September 26, 2008

Pikirlah Sendiri

Aku selalu jadikan pepatah "what comes around goes around" atau dalam erti bahasa melayu, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. And only times will tell.

Ayat ni lah yang aku sematkan dalam hati aku selama nih. dan ayat ni lah yg menjadi penyejuk hati kalau aku tgh bengang.

Hari ni ari Jumaat last keje sebelum raya, aku mmg byk keje tahap gaban tapi itu tak mematahkan semangat aku nak bercuti raya selama seminggu. Pulaknya minggu ni minggu closing sales lah, stok lah P& L lah, pendek kata sejak ari isnin aku sgt2 sibuk.

Ada species kat opis aku nih mmg jenis suka merepot dan mengkomplen pasal staff lain. Pendek kata semua org serba tak kena, suma org salah dia aje lah yg betul. mentang2 lah dia baik dgn sume mat2 sal tu, jadik sume benda yg dia rasa tak kena dia akan report. Aku ada peristiwa yg tak disangka dgn dia nih. Kisahnya masa aku baru2 keje kat co. ni dulu aku ambil alih keje dia dok jaga inventory. So konon dia cam pandai sgt buat keje , everytime nak check keje aku dan report to the boss yg of course mat sal gak. Masa tu boss lama aku yg baik hati tu mmg kamceng giler dgn dia. Sbb smua dia report kat mmat tuh. Pendek kata kalau aku pakai spender kale apa pun dia nak kasik tau..betul sbb ada sekali kat lam meeting depan sume org dia bole ngadu kat boss butang baju dia tercabut..jgn tak caya.

Satu waktu makan tenghari, aku baru je balik dari makan, tgh lepak2 tunggu waktu break abis. Aku ada nampak email dari branch masuk bagi report inventory tapi idakle aku hingin nak tgk lagi.

Out of blue ttiba dia dtang kat aku, bla bla bla ...dia ni species kalau cakap nak jerit2 nak tengking2..mcm asoh kat lam bas bsembang tu...aku terkejut tapi aku diam jer .....jadi nak mereleasekan kebengangan aku tuh aku MSN si adi nak meluah kan perasaan...lebih kurang ginilah ayat dia...

"apekehal minah ni..aku tau la benda tu nak kena update, tapi tunggulah jap. Aku pun lom tgk lagi report tu,..pastu nak jerit2 kat orang. Macam anjing hilang laki"...kejam je bunyi dia kan...and aku hit send button. bbrapa saat lepas tu aku cam x sedap hati (instict aku mmg salu superb pnye) so aku tgk balik MSN apsal adi x reply2...rupa2nya benda tu tersalah pi kat dia...aku bodoh pi ter click nama dia ..aiyooo..cepat2 aku sign out...ingatkan benda tu abis kat situ jer..tapi aku ternyata silap.

aku buat2 bodoh lah 2-3 hari mcm, 2-3 bulan gak minah tu tak tegur aku, tak ckp dgn aku tapi aku buat bodo jer..buat tak tau jer dgn harapan kononnya aku tak tau tersalah antar....hih ii..padankan muka dia kan...

Sampai lah dkat 6 bulan kot dia buat tak layan jer aku, ttba satu hari dia datang kat aku ckp baik2..mintak tolong aku bla bla bla....aku ni malas nak bersangka buruk so aku layan baik gak ler...rupanya................

dia sudah kena sound dek boss dan hr manager pasal perangai dia yg suka suruh dan arah2 org tuh ckp kat phone jerit2..pekik2..tuh sbbnya dia dok print MSN aku yg tersalah tu pi tunjuk kat bos aku yg matsal tu..nasib baik dia tak paham. Kisahnya bos aku pi kat HR mgr amoi tu minta explain apa dah jdi, amoi tu pun sedia maklum sbb aku selalu gak bercerita kat dia camne perangai minah tu..(padanlah suma org x suka dng dia termasuklah client), so HR mgr ni sudah physco mat sall tu and they had a long chat..masa tu lah apa benda yg aku tak puas hati pasal dia terbongkar by the HR mger..dan dorang nasihatkan dia..ha ha aha....HR mgr sendiri yg bukak citer ni kat aku sbb dia pelik napa aku tak nak bertindak balas jumpe boss untuk membela diri atas apa yg dia komplen kan...

Dan aku rasa perumpaan aku d atas tadi menjadi bukti..skg minah tergedik2 terhegeh minta tolong aku. Kadang ajak aku bercerita dan sembang pjg...aku??? cam biasa..laaayaaaan....

Dan hari ni, minah tu start balik perangai lama dia..komplen pasal aku kat boss baru..nasib boss baru tak pernah ckp apa2 dgn aku..sbb mgkin dia sedar bahawa aku ni tgn kanan dan kiri dia untuk buat suma keje dia yg dia x reti tu.............................so segala macam komplen tentang aku by minah tu, dia refer kat HR mgr...dan hr mgr akan explain apa apa......yg penting aku buat keje aku tu jer.....

untuk ko minah..:LU PIKIR LAH SENDIRI..

September 22, 2008

Just Another Day in Heaven............

Hari ni dah hari ke 24 puasa. Mood raya mmg dah mari dah. Rasa kemalasan nak keja mmg tahap maksima. Tapi keje banyak beb, nak tak nak kena la buat. Boss ko itu dah siap2 ingatkan aku pasal nak cuti lama minggu depan.."make sure u settle ur urgent job..specially the revenue and stocks bla bla "..aku iyakan jer.
Hari ni pulak hari pertama lepas one of best friend blah from this company. Sid dapat tawaran yg sungguh2 dia tak bole nak lepaskan begitu saja. Di tambah kebohsanan dia dgn JLO mendorong untuk dia tak teragak2 antar surat resign. Since cuti dia ada 17 hari lagi so gedebak gedebuk jumaat lepas dia dah last day.
Aku ni dah terasa bosan sid takde. Dulu aku dan dia kami sama2 adu mengadu kalau ada benda tak puas hati ke, meluahkan perasaan ke. No doubt dia muda lagi dari aku. Aku anggap dia betul2 matured mengalahkan org yg nak masuk 4o thn yg tak insaf2 lagi tu.
Mula2 aku masuk dulu pun aku dah sense dia ni baik dan ok orgnye. Loyar buruk mmg terlebih tapi lama2 aku kat sini dia dah tak bole nak kenakan aku lagi..aku lebih bijak membaca apa benda yg dia nak kenakan kat aku...dan otak dia memang otak EB (entrepenur brain) segala menda dia nak buat bisnes..he has such a brght idea nak buat bisness apa. Dan pada aku mmg logik segala benda yg dia nak niagakan tu cuma aku ni malas nak menyesakkan kepala. Keje kat opis ni dah cukup banyak untuk aku pikir untuk buat duit..



Dan lagi satu aku kagum dgn dia, betapa pikiran dia tu sungguh matured. Salu aku dan dia berkongsi cerita, mengumpat tetapi secara silent. Sbb kat opis ni suma tak bole salah ckap atau salah dgr, mmg carik nahas. So method kitorang hanyalah thru MSN. Bila dia tak da ni aku taktau nak bercerita kat sapa kalau aku geram atau tak puashati terhadap mangkuk2 tingkat yg ada kat opis nih.
Dia percaya kat aku, sehingga mula2 dia dapat offer keje baru pun aku jer yg tau, berapa byk bonus dan gaji dia pun dia bagi tau kat aku. Masa dia buat calculation bape byk dia bole buat duit kalau dia accept offer keje baru tu pun dia tunjuk kat aku. Dan aku sgt setuju kalau dia tak pergi mmg rugi. Dalam msa 2 tahun jer dia bole buat beratus2 ribu hanya dgn pegi onshore beberapa hari je dlam sebulan. Aku doakan dia sentiasa berjaya, keluarga dia sentiasa bahagia dan anak2 dia semua gembira bila dah balik ke KB nanti. Goodbye friend, bon voyage...jangan lupa kat aku kat sini..klau ada keje kosong panggil2 la aku join tau...Wish u best of luck.
keje keje keje....dah kat umah pun keje tak abis. Since bibik left last Dec aku rasa aku dah bole manage sendiri hal2 rumah. cuma kalau hari keje tu agak bersepah barai la rumah tu, kain 2 pun menimbun nak di lipat..tapi since dah beberapa bulan nih aku rasa aku ok jer. hati aku senang, tak payah nak simpan bengkek kalau bibik buat hal. Duit jimat, barang dapur lagi jimat, since bibik tak de ni baru 2 x je aku tukar gas kalau tidak sebulan sekali mesti nak tukar. barang runcit dapur pun gitu. kalau dulu gula seminggu sekilo, la ni sekilo nak abis sebulan pun payah. Itupun kalau ada byk cuti . Sbb budak2 minum teh. Aku kadang2 tak paham masa bibik ada suma barang cepat abis..Minyak seminggu sekilo, sdgkan aku sekilo bole tahan dkat sebulan lamanya. Dari permerhatian aku bibik tu dulu agak boros sket..suma main boh jer.
Masa dia takde ni masa aku lebih tertumpu pada anak2..dorang suma nak perhatian terutama kalau cuti, nak layan makan nak mandikan dan make sure dorang tido..mmg though job aku rasa sbb kadang2 menguji sungguh kesabaran aku yg tak seberapa ni..ada bnyk kali juga aku naik hantu dek kerana sepah2...but i think not too bad. Lagipun more privacy bibik tak de nih..suka hati nak buat apa nak makan apa. Kalau dak dok nak pikir pasal dia.
Bab kerja pulak mmg nye tak pernah abisss..ari ni aku kena lagi. Since ni last week keje seblum cuti panjang byklah tahap gaban keje aku. Bos pulak jenis ckp nak je trus dapattt...geram betul dah ler 70% kerja dia aku kena buat la ni keja aku satu hapa tak jalan lagi..sampai bab2 revenue pun datang ke batu jemala aku...pepgi nak memekak..buhsan betul
Aku tak sabar nak cuti dah nak rehat. Walaupun aku akan bwk laptop dan broadband tapi tak hingin lah aku nak buat kerje. lantak pi la korang suma..cuti maaa......
Selamat ari raya pada suma. maaf zahir batin...

September 17, 2008

Setahun dah berlalu..........

Diam tak diam dah setahun lamanya tak update langsung blog ni. Bukanlah malas ke hape. Tapinya takde internet access dah. Kat umah CPU dah kaput..kat opis lak, block sana block sini buhsan betul.
Skg ni, sejak Ike pnye taufan melanda Houston, internet down suma pun down. Yg bole internal email jer. Aku pun mengambil langkah bijak dgn berkongsi dgn Adi amikMaxis broadband..hu hu hu..back to live again lah idup aku.
Ari ni dah masuk ari ke 17 kita puasa, Selangor cuti dan ada beberapa negeri lain pun cuti ari ni..jalan agak clear tapi aku rasa kat Jalan TAR dan yg swaktu dgnnya tu sure pack giler. Mujurlah aku dah siap awal2. Tak sia2 aku amik cuti seblm puasa dan shopping kat sogo pepagi buta. Tunggu sogo bukak. Skg ni dah x payah pikir apa. Cuma pikir duit nak bayar kuih yg ku oda itu dan duit untuk mercun. Mana meriah raya takdak mercun. Kali ni aku order mercun yg ganas sket maklumlah tahun ni aku nak beraya sakan kat umah mak aku.
Seperti 2 tahun sudah, masa tu amal baru setahun lebih aku dgn kakak enjoy main mercun. Mengalahkan bdak2. Sesekali seronok gile. Cuma tahun ni aku akan lagi sedih jer sbb bapak dah tahun kedua pergi tinggalkan kami.
Mengenangkan jammed nak ke selatan, aku kadang2 giveup. Tiap2 tahun tersangkut hampir 7 jam semata2 nak balik ke BP tu..
Apa2 pun, aku kena terima kan. So live with it..

