalah2 tersangkut.  System yg ada sgt bagus, but how system and org work not so user friendly.

Mmg banyak giler products yg company supply, malangnya tak suma part number tu ada dalam system.  Bila takde, then have to go back manually. Bukak ler segalamala kitab yg ada.  Lebih parah terpaksa duk berjam2 sama mat salleh oz tu to figure out apa part number. Sometimes to figure out apa harga.  Benda2 yg menyangkutkan begini bikin ku panas hati dan stress tau. Sbb keje x leh selesai.

Part of keje lama ku, cam biasa lah. Done on time.  Walaupun byk keje tapi bila team mate mintak tolong akan keje lama, ofkos aku ikhlas membantu.  Nak harap meena ..hmmm, sbok dok layan JLO jer jer suma keje tersangkut.  Sampai one day aku perli dia, ko jaga JLO sorang jer lah. Sales yg lain tu ko tak peduli ye.  Ye la, JLO kan giler kuasa. Since meena tu baru bole la dia gulagulakan ckp memacam. Dgn aku yg super senior ni tak bole. Lagipun meena kan tak tau products apa. Jadik dia buli . Bossy sungguh. Sok kalau jadi bos ntah cam ne la.

One time aku sakit hati sgt. Sbb JLO betul2 kacang lupa kulit. Dah dapat gading bertuah tanduk ni tak berguna lagi..tak pe tak pe..sok sok kalau meena cuti or MC (dahler MC queen tu kan) mesti kat aku juga dia datang mintak tolong..we'll see..we'll see, no hal pnye.

Keje lama aku dah pass kat meena compeletly.  Lega batu jemala aku ni. Tk yah nak risau org nak kejar2 barang..nak kol2 ujung minggu malam buta nak stok.  Now amik ko meena..ko jagalah. Aku pnye part invoicing saja..lain2 i dont want to know.

Tapi biasalah kan, email suma cc kat aku. Aku just read jer la..sometimes action pun kena amik as meena salu lambat nak betindak..selow melow..sebok gebang sana sini kejenya. Kdang2 email tu antar ke dia pun x leh jumpe email tu balik. Tanya kat aku...aku jugak kena fwd kan..kelakar kan.

Tapi thats shows sapa efisien sapa tidak.  As for me, kalau org ask for help aku ikhlas membantu. Lagpun kita kan satu team..tak guna berasa sakit hati dan dengki sesama sendiri. Fair enuff..skg hati aku rasa tenang dan tenteram..rileks jer.

Meena pun kalau ada apa2 dia datang jer tnya aku. Aku pun dgn ikhlas tunjuk.  Apa nak dengki2 kan?.  Aku tunjuk apa yg aku tau.  Lebih2 tu dia sendiri kena usaha.  La ni aku dapt kawan perempuan baru kat office. Dia drafter kat dept lain.  Tapi aku suka sbb ada kwn nk lunch sometimes. Ada kwan nak solat pun. Yg pengting hati aku gembira jer keja skg ni..

TAPI, itu tidak menghalang aku dari terus menerus untuk niat mencari peluang pekerjaan kat tmpat lain. Jobstreet adalah web yg salu aku lawat skg ni.  Byk juga aku antar. Mostly Oil and Gas.  Cuma sometimes tgk resume kena review, 2 , 3 , 4 dan ada sampai 7 kali...tapi tak panggil2...haissh.

Yg ada unsuccessfull pun ya jugak. Berserahjer la pada rezeki. Kalau ada adalah. Kalau takde, dok dendiam. Cuma now aku ada keazaman nak sambung study  balik. Insya Allah next year aku mula. Next year kakak tgkatn 4 so aku bole concentrate study part time..dia  bole tolong2 keje2 umah kan..


Itu je la aku smpat update sementara tunggu 5.45pm SP datang amik..Segalanya2 nampak lancar dan tenang...segalanya mudah insya Allah.

Doa2 kan aku dapat kerja baru yg lebih baik dan lebih byk $$ nya. As aku kerja kuat dan bersungguh2 pada tanggungjwb dan tugas aku dan aku rasa aku berhak nak dapat lebih setimpal dgn usaha2 aku tu.  Till then,...wasalam

May 9, 2012

Tabahlah hati

Kata org times flies.  Kata orang juga, kalau dah lama2 kita kehilangan org yg paling rapat dan kita sayang, as time passed kita pasti leh get over it.  Itu org kata, hakikatnya hanya kita sendiri tau bagaimana rasanya bila kehilangan.

Jujurnya, lepas 7bulan mak dah takde air mata mesti nak mengalir kalau teringat dia. Or kalau rindu dia. Ataupun kalau tengah buat something mcm memasak makanan kegemaran dia, makan somthing yg dia suka. Dan dan tu gak airmata cepat jer.  Mgkin bila dah takde parents kot, perasaan sedih dan hiba tu semakin cepat menyentuh hati. Dan makin cepat buat kita rasa sedih dan nak menangis.

Gitulah jugak aku ni.  Lepas kali terakhir menghadiri pengkebumian arwah mak tu aku x pernah jejak kaki ke kubur dia lagi, walaupun seblum tu sering aku dgn akak kekubur ziarah kubur arwah pak. Byk kali akak ajak pi kubur mak tiap kali balik kampung. Tpi entah kenapa ada jer halangan. Kadang2 keuzuran, kadang2 takde masa sesuai.  Dua minggu lepas, hati ni meronta2 gak nak pi kubur mak.  Perasaan bercampur baur, lutut rasa lemah dan gigil jer nak menjejak kaki buat kesekian kalinya.

After 7 bulan mak tinggalkan kami, aku gagahkan kaki dgn akak nak ziarah.  True enuff, sampai kat gate kubur tu, terasa gigil lutut ku dan kaku. Aku rasa cam tak sanggup sgt. Walaupun hati sangat2 rindukan mak.  Terasa nak berpaling dan balik jer, lebih2 lagi melihat kubur mak dan pak yg semak dek rumput2 yg tumbuh dgn suburnya.

Akak pujuk aku, jom lah. Kita dah sampai kat sini, jom kita masuk. Aku gagahkan kaki.  Keadaan semak samun, rumput yg baru lepas diracun nampaknya. Kami jalan perlahan2 masuk.  Sambil bersih2kan rumput, cabut2 rumput liar kat atas kuburan mak. Kami mula baca yasin. Terpaksa baca dalam keadaan berdiri sbb keadaan rumput yg tinggi sangat tu.  Baru bberapa ayat jer, hati aku mula sebak.  Sedih. Dah tersengkuk2 sambil sedu dan sedan baca dalam kepayahan. Akk aku tgk cool jer. Baca dgn tenang. Takde setitik pun air mata dia. Mgkin sbb dia dah biasa. Sbb dia dah sering ke kubur mak agaknya.

Usai beryasin, kami siram kuburan mak yg kami dah bersihkan. Rumput2 liar yg kami cabut tu sungguh keras, smpai luka jari cuba menarik rumput2 tu suma.  Sampai bersih dan abis rumput tu kami kerjakan.  Sungguh terlupa nak bawak parang ke apa utk bersihkannya.

Sambil cabut2 rumput tu hati merintih dan meluah rasa kerinduan amat sangat pada mak. Betapa ketika ini aku teringat yg setiap kali aku bermasalah dgn pekerjaan dan mencari2 kerjaan lain, pada mak lah aku mengadu. Pada mak aku akan katakan, mak tolong doakan saya dapat kerja lain. Kat tempat lebih baik, gaji lebih baik. Semoga saya gembira dgn pekerjaan baru saya. Saya dah tak bole bersabar lagi. Hati saya sungguh sakit dgn apa yg berlaku skg.  How i wish dapat beritau mak begitu.  Dan mak akan mendoakan yg baik2 untuk saya.  Alhamdulillah, doa mak tak pernah mengecewakan. Sering jer bila aku mengadu dgn mak begitu, tak lama pasti aku dapat pekerjaan baru dgn suasana baru dan sudah tentu lebih lagi ganjarannya.  Dah bberapa kali begitu.  Tapi sekarang, mak dah takde.  Takde lagi doa dari sorang ibu untuk anaknya ini...

Benar, aku berasa sungguh tidak gembira sekarang dgn pekerjaan ku. Entah kenapa, tugasan baru yg lebih mencabar ni semakin hari semakin ku rasa memberi tekanan maha hebat.  Mungkin kerana keadaan org2 disekitar yg buat aku makin hari makin menyampah?. or mungkin juga hati tak mau menerima hakikat yg segala kerja keras aku selama hampir masuk tahun ke 6 di sini langsung tak dihargai?.

Entahlah, aku pun sebenarnya taktau mengapa.  Hati betul2 berat nak menerima tugas dgn ikhlas dan redha. Bukan aku tak mencuba.  Sudah. Hampir 3 minggu sudah. Mmg tugasan selesai, tapi entah kenapa hati ku tak berasa puas. Hati aku x gembira langsung!!.

Persetankan meenachi tu. Aku malas nak memikirkan pasal dia, it just aku x dapat kepuasan langsung nak menggalas tugas baru ni. Mcm seakan sesuatu yg bond or menghalang.  Pendek kata, aku tertekan sbb aku tak gembira...byk sgt sebabnya tak daya aku nak tulis satu persatu.  Yg aku tau, aku dah develop a very good and efficient way to handle my previous work. Everyone notice, everyone aware. Buktinya, sampai skg mereka2 tu masih nak aku buat keje lama dalam diam2. Sbb mereka tak mau berurusan dgn si meenachi yg long winded. Ckp berpanjang lebar, yet...keje tak jalan pun...

Lagi satu insiden buat aku semakin kuat dan tabah ialah ketika officemate aku si botak bercuti seminggu minggu lepas. Sudah jadi kebiasaan aku utk tumpang solat kat bilik botak. Sementelah, dia sendiri beri keizinan kan. Tak pernah sekali dia kunci pintu biliknya wlaupun dia bercuti.

Satu hari minggu lepas, aku masuk bilik tu utk solat zuhur. Aku pasan ada manager cina sekor tu ternampak aku keluar dari bilik botak tu. So aku wat tatau jer la, memikirkan takkan dia tak paham yg aku solat jer kat situ kan.  Mana tau esoknya, si jenab bawak kunci dan mengunci bilik  botak tu..Ya Allah, sedihnya hati aku Allah jer lah yg tahu. Sebab apakah dosa dan salah aku tumpang solat kat situ?? salahke. Sedangkan tuan pnye diri beri keizinan tak ckp apa pun. Atas dasar percaya. Bukan aku masuk bilik tu selongkar apa pun. 5minit jer tuk bersolat salah ker???

Ya Allah, dugaan sungguh.  Selama ni aku bersolat jer kat mana2 cubicle kosong. Tapi skg takde langsung cubicle kosong, sbb suma dah penuh..jadi aku tepaksa cari alternatif lain. Mujur lah lepas tu aku cuti solat..sampai lah botak balik minggu ni.  Syukur lah, aku dah takde masalah sbb botak sendiri mmg tak pernah kisah aku nak solat kat situ. Tapi si jenab kafir vavi tu yg lebih2..Dasar hati kafir kan..mmg jahat sungguh.


Gitulah adanya, hari2 yg ku tempuh di pejabat semakin hari semakin  hebat cabarannya. Aku tau Allah nak menduga aku. Nk menguji. Insya Allah aku sabar, cuma hati ku sakit......Semoga aku diberi kekuatan menempuh segala dugaan mendatang ini..dan juga aku mengharapkan moga2 sbb berlaku ini suma adalah kerana aku nak mendapat yg lebih baik ....insya Allah.




















