February 9, 2011

Dyslexia Part II

One of my blog reader share with me infos on dyslexia.  I was so fortunate that dia seorang guru pemulihan khas yg mmg paham sgt2 masalah kanak2 dyslexia.  Ni aku share kan info yg dia antar thru email. Thank you Noor..its help alot lepas akak baca note tu. Nanti kalau ada lagi jgn lupa share dgn akak ye.

Mmg suma tanda2, symptom2 dan ciri yg ada kat delin menyakinkan masalah yg dia hadapi tu..harap dgn paste all the info and notes Noor kat sini kita sama2 dapat menafaat.  Aku pun nak print satu set cantik2 dan bagi kat Puan Suhana, Penyelia Petang sekolah delin bila aku jumpe dia end of this month.

Here goes..

DISLEKSIA

1.0 Pendahuluan

Masalah disklesia dalam pembelajaran yang wujud kepada kanak-kanak di Malaysia sebenarnya amat menakutkan ibubapa penghidap. Ramai kalangan ibubapa yang gentar dan takut kepada kewujudan masalah ini yang berlaku kepada anak-anak mereka. Mereka beranggapan bahawa penyakit ini adalah satu penyakit seperti kecacatan kekal yang memungkinkan anak-anak mereka tidak dapat menikmati dan mengikuti pembelajaran di sekolah seperti kanak-kanak yang lain. Anggapan ini sebenarnya adalah tidak benar dan perlu diperbetulkan bagi mengelakkan ada di antara kanak-kanak disleksia ini dinafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan di sekolah.

Di Malaysia sendiri sebenarnya penyakit ini mula diperkenalkan kepada umum hanya pada tahun 1993 melalui Seminar Kebangsaaan disleksia yang dianjurkan oleh Rotary Club Gombak.

2.0 Definisi

Berikut adalah beberapa definisi disleksia yang didapati daripada beberapa pakar dan sumber rujukan :

Definisi 1

Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation Of Neurology (1968). Menurut definisi ini, disleksia ialah suatu kecelaruan pada kanak-kanak di amna meskipun melalui pengalaman bilik darjah konvesional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka.

Sheila Devaraj & Samsilah Roslan (2006), Apa itu Disleksia?,PTS Professional

Definisi 2

Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Disleksia bukanlah sejenis penyakit. Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal. Mereka yang mengidap Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya.

Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir. Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, tidak semua mempunyai masalah yang sama. Setiap penghidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan.

http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/DyslexiaBrainTreatmentCure.html

Definisi 3

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh Mereka ini mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia. Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&sub=0&bhs=may&storyid=1154953076975

Definisi 4

Sebagian pakar mendefinisikan disleksia sebagai visiual, disleksia auditori dan disleksia kombinasi (visual-auditori). Ada juga yang mendifinisikan disleksia berdasarkan apa yang dipersepsi oleh mereka yang mengalaminya yaitu persepsi pembalikan konsep (suatu kata dipersepsi sebagai lawan katanya), persepsi disorientasi vertical atau horizontal (huruf atau kata berpindah tempat dari depan ke belakang atau sebaliknya, dari barisan atas ke barisan bawah dan sebaliknya), persepsi teks terlihat terbalik seperti di dalam cermin, dan persepsi di mana huruf atau kata-kata tertentu jadi seperti “ menghilang”.

Definisi 5

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-

 Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik

 Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa

 Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan

Definisi 6

Disleksia (Dyslexia) berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud "kepayahan" untuk perkataan "dys" dan "bahasa" untuk perkataan "lexia". Maka itu, bolehlah disimpulkan bahawa perkataan disleksia bermaksud kepayahan bahasa. Kanak-kanak yang mengalami disleksia menghadapi masalah-masalah berikut:

 mereka melihat huruf-huruf dan perkataan-perkataan seperti bercampur-aduk

 mereka tidak memahami bahawa setiap perkataan terbentuk dengan huruf-huruf yang yang digabung

 mereka sukar mengeja

 mereka payah memahami konsep di dalam pelajaran matematik

 mereka mempunyai kesukaran di dalam latihan kefahaman

 mereka juga menghadapi masalah apabila menulis

http://www.das.org.sg/malay/malay.htm

Definisi 7

Di tahun 1994 Orton Dyslexia Society mendefinisikan dyslexia sebagai berikut :“satu diantara beberapa ketidakmampuan belajar, merupakan penyebab utama terjadinya kesulitan berbahasa yaitu kesulitan menguraikan kata tunggal, biasanya menunjukkan ketidak kemampuan dalam memprosesan fonologis. Kesulitan dalam menguraikan kata tunggal ini berkaitan dengan usia dan kemampuan kognitif serta akademik lainnya; itu semua bukan akibat dari ketidakmampuan perkembangan / fase perkembangan secara umum (generalized developmental disability) atau kelemahan penginderaan (sensory impairment). Disleksia ditunjukkan dengan kesulitan yang mencakup bahasa atau disebut juga masalah dalam membaca, dan paling menonjol masalah prestasi dan kemampuan menulis dan mengeja” (Lyon 1995:9)

http://pomg-smbc.blogspot.com/

Definisi 8

Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia ialah murid yang emmpunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, disleksia ini merupakan satu masalah.

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.





3.0 Masalah-masalah dalam disleksia

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

a) Disleksia visual (penglihatan)

Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.

b) Disleksia auditori (pendengaran)

Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori

c) Disleksia visual-auditori

Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.

Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

 Mengeja

Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;

m – w y –g – j u – n m – n

c – e p – q h – n b – d

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti

t – h f – v

 Membaca

Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:

Batu – tuba

Gula - lagu

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:

pada masa yang sama – dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :

Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

Jam – jem

cat – cat

 Menulis

Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik



 Bercakap dan mendengar

Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.







 Nombor

Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :

a. 3 – 5 - 8

b. 9 – 6



 Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial

- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut.

- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh.

- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah .

Secara lebih khusus, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami masalah-masalah berikut :

i. Masalah fonologi

ii. Masalah mengingat perkataan

iii. Masalah penyusunan bersiri

iv. Masalah ingatan jangka pendek

v. Masalah kesedaran sintaks



 Masalah fonologi

Pengkodan fonologi merujuk kepada hubungan sistematik antara huruf dengan bunyi. Secara ringkasnya, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami kesukaran membezakan antara paku dan pasu. Mereka juga tidak dapat mendengar rima akhir yang sama perkataan. Umpamanya, apabila ditanya apakah perkataaan yang akhir bunyi akhirnya sama dalam “Jack and Jill went up the hill”, mereka akan menjawab Jack and Jill. Ini juga bermakna mereka keliru dan sukar membezakan harga sesuatu barang dalam bahasa Inggeris, sama ada fifty cents atau fifteen cents. Kesukaran ini bukanlah disebabkan oleh masalah pendengaran, sebaliknya berkait dengan pemprosesan maklumat di dalam otak (Farrer, 1996).



 Masalah mengingat perkataaan

Secara umumnya, kanak-kanak disleksia mempunyai kecerdasan yang normal. Kebanyakan mereka mempunyai IQ yang normal dan sebahagian daripada mereka mempunyai kecerdasan luar biasa. Walaubagaimanapun mereka mempunyai masalah dalam mencari semula perkataan.



Ini bermaksud apabila mereka ditanyakan suatu soalan, mereka tidak dapat menjawab secara spontan. Mereka juga sering didapati mengalami kesukaran mengingati nama rakan-rakan, malah anggota keluarga dan merujuk individu itu sebagai “kawan saya di sekolah” ataupun “budak lelaki itu”. Ini juga bermaksud mereka sukar mengingati fakta-fakta di sekolah apabila disoal oleh guru. Seorang kanak-kanak disleksia mungkin dapat menghuraikan proses ‘penyebaran’ dalam subjek sains dengan panjang lebar tetapi mengalami kepayahan menyenaraikan contoh tumbuhan yang menggunakan angin sebagai mekanisme penyebaran. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga cenderung menjadi kaku dan membisu apabila ditanyakan soalan.



 Masalah penyusunan Bersiri

Kajian menunjukkan kanak-kanak disleksia sukar menyusun sesuatu secara bersisri, seperti susunan bulan dalam setahun, sesunan hari dalam seminggu, susunan huruf serta nombor. Justeru mereka mengahdapi masalah dalam mengahafal sifir ataupun mengingat susunannya. Apabila ditanya secara spontan “ berapakah nilai 2 x 4?” Mereka terpaksa membaca sifir daripada awal sehingga sampai ekpada nombor yang dikehendaki itu. Ini bermakna penyelesaian satu masalah matematik yang mudah memerlukan jangka masa yang lama serta banyak tenaga dan usaha, masalah yang sama berlaku dalam operasi pembahagian.



 Masalah ingatan jangka pendek

Ingatan jangka pendek ataupun ingatan bekerja merujuk kepada stor di mana maklumat yang sedang digunakan disimpan. Kanak-kanak disleksia didapati menghadapi maslaah memproses maklumat yang baru masuk dan pada masa yang sama mengambil maklumat dari stor ingatan jangka panjang. Kesemua proses ini akan mengumpul maklumat du stor ingatan jangka pendek yang tidak digunakan pada masa itu. Dalam kata lain, kanak-kanak disleksia tidak berupaya mengingat arahan-arahan panjang yang diberikan oleh guru. Umpamanya, dalam subjek lukisan, terdapat arahan seperti “Lipat dua kertas manila, potong di garisan tengah dan dan seterusnya.” Apabila arahan itu melibatkan lima langkah ataupun lebih, lazimnya kanak-kanak disleksia terus hilang punca. Ini menyebabkan kanak-kanak itu disangka tidak memberikan perhatian.



 Masalah kesedaran sintaks

Kesedaran sintaks atau sensitiviti pada tatabahasa merujuk kepada kebolehan memahami sintaks suatu bahasa. Masalah ini wujud pada kanak-kanak disleksia di amna mereka sukar memahami peraturan berkaitan sintaks dalam bahasa. Umpamanua bahasa Inggeris dan bahasa melaysia mempunya peraturan sintaks berbeza, di mana frasa “black cat” dalam bahasa Inggeris disebut sebagai kucing hitam dalam bahasa Malaysia. Kanak-kanak disleksia menghadapi masalah dalam bahasa keduanya apabila peraturan sintaksnya berbeza daripada bahasa pertama.