October 9, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Fitri..maaf zahir batin

Ehh, bape hari lagi kita dah nak sambut raya kan. Kat opis pun aku cam takde mood lansung nak keje, bkan aku jer kengkwan lain pun same gak..buktinye beremail2 lan sume citer pasal kuih raya, cuti raya, balik raya nasib baik tak hantu raya.
Kepada mika2 yg ada peluang balik kg awal tu tahniah..aku balik umah MIL malam raya. Bukan aku sengaja k, tapi SP kena keje lagi hafday jumaat tu (walaupun dalam hati suke giler)...tapi mgkin plannya jumaat tu aku kena la masak sesekit rendang dan nasik impit. Bakar kek sekit. Apa lak kata mertua kang dak, dahle balik malam raya pastu lenggang kangkung plak. Agaknya doa aku termakbul sbb aku risau gak maklumler raya dgn duit gaji bulan lepas mana nak beli barang untuk masak, mana nak duit raya, nak travel lagi..rupanya Allah mudahkan aku, balik malam raya takyah pening pikir pasal budget2 tu sume..ada takde sket22 duit raya ala kadar.
Smlm aku pi bebuka kat Micasa tu..bolela tahan campared kat corus yg aku pi last year. Byk gak pilihan ada kambing, makanan melayu ulam2..org yg belanja tu pun best jugak sbb sekepla dgn kitorang..aku, id , adi dgn jenab yg pi. Jenab cam biasa lah makan sayuran dan ikan jer..cam kambing!..kami bertiga bergumbira makan scallop, udang, sotong, otak2, ayam, kambing...perrgh best. Kenyang sampai pagi tu..pagi ni aku pun tak lalu nak makan hape..dalam kul 8.30 kot baru kitorng balik. SP jemput aku kat sana..dgn ujan lebat amats. Sampai kat umah dalam kul 10 abang ngah telepon bagitau dia balik raya ni..awalnya ingat dia tak balik sbb ujung bulan 11 nanti kami akan buat kenduri 100 hari arwah bapak...syukur, kalau tak mak tinggal beraya dgn kakak je..aku raya ke 3 baru sampai kakak satu lagi pun gitu..adik pulak tahun ni turn dia balik umah mertua..nasib abang ngah balik idakler mak sunyi dan sedih sgt dipagi raya tu..
Oleh kerna, SP bekerja di bank maka aku hari ni telah membantu rakan2 untuk menukar duit raya, mostly duit RM1 dgn RM5..beratus2 duit dorang nak tukar.
Sbb lepas ni aku malas dah nak tulis kat sini, aku nak ambik kesempatan untuk ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin....semoga selamat di perjalanan....jgn pandu laju2..kang kena saman lansung x leh kurang..sesia jer

October 8, 2007

Hari Minggu Yang Meriah

Sedar tak sedar lagi 5 hari je kita nak raya yek..bestnya, aku x le best nak beraya tapi best sbb nak bercuti selama seminggu..yeeahaha.
Hari Jumaat lepas aku berpluang buka pose kat luar, dgn kwan2 dan somi masing2. Tempat pilihan restoran sunda kat klcc. Dgn meriah betul kami makan nasik lauk sunda, sedap sungguh mostly sbb lapaq kan. Terpaksa ler aku membiarkan kakak buka kat umah sensorang sian dia..aku dah pesankan kat bibik masak ayam kicap tuk dia. Tapi kerna nak memujuk dia gak (rasa bersalah lah tu tinggalkan buka kat umah) aku belikan ler dia pizza hut. Bila dah balik dia excited cuma dia kata, tak best ler ma, buka dgn bibik...buka dgn mama lagi best. Sian pulak aku dgr.
Jadiknya nak tebus rasa bersalah tu ari sabtu aku masak ikan bawal sweet sour kegemaran dia..suka betul dia, lepas siap masak aku bawak dorang sume pi bazar ramadan. Cadangnya nak carik air lencikang last2 terbeli gak kuih muih dan siput sedut. Siput sedut masak lemak tu kegemaran dia dan ayah dia...bahkan 2 orang kenit tu pun suke. Aku tak reti nak makan menatang tu, walaupun nak masak no hal..tapi makan sori, aku geli....oleh sbb SP hari sabtu keje sampai kul 6 petang makanya aku dah siap2 sume juadah nak buka hari tu tepat kul 6.30ptg. Disamping siput sedut, labu masak lemak dgn kobis (boh lada hitam dgn kunyit sket), ikan bawal sweet sour, kalio jering (beli gak kat bazar ni) dgn sambal tempoyak ulam pegaga..wah meriah betul kami makan. Nak nak lagi ujan lebat, selera amats.
Malamnya lepas balik terawikh SP bersedia mengecat umah..dinding2 yang diconteng ituh haruslah di cantikkan gitu tahun ni kale pilihan adalah kale ijau..(cam baju raya kami yang sedondon ijau lumut tuh, )..kami gak kemas umah, sapu habuk yang berkilo kat lampu candelier tuh (ewah...lampu murah yoo)..nak harap bibik mmg tak de nya. lately aku tatau nape bibik pnye work performance makin teruk. Selain umah dah tak sebersih dulu, dapur pun cam tak terurus dah. Tensi aku dibuatnya, nampaknya lepas abis tahun ni bye2 lah...aku rasa dia dah tua sgt dan tak larat nak buat sume2 tu, jadik dia jadi cam ala2 malas jer...
Ari Ahad pulak, aku ajak SP pi selayang. Umah bang long SP amik kuih rya yang ditempah. Kena jugak pi pasar borong sbb aku nak beli daging untuk buat rendang. Raya ni kami balik ke batu pahat pada malam raya sbb ari jumaat SP masih keje. Jadik aku cadang nak masak seskit untuk dibwk balik kg.eeehh bukan aku sengaja tau, mmg ari tu aku kata tak nak balik awal sgt ke Johor, alih2 Allah makbulkan doa aku tu..AMIN..
Masa kat pasar borong, aku cam biasalah jadi gelap mata, tgk ikan, sotong, udang murah2 sgt, tapi aku tahan2 gak dari borong byk2 sbb dah nak cuti lama kan..akhirnya aku beli 2 kilo daging, seekor ayam, 2 kilo paru dan sekilo ikan kembung..tu pun nafsu kata suh beli lagi tapi nafsu poket tak mengizinkan la pulak. On the way nak kuar pasar ternampak siput sedut, beli ler sepeket, ternampak ekor, bli gak RM 11 tak sampai sekilo ternampak ketam selonggok RM10 (adeler dalam 7 ekor besar), beli lah . pastu ternampak sayur bayam dgn kangkung, RM2 mak ai banyak betul sebeban. Aku singgah umah bang long kasik dia separuh bayam dan kangkung.
On the way balik (lupa plak nak bagitau aku pi pasar bawak amal jer, yg lain tinggal) bincang dgn sp nak masak apa..aku teringin nak sup ekor, SP nak makan ketam bercili, kakak pula mesti nak makan siput sedut...sudahnya aku masak sume tapi sket2..ekor tu merebus dari jam 2 sampai jam 6..makan dgn sambal kicap diperahkan limau mmg power betul..siput pun cam tu, bukan main syok dorang makan tau...ketam cam biasa sentiasa abis..manis masam pedas mmg mmbuka selera..
Sebenarnya tu salah satu cara nak bodek kakak gak, sbb ari ni aku nak berbuka kat luar lagi. Dapat jemputan rental car company yg menyewakan keta2 kat mat2 salleh kat opis aku nih ha..jadi aku nak pi Micasa, kenala bodek kakak lagi...sudahnya pagi tadi aku dah masak ayam masak merah untuk dia berbuka hari ni....SP akan berbuka dgn opismate dia sbb drang ada byk keje....aku nak enjoy makan kat micasa ptg ni so jangan jeles.
Oh ya..jumaat lepas aku telah mengadap bos, bukan ape2 tapi mengisi borang untuk mengconfirmkan aku yg dah 6 bulan kat sini (eeh rasa cam baru jek), kembang hati aku bila tgk boss tulis sume average..bahkan kedatangan (aku sampai opis 7.30am tuh) dan punctuality tip top..begitu juga teamwork.MC pun tak pernah .Insya Allah ujung bulan ni dapatler up sket gaji ku itu....AMIN..
Skg baru jam 2.30ptg..aduh lama betul lagi nak buka..perut aku dan main orkestra nih..ni suma penangan berulang alik ke jamban tadi lah...akibat dari sup ekor power tu gaknya........................
Daaaaaaaaaa..
Masa

September 27, 2007

All the best my FRENZ........

"Na, ko berminat tak nak keje kat tmpat aku..procurement manager, ko antar resume email kat aku...kautim gerenti dapat"....itulah sms kawan aku si Ateng kira2 sebulan lepas. Masa tu aku ada kat kg, bapak meninggal..tgh sibuk mencuci kain2 yg digunakan masa memandikan mayat...

Mula2 aku tak amik port sgt, tapi memandangkan aku tgh busy, tapikan terdetik gak hati aku...procurement ?, manager?......secara otomatik aku teringatkan Zal. Aku dan Ateng dulu asalnya client dgn vendor. Aku vendor dia client. Somehow ada chemistry kot, bole lah pulak ngam dan kebetulannya ateng tak lama tu join keje kat company D gak. Zal pulak mmg lah keje kat com D setelah sekian lama. Aku ada citer pasal Zal kat entry lepas, pasal besday dia yg jatuh pada 28 Feb tu. Zal ni dulu consider aku nye supervisor. Dalam banyak2 staff dia seblum aku, ntah cam ne kami pun ada chemistry gak bole get along nicely. Sampailah aku blah dari situ, ateng pun blah gak pi company lain..biarlah aku panggil co tu Company M.
Bila ateng antar aku sms tu, aku trus fwd kat Zal, sbb aku tau dia mmg tgh carik2 keje. Furthermore, mana le aku ni layak jadi manager weh...kelulusan takat mana jer ...aku suh zal apply..mula2 dia tak konfiden alsannya dia dah forty plus, takde org amik lagi keje..aku racun dia, aku physco dia yg tu suma tak penting..yg penting kita cuba..since dia fowdkan resume dia kat aku, ada 3-4 company aku antar resume dia..mostly kat kwn2 aku. Zal ada kata byk gak orang kol dia tapi sume tak kol lagi lepas first kol tu..Zal kat lagi mesti dia dgr aku dah tua dia tak nak amik aku...dan sekali lagi aku menyangkal dia..
Lepas tu yg aku tau Zal antar resume tu kat Co M. Aku pun tatau bila exactly dia pi intervw dan aku pun tak tnye. Yg aku tau dia ada tnye camne nak pegi office ateng yg located kat near2 beach club tu. Masa dia tnye tu aku tak le tnye banyak tapi instict mmg ada lah yg dia nak pi situ.
Dan ari ni, bila ateng kol aku, aku dah agak dah..sbb dia tnye adatak zal bagitau aku pe2..aku katalah x de..aku meneka dalam kesamaran...dia dapat keje kat tempat ko ke teng?....ateng gelak2 jer...wah happy nye aku dgr. Dah 17thn zal keje kat co D tapi position dia tak baik2 pun..dia pnye ler gigih dari amik diplma sampai Ijazah, tapi co D masih tak pandang pun..so dia cam give up. This year bond dia dgn co D abis, tu sbb dia beria2 nak cari keje lain.
Dan yg bestnya position bagus, gaji pun superb..Alhamdullillah. Aku pun apalagi lepas ateng cut off the line aku sms Zal..saje nak mngusik dia ..."Haaa..aku dah tau dah..amboi dendiam jer yer"...x lama tu msg aku zal balas..."Heeeyaa...mmg nak kasik tau pun tapi blum sempat ko dh tau dulu...aku tgh meeting nanti sambung"....aku pun jwap K....
Lepas abis meeting Zal kol aku, lama kitorang sembang, suma perihal betapa huruharanya kalau dia antar surat resign. Dia kena stat keje 22hb Oct, tapi dia plan nak antar 1hb Oct...so pjg le citer kitorang, mostly betapa ****g yg x pernah menghargai keje2 kat co D. Sbb depa salu kata ko blah 100 orang mari. Masalahnye keje tu bukan calang2 orang bole buat tau..aku pun took 2 years to be expert. Handle benda2 kecik dari quotaion-order-delivery-invoice-paymnt...biso pening kapla..bukan nak bangga, dulu aku handle sensorang jer dkat 10 customer...ada silap siket company bising. Request asst tak dilayan..sudahnya aku pulak dituduh macam2...apalagi blah ler..skg 3 org buat keje aku dulu, yet Zal masih lagi kena monitor depa cam cikgu sekolah. Padanler muka dorang sumer..
Byk cerite kami bualkan mostly mengimbau kenangan masa aku keje kat sna, dan camne Zal penah kena kapur dulu. Dulu dia dpat offer dari tmpat lain, tapi masa dia nak resign company janji bulan dan bintang kat dia..promote tu ini..sdahnya 5 thn dia masih kat position lama.
Keje yg Zal buat pun skg thap senior manager pnye level yet nobody cares. Serve them right. Aku mintak sgt kat Zal jgn berubah hati lagi..jgn tertipu lagi. Peluang datang jgn dilepaskan..dgn gaji hampir seganda dari skg there's nothing to worry about. Company secured bisness dalam oil gas, there's nothing to lose. Zal pun kata kat aku, kali ni dia tak kan berubah hati dia dah nekad..mmg rezeki dari Allah. Sbb 31 Oct ni patutnya bond dia abis.
Knowing Co D, aku cakap kat zal, better pack barang2 sket dulu..sbb dorang pnye style will asked to leave early and pay what ever need to..lagi best. Yg x best bila ko nye last day ko akan diescort seolah2 ko melakukan jenayah besar..tu aku tak suka............
Apapun ALL THE BEST Zal, opis baru ko dekat2 dgn opis aku. Dan kita bole meet for lunch at any time pun...kalau opis ko pindah kat2 KLCC lagi best.......tak sabar aku nak tunggu gathering raya kita nanti, K Roy pun akan turun wah meriahnya...
Enjoylah raya puas2 Zal, dan stat keje kat tempat baru dgn semangat baru, opis baru dan yang paling best GAJI BARU....................aku utang dgn korang BIG Open table and now Zal u owe us another big open table..........

