Aku dah start cuti sejak 1hb jan lagi. Di samping rushing amik kakak dari kg lepas abis tuisyen UPSR terpaksa pulak berkejar ke orientasi sekolah delin pada hari Jumaat 2hb. tu. Memang kelam kabut on the orientation day. Maklum je lah bdak jah 1 yag baru kenal sekolah kasik arahan pun dgr tak dgr je. Tu belum dicampur yg nangis lagi bla bla bla..
Pagi2 lagi delin dah siap bangun. Dia teruja nak ke sekolah berpakaian sekolah. Dek kerana ayahnya keje terpaksa lah aku take over untuk menguruskan dia. Yg aku ni totally tak pernah buat ni suma sbb masa kakak tu ayah dia yg uruskan aku dgn lenggang kangkung pegi tak bawak hape pun tak bawak surat beranak bdak tu pun.
dengan konfiden terus pi sekolah, masa tu dah kul 8.30am ramai ibu bapak dah berkerumun kat sekolah untuk. Aku macam tak percaya yg delin dah nak masuk jah 1. Aku msih rasa yg dia ni cam baru 5 tahun..cepat tul masa berlalu.
Bila dah sampai tu aku check nama dia..dia ditempatkan kat kelas 1, just because dia didaftarkan awal. Total suma ada 8 kelas..ramai betul bdak darjah 1 tahun nih. Dorang pun ditempatkan dikelas masing2..masa tu lah aku perasan yg parents dok que sambil pegang surat beranak gambar dan ntah hape..aku panik gile sbb aku tak bawk satu hapah pun....jadik aku pesan kat delin untuk dok diam2 kat kelas dan aku rushing balik amik tu suma...
Since kakak dan ekhmal ada kat umah, dorang terkejut tgk aku balik...aku amik apa yg perlu then rushing drive mcm F1 driver ke sek balik..nasib baik tak jauh..
Ada la kertas yg cikgu bagi kat bdak2 just to isi masa dorang. Suruh bdak2 ni mengaler. delin pulak mengaler ntah hape2....ada bdak yg kalerkan begitu cantik sekali. Lepas tu parents kena dok kat kantin dgr taklimat pihak sek. Aku tinggalkan delin kat kelas dia. Masa aku dok syok dgr taklimat tu, ttba aku perasan ada sorang lelaki dok bawk bdak pmpuan kat one of the cikgu yg berdiri kat taklimat tu..dari jauh aku x bape nampak bdak tu tapi aku ternampak nametag dia.."dalm hati..s...mcm nama anak aku jer tu...rupanya betul"..delin dah tersesat merayau kat mana so mamat tu mintak cikgu antar..terus aku kata kat cikgu tu ni anak aku...then cikgu suh aku antar pi kelas sbb bdak2 tgh exam la tu nak menentukan kelas..panik.
Masa aku antar delin kat kelas dia, aku personally jumpe cikgu kelas tu bagitau yg aku nak mintak delin ditempatkan terus di kelas pemulihan...aku kata delin tak pandai menulis lagi apatah lagi membaca..cakap pun masih ada pelat2 lagi..cikgu ckp kat aku, jgn risau puan sbb kita akan adakan byk ujian supaya sekolah tahu tahap seseorang bdak tu..dan aku dok pesan kat cikgu yg dia ni tak berapa paham lagi arahan. Cikgu pun mengganguk tanda paham.
Lepas tu aku tak turun lagi ke kantin, aku just intai dia dari jauh..terjengah2 kepala dia nampak aku kat tepi kelas so aku decide to turun lepak near the kantin.
Masa tu tuhan je yg tau apa yg ada dalam hati dan pikiran aku nih..camne la gaknya bdak ni mggu dpan..lepas pukul 11.30am sumanya selesai dan bdak2 disuruh beratur untuk balik....