4.0 Ciri-ciri penghidapnya

Secara amnya, para penghidap disleksia ini akan mengalami ciri-ciri seperti berikut:

i. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.

ii. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.

iii. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.

iv. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.

v. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.

vi. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.

vii. Sering berlaku di kalangan lelaki.

viii. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.

ix. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa

Namun demikian, cirri-ciri penghidapnya boleh dipecahkan lagi kepada beberapa peringkat umur atau perkembangan seperti berikut:

a) Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :

i. Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan

ii. Suka mengganti perkataan dan hiperaktif

iii. Mengalami kesukaran sebutan atau rima

iv. Sukar menulis nama sendiri

v. Payah mengenal bentuk atau warna

vi. Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

vii. Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah

viii. Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari

ix. Tidak merangkak semasa bayi

x. Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri

xi. Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan Kanak-kanak



b) Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

i. Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira

ii. Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

iii. Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik)

a. 15 dengan 51

b. “was” menjadi “saw”

c. ‘b’ dengan ‘d’‘

iv. Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut

v. Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’

vi. Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan

vii. Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Secara khususnya ciri-ciri ini boleh diperincikan mengikut peringkat umur seperti berikut :

i. 6 hingga 9 tahun

o Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor

o Menggunakan jari untuk mengira dan membaca

o Keliru dengan kiri dan kanan

o Tulisan cermin atau terbalik



ii. 9 hingga 12 tahun

o - Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman

o - Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan

o Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks

o - Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang

o - Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah

o - Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah :

o - Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten

o - Kesukaran menulis karangan

o Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral

o - Kesukaran mempelajari bahasa lain

o - Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan

o - Jenis orang yang suka senyap

o - Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten

o - Kurang kemahiran bersosial



5.0 Punca-punca Disleksia

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

a. Keturunan atau genitik

Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

b. Biologi

Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum

c. Kematangan

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

Sehubungan itu, bolehlah disimpulkan bahawa punca Disleksia adalah dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

6.0 Rawatan

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.



a) Langkah-langkah membantu kanak-kanak Disleksia

• Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya

• Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.

• Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi

• Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.

• Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa

• Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika

• Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni

• Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik

• Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri

• Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai



b) Apa yang dapat dilakukan

• Adanya komunikasi dan pemahaman yang sama mengenai kanak-kanak disleksia antara ibubapa dan guru

• Kanak-kanak disleksia duduk di barisan paling depan di kelas

• Guru senantiasa mengawasi / mendampingi saat kanak-kanak disleksia diberikan tugas, misalnya guru meminta dibuka mukasurat 15, pastikan anak tidak tertukar dengan membuka mukasurat lain, misalnya halaman 50

• Guru dapat memberikan toleransi pada kanak-kanak disleksia saat menyalin soal di papan tulis sehingga mereka mempunyai waktu lebih banyak untuk menyiapkan latihan (guru dapat memberikan soal dalam bentuk tertulis di kertas)

• Kanak-kanak disleksia yang sudah menunjukkkan usaha keras untuk berlatih dan belajar harus diberikan penghargaan yang sesuai dan proses belajarnya perlu diselit dengan waktu rehat yang cukup.

• Melatih kanak-kanak disleksia menulis sambung sambil memperhatikan cara kanak-kanak disleksia duduk dan memegang pensilnya. Tulisan sambung memudahkan murid membezakan antara huruf yang hampir sama misalnya ’b’ dengan ’d’. Kanak-kanak disleksia harus diperlihatkan terlebih dahulu cara menulis huruf sambung karena kemahiran tersebut tidak dapat diperoleh begitu saja. Pembentukan huruf yang betul sangatlah penting dan kanak-kanak disleksia harus dilatih menulis huruf-huruf yang hampir sama berulang kali. Misalnya huruf-huruf dengan bentuk bulat: ”g, c, o, d, a, s, q”, bentuk zig zag: ”k, v, x, z”, bentuk linear: ”j, t, l, u, y”, bentuk hampir serupa: ”r, n, m, h”.

• Guru dan ibubapa perlu melakukan pendekatan yang berbeza ketika belajar matematik dengan kanak-kanak disleksia, kebanyakan mereka lebih senang menggunakan sistem belajar yang praktikal. Selain itu kita perlu menyedari bahwa kanak-kanak disleksia mempunyai cara yang berbeza dalam menyelesaikan suatu soal matematik, oleh karena itu tidak bijaksana untuk ”memaksakan” cara penyelesaian yang klasik jika cara tersebut sukar diterima oleh kanak-kanak disleksia

• Aspek emosi. Kanak-kanak disleksia dapat menjadi sangat sensitif, terutama jika mereka merasa bahwa mereka berbeza dibanding teman-temannya dan mendapat perlakukan yang berbeza dari gurunya. Lebih buruk lagi jika prestasi akademik mereka menjadi demikian buruk akibat ”perbezaan” yang dimilikinya tersebut. Keadaan ini akan membawa kanak-kanak disleksia menjadi individu dengan ”self-esteem” yang rendah dan tidak percaya diri. Dan jika hal ini tidak segera diatasi akan terus bertambah parah dan menyulitkan proses terapi selanjutnya. Ibubapa dan guru adalah orang-orang terdekat yang dapat membangkitkan semangatnya, memberikan motivasi dan mendukung setiap langkah usaha yang diperlihatkan kanak-kanak disleksia. Jangan sekali-sekali membandingkan kanak-kanak disleksia dengan temannya, atau dengan saudaranya yang tidak disleksia.



7.0 Kesimpulan

Masalah disleksia ini bukanlah satu penyakit yang tidak dapat dirawat dan bukan juga merupakan satu masalah kepada ibubapa dan guru. Kesedaran awal terhadap kanak-kanak yang menghidapi masalah ini akan memungkinkan kanak-kanak disleksia ini mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan yang paling penting guru tahu bagaimana caranya untuk menghadapi dan merawat kanak-kanak disleksia ini.

Kejayaan mendidik kanak-kanak disleksia ini melibatkan pelbagai aspek termasuk penerimaan dan persediaan guru dan ibubapa, latihan guru, perancangan yang teliti bagi perkembangan, penggunaan akreditasi yang eferktif, penggunaan bahan yang praktikal dan kaedah yang sesuai di dalam bilik darjah dan kesedaran pentingnya motivasi.


February 8, 2011

Coti Raya Cina...

Cerita balik kg aku coti raya cina tu tak ada apa yg menarik. Selain routine biasa, pi pasar, masak, makan and tido.  TV?..bole kira dgn jari bape kali tgk tv.  Mana taknya, tv di conquer dek bdak2 maen game. Yg kat part dapur lak 2-3 org berlonggok depan laptop. Sama ada maen games atau berfesbuk.  Yg kat depan maen game keta, bola dan ntah hape2.  Guess apa lah aku nak buat?. Fesbuk? tak kosser nak merebut dgn bdak2 akan lap top.

Cuma Inlaws aku ada mintak tolong createkan form in excel format. Sian aku tgk terkial2 nak buat.  Ada disuruhnya Kakak buat. Mana ler bdak tu tau guna excel suma. Yg dia tau fesbuk, chatting ada lah.  So lepas makan, since dia mintak tolong kan..aku buatkan ler.  Kita biasa guna excel mmg takde masalah. Nak create form untuk sekolah dia lah.  Cikgu sekolah la ni mcm2 keje pulak kena buat. Ngalahkan kerani. Nak nak lagi yg mmg tak reti guna excel, word. Pasti terkulat2 nak menyiapkan satu form kan?.

Jadik aku tolong la buatkan. Byk colum dgn header. So aku buat satu aku copy and pastekan. Maklum lah dia kena buat dari darjah 4 dan 5, tiap minggu pulak tu.  Kecekapan excell aku sbb aku dok hari2 guna. Lagipun dulu company ada antar training pun for basic.  Since ari2 dok guna lelama dan sebati.  Jadiknya tak sampai setengah  jam bole create 6-10 form diujung jari jer.

Dari gaya2 aku tgk inlaws aku ni x biasa guna, tu sbb lupa camne nak delete row. Nak wat tulisan berdiri, menurun dan sebagainya.  So dgn master form yg aku dah create kan tu mudah lah sikit keja dia nanti..alah, tolong sedara namanya kan.
 
Aktiviti kat kg sgt memboringkan. Kecuali SP ler kan, balik jer abis keliling umah dia bongkar dan bersih segala mala semak belukar.  Aku?..ala malas la. aku tolong2 kutip2 cili, kacang panjang dan ulam kacang botol jer. Sambil tu jalan2 kat lam kebun meronda durian yg baru jer berbuah kecik.  Pokok ciku yg lebat buah tp banyak dikerjakan si monyet.  Lain2 takde. Nyamuk kat sana besar2 nya Ya Allah. Sekali gigit sure bintat besar tu.  Jadiknya malas aku nak meredah menyerah darah aku yg sedap tu kat nyamuk2 kebun tu lah.
 

Khamis, Jumaat mmg aktiviti sama jer. Pagi pi pasar beli lauk. Singgah ngeteh breakfast kat memana.  Hari Jumaat tu SP ajak MIL dgn anak2 buah sekali pi ikut.  So meriah lah grouping.  Khamis malam jumaat tu pulak bdak2 merengek nak makan sesuatu.  Sbb malas nak kuar jejauh..kami tapau jer burger jual kat ujung kg.  Bdak2 tengah membesar mmg kejenya makan jer.  Malam berikutnya, aku buatkan cokodok bawang pulak..mmg tak ada balance lah pendek kata.

Kat lam fridge pun takde nugget ke, kentang ke atau yg sewaktu dgnnya.  Jadik bila lapar mula lah bdak2 menggelupur nak makan. Takkan nak layan nasik jer manjangkan?.  Ada 2-3 kali gak aku tgk kakak jadik kepala masak maggie.  Pastu makan 5 org share2.  Yg kecik2 x join sbb lepas maghrib semua pengsan tidor.  Bdak2 pulak seronok sbb leh bebas maen bola, panjat pokok. Siap menumbangkan pokok kelapa lagi nak dapatkan umbut. Dapatla makan sayur umbut kelapa dgn jagung..sedap.