Popiah Basi

Aku ni mmg suka makan popiah dan karipap kalau time2 bulan pose ni. Time makan pun bukan lah time buke pose tapi time dah relak2 lepas balik terawikh tu sambil nengok tv nak le ada kudapan2 kan. Mmg perut masing2 perut nasik kan buka mesti nak carik nasik dulu…kalu tak cam tak cukup syarat jer.. Kalau anak2 suka tepung pelita (sejak ari tu tak miss langsung bli) yg diletak kat lam peti, aku suka popiah. Tak kira yg basah atau pun yg goreng cili..eeemmm sedap sekali terutama kalau sos dia ummph..SP?..hmm tak de satu kuih pun yg dia suka atau minat….yg dia tau buka dapat makan nasik kenyang…that’s it. Ada takde pun dia suke goreng pisang…tapi bulan2 pose ni manale ada orang jual goreng pisang kan...

Hari tu aku beli popiah basah dan popiah goreng cili kat Kg Melayu. Mmg sedap. Kalau tak silap aku popiah gitu-gitu selayang kot nama dia..tepung pelita pun kat sebelah gerai tu sedap…aku beli popiah RM2 dan tepung pelita Rm 4 (12 pcs).

Jadi hari selasa ari tuh, aku dah agak2 aku akan sampai umah lewat jadi aku dan SP pi la ke Bandar Country Homes tuk beli apa2 yg patut..niatnya nak beli sup tulang. Jadik kami belile sup tulang RM5. Tak le banyak sgt tapi ok lah cukup tuk berbuka, beli siput sedut masak lemak (sumpah aku tak makan menatang nih..tak reti, lagipun aku geli…anak2 suka, tolong msakkan aku bole tapi tlong makan mintak mahap jer ler)…beli popiah cili sket dan beli karipap Rm2 dan ofkos beli tepung pelita RM4 (12 ketul). Popiah nya sedap, karipap pun sdap. Dah le besar karipap tu intinye pun penuh..dan yg penting sedap. Bila lepas berbuka mmg aku tak abis2 memuji kuih2 tu, berpahala lah orang yang jual kuih2 tu sume. Besar lagi sedap. Walaupun Sup tulang tu macam sket jer *RM5 tuk 4 ketul tapi alhamdullilah cukup jugak sampai ke sahur..Luckilly kami beli lauk sbb balik umah air takdak…so mmg tuhan bagi ilham lah nak beli lauk kan..

Semalam sbb ujan pun lebat, kami dah agak2 mmg terlambat sampai umah. Well naik moto nak kuar dari KL pun mmg teruk..tak leh lalu langsung..imagine lah kalu naik keta tuh..kat Jalan Tun Razak tu mmg berchenta nak kuar … diskas pnye diskas aku suggest kat SP singgah kat Jalan Kuching, hari2 dok tgk gerai sepanjang alam tapi takat lalu jer, so aku ajak gak SP singgah. Kenkadang aku cam jadi riak bila dapat cilok2 walhal orang2 yg ada kat lam keta tu muka tensi jer..msti pikir…KOL BAPE NAK SAMPAI UMAH…ha ha ha..siannya...

Menu….cam semalam gak sup tulang..dah 2 hari menulang..tu je lah yang menyelerakan. Beli le pajeri terung (RM2 for 2 ketul)..ayam percik RM5 tuk 3 ketul kepak (not bad, kat rawang sektul dah RM3.00), last but not least, popiah goreng cili dan karipap..

Balik umah jer tinggal masak nasik, buat sambal goreng ikan blis campur petai dan tumis bayam. Aku kan ada buat sambal kicap stock kat fridge, so Cuma cedok sket tambah kicap je. Suprisingly, sup tulang tu mmg banyak tak padan dgn RM 5. berketul2 tulang dia. Aku masukkan kat periuk tambah air, tambahkan kentang, alter2 sket..tambahkan daun sup oh ya aku lupa yg aku pun ada beli gak siput sedut tuh..RM3 dapat banyak gak..

Semuanya ok..sampailah lepas aku balik terawikh bila happily nak makan popiah dgn karipap tu..dahle karipap cinonet, yg aku dok menyumpah2..popiah tu intinya BASI…dah masam. Akibatnya 7 ketul popiah masuk tong sampah…geram betul aku..memg lah depa ni meniaga nak untung jer..tak pikir lansung yg orang2 yg berpuasa nak makan kuih camtu pastu basi pulak…

Dan karipap yg sgt2 comel tu pulak tak sesedap karipap yg ku beli kat Country Homes tu….akibatnya ada baki lagi masa sahur tadi 2 ketul..ishh tak selera nak makan..Tepung pelita mmg awal2 lagi dah habis..3 budak tu siap berebut nak makan tepung pelita..gamaknya lepas raya ni kena pi beljar buat tepung pelita la pulok…



Hari ni??...ntah…no idea nak masak…dah masuk 2 minggu ni mmg blur pasal menu..takde idea langsung..sume dah masak. For sure tepung pelita lagi kena beli, dan aku nak beli popiah jugak...

Aku kagum dgn suri2rumah yg bekerja cam Maklang salu dapat idea nak masak ape…pulak tu nampak sedap2 sume hidangan dia……………………..

Apapun, selamat berbuka….pi bazar tu jgn beli byk2 sangat…jagn ikut hati….

September 26, 2007

Happy Birthday Darl....

Hari ni 26hb Sept genaple umur SP 37thn...dah tua dah, tapi tu pun byk gak anak2 dara kat tempat keje dia masih sangka dia lum kawin..ampesss betul tau. Maka dgn tu gaklah ada gak yg nak try2 tapi dapat ku tangkis gak so far ler...
Macamne aku tak excited celberate besday aku kira diapun gitu. Selalunya besday dia aku lah yg sesebok nak beli kek (walupun ehem guna duit dia), ataupun beli adiah. Tgk keadaan kewangan kalau ada duit besor le sket adiah dia..kalau tak takat makan kat kedai feverite kami Sri Abang kat Rawang tuh.
Tapi bulan ni sungguh aku agak sengkek memandangkan barujer belanja sakan masa kenduri ari tuh..kenduri arwah bapak kan jadik aku harus le kuar duit gak.
Selama hampir 10 tahun dah aku kawin dgn dia ni, aku masih x lagi berjaya mengorek segala isi hatinya secara dalam2. Ada banyak benda lagi yg aku tatau apagaknye yang tersirat sebenornya dalam hatinya. Di samping sifat pendiam dia tu, sifat tenang dan sabar dia tuh, dia jugak kadang2 ada barannya. Tapi lately ni je aku tgk. Mgkin sbb budak dua tuh kekadang mmg tercabar gak kesabarannya..aku apatah lagi.
aku dah wish dia besday tapi aku tak cakap apa2 pun pasal hadiah. Mgkin belated sket la kot adiah tu, dan aku dah sms dia pagi tadi, tapi x de jwpan.. sbbnya kredit dia dah x de lah tu.
Kadang2 ada gak benda2 yang dia buat menyinggung hati aku atau kadang2 buat aku rasa nak marah, tapi aku rasa mgkin sbb kebaikan dia selama ni kepada aku, suma tu tetutup secara otomatiknye. Bayangkan masa aku takde maid dulu dia lah yang basuh kain, basuh berak anak, dan kalau aku pi outstation dialah yg jaga makan pakai anak..jadi aku rasa aku harus terima dia seadanya sperti mana dia menerima aku...adilkan. bertolak ansur tu penting.
Kami berdua bnyak sifat2 bertentangan...aku ckp byk dia pendiam, aku peramah dia tak, aku panas baran, dia penyabar, aku rushing kalu nak buat ape2 tapi dia tenang, rilek jer.aku ni romantik kategori..dia lansung tak, bagi bunga?..ada le sekali tulah seumur hidup masa tungan2 dulu tu pun sbb aku merajuk taknak jumpe dia....aku suka kawan ramai2 x kira laki ke pmpuan..dia tak kawan dia very limited. Selalunya kawan dia sume jadi kawan aku, kwan aku kawan aku. Aku enjoy movie dia enjoy WWF Gusti, aku suka amat membaca dia haram tak minah. Banyak sifat2 berlawanan kami berdua tapi aku rasa tu lah yang menjadi kan kami perfect...saling lengkap melengkapi. Yg aku pasti ada satu jer persamaan antara kami....kami suka makan dan kami enjoy so much makan benda2 yang kami suka adalah sama.......
Jadi aku nak ucapkan kat dia Selamat Hari Lahir ke 37 selamat panjang umur murah rezki (supaya aku bole tumpang sekali), dipanjangkan jodoh kita, diberkati rumah tangga kita dan berjaya menjadikan anak2 kita anak2 soleh dan salehah..amin..Happy birthday Darl..kasih sayang ku dari dulu kini dan selamanya masih seperti dulu.....sbb you are the only..

September 24, 2007

Kan aku dah Kata....