May 7, 2012

Hero kecil saya...sudah 8 tahun

Alhamdulillah, kalau 8 thn dulu ketika dan saat ini, saya sedang bertarung dia bilik bedah. Masuk OT pukul 10am dan kul 2 lebih baru kuar. Sgt lama. Sangat menyeksakan dan sgt menyakitkan prosesnya. Tpi kesakitan itu berbaloi kerana Allah mengurniakan kami seorang bayi lelaki yg cukup sifat dan sihat walafiat. Mana tak sihat 3.68kg beratnya. Montel sungguh.

Masa scan berkali2 dr kata baby girl. Aku x menaruh harapan dah. Sbb dah ada 2 girls so aku cuma berserah supaya dapat baby yg sihat dan cukup sifat.  Sungguhpun begitu doa tak putus2 semoga Allah mengabulkan doa aku untuk dapat seorang anak lelaki buat penyeri walaupun aku tau 4x scan dr kata ia adalah perempun.

Allah maha kaya dan tahu apa yg tersirat dalam hatiku. Pada masa pembedahan, ketika Dr tunjukkan aku bayi yg baru dikeluarkan dari perut aku tu..aku terperanjat, sedih gembira sampai menangis. Sbb nya bila aku ternampak birdnya tu.  Rasa nak melompat u olls.  Sebaik saja dia keluar Dr bersiap2 mengerjakan perut aku. Sbb aku kena buat proses mengikat sekali. Maklumlah dah 3+1 (satu miscarriage) operate saja, so dr nasihatkan untuk mengikat terus. Bukan keputusan aku tapi keputusan SP demi kepentingan dan keselamatan aku. Mana tau keikhlasan nya itu Allah balas dgn mengurniakan kami sorang bby lelaki yg sehat dan comel.

Mungkin lahir dalam bulan yg sama. Sebenarnya, ketika dr suruh kami pilih tarikh nak operate. Dia beri kami tarikh between 1hb May 2004 - 12 May 2004.  Aku suka hati nak opt for 1hb May sama besday aku. Malangnya Dr kata, sorry. Hari buruh dr tak keje kecuali kecemasan..wakakaka, lawak dr tu ye. Dah la aku admitted 2 minggu seblum beranak..tau tak betapa bosan dok sepital dr ooi. Abes berpuluh novel abis baca tau.  Atas persetujuan aku dgn SP kami pilih 7hb May bersamaan dgn Hari Jumaat, moga2 beri keberkatan insya Allah.

Masa kecik, tak susah nak jaga. Janji kenyang tido lah dia. Masa kecik mmg baby comel dan montel jadi rebutan. Berebut org nak dukung nak cium dan cubit pipi dia. Amal pun tak terkecuali. Mmg montel sgt dia masa tu..putih melepak pulak tu. Kalau bawak balik kg, berebut2 anak buah dan mak mak sedara nya nak mendukung.




Amal punya banyak sifat dan sikap serta peribadi aku. Except bab nakal dan suka mengusik. Sbb aku x begitu pun masa kecik.  Well plan orgnya. Suka bersiap sedia. Contohnya, jadual buku sekolah.  Sekolah hari Isnin, sabtu malam dia dah siapkan sumanya. Begitu juga pakaian sekolah. Mlm seblum sekolah esok tu dia dah siap2 kan singlet, spender dan stoking bersama2 baju sekolah yg nak dipakai. Pendek kata, mmg dia salu jer well planned.

Walaupun nakal dan kadangkala rasa nak cubit jer, tpi aku tau dia mmg sayangkan aku lebih dari segala2nya. Sbbnya apa pun dia nak beritau, cerita or nak apa2 pasti dia akan datang pada aku dan beritau aku dulu dari pada ayahnya. Mgkin dia tau ayahnya rapat dan manja dgn delin, dia mmg conquer aku habis2 san. Tak bagi chance dan peluang langsung kat org lain.

He is a fast learner, sekali jer ckp dia dah tau apa nak buat. Sbb tu kalau nak pesan apa2 mmg sekali ckp jer dia akan ingat. Kalau baby sitter nak apa2 pun harus pesan kat dia. Gerenti sampai.  Sikap manja dia tu mmg sgt mengada2 kenkadang. Tapi being the bongsu aku rasa benda tu normal. Salunya ayahnya marah sbb ktanya aku terlmpau manjakan dia sgt...well, he is my only son kan.

Hari ni, genap udah umur Muhammad Ekhmal Hakeemy 8tahun.   Tiada apa yg mama dan ayah harap dan doakan selain dari jadi anak yg soleh dan berjasa pada ibu bapa....mama dan ayah sgt sayangkan kamu....



May 3, 2012

Welcome to 4series Club

Ya, 1hb May 2012 bermakna genap udah umurku..uhuk uhuk 40years.  Rasa mcm kejap je. Rasa macam baru jer umur 30an ..dah masuk 40an. Sungguh aku cuba menidakkan bahawasanya aku sentiasa merasa muda (ewah, perasan) hakikatnya aged just a numbers tu mmg x bole diterima akal. Sbb apa??..sbb kat IC nah jelas tertera yg aku sekarang ni dgn rasminya dah masuk ke kelab 4series katanya..

Tidak ada apa lah yg aku harapkan menjelang umur tua ni. Selain dari bermohon semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki sentiasa..beroleh kebahagiaan sekeluarga di dunia dan akhirat..semoga sumanya dipermudahkan bagi ku. Ofkos, berharap dapat rezeki kerja baru ker..Baru best kan.

Takde celebration or apa. As i dont want to feel old dgn 4 batang lilin on the cake..just lunch out dgn anak2 dan suami. Kebetulan akak dan anaknya ada kan kami just pi JJ and makan kek kat Secret recipe jer. Baru aku notis..2012 ni rega SR dah naek. Dulu seketul tu RM75 jer. Now RM82.  Nak beli sebjik tu byk sgt, karang tak kehabisan. So aku suruh anak2 pilih once slice of each flavour dorang nak. Dan org dewas just tumpang semangkuk makan..i m not fancy about kek lah bila dah tua2 ni. Let the kids enjoyed it.  Fair la sbb dorang makan sampai abes licin. Tak la membazir. Taun lepas beli seketul, jenuh nak mengabiskan sampai seminggu lebih dalam peti. Sampai dah tak sedap lagi blueberry cheese tu.  So now, apa aku buat kalau anak2 merengek nak SR, beli jer sepotong sorang..tak pun beli sepotong extra. Dorang pun suka beli different2 flavour, bole rasa merasa. Lagi mesra kan?.  Langkah berjimat u ols.  Dah gaji tak naek2 ni kena lah buat gitu kekdahnya kan. Idak la sampai cut budget leisure terusan gitu kan.  At least dapat gak dorang makan kan.

Jadik, takde apa yg spesial ah..being 4 series, aku mengharapkan semoga aku bertambah sabar, matang dan kuat menempuh segala dugaan mendatang..Insya Allah.  For all frineds yg wish besday tu..terima kasih banyak2..Berpuluh msj aku dapat, byk giler post kat FB wishing besday..thank u...atas ingatan korang padaku bahawa aku bertambah tua lagi setaun..uhuk....

April 30, 2012

Mengukur Jalan TAR

Aku coti hari senin tu.  Sengaja amik cuti kunun nak lepak kampung lama sikit, malangnya kakak ada periksa pulak Senin tu.  So, niat nak suh bbudak ponteng tak kesampaian lah.  Hasil kata sepakat laki bini balik kampung sabtu ahad je la. Ahad malam balik KL balik.  Since akak ku di kg tu beria2 gak amik coti senin tu, aku came out satu cadangan supaya dia ikut aku balik KL.  Plan baeek pnye, nak bersoping baju raya kat Jalan Tar katanya.  So Ahad mlm tu akak dan anaknya Yen (ponteng sek senin) ikut sekali.

Pepagi senin, Amal dgn Kakak pi sekolah. Delin cuti sbb kwnnya pi lawatan ke Singapore dan dia tak ikut. Jadik dok umah jer la.  Lepas siap2 masak gitu dalam kul 10am.  SP dah setuju nak antar ke komuter dan dia dgn delin tinggal kat umah. Tak sesusai bawak lelaki nak meredah jalan TAR u olls.  Si Yen anak akak pulak sebok nak ikut.

First, kami amik Komuter dari Rawang ke KL Sentral. Then from there kami ke KLCC naik lrt. Semata2 nak ajak akak rasa makan nasik ayam penyet yg aku dah citer kat dia tu. Semata2 ayam penyet u olls, kami pi KLCC for lunch.  Done that, kami amik LRT pi Masjid jamek pulak.

Turun kat masjid Jamek, kami mulakan ekspedisi.  Jauh tu jalan..hampir suma kedai kami masuk. Akak ku itu mabuk tgk tudung yg berlambak bermacam2 jenis patern segala.  Ye lak kat tmpat kampung kami tu tak banyak pilihan kan, once tgk kat sini nak fittam katanya.

Meredah dari satu kedai ke satu kedai. Berbondong2 beg bawa kain baju bagai.  Borong 5 pasang sorang kami. Tudung toksah citer la. Akak beli entah berapa helai. Aku beli dua lai je tudung.  Berjalan meredah panas berdengkang..wah cam nak tercabut kaki ku. Ank akak si yen keletihan. Mujo tak bawak delin ikut, lau tak aku yg pitam nak mendukung hissh.

Hampir 2 jam lebih kot, kami decided nak pi solat zuhur kat Sogo.  Ramai sungguh org kat sana ..mana tak sales gila rupanya. Lepas solat tu konon kami nak tgk2 jer kat concierge tu. Mana tau tergoda dan terpedaya sama handbag berjenama giler2 sales. Kasut2 pun ya.  Org pnye ramai cam nak pitam aku tgk. Nak bayar pun berlengkok2 barisannya.

Grabla cepat2 mana dan. Aku dapat sepasang kasut sembonia u olls...harga runtuh. 40hengget jer.  Akak nak rembat, malangnya takdak size. Si yen dok bersila kat tepi tu jaga kain2 .. Hanbag la paling giler2 sekali nak pilih..sembonia mmg from 50-80% diskaun. Dalam berhimpit tu sempat aku rembat backpack polo. With 80% diskaun dapatlah RM98. Akak rembat Carlo Rina reganya RM79.

Pas abis tu kami pi redah kedai beg pulak kat pertama. Anak akak nak carik beg sekolah. Dah dapat beg tu, kami menapak ke stesen komuter kat Bank negara..jauh giler !!.

Kul 4 kot kami naek komuter. Kaki aku rasa nk tercabut u olls. Sakitnya Allah je yg tau. Muka rasa terbakar sbb kepanasan. Badan rasa dihidrated. Giler aku redah hampir suma kedai kat Jalan TAR..tak pernah2 u olls. Sampai Rawang KTM pukul 4 lebih gitu.

Sementara tunggu Amal dgn Kakak balik sekolah, kami lepak2 baring. Penat still tak hilang. Panas terbakar muka aku tak hilang lagi..terbakar amats aku rasa. Makan dalam.

Lepas Isyak, kami dah siap2 pulak. Kali ni nak kuar ke ICity. Dah lama janji dgn bdk2 nak pegi tak terpegi2 kan. So since akak ada kat sini will be the best time la.