Hari Sabtu kami pi kenduri umah sedara. Pi pun dah agak lewat mmg ngam2 tgh lapar sgt org kata.  Sampai kat sana dapat pulak lauk panas2 dgn acar buah..hmm mmg best ler.  Pendek kata, berbondong2 berkat kami bawak balik.

Hari Ahad, pepagi buta lepas solat kami siap2 nak balik. Mmg dah siap warning MIL kami nak gerak awal. Ye lah salu plan nak gerak awal tak menjadi je. Mana taknya, bangun tido aku kena masak bagai dulu..dalam kul 9 baru ler gerak. This time tak, mmg SP dah siap2 warning mak dia kami akan balik awal2 pagi dan singgah memana breakfast on de way tu.  She acknowledged tu. So lepas siap2 mandi, minum air sikit kami gerak balik ke KL.  Mujur lah tak balik malam nya tu..sbb kat Pagoh tu mmg banjir teruk. Nasib la pagi ahad tu  bole lalu dah jalan tu. Kawan2 yg tinggal kat Segamat dan Lenga, Muar kata mmg banjir teruk sangat. Ala2 tahun 2006 dulu tuh. Yg ada kat Lenga tuh abis umah tinggal bumbung jer..



Ni lah keadaan jalan Pagoh-Batu Pahat masa kami balik tu. Tu jalan masuk ke kampung. Mmg totally tenggelam. Aku bole agak dalam sbb pokok sawit yg tinggi tu separuh tenggelam tu..Apapun, kami selamat tiba kat umah dalam kul 11.30am.




February 7, 2011

Bengang...or rather can call them bangang???

Dalam kami yg besar ala2 penthouse ni, mmg still banyak bilik2 dan cubicle kosong. Sebabnya, staff company kami ni tak ramai sgt. Adalah beberapa ketul Local. Yg selebihnya mat2 salleh belaka. Dari pelbagai negara. Biasa bagi company omputih besar2 takkan nye bagi jawatan manager kat local kan. Local sumanya taraf2 kuli belaka...



Masa mula2 awal tahun lepas, ada satu company lain (different division) baru masuk kat off ni. Ada satu company lain kabarnya tak mo masuk under the same roof. Konon nak privacy, tak nak campur dgn org laen kat lam office nih. Tetapi since Dec tahun lepas bila vice president of Company turun ke Mesia nih, dia bagi arahan suma company ke duduk dalam satu bumbung. Mean by nama holding company banyak division leh ada sekali. Menyenangkan management dah holding. Ye lah, senang nak monitor kan. Padanler muka company yg konon nak privacy tu terpaksa move in sekali.



Awal jan ari tu dorang dah stat dok in the same off. Ada sorang skruteri, 2 manager mat salleh, 2 orang lelaki melayu. Mostly local tu aku mmg kenal2 sgt2. Sbb seblum aku join this company aku keje dgn company dorang yg kat Subang tuh. Kalau korang ada baca blog aku nih, ada jer aku citer pasal keboringan keje kat sana tuh. Sbbnya aku kena buat Akaun...pekerjaan yg paling aku tak gemar ok...So, yg skruteri tu mmg aku kenal thru minah sekor yg mulut takde insurans tu. (dia dah blah pun!). Skuteri tu agak kerek. Bujang lagi. Gaya jalan pun ala2 belagak gitu (pada pandangan peribadi aku) tapi tak sangka org lain pun ada same thought gak u olls.



Sejak dorang pindah dalam off ni, aku pun x amik port sgt. Aku jeran dgn minah sekor dulu tu. Laen yg ku cakp laen yg disampaikan. Sampaikan aku kena warning oleh boss aku pasal katanya aku create disharmony. Aku sungguh sakit hati tau. Masa tu nak jer aku cili mulut minah tu. Tapi aku pk no point lah. So aku dendiam jer. Minah tu pun mmg sedia ada masalah dgn bos Oz dia tu, so mmg dorang x ngam pun. Which akhirnya, minah tu blah pi keje tempat lain..konon kat Damansara ler. Allah tu maha kaya. Apa hal nak menipu kan berenti berenti jer lah ckp je betul2 keje kat mana..satuhari kami terserempak dgn dia kat KLCC..haaa..malu kau dia!..penipu sgt kan?..padan ler muka.



So berbalik pda company lagi satu yg baru masuk tu, since dah dok satu off, semua call pun kena go thru kami pnye hunting line lah. Yg ada beberapa no tuh. Kat off ni selain receptionist dan Office manager yg kena angkat phone, once a while kalau dorang takde, aku akan secara automatik kena angkat. Lepas 3 rings tak angkat, bunyi tu akan pi kat telephone aku. Aku ni manusia biasa. Kadang2 time2 aku busy teramat tu aku agak bengang gak ler kena angkat call. Terutama bila tukang angkat phone pi berak2 lama2...pi merayap mana2. Sbb aku selalu tersalah angkat incoming call which aku sangka internal calls. Ye lah, outside calls kena ler kita greet good morning, nama company bla bla bla kan..kadang aku tersilap aku angkat jer aku kata..hallo...yaaa...sbb ingatkan internal or intercom kan.



Pulak tu org yg kol company tu rude semacam. Kol jer terus sbut nama minah skruteri tu..apa salahnya..greet sikit..could i speak to bla bla bla..ni tak..call2 jer terus ckap...Minah debab (contoh la kan). takde pun ckp please ke hape. Yg aku pelik satu company tu, masa seblum coti raya cina tu, dua org melayu lelaki tu pi outstation, si skruteri pulak cuti 3 hari. Jadik sapa jaga off?..cuba korang fikir. Dah tau yg ado pi outstation usahlah amik coti dulu ..3 hari pulak tu. Yg tinggal bos dia omputih tu. Dah la omputih sekor tu sombong tahap dewa, dgn kita ni tak pandang langsung. Bila pas kol jer takde org angkat!. Tendang balik kol kat kita, pemanggil marah2 kita pulak. Sakit ati ke tak?..nak je aku bahasakan. Tpi tak bole salahkan customer kan. Mana dorang tau off meka tu takde org?..dalam hal ni aku rasa bos, anak buah sama poyo. Bongoks or rather bangang.



Kita ni 2 different company. Aku pun tatau apa urusan korang dgn customer korang, so kalau customer korang call takde org angkat, takkan kami nak tolong jawap?. Yg bengang lagi satu dorang pnye species ni, kalau ada call kat phone/cubicle lain haram nak tolong angkat. Tak paham betul aku. Skruteri dia yg sengal tu bole biar phone ring ring and ring.



Kat division kami ni, even bos aku pun tolong angkat kol kalau takde org. Sometimes dia amik message pun. Ya lah, mana tau customer yg call kan. Kadang2 belum kol lapan lagi call dah masuk. Negara2 lain tu waktu tak sama kan, ada masa dorang maen belasah jer kol pun.



Aku ingatlah division dorang tu mmg dah ada habit malas!. Malas nak angkat phone. Kalau skruteri dia tengah gebang, dia rela biarkan jer phone tu bunyi dia bole yekedeyack korang..betul lah. Skruteri lain yg aku kenal tak pernah perangai mcm ni. Tpi yg ni species mana ntah. Laen macam. Ada sekali tu, dia kol DHL nak buat pick up. So bila bdak DHL tu datang, bole dia on the phone bergayut..tapi package tu lum bungkus lagi..BOLEH????



So now, kalau ada kol for div dorang, aku transfer je. If no reply, kol tu tendang balik..aku cut off je the line..FAIR Bukan. Tak kuasa aku nanti kena maki dek org tu sbb no body reply. Buat my blood goes upstairs jer buat apa kan. Office manager aku yg suh buat gitu bila aku komplen yg aku tension layan kol2 dorang tu, macam aku ni takde keje lain.



I can be so nice but can be nasty if ppl are...kalau org ckp baek2 hati pun x saket nak layan kan. Ni tak , dah ler caller dia suma mcm siyal jer...dia (skruteri tu) pun sama..menyombong tak kena tempat. Apa??..dia ingat aku heran dgn dia. Aku peduli apa, aku dgn dia company laen2..bos laen2...ada aku kesaah??



Tak paham aku attitude sesetangah org ni tau. Kadang2 suma staff dorang kul 9 lum datang lagi. Bos dorang tu aku tatau ler tak kesah ke buat bodo ke. Division kami ni by 8.30am mmg suma dah ada kat off. Kalau tak belum kol 8 lagi dah sampai. Ye lah ikut lah waktu keje kita kan. Jgn lah suka2 nak datang..suka2 nak kuar lunch. Pulak tu bila suma datang lambat ada panggilan, again yg angkat kol jadik mangsa. Sapa tak sakit ati??



Yg pasti, mmg aku tak gemar attitude semua kat department tu. Suma sombong tak bertempat..Semua ada masalah attitude yg tahap teruk..Kena pi antar buat course customer service and good attitude gaknya. Kalau dah bos gitu..anak2 buah pun suma gitu. Bos aku, datang maha awal. Jadik org laen nak datang lewat pun segan. Yg pasti attitude yg baik perlu ada dalam diri masing2 kan?..



















January 31, 2011

Dyslexia

Kalau korang tgk citer kat astro Prima 105 malam tadi pasti korang paham tajuk tuh..Dan camne keadaan budak2 yg ada masalah yg sama. The truth is anak kedua aku, Addeelyn mmg ada masalah yg sama.  Masa aku tau tu pun dia dah nak masuk jah satu.

Citer bermula bila aku antar dia ke tadika sekali dgn Amal.  Masa tu dia umor 6 thn.  Aku ingat dia mcm kakak, tak perlu ke tadika awal2. Sbb kakak sebulan kat kindy dah bole baca and nulis. Aku ingat dia mcm tu..ternyata aku salah. Telahan aku tak betul. Tiap2 satu anak kita tu tak sama dari segi perkara..walaupun mgkin rupa parasa ada sama, perkembangan minda, mental ternyata pasti ada beza.

Setahun kat tadika, aku ingat dia ok2 jer. Sbb buku tadika cikgu x pernah bgi bawak balik. No homework pun.  Kat umah dia dok baca ABC dgn lancarnya, suka buku. Bawak ke hulu hilir, suka tgk suratkhabar.  Waalupun ada masalah pelat yg teruk tp still dia masih bole bertutur walau kadangkla sukar nak difahami.