Nampaknya Jemaat lepas, aku dah rekod ketidak pergian aku ke bazar ramadan sejak hari pertama puasa dah terpecah..sumenya gara2 tepung pelita dgn roti jala. Sbb dah masuk 10 hari pose aku tak depun beli ape2 kueh, jadi bila malam seblum tu kakak kata kalau dapat makan tepung pelita sedapnya...aku pun cam terkesian plak dgn dia..pulak tu siap tnya aku..
Mama, mama tau buat roti jala tak?...aku kalau dia tanya cam tu malas la kan..yee..memang jawapannya aku tatau nak buat..dan tak pernah amik tau camne nak buat sbb aku tak minat lansung kuih tuh....sbb aku dah janji dgn kakak, maka hari Jemaat tu aku ajaklah SP singgah jap kat Kg Melayu tmpat orang jual2lan makanan ramadan tu...mula2 mmg dpatlah tepung pelita tu..mcam kena paksa plak sbb dah siap pek RM2 tuk 5pcs..nak tak nak kena la amik suma..aku beli ler 2 pek dapat 10 pcs..pastu beli roti jala cam tu gak..kena beli 7 pcs tuk RM2. Nafsu karipap pulak bila nampak karipap beli le gak RM2. Niat hati nak gak beli popiah gak tu, kuihkeria dan mcam2 kuih lagi. Tapi sbb SP dah ajak balik jadiknya RM8 le aku telah bershoping untuk mmbeli kuih berbuka.
Kekdahnya mmg lepas berbuka makan nasik mmg tak le laku kuih yg ku beli itu..ada takde bdak2 berebut makan tepung pelita jer..tak cukup lak tu..roti jala tu adalah kakak makan 2 keping..pastu dia kata tak sedap..karipap pun adalah makan 3 ketul..bkan tak sedap tapinya dah kenyang cam tu la..hari jumaat tu pulak aku teringin nak makan ketam sweet cili, malangnya nak pi beli dah tak sempat. Hari jumaat tu tatau nape dgn bibik, dia tak tlong pun masakkan nasik walaupun aku dah pesan kalau by 6 pm aku x sampai lagi tolong masakkan nasik. Jadiknya aku bersilat kelam kabut menyiapkan juadah untuk buka. Aku x sempat masak sayur, so petang tu dorang makan salad mentah jer. sambal tempoyak dgn ikan, pastu ada lauk2 semlam yg aku panaskan...jadikler..time2 lapo gitu apapun sodap..

September 21, 2007

Sedihnya......Mayat disahkan Nurin

Semalam tghari kita dikejutkan dgn berita bahawa mayat budak pmpuan yang ditemui kat dalam bag kat PJ hari tu adalah adik Nurin Jazlin Jazimin, ujian DNA telah mengesahkannnya. Setelah hampir sebulan hilang, mmg ini berita yg paling memilukan bukan je pada kita-kita tapi pada mak bapak Nurin sendiri. Dan mgkin kerana hakikat tu lah diaorang masih tak nak terima yang itu adalah Nurin. Mmg lah berbeza sekali bentuk rupa tapi kalau ujian DNA dah mengesahkan aku rasa mmg itulah hakikatnya..masa TV3 tayang gambar mayat tu dgn mayat Nurin malam tadi kat berita, pada pandangan aku mereka serupa, bentuk mata, bibir suma nampak sama cumanya mgkin gigi mayat tu agak terkedepan sedikit.
Berat mata mandang berat lagi bahu memikul kan?..tulah yg ditanggung oleh mak bapak Nurin skg ni. Kita sendiri rasa sedih apatah lagi mereka.
Masa2 cam ni aku harap sgt kalau kita ada teknologi secanggih CSI pnye citer tu. Yer lah dorang dapat gambarkan dan dapat carik bukti untuk mengaitkan mayat dgn pembunuhnya. Walaupun tu hanya citer, tapi kalaulah ada benda2 macam rambut atau DNA kat mayat tu yg bole diproses sampai dapat results yg sepatutnya...biarkan geng2 CSI Grissom atau CSI Horatio buat keje mereka sampai si keparat yg melakukannya dapat dijejaki.
Aku taktau kenapa En Jazimin tak nak terima hakikat tu anak dia..mengikut kata dia, itu bukan Nurin sbb muka tak sama rambut pun tak sama...gigi lagi x sama..tapi klau nak pikir lojik Nurin dah sebulan hilang, dalam masa tu mgkin SIGILA tu bole buat apa saja kat Nurin.bak kata doktor kalau Nurin dipukul berkemungkinan bentuk giginya akan berubah. Aku salute kat mak Nurin, sbb dia kta semalam kalaulah itu Nurin dia redha...dia nak terima hakikat dan qadha qadar yg tuhan dah bagi. "Ingatlah ada hikmat dari setiap kejadian yang berlaku"-aku salu pikir ni ajer..
Ada juga cakap2 sumbang kat belakang kata mgkin bapak dia ada hutang kat along jadi ni yg along buat sbb dia tak bayar utang...harap2nya benda ni omongan kosong jer. Kalaulah betul tak tau lah aku macamne nak gambarkan.
Sekarang nih macam2 kejadian tak diingini berlaku. Ingat tak kes Nurul Huda kat Johor dulu..sama juga kes macam ni..dah lepas dirogol dibunuh pulak, kisah Audrey, Diana dan ramai lagi budak2 perempuan yg menjadi mangsa serangan seksual binatang bertopengkan manusia. Yg menyedihkan pulak bole guna terung dan timun untuk masukkan kedalam kemaluan budak tu sampai rektumnya pecah...bbetul binatang la org yg buat nih. Kalau binatang tu lepas kat dunia ni, ingatlah diakhirat esok pasti akan dibalas Allah.
Dgn citer2 cam ni aku jadi takut, selamat ke anak2 kita nak ke sekolah nak keluar rumah. Selamat ke dorang ke tuisyen. Pasal suma nilah aku akan jadi risau tak menentu kalau kakak balik lwat dari sekolah. Dan aku sentiasa pesan kat dia jgn percaya kat orang yg nak antar atau beri apa2 kecuali orang tu mmg betul2 mama dan ayah kenal. Aku pun dah bagitau kakak perkara2 yg tak sepatutnya orang dewasa lelaki atau budak lelaki buat pada budak2 perempuan tak kira lah orang tu cikgu ke, jaga ke, kawan ke...kalau berlaku aku pesan kat dia cepat2 jerit kuat2 atau report kat cikgu perempuan. Dan semestinya nak pergi kemana2 aku tak bagi..hatta skg nih pegi kedai dkat umah pun aku tak benarkan...
Better feel sorry now rather sorry forever later..
Pagi tadi masa aku nak pegi keje , masa berenti kat traffic light aku rasa tersentuh..rasa touching sgt...ada sekumpulan budak2 sekolah menengah tgh melintas jalan, dalam kelompok tu aku nampak ada satu budak lelaki aku kira dalam tingkatan 3 cam tu pegang tangan adik perempuan dia dalam darjah 2 ke 3 cam tu lintas jalan..pas tu pimpin tgn adik dia sampai dia lepaskan kat pagar sekolah rendah . Sek men dgn sek ren bersebelahan...just to make sure adik dia selamat melintas dan selamat sampai ke pagar sekolah...bagusnya..dalam hati aku berdetik....bagusnya didikan parents budak ni...sbb selalu budak2 lelaki nih jarang nak amik peduli benda2 macam ni....
Hari ni dah 9 hari kita berpuasa..sekejap jer kan. Malam ni dah malam ke10 terawikh. Ckp pasal terawikh malam semalam aku pi masjid, tapi dorang ada buat kuliah agama sbb malam jumaat so malam tadi imam siap2 annouce malam ni solat lapan rakaat, pastu semayang witir. Kerana selesai tu akan ada kuliah agama. Agaknya sbb tu imam baca ayat Masya Allah panjang..macam nak habis berjuzuk2 quran. Bukan aku tak suka, tapi bila ayat dah panjang sgt kosentrasi kita dah lari sbb lama sgt. Lagipun ayat2 yg dia baca surah AlQuran yang aku ngaku aku tak hafal pun dari surah mana..panjaaaang sgt..aku tgk kakak diri kat sebelah aku pun dah goyang..aku cuba pejam mata mmg sedap alunan ngaji imam tu tapi panjang sgt..
Kalau selalu ayat2 lazim jer, yg aku rasa budak2 pun senang nak baca (ramai budak2 yg baru nak belajar terawikh join) org tua cam aku pun bole khusyuk...kalau dah panjang sgt cam musabah la pulak..tak kena tempat lah imam tu. Ramai budak2 sekolah yg solat patut bagi ler galakan dgn baca surah2 yg senang...
Masa on the way balik dalam keta, aku pun ckp kat SP..dia pun kata, ramai jemaah lelaki pun cam tak puas hati sbb seolah2 imam nak tunjuk dia ngaji sedap ayat2 pjng2..Wallahu A'alam..tak kira apapun niat imam tu aku rasa dia patut guna comman sense sekit.........
Well kalau semalam dah masak lemak nenas ikan masin, sayur bayam..sambal tempoyak..ari ni tak tau aku nak masak pe dah..Tukang masak dah buntu nih.....habis dah sume resepi kuar...sume dah dimasak...kering idea dah.........biarlah dulu...nanti lepas Zuhur baru pikir2 baru serve2 internet carik idea....
Selamat berpuasa..selamat berweekend..baju raya dah beli?..

September 20, 2007

Ramadan Datang Lagi...............