Kami sampai dalam kul 10 gitu kot. Ramainya maknusia.   Dgr cerita cam gah dan hebat sgt lah ICity tu. Hakikatnya..hmm. Dgn keadaan tmpat tu nak berjalan tak selesa sbb berbatu2 dan pasir2. Abes kotor kaki suma.  Nak masuk umah salji pun ase tk berbaloi lansung. Dgn RM35/sorang, apa ntah yg ada kat dalam tu. Baik la u olls pi umah salji kat genting tu uolls..lagi berbaloi. dan tentu salji betul. Ni takat snow mean jer..lantai nye pun takde salji. Nak berbaju sejuk bagai sungguh tak sesuwai.  Amal merengek2 nak masuk tapi aku kata x nak. So aku bagi dia main merry go round jer la dgn delin.  Lepas bawak Amal ke rumah salji dan dia tgk sendiri dari dekat,dia sendiri kata..Alah, ini ajer???. Kat Genting lagi best kan ma?...see, sorang nak bayar mahal ntah hape..

Lpas pusing2 bagai kat sana, lampu2 mmg cantik lah. Posing bagai. Kami balik umah. Asenya kul 12 kot baru sampai umah. Menyinggah makan dulu baru balik....


Kul 1 pagi baru suma tido. Sbbnya? layan citer hantu pulak kat astro...kaki aku?? semakin letih dan penat sbb berjalan kat I city pun jauh uoolss...

April 25, 2012

Bizi terlampau

Sejak Senin tu aku dah mula buat kerjaan lain.  Wah, mmg sgt mencabar akal dan minda. Sbb productsnya sungguh maha banyak uools.  Tapi sgt interesting kalau dah pandai and wellversed with it. Sbb tak ramai org bole mastering tu.  According to mat salleh new indirect bos aku tu, kat region far east ni ada bberapa org jer yg mmg betul2 expert. So he is hoping aku akan jadi cam tu soon...Will see hah.

Si pendek pulak sgt sebok i tell u. Bukan aku takmau  bagi suma kerjaan lama aku kat meenachi tu tapi since sumanya aku dah  buat halfway aku better  abiskan. Pas kat dia karang taktau ujung pangkal tak ke satu masalah.  Prinsip aku senang jer, buat kerja sampai abis.  Mgkin dia tgk senang sgt meenachi kehulu hilir berroad tour gaknya.

Hakikatnya, aku dah bagi sedikit pun dah gelebah giler gaban.  Seharian nak menghabiskan benda yg simple jer nak buat. For me, meenachi sesuai buat keje2 admin tu suma tapi dia tak sesuai buat support terutama kat sales department yg product dia sendiri tak tau dan tak kenal walaupun dah mengaku keje kat sini lamaaaaaa...

So, sakit hati dgr dakwaan pendek gitu. Yg benarnya aku pun tak nak terus dump everything to her cam bandaranya kan..karang stressed, sakit, MC sapa susah. Jadik aku pass mana yg bole as we go along. Cumanya dalam hidup ni jgn nak berlagak sgt. Konon fast learner, walhal suma keje nak kena bgtau buat baru buat. Takde masa wa nak layan.

Part of work lama aku dah bagi kat dia. Dan aku tak sabar nak bagi suma completely.  The way i look at it dia selow melow. Suka buang masa. Sampai pagi tadi aku dah tak sabar sampai aku sound off dia.  Aku nak tunjuk dia somthing, berjanggut aku nak tunggu.  Nak amik air lah..nak berak lah...sedangkan aku ni byk benda lain nak buat. Aku nak kena jumpe manager baru tu nak belajar product.  So aku sound direct, cepat sikit boleh tak. I ada byk benda nk buat as this is the correct time sbb ada dokumen berkaitan better i show u now. I dah fed up org kata i tak nak pass to you the kerja..(dalam hati aku kata, padahal ko tu yg lembap).

Ada ke dia ckp kat aku, kalau ada email related to keje dia nak buat, email instruction kat dia.  No way. Pe jadah aku nak buat begitu kans?. Dah ko now buat benda tu which ever related to it. Take note la.  Print ke tulis somewhere ke. Takkan tu pun org nak ajar?? Now baru mengaku kat aku dia tak faham so aku kena beritau dia what to do? What the H....? Lenkali jgn berlagak pandai sgt kan. Admin and sales support tak sama. Admin tu keje senang..as buat closed. Ni tak ni big circle ko kena buat from beginning to end. Sedangkan dia buat half way je. Invoicing parts still AKU juga kena buat.  Sebok pulak nak tau invoicing process..>HELLOOO..mukadimah tak lepas lagi dan nak pi ending..apahal?

Gitulah adanya, part of new work aku mmg suka. Learning new things, new system. So teknikal so detail.  Pendk kata sgt interesting belajar benda baru.  Tapi sbb aku dah keje dalam oil n gas lama..hampir 12 tahun so senang la nak paham apa yg manager tu explain kat aku.  There will be alot of training soon jugak.

New task to know products lain mmg sgt mencabar. Banyak giler i tell u.  Tapi slow slow, aku try to catch up. So during belajar tu aku korek2 citer kat manager tu kenapa aku gaknya dorang pilih buat ni..sedangkan aku fikir dorang nak meenachi yg buat?.  Mamat omputih tu ckp lah, based on work, attitude and experience they feel aku good in system, good in learning.  Tu sbb dorang finally tukarkan aku pnye jobscope pada sekarang ni. Atas dasar dan kelebihan itu. I m glad and take it as compliment dan penghargaan walaupun takde imbal balik dalam $$$ kan. Sapa tau rezeki aku later on murah kat sini. U never know.

According tu mamat omputih tu tak ramai org yg expert pasal tools tu kat Far East region. Dan dia kata kalau aku  bole mastering semua and deal bagus with customer (based on track record skg katanya, i m good in handling with customers and suppliers) pasti aku sgt valuable to the company nanti. Well, tu lah aku citacitakan. To be master in this seperti mana aku master dan bagus dalam products yg aku dah pass kat meenachi tu kan.


Sungguhpun begitu, aku kena juga tolong team lama. Lgpun aku tak pindah tempat kan. Apa2 dorang mntak tolong aku dgn ikhlas hati menolong. Lgpun meenachi takkan tercapai dek akal dia buat benda2 yg sgt memerlukan org yg teliti dan sentiasa alert. Being the part of the team kena effisien.  I will not let others complain my work tk kira to sapa2. Sbb tu for the past 5 years takde org komplen2 pasal keje aku .  Even boss pun x pernah. Kalau ada pun teguran2 membina for improvement. For that, aku  bersykur sgt for having prinsip..buat keje buar sampai abes..dan be effisien as we can.

Aku sindir meenachi pagi tadi yg kat sini byk polis. So what ever dorang nak ko kena buat cepat supaya takde komplen keluar. As for me, i will not let ppl talking about my work. Sbb i deliver as much as fast they want. Jadi dorang takde apa against you.  Sebenarnya tujuan aku beri hint kat dia supaya more fokus. Idaklah asik bergayut, berchatting maupun bersantai bagai dgn geng2 hitam dia tu..Hitam tu kalau satu tahan lagi la..dah 2-3 org mmg pitam. Pulak tu mmg set asik melawat kat cubicle dia sampai aku rasa annoyed dan terganggu. Kalau pasal keje tak pe la. Ni ntah pasal personal apa. Smlm aku sound kat meenachi jugak, i tak kisah org ckp aku sombong. Sbb aku mmg tak berckp or buang masa buat perkara tak berfaedah. Sbb tu aku tak suka jalan tempat org, bersembang lama2 kalau bukan pasal keje. Sbb aku byk keje dan takde masa nak buang masa. Dari aku berjalan begitu baik aku dok tempat aku intai fb ke apa kans?


Lain org lain cara keje. Aku tau aku tak berkelulusan tinggi. Justeru aku kena buat double or triple effort berusaha bersungguh2 dgn kerja aku dari membuang masa.  Agak2 lah kalau nak mengular ke apa kan. Sbbnya kita bizi banyk kerjaan, tak payah layan benda2 tak penting.  Dgn dia pun nak borak2 mengumpat aku walaupun dok seblah aku malas nak layan. Lg satu aku dah stop trust anyone in the office nak cerita benda2 lain selain keje. Thats it.

Ada byk katalog, products presentation aku nak baca nak fikir dan paham. Lebih baik aku tumpukan tu suma dari melayan dusta2 dunia ni kan..

Jadik, masa untuk bersosiyal agak terbatas skg ni. Ada masa g fesbuk pun time pagi2 sblom stat keje or tghari or petang. Tu pun kadang2 after 5 pun masih bizi lagi camne?

Takpela tu pengorbanan namanya, tak rugi walaupu sepicing pun. Aku cuma berharap bole mastering tugas baru ni dalam masa cepat. Mamat omputih tu kata 6 months biasanya nak familiar dan mahir..tapi aku nak cabar diri aku sendiri yg aku bole buat in 3 months insya Allah.

Once aku dah bagus dan superb nanti, barulah aku bole pelan2 cucuk mamat omputih tu nak naek gaji ke, nak naek pangkat (giler pangkat kew hehehe,) sbb dia sendiri tau dan kata betapa susahnya nak buat products ni kaalu aku boleh hebat dan mastering cam dia..i deserved it kans..

Wish me luck u oll. Aku x rasa aku bole dapat kerjaan kat luar lagi buat masa ni. Bukan apa, skg ni aku dah dibayar rate tinggi (walaupun 4thn gaji x nenaik uools). Tapi kalu aku kat luar mmg dorang xkan nak bayar aku semahal ni. Abis kat jobstreet Accountant pun max dorang nak bayar 3.5k jer apa jadah ye dak?..aku ni level kulikang batak jer..harus low rate dari tu dorang nak bayar..nak nak lagi takde kelulusan kan.

Tak pelah. For the time being, biarlah aku di sini saja. Insya Allah ada rejeki sambung belajar . Mana tau later on bole jadi manager ganti mamat tu kan..haaa..sapa tau.

Semoga Allah permudahkan urusan ku segalanya.  Semoga juga aku diberikan kelapangan hati dan dada untuk selesaikan tak kira apa juga tugasan yg mereka berikan insya Allah..

Part of above, new receptionist pun dah masuk..gelihati aku dgr botak tnye hot tak..ye memg hot sampai terbakar legam...rentung..wakaka..gelap lagi. As MNC company aku tak paham kenapa amik org jaga kat depan tu tak lawa. Ye lah being big company at least bila org dtg pasti org tgk kat receptionist tu. Carikla yg sedap mata mandang sikit...ni tak, dah ler sakit mata memandang..berbau pulak tu..aku diri dekat dia pun dgn bau keti** dgn bau nafas dia..hissh, tk reti2 kunyah wrigleys spearmint gum ker?.  Org yg kerap kol kompeni ni dok tnya aku  bertalu2 sapa angkat kol tu..sblum ni aku or meenachi, sore sedap tone jelas dan nyata..kena budak ni dah ler lembik sore..halus pulak tu, ada customer komplen kata cam sore dalam kelambu..or sore nak main aja..sabar jela.  Aku tak paham taste si jenab ni...takde ke org lain nak amik?? padahal masa interbiu hari tu ramai jer yg sedap sikit mata tgk dari yg ni..tolong laaah....

Tapi sbb takde kena mengena kan lantak lah situ...aku nak jer satu hari omputih2 ni sound direct kat muka jenab..apa pnye worangg ko amik jadi receptionist ni?? tak sesuai langsung...haiyooo, kadavalek. Aku pasti satu hari nanti pasti org2 yg bermulut laser akan sound dia direct...biar padan muka dia kans,,wakaka. Aku bukan racist ye, tapi mmg aku benci dan against org2 yg bodek tak hengat ni. Pepagi datang pi ke tiap org greet gud morning..ah please lah.  Tak payah bodek gitu sekali...be your self la. Tak perlu nak hipokrit gitu..sakit mata aaaai laaa..