Bila cuti sekolah bulan December bermula, cikgu tadika bagi lah segala mala file, buku2 keje bawak balik. My GOD, tak ada satu keje pun dia buat. Buku2 dia suma nya kosong!.  Tak tulis apapun!.  Aku pelik sbb kalau dapat report kad masa kat tadika tu ok2 jer.  Periksa semua 80 markah ke atas, tpi sungguh aku taksangka.  Lpas tgk buku2 tu suma, aku test dia.  Rupanya ABC dia hafal tp tak satu pun dia kenal!.  Pegang pensil pun taktau. Abis macamna bole dapat markah masa kat kindy?.

Gelabah nya aku masa tu Allah jer yg tau.  Masa coti bulan Dec tu aku survey2 kat internet pasal program cahayaku.  Program utk membantu bdak2 supaya cepat baca.  Aku dpt satu kat BTP. Agak jauh dari umah, kena  ulang alik  drive lebih kurang 15min.  Lepas aku jumpa org tu, delin stat the class. Beli  buku2 dan register around RM180.  Cikgu tu suggest dia makan examo sekali.  Vitamin hemeopathi.  Class bermula setiap sabtu ahad . Sekali kelas 2 jam.  Masa berlalu, delin pun dah masuk jah satu masa tu tanpa tau apa2!.  6 bulan kami ulang alik hampir tiap minggu antar dia pi kelas, akhirnya dia bole kenal suma2 hurup2 dan tau menulis dah sikit2. Tgn dia mcm menggigil2 kalau pegang pensil. Mcm org x pernah menulis langsung.

6 bulan aku dan SP dan seluruh ahli keluarga korbankan masa ujung minggu antar dia ke kelas tu.  Pegi balik antar makan masa dkat 30 minit, jadik kami tunggu dia sampai abis kelas.  Dalam masa 2 jam tu lah kami merayap, memancing atau kadang2 cuma lepak jer kat Taman dkat2 tmpat dia belajar tu.

Sekolah dia mmg totally out. Markah periksa ada yg kosong..ada yg satu..ada yg belas2 jer.  Masa ari amik report kad sebak aku dgr bila cikgu kelas dia bagitau yg dia teruk sgt. Dari cara cikgu bercakp mmg seolah2 Delin totally useless dan tak bole terima apa jer yg dia beljar. Masa belajar dia merayau2 kat sekolah, pi kantin. Pendek kata mmg dia x mau duk dalam kelas.  Aku dgrkan apa cikgu tu ckp. Tp masa delin jah satu pun pagi2 aku antar dia ketadika gak. Bby sitter aku merangkap cikgu tadika dia dulu.  Mungkin cikgu tadika tu pun terasa kot pasal delin, tapi aku x pernah salahkan dia pun. Cuma yg aku terkilan, kenapa masa periksa kat tadika delin bole dapat markah??. Masa aku decided antar ke Program cahayaku tu pun dia tau..aku rasa dia terasa tp aku x pernah tunjukkan pun..yg pasti aku fikir delin mmg tak macam bdak lain.

Mujur cikgu kelas dia Pn Sarimah sgt prihatin masa dia kat darjah 2.  Cikgu tu salu telephone, sms kalau ada apa2 masalah dgn delin.  Aku jumpe cikgu tu dan cerita masalah delin dari mula. Dia sgt prihatin. Dia kata kesian dgn delin sbb bdn kecik nak carry bag sekolah sampai tgkat 3. Delin mmg byk masalah kat sekolah. Dari kena buli, kena cubit, kena pukul, kena pulau. Ckap jer apa semua dia dah rasa. Tp mgkin dia tak tau atau tak paham..dia buat dhek jer . Masa dia darjah satu, Kakak masih lagi kat sek yg sama dlm darjah 6. Salu delin kena buli, kakak akan pi cari bdak pembuli tu dan warning dia.  Bdak pembuli tu bdak pempuan gak. Anak indon. Mmg brutal giler. Jahat pun ya. Sbb salu mintak duit delin, salu suruh delin buat macam2 utk dia.

Masa tu pun Cikgu Sarimah bgtau, tak payah bawak buku teks..so that tak membebankan.  Masa delin kat darjah dua dia dah masuk kelas pemulihan. Masa ni aku dah stat bawak dia jumpe Dr kat Hspital Selayang.
 
Pi Hspital kerjaan mmg sgt menyusahkan. Byk hassle. Dari mula nak stat appointment. Aku kena salu amik cuti, ada kala aku amik mc jer.  Sungguh menyesakkan dada nak berurusan tp sbb delin aku gagahkan jugak.Dari mula jumpa pakar kanak2..seribu juta soklan dia tanya dari mula delin lahir sampai skg...honestly takkan aku ingat semua tu??ingat aku ada video cam suma...sama ada aku atau SP kami bergilir2 amik cuti bawak delin appointment.  Dari pakar kanak2 dia dirujuk ke pakar mata, telinga..dan segala mala pakar.  Dari pakar kanak2 gak, dia refer delin ke persatuan dyslexia.  Aku bawak delin pi sana. Buat assesment.  Jgn taktau..buat assesment pun kena bayar RM100 ok. For the test dan report. Katanya sumbangan utk persatuan.  Lepas test tu..CONFIRMED katanya delin mengidah Dyslexia tahap 4 (tahap teruk!).  Test dah buat, tpi utk mengejar report tu makan masa hampir sebulan. Hari2 aku kol, aku sms mintak report tuh. Mcm mengemis aku rasa!.  Akhirnya aku dapat gak report tu. Tu pun lepas aku mengharass mamat yg prepare report tu berkali2!.
 
At the same time, laporan mata dan telinga delin normal. Dia tak ada masalah. Sumanya ok, semuanya perfect. Tp I tell u, pi pakar mata dan telinga kat Hspital kejaan..betul2 macam sial.  Sepanjang hari kena tunggu..tp by the time setengah hari turn kita dah dapat..dia bg kita appointment hari lain pulak!. Dia ingat kita ni free sgt nak datang anytime dorang suka?.  Setelah segalah hassle. Semuanya selesai.  Dr pakar mata yg check delin tu ada kata, shes normal, mgkin dia lambat nak terima.  Aku survey kat internet pasal dyslexia, pasal AHDH, pasal learning diability dan suma2 artikel yg berkait masalah cam delin.
 
Lepas dapat laporan persatuan dyslexia, aku pi appointment dgn Dr kanak2. Dr perempuan.  Lpas baca report delin, dia kata mmg dyslexia..(based on the report assemnt tu jer OK!) pastu suggest aku antar delin belajar kat situ dan bagi borang untuk pendaftaran OKU kat kebajikan masyarakat for delin.  Seharian aku tunggu dapat jumpe dr, lepas jumpe with 5 mints jer session abis.  I was so frustrated...tak kan dr tak bole nak check further.  Ada ke dr tu kata, masalah pertuturan delin agak ketara, soh aku refer kat pakar pertuturan swasta..katanya kat selayang long list menunggu.  Katanya lagi tak mahal lah kos kat private tu bla bla bla.  Jadik kesimpulan, delin mmg ada dyslexia dan perkembangan IQ dia lambat, tak seiring dgn umor dia. Means 3 years behind!.  Dr tu then bagitau, lagi 3 bulan kita jumpe suruh aku pi dpan amik appointment date.
 
Truth is, aku mmg dah decided x mo lagi pi appoinmtn tu. Kalau setakat jumpa pok pek2 5 minit jer. Baek x payah. Buang masa aku, buang duit, buang tenaga dan buang cuti kami!.  Masa tu aku dah tnye persatuan tu, kelas 3 bulan yg dorang offer tu cost about RM450 sebulan.  Tu kelas sahaja. Lepas kelas aku kena fikir mana nak antar delin..which bbysitter cost is RM250 (around kg baru area, aku dah penat survey)..terlampau mahal. Kami tak mampu.  Pulak tu aku kena fikir camne nak bawak dia travel hari2 naek moto?.  Sbbnya jalan jammed. Kalau naek keta sure lewat, kalau ujan cam ne?.
 
Alnernatif, aku carik private centre. Kat area2 umah aku ada. Tpi kos dia RM700/sebulan sampai delin darjah 6.  Mmg mahal sgt2. Tapi aku x suka sbb katanya delin kena drop BM!.  Dah ler costly, pulak tu standard belajar cambridge ke hape..not that high expectation. Bg org yang ada duit mmg bukan masalah. But to us?. Kami masih ada 2 anak lagi yg masih sekolah.  Dah RM700 sebulan way too much untuk golongan berpendapatan sederhana mcm kami ni.
 
Jadik, for now delin masih lagi ke sekolah biasa. Dia dalam darjah 3 pemulihan.  Masih cuba membaca, menulis dah ok sikit, tapi mmbaca masih terangkak2.  Tak macam Amal. Tapi aku kena terima hakikat kan..dia slow learner. Jadik x bole paksa sgt.
 
Delin suka buku yg ada gambar2. Dia suka sgt tgk suratkhbar terutama yg ada gambar2.  Dia suka melukis. Dia bole meniru bentuk2 dan melukis cantik sekali.  Cuma dia belum develop lagi skill dia sbb mgkin dia x tau.  Pelajaran dia ada improvement walaupun slow. Markah pereksa pun dah naek sikit. Dari O dan belas2 sekg ni ada puluh2..ada sekali aku tgk markah sains dia 60. Berbanding 11 masa tahun lepas.
 
Mula2, bila aku tau masalah delin, aku sedih sgt. Mlam2 aku x leh tido, aku menangis. Sedih sgt2 kenapa..kenapa..Tpi lepas aku kembali padaNYA, aku dapat kekuatan. Mgkin ini ujian Allah pada kami. Mgkin Allah nak memberi kelebihan lain.  Yg pasti ini bukan salah sapa2.  Ini dugaan!.
 
Perangai kanak2 dyslexia ni mmg susah nak diramal. Kadang2 kita ckap dgn dia, dia buat taktau. Samada dia paham ke tak pun kita tak tau.  Mcm delin, kalau pesan berkali2 pun dia x ingat.  Kadang2 mmg naek darah jer.  Hobi dia suka buat apa yg org buat. Nak masak air, nak buat kopi. Kadang2 dia x tau benda yg dia buat tu bahaya. Contohnya, buat air.  Kalau kena air panas. Tpi makin dilarang makin dibuatnya..Ada masa dia akan kumbah balik baju2 dia yg dah dilipat kemas tu. Dia akan carik baju2 yg cantik dan pakai,  kat sekolah pun sama. Duit belanja yg aku bagi dia abiskan beli pemadam, pensil, pembaris atau apa jer yg dia tgk kat koperasi menarik perhatian dia. Padahal bapaknya dah beli peralatan tulis selori dari Maidin.
 