Alhamdulillah, dapat juga aku mengupdatekan blog aku nih. Malam tadi lepas terawikh aku sms adi suh dia bawak booster wireless tu, sbb minggu ni aku cam tak bz sgt, nak nak lagi bos nak pi mengolfkan dirinya kat Miri hari nih..
Masuk hari ni dah 8 hari kita berpuasa, Syukur aku rasa puasa kali ni penuh keberkatan, penuh dgn keinsafan dan penuh kesyahduaan mengenangkan bapak yg dah tak der..mengenangkan mak yang berpuasa sendirian dan hanya ditemani akak sekeluarga.
Macam tahun2 yang sudah bulan puasa mmg bulan paling jem sekali time nak balik gamaknya sume rushing nak balik masak espescially untuk ibu2 dan isteri2 mithali ...macam aku :). Kalau tahun lepas aku kat Shah Alam balik 4.30ptg dan drive sensorang sampai umah kul 5, skg ni dah lain. Aku dah tak drive, sbb ada driver maa...tapi kami naik moto jer pi keje. Lebih cepat, senang dan jimat. Aku balik pukul 4.30pm maklumlah bos aku baik hati, tu pun ada dia kata bole balik kul 3 ptg. Bukan aku tak nak dan tak suka..aku suka tapi apa kau nak buat balik awai2 cam tu sdgkan SP pun balik kul 5..so aku mintak kat dia balik 4.30 ptg pun dah cukup baik..aku solat dulu kat opis dan pukul 4.45pm baru aku turun. Kadang SP awal kadang lewat.
Bulan2 posa ni time management penting sgt. Ye lah, kakak berpuasa (alhamdulilah dia stat pose penuh sejak umur 7 thn lagi) jadi aku kena la jaga hati dia. Masak makan kegemaran dia sebagai galakan dia untuk bepuasa dan harus diingat menjelang raya RM50 akan dibagi kat dia kerana berpuasa penuh..takpelah galakan jer tu. Kalau arwah bapak ada pun time2 raya cucu2 yang berpose penuh bapak akan bagi gak....elaun berpuasa.
Lepas sahur aku akan turunkan apa lauk yg aku rasa nak masak petangnya. Bibik mmg la ada tapi keje2 umah pun byk dia nak buat..layan kain baju yg menimbun2 hari2 pulak tu...apa tak 2 kenit kat umah tu sehari tukar baju 4-5 kali...jadik aku pun tak nak la menyusahkan dia..diapun bukan kuat sgt dah nak buat sume keje..aku pun paham. Ada tak de kalau aku terlambat aku mintak dia tolong masakkan nasik..tapi sume keje jadi mudah kalau kita dah plan apa nak buat. Walaupun sampai umah kul 6.30 sekali pun aku masih sempat masak 2 main dish, kadang siap dgn sambal sekali. Rezeki bulan Ramadan gak pokok mangga depan umah berbuah dgn lebat sekali..mangga muda dikerabu mmg sedap, hampir tiap hari jugak dapat order kerabu mangga. Smpai dorang jemu tukang masak ni akan buat lah tiap hari.
Puasa kali ni benar2 kami berjimat cermat. Sungguh. Kalau taun lepas balik keje je aku singgah mana2 bazar tak kira kt kg melayu subang ke, Sg buloh ke atau kat Kundang akan adalah lah memacam yang aku beli. Kuih, itu ini...sudahnya lepas buka tak termakan terbuang jer. Jadi tahun ni aku nak elak pi bzar ramadan, nak elak lalu kg baru. Betul le kata orang kalau tak nampak takde le nafsu nak mmbeli mmbuak2..aku pun ckp kat kakak tahun ni mmg kita tak pi bazar ramadan kalau kakak pi sume air kakak nak bli, suma kuih kakak nak, sbb masa tu tgh lapar tgh haus..tapi bile berbuka dah makan nasik, kenyang satu hape pun tak termakan..buang jer kan ke membazir tu. Syukur dia pun paham.
Well perut kat rumah tu btul2 prut melayu kan, buka nak makan nasik..aku pun senang tak payah nak pikir buat macam2 2-3 lauk dah cukup..sampai sahur..bole dipanaskan.
Citer bab terawikh aku rasa tahun ni Amal lah yg paling excited, tahun lepas dia ada gak ikut tapi tak bape paham kot. Tahun ni dia dah 3 tahun lebih dan dah tau semayang camner. Kadang aku baru balik keje pun sibuk dah kata nak pi masjid, betul2 kemaruk.
Tapi yg senangnya bawak dia, dia tak merayau macam deelyn..dia dok diam jer kat belakang. Siap bawak bekal biskut bagai...bila aku bagi salam jer dia datang..bila aku solat dgn kakak dia tunggu kat belakang..ada gak sekali tu, aku baru siap isyak, dia sebuk nak berak..lepas dari tu aku ugut dia..nak ikut mama jgn nak kencing berak..yerk..dia punya la pandai...tak pa, amal pakai pampers..deelyn tinggal kat umah dgn bibik jer..bibik pun buat terawikh kat umah.
Bagi aku itulah kelebihan ada bibik, disamping bole tolong jaga anak2, jaga umah kita nak beribadat pun senang. Aku paham akan kawan2 yg tak berpeluang nak terawikh sbb aku dulu pun bertahun2 tak de peluang..seblum bibik ada..skg ni mudah sikit. Pun ada banyak masa nak solat jemaah, kejar terawikh yg hanya datang setahun sekali tu. Syukur. Rasa sayang dan rugi nak tinggalkan terawikh walau semalam..kakak pun sama, dia bersungguh2 nak bersemayang kat mesjid..tapi sbb mgkin masih kanak2 kan..tiap kali 4 rakaat dia akan tanya..empat lagi kan maaa....mgkin ari cuti aku nak cuba buat sampai abis 23 rakaat. Imam yg baca pun best sgt, mendayu2 dia baca surah..terutama kalau surah Al Waqiah tu...
Sb nak balik terawikh awal, aku buat lapan rakaat jer...lagipun kakak sekolah the next day kang dia ngantuk gak..subuh baru aku buat witir..kami pi masjid dari pi surau kat taman tmpat tinggal kami tu sbb masjid lebih luas dan meriah manakala kat surau lak sempit tak cukup tempat..
Kalau minggu pertama tu pi keje rasa ngantuk giler, masuk minggu ke2 ni dah ok..dah adjust kot. Mana tak kat moto pun aku sempat tidor2 ayam sbb ngantuk sgt..skg ni tidor kul 11 malam bangung kul 430 pagi lepas tu tak tido lagi pun aku masih maintain..tak ngantuk pun..cuma dah masuk 2nd week ni selera aku time sahur hampes...langsung tak bole masuk nasik lagi..ada tak de aku makan ler roti 2-3 keping atau pun makan sup2 jer...bagus gak..gamaknya bole le kurus kalau cam ni salu..ehem...:}
Apapun syukur dapat berpuasa, bersolat jemaah anak beranak dan dapat bertarawikh...baju raya blom sempat nak carik lagi..mgkin last2 besok..
Tak sabar nak tunggu 10 malam terakhir...nak merebut Lailatul Qadar, Insya Allah...kepada semua Selamat Berpuasa....

September 3, 2007

Excuse Me, Wrong Number

Lately, aku selalu dapat missed called dari no 017 33xxxx. Aku pun tatau sapa. Semestinya bkan orang yg ku kenal. First time aku buat bdoh badak jer, 2nd time aku dapat mssed call dia jam 2 pagi..bengang btul, takutla kan apa SP sangka kang..malas nak explain.
The next day, aku sms..."allo u ni sapa called i memalam, bila kol balik tak angkat?" dia tak jwap..pastu citer tu mati kat situ jer...so masa weekend baru ni aku dapat sms lagi bunyinye lebih kurang cam ni "amboi sombong no skg ni, antar sms tak jwap, kol pun tak angkat...baby apa khabar dah bape bulan umur dia..."mmg aku ada nampak 3 missed call tapi sbb tau no yg sama malas aku nak buang kredit tepon balik..kredit aku jimat....aku pun malas nak layan aku jwap "U ni salah no kot?"...pas tu dia jwp...ni Pak Lan la..Pak Lan perlis dulu kita sesama keje kat shah alam..siap ckap u ni yg ada tahi lalat kat kening tu kan....(alamak betul tu..mmg aku ada tahi lalat kat kening..)..aku malas dah nak layan...aku biar jer...
Tiba2 pagi tadi aku dpat sms lagi..dari no yg sama...."Amboi belagak sekarang, mentang lah dah kaya lupa dah kat kita no..tak per.." sedap betul bahasa dia...aku pun palagi..angin AMARAH aku pun tiba2 naik..setan tanduk dua ttba kuar....aku balas balik...
Masya Allah..demi Allah saya tak kenal u ni saper...dok cuba ingat2 recalled balik ada tak i kawan spt mana yang u sebut tu..tapi tak de..cuba u ckp apa nama sebenar u..mana tau i bole ingat balik.......-Marah pnye tone..mengganggu jer
Lepas tak lama tu aku dpat mess..teeett...teeeet....
Ala dulu kan u kwn dgn kwn i budak bla bla bla..naik kriss bla bla nama i Man, bla bla...
Ha ha ha...konpem salah orang..aku pun apalagi balas maut pnye..:
Konpem lah u ni salah orang...i baru je guna no phone ni beberapa bulan...i tak kenal satu hape u mentioned dan citer tu, dan yg paling penting..i tak de baby baru..fyi baby i paling kecik umur 3 tahun..nah dusssyum...kena sedas...padan muka tak paham bahasa, bape kali org kata salah no tak nak dengar tak nak caya, kol gak sms gak..dah org kata salah sekali dah ler..bodooh..tak paham cakap melayu lah tu..kang aku ckp jawa baru tau...
ada gak org bangang cam ni...buang masa ..buang kredit...

Posa dan Raya..

Semenjak dua menjak ni aku dok berpikir2 pasal raya..walaupun bulan pose pun belum datang tapi ntah nape aku kalau bole tak nak ada RAYA, pelik. Ntahler mgkin aku takut kot kalau time raya mesti kami sume rasa sedih, teringat bapak..apatah lagi mak.
Weeknd baru ni masa aku balik kg untuk kenduri tahlil arwah bapak yg ke 25hari, mak dok asyik sebut2 mende ni, jadik macam dah tertanam pulak kat minda aku...dan sbb baru kejap SP tepon tanya pasal cuti raya buat aku lagi bimbang.
Memandangkan tahun ni raya turn kat Johor, mak pun sedia maklum yg raya kedua baru aku dapat balik kg sendiri. Tapi bila SP dok mengira2 jumlah hari nak ambik cuti dan jumlah hari nak berada di selangor dan Johor aku jadi cam blurr...
Kita raya pada 13hb Oct. Jadinya hari Sabtu. Aku mestilah dapat cuti earlier dari tu, most probably ari Khamis dah half day, dan sambung terus sehingga seminggu 20hb Oct. Ntah camne bila SP utarakan yg jumlah cuti semua 10 hari, jadi 5 hari di Johor 5 hari di Selangor, ttba mulut aku ni gatal dan jahat cakap 'taknak lelama kat Johor, I tak bape suka kat sana'-niat aku cma satu. Sejak akhir2 ni aku mmg tak bape interested nak balik umah MIL with only 1 reason..Biras aku..MIL tinggal dgn adik bongsu SP. SP mcm tersinggung...terus dia cakap 'Tak yah balik Johor terus lah"....alamak aku dah terdiam..tersyasul lak..
Aku ni bukanlah jenis orang berkira, tapi aku ni kan manusia biasa gak, ada hati ada perasaan dan semestinya umah yg MIL duduk tu umah pusaka yg telah di'upgradekan' oleh adik ipar menjadi banglo..kira converted la tu. Umah tu pun memang besar ada 5 bilik, ruang tamu yg luas gila, ruang makan yang boleh occupied 10 keluarga.
Mgkin sbb biras dan anak2nya terasa semua perabot umah tu dibeli depa, langsir2 yg begitu canggih tu dibeli olehnya, jadi bila2 ada masa adik beradik SP datang ke rumah tu dia tunjuk kurang senang..bkan aku jer berperasaan cam tu ok..suma biras2 pun.
Bahkan ada ketika bang long balik kg, kak long citer kawan tu dok kat lam bilik tak kuar2 seolah2 tak suka orang datang..anak2 sedara komplen kat aku yg dorang tak rasa welcome pun..jadi semestinya aku pun begitu kan..
Adik ipar aku tu suami isteri bertugas sbagai guru kat sekolah kg tu. Adik ipar aku tu mmg takkan biarkan mak dia tinggal sendiri sbb itu dia buat rumah tu untuk mereka tinggal sesama. Ada satu ketika anak sedara yg tinggal kat kg sebelah mengadu yg MIL terasa hati sgt2 tinggal kat umah tu..sbb apa aku tak tau...tapi MIL tak pernah sekali2 pun cerita kat aku keburukan biras aku tu kat sesapa termasuk aku..ada takde dia cerita kat kakak2 SP, dan dorang yg citer balik kat aku.
Knwing yg jiwa orang tua kan sensitif, mgkn ada tutur kata biras kot yg kurang dia senangi. MIL mcm ada masalh dgn pendengaran..aku salu dgr biras aku kalau cakap kasarnya bahasa..maklumlah mgkin dia rasa jadi cikgu dia pandai segala...aku tak kata aku baik tapi aku tak pernah ckp kasar dgn MIL.. ada aku tak puas hati pun aku telan jer..
Tiap kali balik raya, atau balik cuti kat Johor pun aku tak pernah lenggang kangkung. Aku akan check fridge dan penuhkan apa patut untuk lauk pauk sepanjang aku kat sana..yer lah anak2 aku suka dan kuat makan, haruslah aku beli untuk persiapan tu. Dan bila aku ada kat sana pun MIL akan suka hati sbb aku akan siapkan sarapan-makan malam..sume aku msak..pegi pasar beli barang, siang ikan semua aku dan SP yg buat..tak pernah kami simply balik tgn kosong. Sbb tu aku make sure at least ada 3-4 ratus kat tangan kalau nak balik sana..apatah lagi raya...
Hatta kalau balik before raya pun dan kena berpuasa 2-3 hari seblum raya, time sahur pun aku bangun masak atau MIL akan kejut aku surh masak. Bila aku citer kat kawan2 dorang suma tak caya..tpi tulah hakikatnya..MIL tak pernah segan nak suh aku masak..kadang2 aku terasa gak bila ramai2 tu, aku gak kena kerah tapi aku buang perasaan tu jejauh...mgkin dia dah anggap aku cam anak dia tu sbb dia berani nak treat that way..apapun aku tak pernah mengeluh. Kadang2 SP kesian dia akan tlg aku siang sayur atau ikan..
Dan aku akan masak makanan kegemaran anak2 buah ...tu lah sebabnya kalau kami balik kg, anak2 sedara Sp akan meriah datang ke rumah atok dorang..sbb nak makan sambal bodoh...
Sbb perangai biras yg tak bape aku berkenan tu membantutkan aku pnye keinginan tiap kali nak balik kg..percaya atau tak aku balik sana bole katakan time2 raya jer..ataupun kalau nak balik pun balik semlam dua...aku tak tahan lelama...anak aku salu gaduh dgn anak biras...dorang selalu berebut mainan, basikal atau apa je yg ada dalam umah tu...
Sampai ada ketika anak biras bole kata "tak suka amal, nanti nak bunuh dia, sbb amik beskal kita"...bagusnya maknya diam jer...aku terkejut bdak lah dgr tu apalagi aku pun balas la balik....aku jeling dia pastu aku cakap, berdosa tau cakap cam tu...dia terus waaaaaaaa.....geram betul aku..bahasa kasar sungguh tak padan mak seorang ustazah gitu...kok ye pun ajar lah sket2 berbahasa..
ada sekali masa buat kenduri yasin, ramai orang dtang..ramai bdak2 tgk tv, so anak biras ni pi halau semua budak2 tuh, suh balik jgn tgk TV dia..haii,
Tu lah sbb utama nape aku malas nak berlama2 kat sana bukan sbb MIL, tapi aku tatau camne nak explain kat SP. Sbb aku takut dia tersinggung pulak...byk lagi benda2 yg biras buat sampai aku betul2 malas nak balik ke situ, tapi aku malas nak recalled balik....
Masalah baju raya budak2 dah selesai..masa aku balik kg ari tu, aku dapat borong seluar jeans bdak2 murah giler RM10 sehelai..cap ayam jer tapi lantak ler...baju melayu pun dah settle..tinggal baju aku, baju melayu sp dan baju kurung 2 bdak tuh...alah beli siap jer ...
Kalau bole malas pulak nak pikir pasal raya, mana nak beli kuih lagi, nak reserved untuk perbelanjaan perjalanan lagi, mercun2 gitu , gini....aduh..penat lah nak pikir....