April 18, 2012

Tadak Mood


Lama dah tak menaip di sini eh.  Nak kata sebok tu tak lah sgt. Lebih pada menyeboks jer lah benarnya.  Firstly, thank you to Irfa sbb antar adiah contest dia ari tu.  Once sampai umah ari tu , si hero Amal terus jer amik buat simpan stationeries dia. Kakak yg merebut x berjaya mendapat.

Kehidupan ku macam biasa2 jer. Sbok kat pejabat tu alah, kacang jer. Lagi sebok kat umah tangga pnye urusan.  Urusan umah tangga yg tak pernah abis sampai la mata tertutup u olls. Ada jer kerjaan yg harus diselesaikan tak kira masa.

Ckp pasal kerja cukup buat aku sakit hati sesak dada jer. So, malas nak cerita pasal kat tempat kerja yg penuh dgn tipu daya dan pura2. Penuh dgn maknusia2 hipokrit yg sentiasa mementingkan diri sendiri biasa lah tu..satu jer aku belajar, let them take away our opportunity...But dont let them take away your pride and dignity!!.  Thank to Mimi -workmate kat Singapore off yg beri kata2 ini ketika hati ku sakit dan terluka dgn apa yg dah berlaku dalam kehidupan pekerjaan ini. What ever it is life goes on.....

Tak kesah la, dorang nak bgi naik gaji ke idak. Malas dah aku nak memikir.  Tak kesah juga mereka lambak 1001 kerjaan kat aku, Insya Allah aku akan berusaha sudahkannya. Justeru, aku tak mau merasa jengkel maupun sakit hati, kerana ia akan memakan diri ku juga nanti.  Jalan paling baik, berdiam diri, buat kerja semampu boleh. Kurangkan berckp, kurangkan melayan benda2 bengongs yg menyakit kan hati.

Ini suma namanya cabaran kehidupan kan. Begitu hebat aku dicabar begini, aku masih mampu bertahan dan terus bertahan Insya Allah.  Allah merahmati kehidupan ku sekeluarga.  Aku dan SP jarang2 sangat bertelingkah, bergaduh maupun bermasam muka.  Hidup kami anak beranak tenang, gembira dan sentiasa gile2..kebahagiaan itulah yg lebih penting dari segala2 di dunia ini kan. So buat apa aku nak bermuram durja bersesak dada dgn cubaan yg secebis jer Allah beri di alam pekerjaan kan.  Pasti Allah ada muslihat tersirat yg satu hari nanti akan beri kebaikan pada aku. Till that time, Insya Allah aku bersabar.

Perkataan Sorry yg salu sgt aku dgr kat office ni kadangkala tak memberi makna langsung. Sebb terlalu sering diungkapkan oleh mereka2 ni yet mereka tetap mengulangi. Jadi sorry pada ku tak bermakna kalau tak lahir dari hati yg jujur. Sesusahnya nak mengucapkan maaf , sesusah itulah kita nak mengulangi kesilapan.  Meenachi asik dgn sorry sana, sorry sini..sampai sakit telinga aku ni mendengar dan naik bosan.  Lama2 aku bo layan dgn segala sorry yg keluar dari mulut dia tu.  Rasa bernanah telinga dgr benda yg sama berulang2..bohsan seh!.

Aku benarnya ada juga cuba2 kat tempat lain. Tu salah satu usaha dan ikhtiar jugak kan. Mana la tau ada rezeki kat tempat lain. U never know kan.  Last week ada 2-3 kali job hunter dari Singapore kol untuk tanya samaada aku berminat dgn jawatan Rig Cordinator.  Berdasarkan apa yg kami bicarakan di telefon syarikat berpejabat di Singapore masih dalam proses shortlisted the candidate, once ok barulah dorang panggil aku interview kat KL nanti. Aku x menaruh harapan sgtlah, tapi kalau dapat panggilan interview insya Allah aku akan pergi. Sekadar mencuba nasib kan. Tk salah. Lagpun aku bukan desperate sgt nak mencarik keje lain walaupun hati sgt sakit owh.. Apa nak buat, org tak mau bagi kenaikan gaji ke pangkat ke, apa kita bole buat. Takkan nak hentak2 kaki dan bising2 memekak mintak. If meenachi claimed dia naik pangkat ke hape..lantak dia.  For me, takde guna pangkat kalau takde perubahan dalam gaji yg sedia ada. Nampak sgt giler pangkat keling ni kan...huhu

SP pun masih mencari2 kerjaan lain. Bank akan tawarkan VSS lagi bulan June nanti. Dan kami dah setuju untuk dia menerima VSS tu kali ni. Org dah tak suka takkan nak terhegeh2 tunggu kan. Now pun aku tgk dia sgt suffer buat keje2 admin. Ye lah bukan bidang dia. Bidang dia teknikal haruslah tak sepadan dgn kehendak jiwa.  So once dia amik VSS tu nanti haruslah carik kerjaan lain. Like i said keja tuk dia mmg sedia banyak terbentang. Cuma nak dgn tak nak jer.  Since dia tak keen sgt nak keje kat shopping mall or hotels tu yg kalau boleh dia nak cari highrise building of office jer. Senang katanya nak cuti ker or working hours flexible tak macam hotels and shoping mall.

Honestly, sejak arwah mak dah takde ni, aku tak fikir sgt pasal tu. I dont mind kalau dia kena keje odd hours.  Bole jer aku travel sendiri pi keje or taking public transport. Cuti hari biasa tu bole jer kalau terpaksa berkorban kan.  I totally dont mind.  After mak takde aku takde fikir sgt pasal nak balik kg for emergency ke apa. Ada masa balik..tak de masa dok dendiam jer kat umah.  Cuma akak jer lah, sometimes kalau lama tak balik mula dia tnya2. Ye lah mak dah takde, yg lelain tu hampess nak balik kg kan, harap kami jer lah memeriahkan hidup mereka tiga beranak kat umah pusaka mak tu kan.  Aku paham perasaan dia tu cuma like i said tak seserius masa arwah mak sakit terlantar. Risau jer kalau dapat kol. Risau jer kalau mak apa2.   Cuma apa yg bole aku fikir mgkin SP terfikir mak dia kan. Mesti dia risau kalau mak dia sakit ke tak sihat ke. Kalau keje odd hours pasti susah.  Maybe lah.  Dia tak pernah suarakan secara terperinci tapi aku dapat rasa begitu. Paham..aku paham perasaan dia. 

Another plan, aku ingat kalau SP dapat VSS sok nak bodek2 dia skit untuk bayar for my part time study.  Kosnya aroun 10k gitu. Kalau dapat bayar lump sump dan aku bole trus sambung belajar alangkah bagusnya. By next year dah bole abis, or by time aku bole apply keje lain dgn menyatakan sedang sambung belajar.. At least peluang cerah sikit nak up the grade kan. Idak ler aku nak dok sini sampai pencen dgn position kuli sampai ke sudah kan. Of kos aku teringin nak upgrade.  Probably higher position tuk masa depan. Insya Allah, perancangan ke arah itu mmg ada, cuma belum dapat terlaksan dek kekangan ringgits.

Gitulah adanya sikit2 cerita perihal kehidupan seharian yg memang sentiasa jer ada ada saja.  Tu belum campur perihal ada kawan2 yg bergaduh kat fesbuk. Suma pasal hati dengki dan busuk. Yg aku tak tahan yg set2 berlagak suci knon tapi perangai mengalahkan budak2 kat tadika.  Yg ada pulak jadi batu ronson (api) besar menggalakkan lagi pergaduhan tu. Padehal hakikatnya yg batu api tu perangai lagi mengalahkan setan.

Ada beberapa org yg aku kenal thru fesbook kadang perangai mmg buruk giler tau.  Budget suci tapi...Most of them aku kenal dari page kampung kami yg tercinta tu. Sungai besar page.  Yg ada tu kat luar sekandal sana sini tak padan diri tu bini org. Tk padan rupa tu, ye lah kalau rupa lawo, vogue cantik sekandal sana sini org tak heran. Ni dah la rupa tu nan ado (sory to say lah kan), perangai buruk, hati lagi buruk dan busuk u olls, apa lagi nak kata?.

Dah la awak tu bini org, skandal dgn jantan sana sini. Kat fesbuk pandai nak menasihat org memacam. Pandai nak jadi kaki propa meraih simpati sana sini. Dgn harapan org kesian kat dia, padahal ONAR dia sendiri yg bikin. Apa nak jadi dgn makcik2 clan yg begini lah gaknya.

Aku amik pendekatan tunggu dan lihat. Tak kuasa nak masuk campur dan komen. Tapi hakikat kebenaran diri dia tu aku tau dari rakan sekampung jugak. Sbb org berckp. Lambat laun org akan tau juga.  Benarlah org kata dari hati segalanya bermula. Kalau hati jahat dan dengki sampai ke sudah nak mendengki jer kejenya..tak aman hidup org yg kurang kasih sayang begini u ools.

Prinsip aku senang, perkara2 subahat ni jgn cmpur. Ek tidak Eok pun tidak. Biarkan jer. Lama2 sok dia diam la sendiri kan. Ramai dah aku buat cenggitu.  Langsung tak komen apa pun . Langsung tak pi jenguk wall dia pun. Sudahnya meroyan sendiri. Sbb jahat sgt hati tulis memacam, komen org memacam. Sampai memalukan org lain komen2 dorang tu apa hal??..sudahnya suma kwan2 pun pulau kan dia. Baru dia tau. Tapi malangnya mereka ini tak sedar2 jugak.  Org dah tak komen, tak layan wall awak jadi meroyan cam org giler. Sapa suruh kan?.

Hidup kita ni tak lama u olls, tak yah nak hati2 dengki dgn org lain.  Rezkei tu tak payah nak rebut2 dgn cara dengki mendengki. Kalau rezeki kita tak kemana. Kalau bukan rezeki masuk mulut pun missed taw. Hidup dgn hati tenang dan gembira jer. Kawan2 pun tak menjauh. Kawan2 sentiasa menjadi rindu dgn kita kalau kita berhati baik...ubat paling mujarab untuk hati dengki ialah, dgn byk2 baca Al Quran dan bersedekah, semuga hati jadi bersih dah suci Insya Allah..............

Ini jer lah gaknya aku dapat tulis minggu ni. Sok lusa aku akan bizi dgn training confirm tak leh . Nak harap update kat umah? hmmm jangan harap.

So till next time u olls, semoga hidup korang tenang2, gembira dan bahagia selalu ye. Bersihkan lah hati kita ni selalu supaya kehidupan kita berkat dan dirahmati Allah SWT insya Allah.......chioww


































April 9, 2012

Attitude tak baik

Hari Jumaat lepas, ada training kat off.  Since the trainer tu mari dari US, after the training kami suma pi makan lunch kat hotel next door.  Si meenachi tu celebrate good Friday katanya, so lepas abis training rushing nak balik.  Tak pe lah kan, suka hati dia lah.

Lepas balik makan around kul 1 lebih kot, bila aku dok balik kat workstation aku aku terperasan satu email yg direply.  It seems meenachi tu guna my email account without kebenaran tuk antar claims amendment (well, what ever reason lah kan).  Hati aku mula panas.  Pertamanya kerana dia guna my email account to send email. Keduanya, tanpa kebenaran (at least leh call my HP kan?) bukan nak suruh dia guna HP dia. Guna lah telefon office dah tau kedekut dan berkira sangat.

Dalam email tu siap konon berterima kasih to me (???) sbb guna my email account. WTF??.  Dari hari jumaat tu aku panas jer hati sbb insiden ni. Sbb sepanjang umur aku keje ni tak pernah sekali aku guna email account org antar tanpa keizinan tuan pnye badan.