Kena pesan berkali2..kadang dgr komplen dari bdak2 lain aku jadi sebak pun ye marah pun ya. Mana lagi hari2 adik dan kakak dia cerita apa dia buat kat sekolah. Bila kat lam van sekolah mcm2 komplen mcm2 org mengata pasal dia pada amal dan kakak. Bila balik nanti dorang sampaikan. Kadang aku jadi bengang, jadik marah..ada kalau aku malas nak dgr..sbb ia akan buat aku marah dan naek darah kat delin...pendek kata, aku salu warning dorang, jgn bawak balik cerita pasal delin, Mama tak mau dgr.
 
Entahlah, kdg2 aku fikir aku jadik sedih. Macamana le dia besar besok!.  Aku ada fikir untk tgk apa kelebihan dia dan dorong dia untuk antar belajar benda yg dia suka.  Aku ingat bila dia dah darjah 5 or enam nanti nak antar pi belajar muzik atau menari..sbb dia suka sgt.  Tak pun antar dia pi kelas melukis. Atau culinary..sbb dia mmg suka sgt mengacau dan menyebok kalau aku buat kuih atau kek..atau memasak..dia suka nak cuba jugak.
 
Yg aku ingat sgt masa delin kecik..masa lahir dia kecik sgt2.  Lepas tu umur setahun dia x mo susu. Minum jer muntah..so kami bagi  benda lain. Milo..makan nasik. Masa tu bibik yg jaga...bibik mmg jaga sungguh bagus.  Delin lambat berjalan..umur setahun lebih baru jalan..tu pun lepas puas mcm2 petua kami ikut.  Bercakap lagi lah..lepas amal lahir ..umur amal 3 thn stat ckp baru dia ckp gak.  Pendk kata kelahiran amal beri dia dorongan dan saingan utk sampai ke tahap sekarang nih.
 
Masa aku mengandung delin, jarak dia dgn kakak jauh.  6 thun. Jadik aku ada terpk mngkin kah aku salah bagi date kat dr?. Sbb dah lama sgt mgkin aku dah lost count last period..dan delin lahir secara ceaserian dan based on counts of last period date..sbb tu dia underweigth, kecik or so so sbb tak cukup tempoh lagi??  entahlah. Susah aku nak jwp suma2 tu.  Yg pasti delin pnya body resistance mmg tak berapa kuat. Dia salu x sihat. Dia pun ada asthma.  Klau selsema mesti asthma datang.  Kami terpksa beli mesin nebuliser sbb dulu2 dia kerap sgt kena attack.  Cuma lately ni jer dia sihat, jarang sakit. Mgkin sbb makan dah nak dan berselera, pulak tu vitamin yg dia baru stat amik last year...antara delin dan amal mmg tak bayk beza..sama saiz sama tinggi..selalu org salah paham dorang ni kembar..kadang2 org tersilap..ingtkan amal abang..delin adik.... :O)  dua org ni mmg salu bergaduh pantang tersentuh..tp kalau tak jumpa sehari, mesti saling rindu2...teman gaduh..teman main  pun ya...dua2 pun sama nakal, sama hyper.  Sbb itu kalau keluar aku x kan bawak kalau takde Ayah untuk jaga delin...dia sgt licik.Pantang lepa mesti hilang. Berapa kali dah hilang kat pasar..pasar malam....ada masa nak ikat jer dia..
 
Pendek kata, masalah delin bukan faktor apa pun..dr pun x leh jawap kenapa masalah cam ni ada...kita sebagai orang Islam kena terima dgn hati terbuka kan..tgk gambar dorang berdua masa kecik2 salu jer aku senyum sendiri...masa tu dorang rapat sgt2..bergurau sama2..pendek kata dok lam stroller pun bibik akan tolak dua2 sekali dan boh dua2 elok jer tak bergaduh...tak macam sekarang. Tersentuh sikit jadik gaduh...
 
 
Jadik cerita malam tadi tu sangat menyentuh hati aku. Kerana ramai org x paham masalah dyslexia akan labelkan bdak2 tu bodoh, lembap.  Terutama paling sedih bila cikgu sekolah sendiri tak aware masalah dyslexia ni.  Sebagai guru dorang kena tau. Kena baca carik maklumat kat internet.  Semua bdak perkembangan dorang tak sama. Ada yg cerdas, ada yg tak.  Mcm malam tadi tu Atok bdak tu tak suka..dia anggap cucu dia bodoh!.  No, bukan begitu kecendurangan dorang kat tmpat lain. Kat music..sbb deria dorang amat tajam kat situ..kat melukis..sbb dorang ni sgt kreatif.  Otak kanan (logik) dan otak kiri (kreativiti) tak berkomunikasi.  Bdak2 dyslexia cuma aktif otak kiri sbb tu dorang nak buat apa jer dorang nak tanpa fikir kesan dan akibat (logik-otak kanan).  Kalau pesan apa2 dorang tak akan ingat..sbb cara penyampaian tu buat dorang tak dapat maklumat tuh.  Mcm delin, aku dah tau cara nak pesan kat dia. Panggil dia dok depan kita. Suh dia tgk mata kita dan kita pesan..mesti lebih dari 3 x pesanan tuh..lepas tu suruh dia ulang..tanya dia paham ke tak?...aku dah cuba bberapa kali and its work.  Salu pun aku pesan kat SP kalau nak pesan kena buat the same method.
 
 
 
 
Walau apapun kekurangan dia..dia ttap anak kami..zuriat dan darah daging kami..tak kira betapa nakalnya or hyperactivenya dia..tak kira berapa dia x dgr kata kadang2 kalau dimarah..zuriat yang Allah amanahkan pada kami ibu bapanya...tak kira apapun..Mama dan Ayah sentiasa sayang dan kasih kan delin tak kira apa jua keadaan pun..yg pasti antara ketiga..tak pernah ada perasaan pilih kasih pun...sbb semuanya anak mama..pewaris generasi kami akan datang...Both of us love all of u very very much!!
 
 

January 25, 2011

Bila Balik Kampung..

Ada bberapa ari lagi seblum raya cina. Means cuti panjang.  Bdak2 akan coti seminggu tuh straight, aku plak hari Isnin kena keje sbb month end closing for January. No way to escape.  So, mggu depan aku keje seharik jer seblum coti...ye beda bedu.

Memula, plan nak balik kg SP sbb ada sepupu dia nak kwin.  Mcm yg aku cite kat entry lepas, masa MIL datang ari tu dah uar2kan suh kami balik walaupun secara indirectly.  Tapi, Allah tu maha kaya.  Allah tau aku tak mo berlama2 kat sana nanti bertambah2 dosa..ceeeh. Coti SP pada 2hb Feb tu ngak diluluskan, bermakna 1hb tu coti ari Wilayah, 2hb dia keje then baru ler coti tahun baru cina.  Sumpah, aku tak terpikir pun yg coti SP tu x kan diluluskan. Sbbnya aku dah redha kan hati dan bersedia nak balik kg kat BP tu sekian sekian hb kan.  Wah, sungguh aku gembira kerana Hari Khamis baru ler kami gerak balik.  Kenduri tu ari Sabtu.  So maybe mlm ahad tu balik or pgi2 ahad tu gerak dari sana.

Honestly, mmg aku x berapa suka balik sana berlama2.  Banyak perkara yg aku fikir bila nak balik sana.  Pertama sekali, kena siap mental dan fizikal mcm biasa tu.  Kena masak, pi pasar, siap makan tuk suma org.  Ngemas?..no no no..bkan umah aku so aku x kesah nak bersepah ke hape. Biar tuan rumah yg uruskan tu. Afterall, dia bukan buat apa pun kan. Barang pasar suma aku siapkan.  Masak suma aku settlekan abiss?? apalagi dia nak buat.

Kadang2 aku rasa sgt bila kami balik sana tu. Anak2 biasalah suka wat sepah. Bkan anak2 aku jer ok. Anak2 dorang tu pun.  Tiap kali tuan rumah akan kemas. Akan sapu. Mmg honestly aku rasa x pernah aku sapu sampah kat sana kecuali kalau anak aku tertumpah nasik ke hape. Other than that No no no.

Dah 14thn aku kawin. Da 14 thn gak aku buat segala2 kan. Kalau tu dorang nak komplen lagi x dapek den nak menolong. Termasuk aku, MIL ada 4 menantu, 4 anak lelaki. 3 anak perempuan dan berpuluh cucu +cicit.  Masa mula2 baru kawin dulu, aku rasa tension sgt2 kalau balik sana. Aku kat dapur terkontang kanting sorang2 takde pun yg nak nolong.  Aku ingat first 3 years sgt menyeksakan perasaan aku. Apatah lagi masa tu baru2 jer jadi ahli kuarga dorang kan. Tapi aku tak peduli.

Time2 nak raya kalau dulu giliran raya kat Johor dulu, kami akan balik 3-4 awal seblum raya. Maknanya sempat sambut posa kat sana. Guess who yg masak dan siapkan makanan?.  Kadang2 aku terkilan sgt2. Sbb ada menantu2 lain. Ada anak2 perempuan MIL sendiri, tp still dia kejutkan aku utk masak sahur!.  Tapi lama2 aku malas nk layan. Tiap kali kejadian macam tu berlaku aku salu pujuk hati aku, takpe aku msak utk suami tercinta. Dorang tu tompang makan jerk.