August 30, 2007

Hepi Merdeka, Hepi Holiday

eerrm, aku rasa orang lain pun cam aku gak ari ni..holiday mood..kalau baca kat blog Mak andeh yg dah dok remind pasal pose is coming dan baca blog JoKontan yg baru abis bercuti sekolah smua teringat balik. Alamak pose tak lama lagi...dan utang2 yg patut diselesaikan dah a bis..lega rasanya.
Aku dok teringat rasa mcm baru jer celebrate merdeka tawun lepas kat depan KLCC , bdak2 pun ikut melepak sakan sampai kul 2 pagi, ttba tawun ni dah merdeka lagi..skejap sungguh masa berlalu..aku tak ler nak dok kat KL time2 cuti gini kan, aku kena balik kg sbb kami nak buat kenduri tahlil arwah bapak untuk yg ke 25 hari..aku tak tau la tempat lain, tapi kat kg kami, 3 hari pertama selepas arwah meninggal akan ada kenduri tahlil, pas tu followed by 7 hari, 25 hari, 40 hari dan 100 hari. Lepas 100 hari tu, maka tiap2 tahun sekali akan buat kenduri yg kami panggil "behaul"..maksudnya genap setahun.
Budak2 kat umah menjerit2 merdeka sejak awal minggu ni, I guess sbb kat tv dok promote giler2 pasal tu. Terkejut badak gak aku bila balik keje amal bisik kat aku sambil jerit Meerdeka..uuiii sore dia bikin telinga ku pekak deh...
As nak buat kenduri aku volenteer kat mak nak sponsor barang2 kering untuk kenduri, since menu pun dah agreed aku beli barang2 tu kat NSK jer..murah dan banyak. Terkejut badak gak bibik bila aku balik bawak seguni kentang, seguni bawang merah (guni kecik tu)..
Kalau bebrapa hari lepas pepagi jem nak mampus sbb raptai merdeka, ari ni jalan clear, smooth jer..ada tak de aku dgr pesawat2 tgh testing kat langit nun. Rata2 hari ni muka berseri2 jer..maklumler nak cuti panjang kan...aku pun..buat keje cepat2, siapkan apa yg patut, dan plan nak balik awal sket (kalu boleh le).
Semalam ptg aku balik pukul 5.15ptg cuba tahan teksi nak ke raja Laut, haram teksi nak pegi. Aku ingat adalah dkat 10 teksi aku tahan kat depan angkasaraya nun, smua geleng kepala. Tapi kalau orang putih tahan, cepat ajer...dorang ni betul2 tak paham erti merdeka kan..masih mendewakan orang asing aka penjajah tu..kat berita mlam tadi kata dorang nak mogok during merdeka..hmmm lantak korang ler kan..
Walaucamnepun aku kena gak masuk KL jap mlam ni, nak kena antar bibik..kesian pulak orang tua tu nak suh balik sendirik naik bas memalam..tak pelah lepas tu bole balik kg terus, lewat sket pun tak pe untung2 sempat nak tgk bunga api. Tahun lepas pnye le excited tunggu kat dpan Getah asli tuh, tapi tak nampak pun..sipi2 jer nampak bunga api tu.
Selamat bercuti panjang, yg balik kg tu, hati-hati di jalanraya...semoga selamat tiba...Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 50, merdekakan diri, merdekakan minda.......jangan asyik pikir untuk berseronok tapi pikirkan apa sumbangan kita pada nusa dan bangsa..amin

August 29, 2007

Kesatuan Sekerja



Semalam aku dgn SP bersembang2 kosong pasal tuntutan NUBE untuk mendapatkan kenaikan gaji. Kalau ada yg tatau NUBE tu apa, NUBE tu adalah kesatuan pekerja2 bank, ala2 CEUPACs tu lah. Cuma bezanya NUBE hanya untuk pekerja2 bawahan atau lebih tepat lagi NON Exec group bagi bank2 semalaysia.


Untung betul mereka2 yang dilindungi persatuan sekerja ni, sbb dorang ni dibela nasib oleh persatuan tu. Mula2 masa SP keje kat bank tempatan ni dulu tahun 2004. Tu pun masa tu bangunan tempat dia keje tu dibeli sepenuhnya oleh bank tersebut. Kalau dulu dia under XX Properties, jadi bila XXP jual building tu, semua pekerja XXP macam hilang arah. Yer lah dah dkat 10 thn dorang keje alih2 kena take over pulak. Masa tu aku risau sbb SP dah kena carik keje lain. Dia ni pulak bukan macam aku , tak sabar kalau tak suka blah carik keje lain. Seingat aku company tu company ke3 SP keje dan dia dapat 10 years award service lah masa tu..yg untung aku, sbb bila dapat award tu staff bole beli jam berharga RM500. Aku pun mengendeng SP dan kami berjaya dapat sepasang jam berharga empat ratus lebih. First time dalam hidup aku bli jam memahe, standard aku nak beli jam below RM100 jer..so dapat jam harga 3 ratus lebih kira cukup baik lah tu…sepatutnya sepasang jam tu harganya RM600, tapi lepas tolak diskaun dapatlah dua ratus lebih satu. Barang elok, mahal dan berkualiti, buktinya dah dekat 5 thn aku pakai jam tu masih cantik dan elok lagi,..ada rosak pun masa jarum dia tertanggal.


Ok, termelencong lak, sambung citer, lepas confirm XXP handover building tu kat bank ABC on February 2004, SP dah sebok2 carik keje lain.. Aku nilah dok tlong dia buat resume, antar email..sbb utama SP mmg tak bape pandai computer. Masa tu aku ingat bnyk tempat SP apply termasuk kat KLCC convention centre.. Bidang maintenance dia hanya terhad kat bangunan2 jer so terpaksa cari bangunan2 yg baru nak bukak gitu.


Tapi yg aku respect SP dia sikit pun tak risau, kalau aku mau gelabah, yer lah nak ilang keje bukan ke sesuatu yg merisaukan ..mau aku dah mencanak carik keje..tapi SP dgn sifat2 tenang dan sabar dia tu , dia rilek jer..Masa tu pun XXP bayar pampas an kat pekerja2 dia, dan SP tak terkecuali, aku tak ingat exactly bape dia dapat tapi adaler berbelas ribu gak, and guess who dapt untung ..AKU…dapat ler sket duit gak..tapi tak semua 12 orang tu bank ambik seingat aku ada gak dalam 6-7 org yg bank tak nak amik, maka terpaksa la dorang berenti carik keje lain, ada yg berniaga sendiri ada yang keje kat company lain dan ada juga yang dah meninggal….


Mmg rezeki anak2 agaknya, hari XXP officially handover building tu, ari tu jugak SP di offer bekerja terus kat situ, same building tapi different boss and management. Sain kontrak dgn letter of offer pun the same date..Gaji?..mmg sama exactly tak kurang tak lebih macam XXP bayar kat dorang.

Aku pun tak bape tau dan amik port pasal keje dia, yg aku tau dia ada ckap dia join NUBE…tu 3 tahun dulu..


Skg NUBE sedang brjuang untuk mendapatkan kenaikan gaji sebanyak 30%. Maksudnya sejak 2004 tu lagi dorang takder naik gaji. Contractual bonus mmg ada 2 bulan setiap tahun tapi dorang masih nak memperjuangkan hak untuk dapt lebih sbb bank2 dah banyak buat duit, dalam risalah yg aku nampak kat meja SP…”Banks making a lots of money by sucking our blood…” cam ganas tu ayat dia..dorang pulak kalau majikan tak setuju, mogok, buat piket…


Kisahnya SP kata nak register dulu bayar RM21. pastu bulan2 dia akan potong gaji tujuh hengget jer, ada 2-3 ketul kawan sp tak nak join dulu..so dia pun tak amik port. Lagipun setakat Rm7 pejam mata jer lah…mana tau kemudian hari ada untungnya, dia pkir cam tu….TRUE Enough…



Bila skg dah sebok2 yg NUBE berjaya dapatkan 30% increment tu pas tu kena backdate lagi selama 22 bulan semua tersenyum suma suka termasuk la aku (ehem2..harapan cerah nak dapat duit gak, padanlan tapak tgn kanan nih gatal2 semenjak dua menjak nih)…ha la kalau kira 30% increment = katalah gaji pokok RM1500 x 30% = RM450 x 22 bulan = RM9900.00. Tu lum termasuk OT yg dibayar pakai rate lama, pun kena calculate balik. Bila NUBE berjaya dapatkan 30% increment tu, bank nak tarik balik pulak contractual bonus tu..jadinya bonus akan dapat ikut prestasi..tapi NUBE cuba fight kan LAGI untuk elaun COLA sebanyak RM450 sebulan, jadinya kalau COLA tu diterima, dorang tak kisah kalau bonus tak di contractual kan..janji COLA tu fix tiap 2 bulan masyuk dgn gaji..


Apa yg aku dgr, COLA tu belum approved lagi, tapi kawan2 SP dah tersenyum2 sbb ada yg bakal dapat berbelas2 ribu bergantung pada gaji pokok dorang..dan yg tak berdaftar tu menyumpah seranah sbb tak kan dapat hape pun…gigit jari, masa orang suh register NUBE tak mo join skg..sendiri yg rugi kan…


Gaji dorang pokok pun bukanlah besar sgt. Tapi sebb OT ada banyak dan elaun2 lain aku bole gak tarik nafas lega, sbb aku dah tak yah bayar bil2 sume, bayar bibik dan kadang aku sempat pau lagi duit dia..hmmm, tu lah gunanya susah senang bersama kan?...Well dkat 10 thn juga aku redha membantu SP untuk menyara keluarga sbb gaji dia masa kat XXP tu cukup2 jer tapi ALhamdulillah..berkat sabar dan ikhlas membantu tu yg penting…yg best jugak bank bayar gaji on the dot 25hb, kalau 25hb tu jatuh ari sabtu, ari jumaat 24hb dorang dah bayar gaji..on the time x pernah missed..OT dgn elaun plak dibayar tiap2 - 7hb walaupun tak banyak dalam 7-8 ratus jer tapi cukup melegakan kami nih..yer lah tgh2 bulan ada gak duit tambahan buat beli barang dapur, buat belanja anak2 makan luar kan,,rezeki….Berkat SP bersabar keje kat situ dgn gaji sederhana dan dia yg tak setamak aku nak gaji banyak…terinsaf kejap…pas tu aku Tanya la SP..yer lah tak adil lah pulak aku dok ngendeng dia tapi x tnya apa dia nak buat duit banyak2 tu…Jawapan dia “…buat downpayment, kita beli keta baru yg besar sket..mgkin Naza Ria”….Hu hu hu..aku pun senyum….bagus gak cadangan tu….