Selalu jugak bdak2 lelaki kat off ni guna my PC to use acrobat writer. Since aku pnye PC ada, i dont mind bagi sbb semestinya dorang minta ijin gitu kan.

Pagi ni aku panas hati, so aku sound meenachi off.  Telling her that dia tak patut guna my email account/sapa2 juga pnye email account tanpa kebenaran. Salah disisi undang2. Takde rasa respect kat org namanya. Aku malas nak bicara so aku internal chat jer. Know what??. so defensive nye keling ni. Bla bla bla..i said aku tak nak dgr what ever explanation dia. Sbb i m just telling her off not to buat lagi.  Then, dia explain bla bla...aaargh malas aku nak layan.  Dia ckp la exteremely sorry what ever lah kan. But when ppl telling you something that u did wrong, regardless apa jua alasannya, harus terima dgn lapang dada. Dan harus bertekad not to do it next time. As simple as that.  Long winded kata, rushing nak ke church ke, nak berak ke hape you should have called my HP and let me know kan.

Aku malas nak layan jenis2 org begini, just said la. Ok. No further comments.  Dia pi antar  balik email panjang..siap dgn attachment yg dia antar hari jumaat tu (apparently ke Vietnam off pnye claims) apa ke jadahnya aku nak baca??. Takde masa lah nak layan.  Org dah kata salah, dan org dah bagi tau thats it, tak payalah nak menegak benang basah segala. Tak perlu tu suma. Damages is done omputih kata..

Aku sungguh tak paham dgn attitude buruk sesetangah org ni tau. Dah ko tu buat salah, masih lagi nak menegakkan benang nya. Ckap, lah sorry. sudah lah. Ni nak buka cerita panjang2 berjela2. Mcm org lain peduli. No wonder lah, kalau mc tu msj panjang tok nenek.  Ckp saja saya sakit, ari ni MC kan senang. Straight to the ampang point..tak payah nak belit2 ckp mcm ulo.

Hidup penuh kepura2an ni begitulah adanya kot. Tak hehabis nak bercerita panjang lebar pasal satu perkara tu. Mcm lah org peduli sgt dia kata tu.  Walhal lagi banyak cerita, tentu org persoalkan biar betul dia ni. Nampak sgt over kan. Dasar tau.

Cara aku senang dan simple jer.  Straight to the point. As simple as ayat kita nk guna yg penting, ringkas padat dan tepat. Tak perlu nak citer berjela2 putar alam sana sini, walhal ko nak bgtau satu perkara.  Dia pun intor, mukadimmah panjang berjela..

Cerita pi perlis, kedah penang segala, padahal ko nak pergi chowkit dari jalan ampang. Pe jadah amik jalan jauh pusing2 ikut cheras pusing balik nilai. Masuk sea park..baru nak sampai chow kit??. walhal jalan kaki dari jalan ampang tros leh sampai ye dak?? (Contoh...)

Bila datang off lambat tu, mula la Sms bgtau memacam cerita. Motipnya satu jer. I masuk off lambat!!!. Kan senang. Ni nak cerita, tayar bas pancit, Monorail tak jalan sbb screw rel takde..LRT tak gerak sbb pintu tak leh tutup bla bla bla..I dun give a damn pasal tu. MOTIPNYA..aku lambat. Kan senang.

Ntahlah org cenggini guano ye. Aku ni very simple and sempoi person. Tk suka long winded. Kalau aku lmbat aku sms jer, ari ni i lambat, gi klinik jap. Dah fullstop abes citer.  Pe ke jadah nak taip panjang2 ..ish sungguh tak kuasa.

Jadi, gitulah luahan pagi senin yg ketat mata..sbb tunggu Abpbh pnya pasal. Mujor menang mamat aaron hensem tu kan..lau tak makan hati u olls..but i tatap x pueh hati tu, camne fizz fairus leh menang..moskel sgt2..undi sendiri ka??..sbb mamat tu langsung tak  fofuler pun. Lau ady putra tu leh tahan lagi..aaron leh lagik la kan..aduh. Yg pasti sebok pasal tu I never sekali pun ngundi boleh?..haha biar la kan..

Enough for today..lenkali bebel lagi ye u olls.


April 5, 2012

Sibuk, disibuk dan menyebok.

April 2nd, konon nya secara rasmi aku kena di arahkan buat product lain.  Tarikh tu gak genap udah 5 tahun aku di sini. Dan masih lagi di sini.  Bukan masalah buat benda lain. Tapi tak puas hati kerana org yg beria2 membuat pembahagian kerja tu mmg hampeh dan tak boleh diharap. Pandai2 jer.

System belum up, si meenachi yg patut buat keje aku tu x leh meninggalkan lagi kaunter reception. Sbbnya menachi yg baru belum sampai. By end of Apr kalau tak silap aku dia masuk keje melapor diri.  Meenachi yg ada menggelabah mcm tak cukup tanah dah nak pindah ke sebelah cubicle aku (mati la mak, kapal bakal karam kecoooo lepas ni) sedangkan kat cubicle tu phone line takda..peri penting meja pun takdak. Apa cerita???.  tapi sbb keeksited sangat dia nak pindah masuk dalam kan. Yg paling aku x tahan siap pukul canang naik pangkat. Haoiyooo. Kalau seblum ini jwatan ialah admin asst, ttba jadi sales admin asst, pe kejadahnya naek pangkat u olls?.  Ke naik pangkat sbb dari depan masuk dalam?? entahlah.  Dalam batu jemala aku ni tak terlintas pasal naek pangkat pun.  Sedangkan patut aku pnye post skg ialah Sales Manager administrator ke hape. What eber!!.  Pangkat tu x penting lah. Kalau pangkat beso mana pun $$$ tak increase buat hape?? buang karan ada.  So biarkan org yg perasan ditimpa perasaan, tak kuasa aku.

Aku dah siap dibrief oleh sales manager pasal products dia. Gile kentang banyak. Tapi to get familier mesti nak amik masa.  Mamat tu (an Oz man) kata aku ada masa lebih kurang 6-8 weeks seblom dia cuti 3 minggu in May.  Dan barang2 dia totally new to me. Kena study lebih lagi.  So skg ni, aku masih menggalas tugasan semasa dan masih bertatih2 keja baru. Man man.

Not a problem. Cuma mat Oz ni keje dia bersepah giler. Email pulak tak bertajuk on specific tittle.  Kalau seblum ni keje aku apa benda refer ada specific tajuk so that next time senang nak refer. Ni tak tajuk 'kereta' ..tapi merujuk entah berapa jenis dan macam dan lain2 org pnye.  Adus, mess giler mamat tu buat kerjaan dia.  Dah ler takde sistem langsung. Dia sendiri tak bole ingat email yg dia antar org apatah lagi??.  Ni jenis lepas tangan..dah pass dah. Fengsan aku gini.

System  yg nak kena guna tu need a training. Boss offer gak aku nak tak pi spore buat tu. Tapi aku malas la. Dgn kerjaan byk begini, passport takdak bagai, tak kuasa aku. Suruh aja Kiasu tu yg datang menyembah ajar aku kansss..haha.

So, aku masih cuba memahami products2 baru ni, walaupun satu company, products dorang ni gile2 macam2. Tak tercapai dek akalku.

Boss besar pulak, sbb dah kebiasaan nak suh apa2 aku jer lah, so going on la benda tu cam tu. Bdak2 sales pun sama. Memasing refused nak berurusan dgn meenachi yg dorang kata blur blur tu.

For the time being, aku masih buat kerja yg aku biasa buat.  Pandai2 lah meenachi nak buat cam ne keje dia sok. Yg pasti, suma kena usaha sendiri, takkan suma org nak sumbat kat mulut kan, kena lah rajin, kenala resouceful. Kalau tak sampai biler?

Tu beza antara aku dgn dia. Aku x simply berani ckp besar mengaku diri hebat, sedangkan ko x tau cabaran lagi cam ne. Keja apa pun nampak mmg sagt senang lah, cuba buat tgk?..

Buat seketika, aku teruskan apa yg aku teruskan, but i know cabaran besar menanti aku dihadapan. Tapi aku tak gentar kerana aku tau, aku boleh.  Mesti bole.  Seeffisien dgn kerja sekarang insya Allah lagi efisien dari itu. Yg pasti for next 6 weeks, aku nak jadik lebih sistematik dari mamat oz tu. Aku nak lebih cekap dari dia. So that next time, dia takde sapsap sui jer customer carik aku.....wahaaaa...


April 2, 2012

...dan aku pun terjebak .


Anak-anak mmg kalau time ujung bulan merengek ajak men game. Selalunya kat TESCO rawang sbb kebetulan nak soping barang2 dapor gitu.  Tapi bulan ni, we decided not to soping kat Tesco sbb stok masih banyak lagi. Mana tak bulan lepas beli barang dapur sampai dekat 5hatus hengget.  Bila tgk almari2 byk lagi stok. So x beli sgt bulan ni. Ada takde beras,minyak, gula dan bberapa lagi. Kos x smpai seratus hengget beli je kat JJ depan umah.

Since takde outing + gaming kat Tesco merengek2 la si Amal terutamanya ajak pi men game.  Ajak ke JJ.  Kat JJ tu game dia mahe sbb token dia satu dua hengget, satu gem nak 2 token dah 4 hengget..hish. Xmo lah.

So ari sabtu tu, aku dah diskass dgn SP nak bawak bdk2 ni lepas gian men game.  Cuma lokasinya ialah Selayang Mall.  Aku pun cadang2 nak beli  baju keje 2-3 lai. Kat situ will be the perfect place sbb leh buat suma sekali. Dan peri penting gamenya kat situ murah sesgt. Satu hengget dapat 2 token. Mean satu mesin leh masuk dua token. Maen la sampai lebam.

Mak ni x gemar nak bergame2 bagai. Beri Rm20 kat depa tu dan beli token.  Aku tinggalkan depa main lalu aku explore selayang mall. Kat situ mmg happening giler tau. Pack. Pastu byk kedai2 kecik2 kat pigeon dia org jual baju2 keje , baju  bersantai dan macam2 lagi. Jubah pun ada. Harga? wah, sangat berpatutan.  Maklum mak ni size besar, kena beli baju size yg loose bole sembunyi segala spare yg ada kan.

Masuk satu kedai demi satu kedai kat level bawah tu, teruja la. Sbb murah2. Blouse tu ada  yg RM29 jer ooi. Mana nak dapat kat tempat lain cenggitu. Dalam satu kedai tu betul2 gelap mata rasa nak sambar jer suma. Lepas fit 2-3 lai, finally aku amik gak.  Instead of 5 (tamak tu) aku amik 3 jer.) mujur la, sbb byk lagi kedai lain kat situ weh.

Dah sudah abis mmbeli tu aku naek balik kat arked game tu. Tunggu dorang tak kesudahan maen tau. Bapak mau anak sama jer 2x5. Leka.  Kebetulan kat depan tu ada kerusi urut ogawa yg leh masuk duit singgit for 3menit tu  kan. So pe lagi, terai2 sedap pulok.

Sat tu aku nampak delin kuar..ingtkan dah sudah rupanya kwan tu kehabisan token.  Bapak sama Amal? hmm leka maen game keta dan moto. Aku beri lagi delin 5rm tuk dia maen naik2 kapal terbang bagai tu. sat tu baru nampak keluar 3 beranak.  Ingatkan dah sudah..belum lagi uolls. Aku dah abes 2 hengget mengurut badan nih..6menit tu.