Biras2 aku plak sepesen jer. Biras yg kwin dgn abg sulong SP tu lagi ler teruk sesgt.  Dorang dok sekampung, tapi x pernah pun dia datang tolong2 masak2 sbelum raya.  Kdang2 ramai2 berkompol kat umah MIL dia tetap dok umah mak dia.  Time2 nak makan tu pandai jer datang. Sakit jer ati.  Masa ramai2 tu ada lah biras2 lain tong2 beli bahan2 nak masak. Ye lah, family suma besar2 belaka. Dah anak2 teruna dan anak2 dara. Kalau takat beli ayam 10 ekor tu gaknya 2x makan jer dah abis.  Selalunya mmg aku dgn SP yg akan uruskan beli2 bahan mentah. Ada masa dorang contribute ler. Ada masa wat bodo jer. Tak pe lah..Niat sedekah jer kan.  Yg ada biras tu pulak, abang SP siap2 nak kasik sekian2 duit, bole pulak dia kata kat laki dia..alah bg dua ratus jer cukup bang..bla bla bla..sakit jer ati aku.  Mujur lah abang SP yg no 2 tu sgt memahami. Dia salu sponsor byk.  Biasanya 5 ratus.  Aku dgn SP kadang2 tambah sikit2 jer.  Nak hrap kakak2 n abang ipar SP yg lain?, well dorang tu bkan org senang. Org Felda, jadi salu jer ada alasan. Biarkan lah.

Yg anak2 sedara pulak pun sama. Yg dah keje, yg dah beranak pinak. Tau makan jerk. Nk nolong tu alahai payah nya lah. Yg ada buang masa maen fesbuk lagi dari nak nolong2 aku kat dapur ni ha.  Tu sbb bila turn aku raya kat Sg besar dulu, aku rasa cam nak melompat kegembiraan.  Salu jer aku dgr MIL bebel2 bila kami tiba sana raya ke 2 or ketiga, tak de org beria2 nak memasak cam aku.  Standard ler time nak raya kan. Ketupat, rendang, kuah kacang dah sebagainya.  Itu mmg juadah wajib bg aku dan family mak aku. Jadi camne2 pun raya mesti nak sediakan gak. Dorang? kalau aku dgn SP takde means takde ler org nak wat or masak ketupat. Rendang pun ala2 rendang pakai perencah segera..apa barang???

Tapi kan 2-3 tahun kebelakangan ni, SP salu dapat cuti lepas raya. Means dia salu keje sampai last mnit.  Maknanya esok raya, ari ni masih keje.  Kalau turn ke kg SP tu, salu malam raya baru kami balik.  Pastu dok sana sampai raya kedua dah balik sg besar. Best gitu!! aku suka.hahhaha.

2thn lepas, seblum raya aku dah amik cuti awal2.  Tp lepak kat umah jer. Since malam raya baru dapat gerak balik kg sbb SP keje, aku dah siap2 masak ketupat, rendang, kuah kacang suma2 kat umah. Siap suma.  Ada rendang daging, rendang ayam.  By the time kitaorang sampai BP masa tu dah kul 1 am korang. Esok raya pulak tu.  Ada ka patut...sampai2 jer MIL suh aku masak!.  Suh aku siap2 for raya esok. Gilors. Dah ler kami baru jerk sampai.  Kat umah tu ada adik bongsu SP tinggal dgn MIL. Binik dia tu x reti2 nak prepare. Ada ka biras aku tu kata, 'Daging lom potong kak, ingat nk tunggu akak balik baru nak suh akak masak"..siul ke tak?? u all tell me. Dah ler meredah malam nak balik kg..disuruh masak pulak sungguh x lojik kan?.

Walhal kakak SP ada jer yg dok kat area tuh.  Biras dia yg dok se kg tu pun ada..takkan sorang2 pun x terpikir yg sok nak raya??..sengal sungguh.  Biras yg kat umah tu sorry to say lah kan. Masak x reti. Anak bederet. Nak buat rendang pun pakai perencah Brahims segera pe hal?

Bengang pnye pasal aku sound jer..Tak yah susah2. Akak dah siap masak semuanya. Nak aku bagi tupperware mangkuk tingkat aku 3 set tuh penuh segala mala..amik ko.  Tu sbb aku kata, kdg2 SP pun tak terkata!. Ye lah, adik beradik dia kan. Yg pasti MIL salu jerk ngata biras2 aku yg lain tu..tpi tak ngata anak2 perempuan dia pulak?? pelik sungguh.

Yg pasti, aku dgn akak2 aku suma mak dah ajar. Suma dah biasa. Kalau nak raya, or kalau balik kg, siap2 sendiri nak masak ke hape. Mak mmg x pernah masak pun. Semua kami bereskan.  Beli barang kongsi sama2. Msak pun divided tugas masing2. No hal. 

Kadang2 benda  yg kita bengang dan tak puashati pasal kat umah MIL pun x leh nak suara lebih2 kat SP. Karang dia merajuk susah nak pujuk. Kita pun paham..camne dia sayang,cinta maut kat kita apa dia nak buang mak dia? tentu lah idak kan.

Jadik aku klau balik sana salu jer jadi hipokrit. Buat muka manis2. Cakap baek dgn MIL. respect dia giler. Dia cakap apa jer ye kan je.Yo lah.  Dalam hati ada duri tu simpan jer. Nk luah kalu luah dgn org lain not to our Sleeping Partner ok?..bahaya.  Salu kalau aku bengang or ever aku ngadu kat kakak aku tu lebih senang.

Yg aku tau, MIL sgt suka lau aku balik sana. Dia bole lepaks tgk tv or layan cucu jerk. Dari breakfast sampai lunch sampai dinner aku kautim.  Salu nya aku dah siap buat bekfast baru ler suma2 bangun n terus makaan boleh??.. kdgkala lum siap masak nak melanguk tunggu kat meja makan..sakit ati ke tak.  Kadang2 kita bergelumang masak kat dapur dorang leh lepak2 makan..Sakit ke tak ati tu?.

TAPI: skarang pun aku ada startegi gak. Salu pagi2 aku siap2 buat sarapan, aku ajak SP aku tu kuar. Kadang merayap sampai bandar Batu Pahat. Makan nasik briyani ke hape..dorang kat umah? sendiri mau ingat lah....kadang2 SP yg ajak aku merayap...salu mak dia akan tanya nak pi mana...alasan paling ketara..; Pi pasar, Gi Bank or Gi Jumpa kawan kat bandar...salunya dia jarang nak ikot..kalau ikut pun kami tukar lokasi..pi pasar , ngeteh then balik!!..

Ini suma dari didikan mak bapak ok. Aku dgn akak2 aku ok jer. Tak pernah MIL komplain sbb kami ni keturunan yg rajin masak...sedap ke tak tu belakang kira..tp kalau tak pernah ada balance pun apa yg kita masak sendiri mau ingat haaa...

So strategy for CNY holiday ialah..jalan pelan2 hari khamis..by time sampai sana Lunch..terus makan..or rather singgah mana2 dulu makan kenyang..sampai2 jer lepaks..tido. Mlm merayap ler gi mana for dinner...
Jumaat satu hari jer nak kecoh2 kedapur sbb sabtu sure seharian gi kenduri......................yg pasti aku sangat suka sbb SP cam setujur jer apa2 pun plan bini dia nih..yessssss

Gitulah adanya.

January 24, 2011

Sekolah Ganti..satu keperluan atau buat syarat jer??

This is from my point of view as a mother lah kan. Tak ada kena mengena dgn org lain samada  yg hidup ataupun yg telah tiada. :)  Semua ibu (aku rasa) which termasuk ler aku ni, tiap kali anak2 bawak surat tuk sekolah ganti in Saturday salu jer rasa...alahai. Alamak...antara suka dan tidak tapi selalunya terima jer.

Its what happened for last Sat.  I think hari Khamis kot, kids bring home the letter kata kena buat sekolah ganti for 2 Saturday.  Which sabtu 22hb dan sekali lagi karang 19th February 2011.  Dua hari tu untuk ganti cuti raya cina yg mana sekolah dorang amik one whole week stretch.

For me, sekolah lima hari seminggu dah cukup.  Mana taknya, kalau tambah satu hari lagi sekolah, semua nya kena berubah kena rombak.  Not to worry all my kids this year sekolah petang but still?.  Mak ler yg paling memberi kesan.  Sbbnya dah 5 hari seminggu kena bertungkus lumus make sure semua barang2 dorang siap. Baju, kasut sekolah semuanya. Kakak tu i m not that worry. Sbb dia dah bole urus semua. But yg dua org tu.  Kasut baju. Dah ler baju dorang tu kotor jer manjang. Lau tak direndam then kena berus dan sental mana nak bersihnya.

Smlam kat Mingguan Malaysia ada artikel pasal persekolah hari sabtu tu.

Ponteng sekolah sebab cikgu tak mengajar

Oleh Noraini Abd. Raza

1

BERSEKOLAH pada hari Sabtu bukan berita gembira bagi murid dan juga ibu bapa. Guru-guru tak tahulah pula. Selepas lima hari bekerja dan bersekolah, kehadiran Sabtu dan Ahad sememangnya ditunggu-tunggu. Itulah hari untuk membasuh baju sekolah, kasut sekolah, bangun sedikit lewat berbanding hari biasa. Bila dapat pekeliling anak-anak perlu bersekolah pada Sabtu ada yang kelat wajah. Anak-anak apatah lagi, liat semacam terutama jika tahu telah ada perancangan untuk ke mana-mana.



Seorang teman menitip catatan sekolah hari Sabtu di Facebooknya. Dia yang juga seorang guru bertanya mungkinkah sekolah hari Sabtu ganti cuti Tahun Baru Cina akan mengulangi sejarah satu kelas satu murid. Satu guru mengajar satu murid.



Sebagai guru, tentunya sahabat itu amat arif perihal kehadiran murid setiap kali sekolah ganti diadakan pada Sabtu. Pasti kelas yang selalunya penuh dan riuh dengan pelbagai tata laku murid-murid agak sepi lantaran ramai yang ponteng. Ada ibu-bapa yang sengaja tidak mahu anaknya ke sekolah pada hari Sabtu. Alasannya mudah, mahu mencuci baju sekolah sekali gus pada pagi Sabtu. Lalu anak-anaknya diberi ‘pengecualian’ hadir ke sekolah atas alasan itu.



Ada juga murid tidak ke sekolah pada hari Sabtu kerana terikat dengan jadual ibu bapa. Oleh kerana ibu bapa telah membuat perancangan awal untuk bercuti atau menghadiri kenduri kahwin dan pelbagai majlis lagi, maka anak-anak terpaksa akur.