Apapun beruntung dorang yg dilindungi kesatuan sekerja ni, sbb majikan dorang takkan suka2 nak menganiaya..dan kalau ada kes2 buang kerja biasanya ahli2 nube yg akan menang, sbb dorang diconsider pekerja rendah kan. Mcm Ceupacs gak ler, tgk camne dorang berjaya dapat kenaikan yg begitu baik baru2 ni…


Bagi kita2 yg kat swasta nih, mmg takde kesatuan, tu sbb gaji kita dibayar mahal, Cuma kalau ada apa berlaku, kita mmg tak dilindungi apa pun..ada tak de majikan akan bayar compensation mgkin 2-3 bulan gaji..


Kadang2 gaji kecik lagi bagus , utang tak banyak, takde kad kredit, tak pening nak bayar macam SP…aku?..sampai la ni masih pening nak bayar utang kad kredit yg masih tinggal seribu situ, seribu sini,..balance yg tak abis2..camne nak abis, sebulan bayar seratus jer…
‘BAK KATA ORG TUA2..Beso Periuk Beso le Keraknya…..” hmm skg aku menunggu2 SP dapat arrears tu untuk shopping baju raya kami dgn anak2, INSYA ALLAH.

August 28, 2007

Satu Permintaan Kecil



Masa aku call umah petang semalam terdengar sore kakak samping ada background berebut terjerit2, mama..mama..nak tepon nak tepon....:



“mama nanti balik tolong belikan hadiah boleh tak”?

-Hadiah tuk sape?

“kawan meera, nama dia Athirah, esok besday dia lah ma”

-Nape tak cakap awal2, mama dah sampai kat opis ayah ni (aku amik bas sampai masjid India, ronda2 beli kain) pas tu jalan kaki hala ker Rj Laut.

“tadi meera dah tel hp mama tapi sore org laki angkat..dia marah2..”

-Ye ke..tak pe lah (aku sebenarnya lama dah tukar no, tapi malas nak tulis kat peti kat umah tu, kang bibik dok distribute no aku untuk sape2 ntah yg kol carik kat umah).
-K lah nak beli hadiah apa nih?..
“apa2 jer lah ma”…

So masa on the way balik aku ajak SP singgah kat memana, beli ler apa2..alah tuk budak 10thn senang sgt2 ler nak beli apatah lagi pmpuan..sambil tu aku teringat kat janji SP nak bagi kakak adiah sbb dapat no 2 dalam periksa sek agama dia..Sp kata dia tak tau nak bagi apa sbb kakak kata berilah hadiah apa2…

Nak jadikan citer, on the way balik ujan selebat2 alam..oleh kerna kami naik kuda besi, habis ler lencun…mula2 mmg rasa tak jadi nak singgah kedai, pikir2 balik SP kata alah kita singgahlah jap kat pekan kg melayu tu ada kedai stationery…

Dalam ujan lebat berbaju ujan aku singgah gak..cari pnye cari, belilah satu frem gambar ada katun2 comel kat tepi..tuk gambar 4R pyne size..harga hmmmm RM6.90 jer..aku grabbed dah suh adik kat kedai tu tolong wrappedkan…siap..kedai tu byk benda ada macam2 sampai aku terbeli kuali…ya Kuali untuk menggoreng jenis yg non stick tu berharga Rm 15.90.


Masa dlm perjalanan nak sampai umah dgn ujan lebat aku berjaya gak elakkan hadiah tu dari basah..dan sampai jer kakak dgn senyum…yeeee…tima kasih ma,.sambil terus aku suh sorok kat lam bilik…

See?..tak susah sgt pun, tak perlu yg memahal, tak perlu yg branded2.

Tak susah nak memenuhi permintaan anak kan..kadang2 is not the price matter..but the thought.knowing yg kakak sgt appreciate kengkwan dia, sampaikan kalau bawak bekal kwn2 dia yg makan lebih banyak dari dia...dan bila aku balik bibik akan citer betapa dia kelaparan balik sekolah terus meluru cari nasik...dan aku belajar satu perkara “hargailah permintaan anak2 walaupun kecil kerana satu hari nanti, bila dorang dah jadi seorang ibu, dorang juga tahu menghargai permintaan anak2 mereka…” dulu2 pun mak jarang menghampakan permintaan aku dan aku dapat rasa begitu seronok kalau dapat apa yang kita mintak dari dia.....

Masya Allah apa nak jadi budak skg nih??

Aku nak bercerita sket, supaya bole dijadikan pengajaran pada aku dan pada sume2 yg baca blog aku nih..terutama yg ada anak perempuan tu..mintak di jauhkan..


Sebenarnya aku pi makan dgn kawan opis lama semlam dan terkeluarlah cerita yg aku kira sgt menyedihkan dan sgt memalukan kita sebagai orang Islam nih...


Aku mulakan dgn citer, masa aku keje kat Shah Alam dulu aku ada sorang office mate perempuan yang 10 thn lebih muda dari aku, semestinya masih bujang.
Sebelum pindah kat Shah Alam dia dan aku duk kat opis sama kat KL, tapi bila company buka plant operation dia ditransfer ke sana, dan aku menyusul beberapa bulan kemudian. Dia ni consider naif juga ataupun aku suka panggil dia minah blur..dia ni baru umur awal 20an, anak yatim tapi mmg dari keluarga yg agakk kucar kacir dari nun di utara.
Masa kena pindah tu dia sewa apartment berdekatan dgn plant tu dgn sewa empat ratus lebih sebulan. Pendek kan citer minah ni ada pakwe yg keje kat KL. Since dia tinggal sorang2 aku rasa takde le orang yg ke 3 kecuali setan..aku mula2 moskel gak kalau pagi2 dia dtg keje pakwe antar..takkan ler pakwe yg dok kat kl ke sana semata2 nak antar pi keje ye dak..so aku tak amik port sgt. Ada masa dia akan tumpang aku balik atau pagi dia kan kol aku nak tumpang pi keje. Takle jauh sgt tapi kalu jalan mau berpeluh gak ketiak. Dia ni agak bossy gak sbb nak tumpang orang seolah2 buat kita ni drebar tak bergaji dia lah...perintah suka2, tak reti tak sebut perkataan tolong..
Masa awal puasa tahun lepas, aku sensored something wrong dgn dia ni. selera dia lain macam. pastu asyik pi toilet, tapi tak pulak aku dgr dia muntah..mgkin cover line kot.dia hari2 pakai baju sejuk macam orang sakit jer..bahkan kwan2 dari KL opis yg datang kat situ pun ckp cam tu...
Ramai gak mamat2 kat plant tu perasan yg dia ni dah pegnen tapi dorang buat bodoh jer..alah yg ada 2-3 orang dah kwin mesti tau...aku suspect jer, tapi akhirnya betul..mmg sah dia ngandung 2 bulan. Masa tu awal puasa tahun lepas. Dia suh cleaner kak indon tu beli nenas dgn ragi nak buang kandungan tu. Aku masih lagi berpura2 cam tak tau, tapi aku ada gak sindir2 dia kawin la cepat2 tak yah buat grand2..nikah jer cukup..dia senyum jer masa aku ckp cam tu.

Aku pun physco akak cleaner tu sbb bersubahat belikan dia nenas dgn ragi tu..last2 akak tu buang benda2 tu dan ckp kat dia, tak beli pun..


Kemudiannya 2 minggu lagi nak raya dia amik cuti panjang..dan pengakuan dia dgn akak cleaner tu dia nak pi buat pengguguran..Masya Allah..Lepas dia balik dari cuti raya, dia nampak ok, tak muntah2 lagi dan bentuk bdan tu nampak dan berubah..aku beritahu jugak 2-3 orang officemate yg bukan islam, dorang geleng kepala...cite tu abis kat situ sbb aku dah tukar keje lain dan jrang lah aku nak contact dia lagi..lagipun aku tak rasa ada keperluan berhubung dgn orang yg salu ckp bohong (dia salu bohong aku macam2 walhal kadang2 aku dah tau cerita sebenar, contoh kalau dia kata dia dok umah sorang2 tak der orang datang pun walhal masa2 lain dia tersebut pak we dia ada temankan)...aku ingat dia betul2 dah taubat...tapi TAK LANGSUNG....


Semlam aku jumpa untuk lunch kwn aku yg bukan islam tu, dan dia cerita kat aku yang budak tu mengandung lagi..MASYAALLAH..sbb budak tu sendiri buat pengakuan kat boss dia ..aka x boss aku baca kat entry aku yg tittle dia BOSS tu..boss aku tu marah sgt2 sbb ni dah kali kedua dia buat, dia kata bodoh betul ko..nape tak pakai K****M..bla bla bla..kwn aku kata dkt 2 jam gak ler die kena basuh dek bos tu.


Aku tak tau dah nak cakap apa...sekali kita buat kesilapan patutnya bertaubat atau susah2 nikah jer tapi tak..dia ulang lagi dosa paling besar yg dia dah buat..lelaki tu???...masih lelaki yg sama membuntingkan dia dulu...tak serik2 tak takut dosa dan tak takut balasan Allah...


Nauuzubillah.....

August 27, 2007

Weeken Beb...

Hari Jumaat petang tu, aku balik keje dgn berjalan kaki..dari KLCC sampai opis SP kat Raja Laut. Jauhnye???mgkin kalau first time mmg la jauh, tapi kalau dah biasa mmg tak de rasa ape..penat sikit la kot. Tapi kena jalan pelan2 menikmati pemandangan baru tak terasa sgt. Dari jalan ampang tu susur kuar ke Renaissance hotel pas tu ke Jalan Sultan Ismail.. Bila dah nampak maju junction mmg la dah tak jauh. Well kekadang nak juga naik bas ke, naik monorel, tapi melihatkan ke’jammed” an jalan ampang tu aku tak sanggup. Lagi bagus dan cepat aku jalan kaki lagi. Naik monorel?..adalah sekali aku naik tapi rasa tak berbaloi ngat sbb nak menunggu pas tu dah satu stesen kat medan tuanku dah nak turun..tak ke kejap sgt tu..kalau jalan bole cuci mata, percaya atau tidak aku ni dah bape kali terserempak dgn orang2 yang sesat kat dalam KL ni bertanya direction. Ada sekali tu masa aku jalan dgn slow motionnya kat depan UniKL ada satu kakak ni dgn segerombolan budak2 dari baby sampai le umur belasan mengarah ke KLCC. Dia Tanya aku cam ne nak pegi Sogo..dan aku pun dgn murah hati tunjuk jalan sbb aku pun nak ke sana…ibaratnya kalau dorang jalan nonong jer, mau sampai KLCC tu..sian kan dorang..dari loghat tu mcm mari dari Sabah..mgkin jalan2 kot.