Hari Pertama Sekolah : 5hb Januari 09
Since delin sekolah petang, (aku takmo la antar sek agama sbb aku nak dia tau baca dan menulis dulu baru aku antar mgkin jah 2 esok kot)..dan aku tak keje aku antar ekhmal ke tadika dulu. Kakak pepgi dah pegi sekolah naik bas. Dah darjah 6 langsung hati aku tak risau pasal dia..lepas siap masak aku dalam pukul 10am aku tgk delin dah tido...masih mengantuk lagi kot. Then pukul 11 aku amik ekhmal dari tadika. Ekhmal pun ok. Dah pandai jaga diri since ni 2nd yr dia kat tadika mmg no problem.
Aku antar delin ke sek jam 12.30pm dgn ekhmal sekali. Masa tu ada list ditampal kat board pasal penentuan kelas bdak2 nih...as aku expected delin kena pi kelas last sekali..loceng bunyi pkul 1.00pm berterabur lah bdak2 ni ..mmg kelam kabut lah. Nak beratur mengkut kelas dan delin yg taktau apa2 ni ikut je mana aku letak dia..
Kelas dia ramai bdak lelaki. Cuma ada 4 je perempuan..bdn nya yg kecik dan lembik tu menyebabkan dia ditolak oleh bdak yg dua lagi tu. Mak dorang nampak pun buat dek jer..dasar Boy..., kebanyakkan kelas delin anak indon, india dan ada beberapa melayu. Bila dorang dah naik kelas tu aku pi lepak kat kantin..ingat nak tunggu sampai rehat kul 3.
Ekhmal dah merengek2 mengantuk dan bila dia mengantuk dia mula buat perangai dia. Pukul 3 aku nampak delin turun berbaris sambil bawak air yg aku bekalkan dgn kuih. Dari jauh aku nmpak dia senyum2..aku ajak dia makan..masa tu air dia dah nak abis so aku suh dia dok kat ekhmal jap sementara aku gi kantin beli air..bila aku balik kat situ, aku tgk dia tak de...ekhmal kata kak lin pi amik beg...dan dia dtg dgn beg dia..lepas abis rehat dorang beratur lagi...pastu naik ke kelas..aku pulak rush balik umah...dah kul4 masa tuh.
Pkul 6 ptg aku pi sekolah. Masa tu dorang dah beratur..aku nyorok dari jauh takut menjerit je kang bdak tu bila nampak aku..
Hari Kedua 6hb Jan 2009
Masa aku kat kantin aku nampak delin dan bdak kelas dia turun. Rupanya cikgu bawak dorang melawat kantin..tunjukkan bilik guru dan tunjukkan tandas kat mana...delin ternampak aku dan lambai2 tgn. At least dia tak nangis pun mcm bbrapa bdak lain yg menarik kain baju parents dorang sambil menangis..
Masa rehat dia dtang kat aku bawak air dan bawak bekal yg aku packkan..sambil makan dia tegur kawan2 dan dah pandai bergaul. Dia ternampak aishah, bdak jah 3 yg sama dok kat nurseri dgn dia tu. Sambil makan dia dok dkat2 aisyah dan geng2nya..ttba aku tak nampak dah dia..aku biarkan jer..taklama dia datang bawak aiskerim. Rupanya Aishah tolong ajar dia beli aiskerim kat kantin..
Lepas rehat dorang naik kekelas dan aku pun balik. Ptg tu aku tak amik dia. Aku pesan kat dia suh tunggu uncle yg ambik dia kat pondok tapi dari jauh aku dgn ayah dia intai..masa keluar tu aku tak nampak dia. Tau2 dia dah bediri kat sebelah kereta uncle tu.. ending day 2.
Hari ketiga 7hb jan
Aku harap sgt2 dia ok, tak dibuli. Yg penting dia pandai menulis dan membaca..tiap kali lepas solat aku mintak doa, supaya dia cepat pandai membaca dan menulis. Aku pun ada plan supaya dia pegi kelas tuisyen start bulan dpan..membaca dan menulis supaya dia tak rasa ketinggalan dan yg penting supaya dia tak rasa rendah diri InsyaAllah..