Boleh saja diandaikan ramai ibu bapa yang tidak peka tentang sekolah ganti pada hari Sabtu. Ada juga yang merungut setiap kali dimaklumkan tentang jadual persekolahan pada Sabtu. Bagi mereka cukuplah lima hari anak-anak bersekolah pagi dan petang (belum dicampur tuisyen pada waktu malam). Sabtu dan Ahad bagi kebanyakan ibu bapa adalah masa untuk bersama anak-anak biar pun dalam keadaan mana sekali pun. Kalau diberi cuti maka jangan minta diganti, kata mereka.



Mengajar



Ada juga ibu bapa yang berdisiplin mengikuti arahan sekolah atau pihak kementerian. Maka ‘berperanglah’ memujuk anak-anak bersekolah pada pagi Sabtu. Bukan mudah menyakinkan anak supaya bersekolah pada hari Sabtu. Apatah lagi jika adik beradik yang bersekolah di tempat lain tidak bersekolah. Mereka (anak-anak) ada alasan tersendiri untuk ponteng kelas. Alasan yang sering diberi cikgu tak mengajar. Kalau masuk kelas pun cikgu suruh buat kerja sendiri. Bila buat kerja sendiri faham-fahamlah, tentu ada rasa bosan. Nak buat bising takut cikgu ada di depan, nak baca buku, semestinya bukan itu pilihan mereka. Lalu apabila disuruh ke sekolah pada hari Sabtu tentu alasan tersebut meniti di bibir anak-anak. Ibu bapa pula apabila dengar cikgu tidak mengajar dan anak-anak tidak diajar maka cairlah hati mereka. Lalu termeterailah persetujuan bersama mengizinkan anak ponteng sekolah walaupun secara diam.



Yang pasti bersekolah pada Sabtu bagi menggantikan cuti peristiwa yang diambil oleh sekolah untuk menyambung cuti pendek sememangnya perlu. Tetapi sebagai guru yang berhadapan dengan cabaran dunia inovatif dan kreatif, apa kata wujudkan sedikit kelainan bagi hari persekolahan setiap Sabtu. Selain aktiviti biasa seperti merentas desa atau bersukan, tidak salah jika Sabtu dijadikan hari untuk mengenali alam semula jadi tanpa perlu pergi jauh. Jadikan kawasan sekeliling sekolah untuk bercakap tentang keindahan alam, pencemaran, kebersihan dan keselamatan. Aktiviti berkumpulan yang mencabar minda murid-murid sekali gus memberi nafas baru dalam pembelajaran secara tidak formal mesti dicetuskan oleh guru-guru. Apa kata Sabtu juga dijadikan hari untuk mengeratkan hubungan warga sekolah dengan penduduk di kawasan kejiranan terdekat. Terap nilai-nilai kejiranan, saling bantu-membantu, bekerjasama dan kenal-mengenali supaya persekolahan hari Sabtu menjadi umpama acara yang ditunggu-tunggu.

Mula2 kakak kata nak ponteng. Sbb ramai rakan2 nak ponteng. Not for Amal, he is so excited nak pegi sekolah walaupun hari Sabtu, maklumlah baru jah satu. Tgh seronok org kata. Delin pulak cam baser jer.  Bila adik kata nak sekolah dia pun on jer.
 
Kami pun pi ler antar. Sessi petang bermula kul 1ptg. Cuma Kakak di sekolah menengah stat awal . 12.35pm sbb katanya balik pukul 6.10ptg.  Dalam pada kata tak mo pi sekolah, kakak tu gagahkan jugak. Malu la dgn adik2 kan nak ponteng. Anak jiran, anak penjaga semuanya dah pakat ramai2 nak ponteng. Apa nak buat kan?.
 
Masa antar dorang kat sekolah tu, mmg tak berapa ramai sgt yg datang. Van sekolah pun khabarnya bnyk yg tak jalan. Mujur ari sabtu, petang pulak tu bole gak mak bapak antar.  Tpi lau mak bapak yg kena keje?. Van sekolah pulak takde?. Mmg ponteng ler jawapnya kan.  Tahun lepas ada bberapa kali anak2 ponteng sek ari sabtu. Sbb ada kenduri sedara, kena balik kg. Pi berjalan (hotel dah book n bayar much much earlier). Sudahnya on jer plan ponteng sekolah ler dorang tu.
 
Fair enuff,  masa balik amik dorang dari sekolah Delin kata ada 7 org jer kat kelas dia. Out of 40.  Amal pulak kata ramai yg tak datang pun kat kelas dia jugak.  Separuh.  Kakak pun sama. Out of 42, cuma 27 turn up.  Dan kakak kata tak belajar pun. Cuma kemas2 kelas. Banyak masa diabiskan dgn sembang2 kosong tunggu waktu balik.
 
Aku rasa, kalau pun dorang nak buat sekolah ganti ari Sabtu, buat je ala2 gotong royong macam artikel kat atas tu. Pi je pakai baju sukan. Jadi tak perlu mengotorkan baju sekolah which mean double work for ppl like me.  Of course satu keperluan nak ganti cuti tu, tp mgkin sekolah bole fikir cara lain.  Contoh buat ceramah motivasi ke, peraduan ke kuiz ke. Jadik bdak2 still bole pegi sekolah but not to burden nak tambah homework ke apa.  Since sekolah anak2 ada 2 sessi, sessi petang mmg menyakitkan. Bayangkan time2 petang tu masa dorang main n tido. Sure mengantuk ler. Mcm amal kata, Amal tertido kat kelas sbb ngantuk!!!.
 
Macam kalau ada sambutan hari guru. Boleh jer sekolah dorang buat satu sessi. Suma murid2 datang sambut hari guru, tp petang tak perlu ada sessi sekolah lagi. Senang for murid, guru2 dan parents jugak kan?.  Mcm kem solat yg salu sekolah adakan pada pertengahan tahun pada hari sabtu. Murid2 bole datang pakai baju biasa, belajar solat. Dgr ceramah dan belajar kan?.
 
Yg pasti, mmg aku x nak galakkan anak2 ponteng kecuali kalau terpaksa.  Bak kata Amal, cikgu pesan jangan ponteng sekolah. Tpi kalau sakit atau demam, mmg cikgu kata  x payah datang sekolah. Rehat sajer dirumah..Fair kan?.
 
Tpi tak semua parents berfikiran gitu.  Yg ada tu tak kesah sikitpun anak2 nak ponteng.  Ponteng ni lambat laun akan jadik habit dan attitude pada anak2.  Esok2 dah keje pun manjang nak monteng jer..Amik MC. Kan tak bagus kan.
 
Seboleh2 mmg aku x bagi anak2 ponteng. Tpi macam aku kata, ibaratnya mmg kta dah plan lama nak pi bercuti, balik kg or kenduri kawin sedara mara mmg x dapat nak nolong. Nak2 lagi plan bercuti tu dah berbulan kita set, hotel pun dah siap bayar. Abis cam no....
 
Cikgu2 pun sama gak. Aku pun rasa, suka tak suka dorang kena gak gi sek. Cikgu pun manusia gak. Ada anak2 ada keluarga. Banyak nya aku rasa cikgu pun x suka nak dtang ari sabtu kan?.....Sesuatu yg pihak sekolah kena fikir dan ambil berat pasal ni...supaya, sekolah ganti ari sabtu akan jadi lebih bermenafaat pada suma. Bukan sekadar lepas batuk di tangga. Buat syarat sebagai ganti cuti panjang..ye dak??

January 22, 2011

My Kids

Tiap malam lepas dinner, cam biasa lepak2 depan TV. Baring. Amal mmg suka meleseh...sambil maen game kat HP aku (ntah dah sampai super level mana dia maen..aku pun x reti, tak pernah try maen pun!. Dia dah level 11 ke 12 gitu..ari2 sure upgrade) baring2 kat riba...aku pun stat la the conversation. Smbil2 boring tgk berita part politikus tu..



Drama #1

mama : Amal, amal sayang mama tak?

Amal : hmm?..sayaaaang...

Mama : Byak mana tu?

Amal : Byaaaaaaaak sekaaaaali...satu dunia. (gitulah jwpan dia salu).

Mama : Abis, lau mama tua nanti Amal nak jaga mama tak?. Bagi mama duit?

Amal : mesti lah jaga. Tunggu amal jadi abang dulu (maksud dia bila besar, dia kata abang) keje gaji bnyak nanti amal bgi lah duit

Mama : oh yeeke..bagus nya anak mama..bape nak kasik mama n ayah sebulan tu? (sajer nak pancing).

Amal : Ala singgit jer cukup lah.. : (What the hack singgit??...)

Mama : laaa..apasal tak cakap seribu ke..dua ribu ke..nape singgit jerk?

Amal : Ala cukup la. Air secawan baru lima puluh sen..ada baki lagi lima puluh sen, leh beli jajan...salu amal wat cam tu la kat kantin

mama : cheet!! -innocent sgt lah...tk tau nilai lain..nilai singgit jer..hahahaa



Drama # 2 :



Mama tgh sidai kain, lepas maghrib. Amal datang nak teman katanya..



Mama : Amal, lau mama mati cam ne yek??

Amal : Mestilah amal sedih, nangis ari2....

Mama : Ye ke..cam tu mama x mo mati dulu lah..

Amal : Mmg lah buat apa mama mati dulu..tunggulah tua, tunggulah atok mama, atok ayah mati dulu..

Mama : hahahaha...ye lah tu. (Dia ingat mati leh pilih suka2?)





Drama #3



Tgh tgk TV gak, berita buang bayi berleluasa..



Mama : Laa...buang bayi lagi. Kesian nya baby tu.

Amal : Nape dorang ni suka2 buang bayi kan mama, bagilah kat kita..

Mama : Laah..amal nak baby ke?

Amal : Nak..tpi nak baby Danieel ke (cucu baby sitter), iman ke (anak akak aku yg no 2)

Mama : Nape plak?..tak nak baby dari perut mama ke?

Amal : Kan mama kata lepas amal kuar dr dah tutup tmpat baby tu..mana leh kuar lagi..(ahahaha, lupaa..aku salu kata, dr dah sealed...)



Drama # 4



Aku tgh lipat kain. Amal tgh maen game kt Hp cam biasa, delin dok depan tv.



Amal : Kak Lin, esok tunggu Amal kat pondok tau. Tempat biasa. Kat pondok PAK GUARD (mmg dia sebut gini) tu.