So ari jumaat tu patutnya SP ada farewell dinner dgn boss dia. Aku cadang tak mo la balik dulu dan cadang2nya nak buang2 masa kat jalan tar atau sogo, tapi tah cam ne SP kata dia tak jadi nak join dinner tu sbbnya ramai kwn2 dia tak pegi..(dorang mmg tak bape suka mamat tu, so bila dia nak blah dorang kind of happy dan tak mo le join) . Aku apalagi ajak lah SP survey baju budak2..well survey je sbb aku blum gaji lagi nak beli. Merayau kat pertama reject shop, mahal2 jugak.aku ingat 3-4 thn lepas aku pi shopping baju budak2 kat situ masih bole dapat yg RM3 sehelai untuk tshirt, la ni tak dapat dah. Yg paling murah pun tshirt cekkai RM7. Yg cantik sikit untuk boys ada koler2 gitu, belasan ringgit..endup tak beli apa pun. Kad Kredit ada bole guna tapi semenjak dah ala2 INSAP tak nak guna ni, aku tak guna pun. Ajak SP pi Sogo pulak..mak ai ramainya manusia, ntah hape gaknye dorang beli kat situ..nampak adalah offer untuk KIKO pnya jenama, tapi aku still find mahal. Yer la kalau dah 70% seluar jeans harga masih lagi tiga puluh ringgit ke atas bukanke mahal tu..aku pulak kalau nak beli koman2 3 pasang tiap sorang (tuk baju raya la konon) kali paling kurang pun 30 = dah bape tu.. Bkanlah kedekut, tapi sejak2 barang2 mahal ni aku rasa tak berbaloi nak beli baju budak2 mahal2 branded2 sdgkan nak pakai kejap jer..brand cap ayam, janji ok apa salahnya. Tak bole nak ajar bdak2 pakai branded2 dan mahal2 ni bukan apa, takut la terjadi cam kawan aku tu, baju anak jenama Guess, suar jeans jenama OSh KOsh, kasut pulak sepasang 2-3 ratus. Tak payah ler..sbb kalau mampu tak kisah, tapi setakat nak tayang dan tunjuk2 aku rasa takde maknanye kan..kami pun bukan orang kaya sederhana jer, baikla gunakan untuk beli barang makanan dah tentu jadi darah daging…

Last2 mmg tak beli baju pun..namapun survey. Aku kalau nak beli baju budak2 ni kena pi sendiri, ye lah SP tu nak beratur bayar pun dia tak nak apalagi nak tunggu aku milih2..ada tak der dia bagi aku duit 2-3 ratus untuk beli baju bdak2, dan aku bole dgn senang dan gumbira pi mana2 dept aku nak..

Untuk tidak menghampakan hati yg berjalan jauh dari KLCC sampai Sogo tu aku influence gak beli sepasang kasut berharga RM10 untuk budak2 ka Juke Box.buat pengubat penat jalan..dah sudah by Maghrib kitorang solat baru balik umah…



Sabtu.&.Weekend untuk anak-anak..



Hari Sabtunya pulak aku ada peluang bawak anak2 kuar. Well kuar dari Rawang tu consider best outing lah tu untuk bbudak. Sbbnya aku mmg jarang2 bawak dorang kuar dari kariah rawang tu kecuali untuk dua perkara, antar bibik balik keramat sebulan sekali ataupun balik kampong. Aku mmg selalu bawak kakak kuar KL kalau ari sabtu, pi library ke teman aku pi facial kat pertama ataupun sengaja kuar buang masa time Sabtu tu. Tapi dua orang troop tu mmg tak bole. Pertama aku tak bole nak jaga dua2 sekali kalau ayah tak der. Amal mgkin ok la kot, tapi Aleeyn..sori. Sbb dah 3 kali kes ilang dia kat pasar aku tak nak amik risiko. Sat lagi ilang kat Sogo cam Yen ari tu…harus.

Pepagi lagi amal dah bangun kejut aku untuk mandikan dia..dok sebut2 nak pi KLCC..kitorang kuar dalam kul 10 cam tu lepas aku siap masak2 sikit untuk bekal makanan. Kang lepas naik mandi sure dorang lapar kan. Aku ada ler amik gambar 2-3 snap, nanti lain kali kalu aku rajin aku uploadkan..

Aku kasik can dorang berendam 3 jam. Smpai kecut2 gak ler tgn depa tu. Sbb tempat tu cetek aku tak risau sgt. Aku bole lepak dgn SP baca suratkhbar sementara dorang menikmati mandian dorang tu. Agak tak ramai orang lagi mgkin sbb masa tu awal lagi kot.. Aleeyn tak tahan lama mandi dah nak naik..sbbnya dia nampak padang permainan kat sebelah tu lah..so lepas dia naik SP bawak dia main2 kat taman sementara dua orang lagi tu masih kebah lagi mandi manda..dkat2 kul 1 kot baru dorang kata nak naik..lepas makan..kami terus balik..dapat la tidor kejap sampai kul 4 ptg..ptg tu gak abang SP datang dgn wife dia..kebetulan lak spaghetti yg aku buat pagi tu ada lagi so aku serve jer lah…Spagheeti mesia, sbb ada campur cili lah, dan ntah hape2 lagi..tak pure italian dah..

Ahad mmg totally aku jarang kuar dari Rawang kecuali kalau terpaksa. Sbb aku rasa macam tak cukup cuti dan rehat je kalau pi berjalan ari Ahad. Ada tak de pi pasar bawak budak2 makan roti canai…dah..settle.

Masak2 sikt2 tapi tgk mood la, ada mood ada la special tak de kalu biasa2 jer..ari ni aku cuma buat sup tulang dgn kerabu sayur pas tu goreng ikan masin sket, makan dan tidor sambil layan ler citer2 yg ada kat astro tuh..pendek kata weekend kalau kuar mmg tak terasa rehat cukup..bila bangun pagi isnin je aduh malasnya nak keje..ari ni pulak sekolah dah start..perrggh..


August 24, 2007

KANTOI...

Seperti biasa kalau ari jumaat, setan 2 ekor kat tempat aku ni mmg tak reti nak pi semayang jumaat pun (lantak ler...dosa tanggung sendiri kan)..ada tak de jumaat aku salu follow 2 ekor setan ni pi makan..tak kira lah kat mana lokasi pun. Port biasa, public bank food court, dah bosan situ pi AMBank foodcourt, bosan lagi pi Kg pandan kari kepla ikan....kadang pi Avenue K, Angkasaraya..ataupun Pelita Nasik kandar. Yg paling kerap samada KLCC atau Avenue K. Ikut orang gaji loaded ni kadang2 tension gak..sbbnya dorang makan mahal2..ada 2-3 kali aku kena. Ikut dorang makan dorang pi lantak kat American Chillis, kat pizza dan yang terbaru kat Nandos. Aku kalu bab makan sekali RM10 ke atas aku dah consider mahal dah..apatah lagi RM20 keatas..makan seminggu tu wei..dorang x kisah lah..gaji 10k, so tak heran. aku??..gaji ciput jer..baru2 ni dorang ajak aku join ke Nandos KLCC..aku pu ikutlah..dah ler tak sedap alih2 kena sorang RM23..mahe betul..
La ni kalau nak ajak aku pi lunch aku tnye dulu pi mna..agak2 mahe aku tak ikut..nak jimat..dorang kata aku kedekut, bukan kedekut tapi tak worth it lah..aku boleh beli memacam sayur dgn RM20 kat NSK tau...
So hari ni, cadangan si sid nak ke Pelita aku tolak mentah2..apa taknya sebulan 3-4 kali nak lawat mamak tu..dah ler mahal, orang ramai tmpat stuffy lak..walaupun makanan sedap tapi tak kosser aku nak pi lantak mamak selalu..jadinya kitrang pi le kat Avenue K. Masa sampai situ pun dah kul 12.45pm, order gitu gini kul 1.15pm baru dapat makan..campur dgn ngumpat senah, korang..kalu nak tau lelakis ni kalau ngumpat lagi dashyat woooii...yg lucah2 sume kuar selamba kodok jer..mgkn sbb dgn aku dorang tak segan, lagipun aku dgn sid dah kawin ada anak pun cuma si adi tu jer bujang lapuk...lagipun mggu ni Senah cuti, pepagi dah tiaw adi kat HP so apalagi byk ler topik nak ngata kan...ish buat dosa jer...
Si sid pulak cadangkan pi toys r us kat atas avenue K tu lepas makan tu, saje lah nak buang2 masa, walaupun time abis makan tu dah kul 1.30pm..ralit dan leka belek2 kat toy r us, dah pukul 2 beb..aku tak ler rasa bersalah, sbb aku jarang benornya kuar makan balik lewat nih..selalu on time jer..ataupun salu lunch dok kat opis jer..tak kuar pun..takkan sesekali nak bising, nak berkira yer dak...tapi tidak...mmg kali ni aku kena sedebuk..
Setan 2 orang tu dok sebok beli burung tiong..siap ada bunyi berdecip lagi..harga?..mmg harga runtuh..sbb biasa RM70 ari ni rm 19.90. Alah jualan tutup kedai..aku pun beli 2 goggle dgn 2 botol air (dah janji dgn bbudak nak ke KLCC sok mandi). Gitu gini, jalan bagai, pukul 2.10pm baru sampai opis. Dari jauh aku dah nampak Jenab pnye muka lain macam jer..cam marah gitu..siap aku dgn adi masuk jer (si sid pi jamban dulu) dia sound
Jenab : apsal lu orang lambat sgt balik
aku : ramai org la..tunggu makanan kat 40 min..jumaat maa
adi : haah lah ramai btul orang ari ni ..
Jenab : ur boss tnye la apsal ko lambat
aku : ya ka...ok ok..(buat muka bodoh)-biasalah geng propganda auta terrer pnye
Lepas balik tmpat memasing, aku buat2 tunjuk muka kat bos aku si Umar..tak de pe pun. Masa aku jenguk kat depan dia ckp inventory on line aku dah ok..dia senyum jer tak cakap apa pun..ceh mmg kantoi la jenab ni, nak tipu aku la tu..donkey la tu..
Tak abis tu, pukul 3.30pm dia panggil aku dgn adi..aku ckp macam tadi tunggu order ramai sgt org..si adi pulak lagi best..dia jawap "ari jumaat entitlement kitorang semayang sampai kul bape? (ceh, tak semayang ada hati nak tnya)..jenab tak jwap..bila adi kata gomen gazetted 12.30pm - 2.30pm tuk semayang jumaat, jenab buat citer lain pulak, citer ari2 biasa....ha ha ha...sah terkantoi..yang ianya aku rasa sbb kitorang tak ajak dia join..sbb pagi sblum lunch tu dia ada mentioned nak ajak pi reramai makan kat tmpat favourite dia tu..last2 kitorang tinggal jer...
jeles la tu..dia tak berani lak sound si Sid, maklumlah mamat tu mmg laser giler..silap ariblan dia pulak kena..lagi pun aku dgn adi kan junior ..baru join tu yg dia ada berani leeebeee sket tu..
Aku ckp dgn adi..pagi tadi aku masuk opis kul 7.05am..Umar pun ada masa aku datang..dia tak ckp apa pun..tapi ada orang lain buat auta, siap kata takut Khalid marah lak..allllooooo...setau aku Khalid dah seminggu dah x masuk opis..ntah travel mana la pulak..apa dia nak kait2kan nama khalid lak..ada CCTW ka?...............hai ...............kalau dah donkey tu memacam kan.......
Nampak gayanya rancangan nak ke Bangsar mggu dpan terpksa lah aku tangguhkan dulu..sat lagi ada yg kena lagi kang..malas lak aku..Nita...take note eh..ko pesan kat kengkwan, plan tu postponed dulu...lenkali..
Adious...gang Selamat Berhujung minggu..minggu depan cerita lagi..ba boi....

Ke Malaysiaan sempena 50 thn Merdeka

kat opis ku nih majoriti suma bangsa asing aka omputih dan ada seketul dua bangsa asing malaysia ie..cina dan india, serani dan yg sewaktu dgnnya.

Sempena 50 tahun merdeka ni aku dgn geng2 propaganda (alah 3 ketul jer, aku, adi dan sid) telah menciptakan nama melayu bercirikan kemalaysiaan. Ehem.. jadi senang nak kutuk depa depan2 pun depa tak pahe..

maka kami telah mengujudkan nama2 kod untuk depa2 tu mengikut ciri2 mika
Contoh Nama tu:-

Nama omputih nama mesia aka Melayu
Bradley Bakar
David Din @ ding
Terence Tapa
Jamie Jenab
Lawrance Umar
Phillip Puad
Keith Khalid
Robson Rauf
JLO Senah

Jadi untuk en3 akan datang aku akan guna nama2 kod dorang tu untuk cerita apa yg nak aku citer....