Dah masuk dalam balik depa, aku pun terpandang kat seblah arked tu ada cam sale2 gitu. So aku pun pergilah ke sana. Niat nak tengok2 dan buang masa, kejadahnya...abess aku borong lagi 3 helai baju uools. Lagi teruk kali ni aku beli bedsheet sekali. Aduyai. Niat nak beli lagi tu baju..Tapi dok urut2 dada sambil pujuk ati..Cukup cukup..dah 2rat tu..sabar ye hati.

Cecepat aku pi balik depan arked tu. Lah, tak sudah lagi rupanya.  Aku masuk kan lagi singgit dan urut lagi dgn ogawa satu round. Sat tu baru kuar bapak sama anak2..dah nak join semangkuk pulak menguruts.

Sedar x sedar dah hampir maghrib. Lepas makan kepci yg dan 2bulan dorang x jumpe (mcm x pernah jumpe menikmati sampai menjilat jari u olls). Solat maghrib kat surau situ dan tros balik umah.

Yg pasti dalam melayan keseronokan anak2...aku pulak yg terjebak..alah, bukan selalu pun kan?..(pujuk hati sendiri sbb dah melayang beratus beli baju..) . Asik pakai baju keje yg sama jer bosan la kan..Sesakali nak pakai baju baru juga noks..

March 29, 2012

Mara oh Mara part II


Weekend lepas kami balik kampung SP. Ada kenduri kat umah sedara belah MIL.  Sebab tak cuti sekolah or hape harap cuti weekend jer, kami cam agak rushing. Sedeh, sbb tak sempat pi jalan jalan carik makan nasik beriani gam Md Shah kat Peserai. Sbb masa sgt suntuk.

Kami bertolak jumaat malam dan tiba kat kg SP lebih kurang pukul 1 lebih pagi kot.  Sbb anak sedara SP si mila ikut bersama dua anaknya, kereta agak pack.  Amal terpaksa duduk kat depan dgn aku.  Kesian kat Mila sbb teringin nak ikut tapi suaminya sebok keje.  Since bdak2 pun suka melayan anak2 mila biarlah dorang meriah sikit ada bdak lain.

Aku mmg tak sangka sungguh yg abang SP yg sorang tu balik. Of kos la kalau dia balik kan bini dia ikut sekali. Ala, bini dia yg biras aku kata aku dok paneh hati pasal pinjaman mara tu kan.  Since hari sabtu tu sangat damai dan tenang, aku sungguh x tau bahawasanya dia akan balik hari ahad tu just to attend the kenduri.  Masa hari sabtu tu, aku seronok lagi meriah sbb parents mila ada..ada adik2 pempuan mila gak datang pagi tu.Alhamdulillah, aku berjaya jugak bertudung dalam umah MIL masa balik tu, walaupun bukan bermini telekung lagi. Setakat tutup kepala dgn skaf. Yg pasti, sentiasa aku berskaf kalau nak kuar bilik apa. Alhamdulilah. Pelan-pelan kan?.

Hari Ahad tu, suma pun berpakat nak pi kenduri tu lewat sikit.  Agak dalam kul tengahari . Maklum memasing anak sedara beranak kecik. Mana kan bole dok berlama2 kat situ kan. Sedang sbok bersiap dalam kul 11 kot, terpacul la abang SP tu. Hisssh.

Sbb hati aku sgt panas dgn dia kan, idaklah aku bermuka2 beramas mesra sama dia.  Hati sangat sakit dan menyampah tau nak melayan org yg sememangnya menyakitkan hati ku sampai ke sudah. Seboleh2 aku mengelak nak dok berdua dgn dia.  Lepas suma sedang bersiap aku yg mmg dah siap tolong dukung si Adiib anak adik mila yg umur baru 7 bulan tu. Sambil dukung2 adiib kat luar umah MIL aku nampak biras aku tu bersms ke ntah berfb ke kat hall utama.  Tak hingin aku weh nak dok situ.

Tapi dia panggil jugak. Nak tak nak kena la pi dekat dia. Dia suh duduk lagi, tapi aku x nak. Aku selesa berdiri. Then i said, cakaplah apa dia.

Kononnya, dia dah buat payment kat Mara. Which 1/8 dari total loan dia tu supaya dapat keluarkan nama aku dari penjamin katanya..(mcm lah aku nak pecaya dakwaan dia tu kan, takpe..i m listening). So dia kata nak buat bayaran..(read me NAK, mean belum lagi). sebanyak 18k ke hape ntah.  Aku tak amik port sgt. Then dia kata lagi if dia settle tu..(read me IF) automatik keluarkan nama aku sebagai penjamin kedua tu..Ada such thing ke?..Puan Halia, if you read this kan, please komen.

As far as aku yg tak belajar tinggi ni kan, apa jua pinjaman, tak kira la koperasi ka, loan keta ka..umah ka,..along ka...selagi  peminjam utama tak buat settlement JGN HARAP penjamin pun bole bersih kan nama. I am right?. Ye, sbb aku bukan tak biasa buat loan ke hape. All i know begitu. SP keje kat Bank, dia lagi bol tau suma rules and regulation peminjam. Kalau peminjam x leh bayar, dorang akan buru penjamin..betul tak??

So, segala yg dia cakap tu..sorry to say malas nak percaya dan tak percaya langsung.  Dalam hati, aku nak tunggu dah lihat jer statement Mara yg mmg dorang akan antar lagi nanti. Tungguuuuuuuu.  Pastu dia buka cerita lain pulak pasal hal hutang jugak. Hutang dgn Income tax katanya, x pernah declare berjumlah 60k. That mean tak pernah declare langsung bisness dia kat LHDN.  So kes sudah disebut di mahkamah dah sekarang ni dah di pass kat jabatan Insolevensi.  Kalau tak setel, dia kena declared muflis dan benkrap dan segala harta2 (ada ker harta ntah) akan di rampas. Dia kata dia risau pasal tu sbb rumah kat Ampang tu nama dia . (??? mcm aku x tau umah tu sudah dijual pada org)..lucu sungguh. Nak menipu pun agak2 la. Yg aku tau umah dia kat Puncak alam tu je la .Mana ada harta lain pun.

Sungguhpun aku mula diam, aku kata nnti x bole pergi over sea (maksud aku pi mekah nak buat haji umrah or apa saja).  Dia kata gini..pi luar negara tu x kesah. X penting pun..dgr begitu?? aku diam la...malas nak layan..

Dalam bengang gitu, akhirnya dapat jugak aku escape dari dia. Melarikan diri dari dia bila adiib merengek nak bawak dia jalan..haiish..mujur.  Gitula ceritanya, aku benarnya malas nak dgr apa2 pun dari dia.  Yg aku nak satu jer, surat pengesahan dari Mara tentang apa juga yg dia ckp tu. Air liur tak men..I x percya dah Sori naik lori.

Masa kat umah MIL tu aku notis semacam jer dia mesra dgn laki dia (abg ipar aku yg expressless tu).  Aiik, aku pun pelik la..mesti dah ok ni aku kata. Bukan main lagi, carik towel tnya laki..nak balik kul bape tanya laki..tak pe lah kan..nak tunjuk manja katanya.  Padahal tu suma lakonan semata. Abg ipar aku tu mmg tiap kali balik kampung or MIL dtg umah dia berlakon cam takde apa2. Layan mesra bini depan adik badik dan mak padahal...hakikatnya??..

Mana aku tau??..hahahah, aku skodeng fesbok biras aku tu..2-3 hari lepas (ofkos guna account fb SP kan, kan aku dah block dia ...ahah).  Kat wall dia ada dia tulis gini..tarikhnya, hari ahad 25hb masa dia on the way balik johor tu.  "sepanjang jalan hiway, diam seribu bahasa tanpa sepatah kata....mcm takde org di sebelah katanya"..Hah, dari situ aku tau dah yg semua kemesraan dorang kat kampung tu lakonan semata...Hebat dua dua berlakon depan MIL kan..bagus sesgt.

Skg ni aku malas nak cakap apa2..malas nak ckp banyak. Biar masa menentukan. Takkan nye selamat dan senang la hidup korang sbb menganiaya aku sebegini rupa.

Sekarang ni aku x mo peduli or amik tau dah pasal dia. Tak berminat langsung. Maaflah, hati aku ni takkan bersedia memaafkan selagi hutang tu tak selesai...biar la sampai mati pun, dia kena tanggung..

March 26, 2012

Reassignment

Sesungguhnya aku kehilangan kata-kata bila ttiba jer bos bgtau jemaat tu yg aku kena assign to buat benda lain.  Means products lain dari apa yg aku buat selama ni.  Aku kira masa dorang kepoh kata nak buat rombakan si meenachi tu akan buat benda tu dan aku kekal buat apa yg aku buat sekarang ni.

Bukan senang untuk aku ttiba bertukar. Sbb selama ni aku berusaha dgn gigeh SENDIRI, belajar sendiri, cari sendiri dan pertingkatkan sendiri skill dalam product knowledge. 5 years of all to mastering suma. All i could say, sbb kegigihan aku lah aku berada di tahap sekarang, justeru kalau org tukar suruh buat benda lain of kos rasa ralat dan agak sedih sedikit kan.

Tapi aku amik dari segi positif, untuk menerima cabaran ini.  Seperti yg bos kata melihat kepada pencapaian kerja aku sekarang dia tau aku adalah org yg paling sesuai nak uruskan ini. Sementelah lagi ini adalah secured contract yg baru syarikat dapat which worth USD3-4M.  Barang2 pnye pulak giler banyak.  Takde sapa it seems yg bole handle adminitration side. On invoicing, payment, buat quote dan peri penting nak communicate dgn customer yg semestinya baru.  Penghargaan boss pada aku pnye kerja tu mmg aku hargai sgt2 tapi bila tgk job description yg dia bagi ternyata, gile kentang pnye banyak. Benda yg ada pun still kena monitor, ditambah benda baru dan benda2 lain..Betul2 giler tau. 

Aku tak tanya pun pasal salary revise ke jadah.  Tapi masa meeting jumaat lepas tu, si meenachi tu ada sekali. Si jenab pun ada sekali.  Masa tu aku rasa semacam. Geram , sakit hati...lebih lagi bila si jenab tu kata keje aku skg ni x byk mana?? sungguh shilaka taw. Tapi takpe.  Aku malas nak soal bnyak2.  Bak kta org, bos dah suruh buat itu kerja apa daya aku nak menolak.

Si menachi dgn bangga giler kata dia bole buat keje aku . Fast learner katanya. Banyak la ko pnye fast learner. It took me more than 2 tahun nak mastering suma. Tu pun suma aku tambah dgn usaha dan gigih aku tau. Bukan suma follow by book.  Byk benda yg aku buat totally out of box.  Aku gunakan idea, buah fikiran aku yg kritis untuk memudahkan kerja aku.

Aku x kesah benarnya, keja apa pun. Sbb prinsip aku takde benda yg bole selesai. Dan paling penting buat keje biar smpai abes. Cuma yg aku risaukan manager berbangsa Oz yg kerek tu. Nak keje sama dia. Pastu nak berurusan sama Kiasau spore yg semestinya ada sikit anti sama melayu kan..Betul2 cabaran.

Mennachi bagi tau aku, dia beria mintak naek gaji seblom dorang offer dia masuk kat dept aku tu. Malangnya dorang assign jer teros, seblum dia kata apa2 dorang kata takde pay revise!!.  Ofkos lah, aku paling bengang sbb dia buat 40%-50 % kje aku skg, selebihnya aku juga yg buat. Di tambah dgn tugas baru.. bisa mati gini deh. Tapi...apa nk buat. Kita kuli batak jer, suka tak suka terima aje.