Delin : Okay..esok kita le eskerim lagi ye amal?.

Amal : ye. Tp kak lin jgn belanja duit abis...nanti sbok carik amal plak mintak duit.

Mama : Eh, napa? Kak Lin salu x tunggu ke? aku pancing soklan

Amal : Alah dia tu ma, salu merayau ke mana2...menjajau amal carik dia. Lama tunggu!.

Mama : owh...ye ke..( padahal, patut akak tunggu adik, ni adik pulak yg jadi taiko).





Drama # 5



Amal : Mama, tau tak kat sekolah ada bdak tu ejek amal dgn kak lin

Delin : Aah,....siti raidah (anak indon kaki buli kat kelas delin)

Mama : ye ke?..apa dia kata?

Amal : Ada ke masa amal dgn kak lin jalan ke kantin nak carik hanif..dia ejek pakwe makwe ...

Mama : laah..ye ke?..apa awak ckp kat dia?

Amal : Amal sound ler dia..wwooi, ko ape hal, ni kakak aku lah..ko sbok kenapa? nak buli?

Mama : ooh, bagus nya anak mama..mcm tu lah.. jga Kak Lin..

Amal : mestilah, kan mama salu kata...lelaki kena berani..kena hebat. tu sbb mama kena antar amal belajar taekwando..

Mama : ooh nak belajar ke?.. kenapa?

Amal : ye lah, lenkali org nak buli kak lin..meh amal belasah dia..sambil buat gaya2 tendang karate....



Sungguhpun Amal dng delin beza 2 tahun. Tp pada hakikatnya akal dia mcm bdak umur 9-10 tahun berbanding Delin. Ya lah, delin tu mmg ada masalah 3 years behind kan perkembangan akal dan minda dia. Amal dgn dia mcm terbalik. Sbb amal nampak lagi matang dari umur dia. Lepas tu, amal tu mcm diary reminder...pesan ler apa jer kat dia Insya Allah dia ingatkan. Baby sitter pun salu kalau nak apa2 atau pesan apa2 mmg pesan kat dia jer....Allah tu maha Adil..diambilnya dari Delin..diberi kat Amal. Supaya adik bole jaga kakak sbb adik mmg lelaki melayu terhebat kan....

January 21, 2011

Coti-Coti Thaipusam

Macam aku kata, aku suka sgt dgn coti. Tak kira coti apa pun.  Masa utk bersantai2 kalau coti. Tak yah bangun awal sgt. Tak yah berhangkut beg2 berbondong2 ke umah baby sitter pepagi buta, tak yah kecoh nak masak bekal nak bagai..mmg besh!!.

Semalam SP bgtau aku dia nak join member2 dia pi mancing.  Since coti sehari tgk minggu gitu, aku relakan jer lah. Hahaha.  Bukan mancing apa..mancing ikan tuh. Niat konon nak buatkan bekal dia nasik lemak cuma tinggal impian sbb bangun pagi pun dah kul 7.30am.  Maklum ler bendera jepun amik kesempatan nak bangun lewat sikit bukan selalu pung!.

Lepas bangun jer aku pi tapaukan dia nasik lemak kat gerai kat area umah kami tuh. Dalam kul 7.45am kot dia pi berbekal air kosong dgn nasik lemak.  Lepas bdak2 bangun n pi ngaji, aku kemas2 umah, kemas dapur dan masak.  Since SP tak de, leh lewa2 masak dan masak sempoi2 jer kan.

Lepas siap masak, mandi sambil2 basuh dan sental bilik air.  Seminggu sekali mmg kena sental lau tak tak sedap aku nak mandi dgn berlendir, kotor dan berbau tuh. Maklumler bdak2 paham2 jer lah. Sambil tu aku basuh dan berus baju sekolah yg kotor cam belacan kena aiskerim tuh. Mesin tok sah cakap ler. 3 round semlam basuh. Cuaca terang benderang kering jer suma kain.  Lepas bdk2 balik ngaji aku kerah dorang basuh kasut sekolah.  Yg syok smlm cuti..yg tak syok ari sabtu anak2 suma kena sekolah ganti pulak!.  Jadik kena lah buat apa2 yg patut dulu. Sbb ari sabtu nanti sure sbok jugak kan.  SP msg kata dah dapat ikan sikit..happy bdak2 dgr.

Lepas siap makan, dalam kul 2 kot baru ler aku dok. Rehat n lepaks. Penat nya.  Kakak tolong lipat kaen2 yg ada 2 bakul tuh sampai siap. Lucky ada kakak. Dapat ringan beban sikit.  Aku layan HBO sampai kul bape tak ingat sbb lepas tu suma tido. Pengsan.

Sedar2 dah kul 5 lebih. SP masih lum balik lagi.  Dalam kul 6 lebih aku sms dia lagi. "Tak nak balik ker"???
rupanya dia dah On the way masa tu..

Bdak2  bangun tido jer terus maen basikal kat luar.  Berkawan dgn jiran2 anak india tu. Aku x kisah dorang nak maen ke hape. Yg aku tak suka bdak2 tu salu x pakai kasut kalau maen kat luar. Nanti suka2 masuk umah aku u olls.. mana aku tak sakit ati dan marah. Pengotor betul, ingat umah ni reban ayam ke.  Smlm sbb aku bengang aku sound anak2 aku direct. Kalau tak pakai kasut. JANGAN benarkan dorang masuk dalam umah. Pastu masuk2 bilik..isssh. pantang betul aku tau.  Tu sbb anak2 aku mmg kami x benarkan masuk umah jiran. Lau nak maen kat luar jer.  Aku dgr Amal sound dorang  "eh, korang kalau nak masuk umah saya kena pakai kasut .Kalau kaki ayam tak bole masuk..Nnti Mama saya marah. Mama saya x suka..Kotor.".  Fair lah kan.  Dasar dorang tuh. Mak bapak wat bodo jer. At least kasik tau anak tu nak maen kat luar jgn x pakai kasut. Apaa? ingt nak pi thaipusam kat batu caves ke berkaki ayam?. Nak masuk umah org pulak tu. Pijak karpet tikar aku bagai. Mana cek tak naek hanging kan?.

Masa SP balik, dia suh aku angkat tong dari lam keta..taaaaaada...ni ler hasilnya.

Ikan jelawat, berat dkat 2 kilo lebih. Jenuh mak nak buang sisik korang..tebal sgt2 tuh..berpeluh2 mengerjakannya...pastu ada 3 ekor Rohu besar pinggan makan tuh...jenuh menyiang sbb baunya mak hanyir amat gitu.  Dekat satu jam kot baru siap.  Tu pun berkepuk2 asam boh kat situ.  Lepas siap aku goreng sekor rohu, buat sweet n sour..wah mmg sedap ko, lemak sgt2. Ikan makan hasil sawit kan, mmg gemuk..isi perut pun lemak sawit jer.

Mmg berbaloi ler SP dgn geng2 bergelumang dgn pacat katanya. Pas tu tmpat tu jauh masuk lam utan. Aku tak tau lokasi exactly tp aku rasa kat area2 kerling tu ler kot.  Kalau dorang pi 4 orang dapat sorang byk tu mmg berbaloi sgt2 ler kan.

Malam tu aku tgk muka, tangan SP merah2. Gatal2 maybe sbb cuaca panas. Pulak tu dia pakai baju lengan pendek mmg berbalam2 ler muka dia.

Lepas maghrib, Aku tolong wat kan treatment muka dia. Basuh, cuci, scrub dan boh pelembap apa yg patut.  Suma alat facial mmg ada kat umah. Jgn taktau dua lelaki melayu terakhir kat umah aku tu once a while mintak aku wat kan dorang facial.  Cuma aku tak ler buat black head removal tuh. Cuma aku sental dgn scrub, boh toner dan boh apa2 cream yg patut.  Yg jantan kecik tu pun sama.  Sbok jer nak pakai sunscreen, serum dan ntah apa yg aku pakai seblum pi sekolah. Konon x mo kena sinaran UV..yo lah tu. Sok2 dah besar sure jadik rebutan anak2 dara country homes..huhuhu




January 20, 2011

Carik keta baru.

Hari rabu tu masa on the way nak balik keje, aku ada misi. Misi nak carik keta.  Bukan utk aku, tp untuk abang aku nan sorang tuh.  Lepas survey2 rega kat internet kami pi singgah kat Selayang. Cari pnye cari pnye cari...akhirnya dapat satu nih. Waja 2002. Harga ditawarkan 22k.  Lepas kira2 budget yg abang aku bagi maka aku me mms gambar keta ni termasuk segala dalam dan enjin. Keadaan keta mmg elok dan cantik lagi. Enjin pun ok.  Lepas tgk tu abang ngah kata okeh..ON. Maka keta ni ler jadik pilihan.  Mulanya

abang ngah suh kami carikkan wira SE manual.  Aku tgk wira harga bole tahan tapi since sebelum ni dia pun pakai wira, baek lah upgrade sekali ke Waja kan.  Pulak tu abang aku ni rupanya x pernah bawak auto tu sbb insist nak manual. Dia x pernah rasa bawak auto. Dah rasa sok tau ler mampus x mo  bawak manual lagi cayalah. Aku dulu pun cam tu. Tak yakin. Sekali amik avanza auto..wah.. Seronok ko bawak auto dari manual chet..

Jadik dokumen2 suma dah kena prepare ari ni so that kedai tu leh apply for loan ke apa. Abg ngah keje gomen mmg senang kot nak dapat loan. Cumanya aku kena la jadik guarantor dia.  Since dah kali ke 2 aku jadi guarantor dia, no hal lah. Yg dulu pun aku dgn SP gak carikkan keta dia.  Sampai abis gak lah wira tu dia bayar sebelum nak bertukar keta nih. 

Keta masih cantik. Takde calar pun kat body. Kilat. Walaupun dan 2 owner yg pakai.  Jadik misi hari ini lepas keje ialah singgah kedai tu bayar deposit and suma dokumen for payment process. Lepas suma settle esok baru ler abang ngah turun KL.  Dia dok nun kat Rompin sana tuh. Kat sana keta pnye rega mmg giler2 mahal. Lgpun dia mmg nak carik keta kat KL sbb nak plat kl tu...lagi ler cun.  Yg pasti keta kat KL ni mmg way murah dari tmpat2 lain..