Dan meenachi ada kata, si jenab bgtau dia suma org pun dah lama takdapt pay rise. So mmg takde! Haiyaa..ni yg buat hati sakit dan teros melayari Jobstreet ni...

Walau apa pun, April fool nanti secara rasmi aku kena buat keja baru tu..Saspen sgt tu tak lah, cuma aku kena mentally, dan segala2 prepared untuk mengambil cabaran baru ini. Sapa tau, rezki tak disangka datang selepas ini kan ..

At least, aku tau boss baru recognise cara keje aku tu. Recognised dan mengakui bahawa selama ni aku dah melaksanakan suma tugasan lebih dari yg sepatutnya. For that, I should be proud kan. Pi lantak la pa jenab nak kata....

March 23, 2012

Niat nak berhijrah

Aku mengaku aku ni bukanlah alim sangat. Ye, mmg Alhamdullillah aku bertudung kalau nak keluar dari umah, tak kira nak bekerja ke, nak pi kedai ke hatta nak pi tgk lori sayur datang jalan depan umah. Tapi dalam umah aku tak bertudung. Dalam rumah bermaksud tak kira umah aku, umah mak..mak mertua.  Walaupun dalam rumah tu ada ramai bukan mahram dan ajnabi. Ada adik ipar lelaki, abang ipar, biras segala.  Since dah biasa sekian lama rasa cam selesa tak bertudung dalam rumah walaupun ada org lain.  Kalau kat rumah sendiri tu, org datang  ziarah ke apa mmg aku bertudung lah. Tapi kalau ada ipar duai datang umah aku, pun aku tak bertudung jugak.  Sebenarnya, hati tau tu suma aurat tapi setan gondol hasut2 kata tak payah..tak payah. Aku pun terpengaruh. Lemah sungguh iman aku kan.

Semenjak dua menjak (setahun dua ni) mgkin juga keinsafan dah datang, or rather rasa diri sudah sangat kertu, niat nak bertudung dalam rumah tu tertanam kuat dah. Cuma pelaksanaannya idak ler 100% lagi kan dan aku masih berusaha nak menetapkan hati dan menguatkan iman.  Buat pelahan2.  Alhamdulillah, sikit demi sedikit ada perubahan dah.  Cumanya aku takle bermini telekung, cuma pakai skaf jer dalam umah. Which kadang2 pun terlupa, dok syok2 masak kat dapur rasa panas, terbang gak skaf tu tau.

So, dah di tahun 2012 ni insya Allah beberapa bulan lagi genap usia kertu ku memasuki 4series ni aku rasa nak serius 100% melaksanakannya.  Segan rasa kat biras aku kat umah MIL yg sentiasa bermini telekung dalam rumah walaupun usianya lagi muda dari ku. Tapi sbb dah balik haji gaknya mmg dia x pernah tanggalkan kalau ada lelaki bukan mahram dalam rumah.

Malam ni, kami sekeluarga insya Allah akan gerak balik kampung SP kat Batu Pahat.  Few days ago aku ada gak suarakan pada SP tentang niat aku nak bertudung kat umah mak dia kali ni.  Cuma aku rasa cam janggal takut2 disalah ertikan dek adik beradiknya dgn perasan alim padahal sebelum2 ni tak de pun kan.  Aku takmau jadi cam biras aku yg sorang lagi tu..umur dah 50 lebih tapi free hair jer selamba.  Dah nampak uban putih pun tapi cam takde apa jer berfree hair begitu..Insya Allah aku x mau jadi macam tu.  SP cadangkan aku pakai skaf jer dlam rumah, tapi aku kata kalau bole aku nak bermini telekung terus. Ala2 tudung pendek fareeda pnye saiz tu..idak la yg labuh tu kan.

Jadi, kepulangan ku ke kampung mak mertua kali ni membawa seribu harapan dan penghijrahan insya Allah.  Usia dah meningkat ni terasa nak jaga sikit aurat walaupun tak la sealim mana, janji niat utama nak menutup aurat insya Allah.  Aku mula pakai tudung ketika di darjah dua, sampai lah sekarang.  Justeru, aku mengharapkan semua tu kekal smpai ujung nafasku kan.  Kalau dulu kadang aku bertudung dgn tshirt lengan pendek...pi pasar malam kadang pi pasar..skg ni Alhamdulillah tak lagi.  Mmg aku pastikan bertshirt lengan panjang kalau nak keluar rumah. Biarpun berseluar jeans pun, aku pastikan baju labuh sikit dan berlengan panjang. Bila dah biasa berpakaian begini, rasa janggal dah nak kuar ber tshirt lengan pendek.  Aku xtau org lain, tapi aku mmg x suka dan x gemar ber tshirt lengan pendek pastu ada baju lengan panjang ketat kat dalam..(ala mcm trend2 sekarang tu).  Daripada berfesyen begitu aku lebih selesa ber tshirt lengan panjang je teros. Kalau aku bertshirt lengan pendek dan bertudung pun mgkin ketika sapu2 sampah kat halaman umah mak, or ketika menengok anak2 bermain kat halaman umah mak.  Kalau nak keluar dah tak lagi Alhamdulillah..Syukur jugak sbb anak ku yg sulung pun sama, x pernah dah x bertudung kalau keluar. Kalau remaja seusianya suka fesyen bdk2 skg yg ber tshirt lengan pendek dan ada baju dalam lengan panjang, dia pun tak suka. Like me, dia pun prefer berbaju lengan panjang terus, rimas katanya nak pakai dua lapis. Kecuali kalau terpaksa. Mgkin dia sendiri tgk cara aku berpakaian secara tak langsung dia pun terikut2 sama...Alhamdulillah, harap2 kekal sampai ke dia tua esok kan.

Bukan senang nak berubah dan berhijrah...ye aku tau. Mesti macam2 tanggapan, sangkaan dari ipar duai sedara mara bagai tapi sejak usia makin kertu ni, aku rasa dah stop nak memikir apa org fikir pasal kita. Yg penting pada aku ialah hati kita sendiri. Kalau benda tu baik dan dituntut oleh Allah dan agama, tak perlu nak peduli hal hal lain..lantok ler kan.

Moga2 semuanya yg aku niatkan dalam hati ni jadi mudah..Insya Allah..Selamat berhujung minggu u olls, semoga korang mendapat rehat secukupnya.  Semoga berkemas rumah secukupnya ya. Aku dah selesai layan kain baju malam tadi. Dari pada melipat, membasuh dan menyidai (mujur ada laki sedia membantu) suma dah beres malam tadi.  Cuma tinggal nak mengemas ruang tamu jer balik keje nanti seblom gerak balik ke Batu Pahat lepas maghrib nanti.  Kat dapur tu, pinggan mangkuk segala aku dah mintak tolong kakak to kemas lepas dia balik sekolah tengahari nanti....Aktiviti menggosok gayanya kena buat Ahad malam sebaik sampai dari kg nanti insya Allah.. Selamat berehat u ools...

March 22, 2012

Lepas SPM di tahun 1990

Mmg ada plan nak wat entry pasal SPM smlm, tapi x teringat lak. Pagi ni baca kat blog Irfa..baru teringat balik seh..

Aku amik SPM di tahun 1989 (ye..i dah kertu u ools..tak yah amik calculator kira..dah 4 series hokay!!!).  Bersekolah kat sekolah aliran ugama.  Back those year, kalau nak masuk sek aliran agama senang je. Masuk jer. Aku pun tatau camne. Yg aku tau aku ikut jer sek mana arwah pak register kat sekolah tu.

Masa zaman sekolah aku bukan dari kategori teachers pet. Infact, walaupun dilantik jadik pengawas sekolah dari tingkatan dua aku mmg bukan katergori bdk2 pandai.  Biasa biase jer.  Ckgu2 pmpuan suma suka bdak2 yg pandai..(sbb tu aku menyampah dgn cikgu2 pempuan masa tu..pilih kasih sngat tau).  Aku suka cikgu2 lelaki je . Sekolah agama biasala byk restriction kan. So gitu2 je la. Math paling subjek aku benci..sbb cikgu pempuan tu ajar malas..lembik..cam takde tenaga. Sering jer aku buat alasan pi tandas sbb malas.  Sbb bengang tu la, aku menanam azam kuat, untuk dapat keputusan cemerlang..mmg bulat tekad masa tu. Ala2 tercabar org kata.

Bila result keluar, serius aku pun terkejut beruk dan tak sangka..Results aku adalah yg terbaaeeeek dari student pempuan..dan kedua terbaaik keseluruhan..best student budak lelaki nama Ali..suma pun tak sangka sbb ali tu pun poyo.  Bukan ulat buku pun..cuma mgkin Ali pun ada tekad cam aku gak..So aku dgn dia dapat pangkat 1 dgn beza 1 agreget jer. Dulu2 mana ada cam skg ni A++..ntah hape lagik. Dulu kira pangkat dan agreget.

Sebenarnya sbb kami sekolah aliran ugama. Kami ada peperiksaan (SRA -4thanawi) -bahsa Arab pnye tu dorang panggil masa tingkatan 4. Kalau lulus sijil tu, masa org tggu result SPM yg lulus SRA bole masuk tgkatan 6 bawah..aku juga termasuk sekali.  Cumanya BArab aku tak la se excellent Bahasa Inggeris so kena usaha gigih sket, tapi aku ni agak malas masa tu.

Ye, aku masuk gak tgkatan 6 bawak kat SAMT..dok asrama. Adalah kot 2-3 bulan. Lepas result keluar aku teros berenti sekolah..aku x minat lah..tak leh bawak. Maklum campur dgn org2 yg alim2..ala ustazah. Jiwa brutal  tak sesuai sgt.

Lpas dapat results tu aku apply la mana2 patut.  Dulu ingt nak apply TESL. Masa tu TESL x byk offer kat Uni tempatan.  Byk kat over sea..dan aku sgt teruja. Maklum teringin nak pi obersea u oll men salji bagai..konon lah kan.  Sbb aku minat giler berbahasa inggeris kononnya kena pi tmpat mat salleh gitu. Malangnya baru je aku ura2 nak apply, arwah mak dah bagi hint tak bole..so punahlah harapan.  Nak mintak law kat UIA confirm tak lepas sbb maklum Math nan ado jer..wlaupun yg lain terutama BI superb, langsung tak bermakna kalau maths takdak.  Arwah mak sbok suh apply maktab (jadik cikgu?..dah ler x suker cikgu pmpuan kans,)...masa tu glemer u olls, maktab. Kuar je jadik cikgu and ustazah...skg?..suma depa tu terpksa belajar lagi amik luar kampus..tak kuasa u ools. Nak puaskan hati mak, aku beli je borang maktab kat pej pos..aku isi dpan arwah mak..tapi tak pernah pos..haha.

Sambil2 tu aku apply masuk private pnye tmpat. Buat management. Then dapat. 6 bulan kot aku pi KL belajar dok kat hostel bagai.  Masa kat situ gak aku apply ITM..ntah cam ne dapat pulak tu..susah payah aku pi interview kat PJ uools masa tu.  Speaking english masa interbiu nya.  Dapat surat panggilan kat ITM Teluk sisek Kuantan. Course Dip in Secretarial Science.  Bila aku ckp arwah mak, dia kata x ada cukup duit sbb masa tu tahun yg sama dorang berdua nak pi haji.  Mmg confirm dorang akan pi tahun tu. 1992 kalau tak silap. So mmg duit suma kat situ.  Dalam sedih, pilu sayu...aku lepaskan peluang tu...sedih siott!!.Aku cuma teringat arwah mak pesan, takpe lah. Bukan rezeki nak belajar kat situ..anak2 ko esok kalau ada peluang antar lah, mak x mampu..tu je mak kata kat aku..Well, aku redha .

Aku gigih carik keje lepas tu.  Keja pertama dlam hidup aku ialah pembantu farmasi kat Gombak.  Gaji masa tu RM350 sebulan. Tapi ase besar sgt..sbb masa tu barang2 suma murah lagi.  Itulah kali pertama dalam hidup aku daftar KWSP dan Perkeso u olls.  Gaji pertma dapat aku hapi giler. Aku beli semua org satu barang....dgn duit byk tu taw.

Sambil keje2 kat situ,aku sambung belajar. Amik kelas malam kat cosmopoint...Tapi tak proceed abis pun sbb kekangan keje. Susah nak pi kelas.  Masa tu gak aku dah tukar keje..

Masa berlalu pantas untuk meningkatkan diri aku tukar keje demi keje..sebanyak 14 kali kot..Dan pekerjaan sekarang ni adalah pekerjaan aku yg ke 14!!..12 tahun terlibat dalam dunia Oil n Gas, aku rasa seronok dan enjoy. Seronok sbb bkan sbb apa..sbb keje, sbb pulangan duitnya dan juga benefitnya..

No doubt, tak kira mana pun kita keje mesti ada cabaran, dugaaannya. Aku pun tak terkecuali. Macam2 . Dari perihal kena aniaya. Kena fitnah, kena dengki..macam2 lagi. Ckp je apa. Suma aku dah lalui..Tapi Alhamdulillah mgkin sbb aku ni brutal..hati kental..Tak peduli tu suma. Aku ni keras hati...apa aku nak buat aku akan buat sampai habis.  Sbb itu, aku tak pernah amik port pasal maknusia2 di pejabat yg kadang2 ada hati dengki..hati busuk.  Sbb pasti ada juga maknusia yg hati bersih dan suci kan?.

Pada aku senang jer. Aku tak mau mendengki atau iri hati dgn rakan2 sepejabat. Lebih ke dorang dapat kurang ke....aku salu anggap tu rezeki mereka..kita tak perlu sakit hati dan jiwa serta meroyan sebok2 hal org lain. Gaji aku sebanyak itu dibyar untuk aku buat sekian kerja tu jer.  Dan juga, aku sentiasa jer nak mempertingkatkan diri sendiri dgn ilmu2 berkaitan kerja aku tanpa perlu sapa2 suruh..Boss lama aku kata aku resourceful..mmg betul. Sbb pada aku tiap satu tu mesti ada penyelesaian sesusah mana pun.  Yg penting bila buat keje kita kena ikhlas, jujur dan komited.  Dan peri penting..cinta keje kita sepenuhnya baru lah kita tak merasa beban walaupun kita sangat banyak kerja. Ala, meroyan2 sikit2 lepas perasaan tu biasalah..

So, untuk tahun 5 kat sini sekarang aku rasa ok ok jer. Biarpun dah 3 tahun gaji tak naik2..Bonus yg dapat tu pada aku cukuplah nak cover setahun pun increment between 10-20%..so aku malas nk komen lelebih cam ada org tu. Nak suh transfer department pun mintak naek gaji..kalau takde..taknak. Kena buang karang baru padan muka. Dah la bertahun keje kat sini pengetahuan pasal produk langsung zero nak demand lelebih kans?.

Aku mengaku, takde akedemik paper tinggi cam org lain. Sbb aku cuma ada sijil buruk jer.  Oleh sbb itu lah aku mmg sentiasa nak pertingkatkan diri untuk lebi kedepan. Bukan semesti org takde Degree tu bodoh, sengal dan pemalas..kebanyakkannya sgt dedikasi, rajin dan gigih. Ye sbb kami suma sedar, bersaing dgn org2 yg maha bijak pandai kononnya kuar U ada dip bagai..tapi bila suh buat keje hampeeh.

Pada aku tak kira ada kelulusan tinggi ke idak, yg penting diri sendiri jer. Kalau kita nak buat suma pun boleh. Kita ni tak bole anggap kita pandai selalu. Kena selalu belajar dari org lain. Walaupun mereka mgkin 10-20 tahun muda dari kita..tak pe. Ilmu tu tak kesah dari sapa datang.

Jadik, dimana aku berada sekarang ni adalah hasil usaha gigih dan berkat rajin sendiri. Takkan ada org nak tolong kalau bukan diri kita sendiri.  Berdiri dikalangan org2 yg berkelulusan tinggi, berpengetahun tinggi dalam bidang engineering, teknikal dan teknolgi canggih kadang2 buat diri rasa kerdil sngat.  Sbb pengetahuan kita suma atas dasar usaha kita sendiri. Jadi bila kita paham apa jua topik perbincangan pasal keje ...tu sudah cukup beri penuh kepuasan pada aku.  Kepuasan yg tak terhingga sbb sebaris dgn mereka2 tu suma walaupun pada hakikatnya aku cuma ada kelulusan SPM ...yg paper BM kena amik dua kali sbb soklan bocor boleh??..

Training, info dan apa2 jugak maklumat bersangkutan produk yg kita bisneskan, kita kena baca, paham. Kalau tak paham tanya org2 yg paham. Kalau tak tau, tanya org yg tau.  Tak rugi menambah ilmu. I could say, sbb ilmu lah org pandang tinggi pada kita. Org hormat pendapat kita. Org hormat dan minta pandangan kita.

Bekerja di dunia oil n gas yg sentiasa berkembang pesat dgn teknologi2 terkini dan terbaru buat aku juga kena sentiasa mengembangkan fikiran. Walaupun pada hakikatnya aku buat cuma administrator yg pada masa sama buat logistic, inventory, contract dan ntah hape2 keje lain yg bukan dari scope aku..tapi aku buat jugak...sbb malas nak berbyk soal.  Cuma kelebihan org yg multi tasking ni ginilah...suma pun nak lambak kat kita!..tapi amik di sudut positif jer..kita bole belajar. Menambah ilmu dan skill. Sbb bole letak tu semua kat resume..incase nak carik keje lain kan?.

Bukan senang nak senang..bukan susah nak senang org kata. Yg penting tepuk dada tanya hati sendiri..apa kita nak dalam kehidupan kita.  Plan  belajar?? hmm mmg ada. Sentiasa ada dalam hati, tapi buat masa ni kekangan RM belum membolehkan lagi. Lagpun anak2 masih nak membesar, perlu perhatian..perlu bimbingan. Aku tak mo la karang sebok study pi kelas bagai, keluarga dan anak2 terabai kan. Lagpun buat masa ni Alhamduliilah...rezeki kat sini masih ada lagi. Insya Allah.

Sesungguhnya ramai org berteka teki pasal gaji aku kat sini..kawan rapat..lebih2 lagi permata hitam yg sekor tu. Mmg sungguh2 korek, hint2 nak tau berapa exactly aku earn. Tapi kan, aku tak pernah reveal...kalau pun dia tau tu bukan dari mulut aku..mesti mulut puaka si jenab....

Yg pasti aku bersyukur sgt2 dgn gaji dan rezeki yg aku dapat kat sini...kalau nak compared jumlah yg aku dapat kat sini...probably kena dapat jawatan senior manager (private company) kot kat luar baru sama..Syukur Alhamdulillah, rezeki anak2. Dan dengan bonus yg hampir tiap tahun company bagi..betul2 buat hati  lega walaupun lama dah tak dapat kenaikan gaji gitu...

Jadik, kelulusan tinggi tu bukan ukuran untuk kita senang dan berjaya dalam hidup. Kalau ada kelulusan tinggi dapat kelebihan2 suma tu kira bonus dan rezeki. Tapi harus ingat tak semua akan dapat begitu.  Aku bermula dari bawah..sgt bawah untuk sampai ke tahap ini. Jadik jati dan kekuatan dalaman tu sgt2 penting..dan pada aku di era globalisasi skg ni..kemahiran lagi penting dari kelulusan. Kalau belajar tak berapa pandai tapi punya kemahiran tersendiri, masih boleh gunakan tu untuk carik rezeki. Yg penting..ilmu mesti kena tambah selalu..kena banyak usaha, membaca dan carik sendiri.  Suma x datang bergolek..suma kena buat. Hatta nak makan nasik pun kena cari pinggan, suap bagai kan?.nasi tak masuk mulut sendiri kecuali ko ada mondo magic nak!!.

Kalau dah usaha sungguh2 tapi keputusan SPM tak cemerlang, tu bukan hak kita nak pertikai.  Tu suma hak Allah swt. Ingat lah semua yg berlaku tu ada hikmah. Allah jer yg tau.  Mcm aku jugak..Ada sebb aku x dpat masuk ITM..agaknya kalau aku masuk ntah2 apa aku keje skg ni?..ntah2 aku x menikmati gaji sebanyak ini skg kan?..Jadik aku bersyukur..suma rencana Allah pada kehidupan aku..aku terima dan harungi dgn ikhlas dan redha...sbb aku suka sgt ckp bahasa omputih kan..haa, skg Allah beri aku keje dikalangan org puteh dan mat salleh belaka..berbagai negara..Omputeh dari Us, UK, Oz dan ontah mano lagi ..tu belum campur org Argentina, mexico, arab....apa pun segalamala bangsa.  Skill english tu tak belajar dimana2 ..cuma kena rajin belek kamus. Aku masa sekolah menengah dulu kamus buruk aku tu (sampai skg ada lagi taw) sentiasa ada dalam bag. Aku baca surat khabar org putih masa tu..merangkak2..tak paham je  belek kamus..pastu cari pen pal dari negara omputih...tulis surat bagai.  Bdak2 sekarang..hmm aku tgk jer anak dara aku tu...minat sgt lagu org putih..bole hafal. Tapi bagus. Sbb aku suruh dia hafal dan paham apa maksudnya..sekali sekali aku suh dia buat translation pendek citer2 kat surat khabar. So far Alhmadulilah, english dia sgt imporved. Kadang2 ada benda2 secret nak ckp dgn dia xmo org dalam rumah paham..kami speaking...dan ada kala aku suruh dia tgk HBO tanpa sarikata..supaya dia paham . Aku mengharapkan dia bole dpat A dalam English PMR dia nanti.

Allah beri apa yg aku nak tapi dalam cara berbeza.Ye, aku dulu ingt kena pegi belajar negeri omputih baru bole ckap omputih..padahal kat sini  pun boleh.Buktinya, hah kak office hehari cakap omputih..email2 suma bahasa omputiih..sembang dgn rakan2 sekerja di seluruh dunia pakai skype pun suma guna bahsa omputih...kan.  Tu suma aku x pernah terfikir jauh . Cuma bila dah ada skg baru lah aku renung balik..Ya Allah..besarnya nikmat Allah beri pada aku..yg aku mintak, yg aku harap dan yg aku nak....boleh je dapat depan mata... Tak kira, dalam apa pun kita buat tu mesti kena niat satu jer..ikhlas. Buat kerana Allah..insya Allah. Kalu kita ikhlas, redha..pasti Allah beri juga kenikmatan tu walaupun it could be 20-30 years later kan...


Jadi aku akan terus berusaha dan berusaha tingkatkan diri..tingkat ilmu...tak kira apa cara..yg penting aku buat keje aku dgn sebaik mungkin..sehabis ikhlas..yg lelain tu...tolak tepi.  Jgn campur adukkan..keje is keje...personal live is personal.

So, pesan aku kat adk2..kat semua...kena usaha..kena gigih..kena rajin. Barulah kita puas hati bila kita dapat hasilnya..insya Allah