Lepas selesai beli barang kat hardware, kami terus balik umah. Kakak belum bangkit tidor lagi. Check kat mesin kain baju dah siap di basuh..terus jer aku sidai. Then kedapur, dua org tu merengek2 kelaparan dah. Adaka amal ajak mengeteh makan roti canai..ahahaa...lupa gaknya dia yg bulan pose. Karang kena tangkap naya naik van jenazah..ooo tak kuasa.
September 1, 2010
Cuti Merdeka...tpi aku tak merdeka
Lepas selesai beli barang kat hardware, kami terus balik umah. Kakak belum bangkit tidor lagi. Check kat mesin kain baju dah siap di basuh..terus jer aku sidai. Then kedapur, dua org tu merengek2 kelaparan dah. Adaka amal ajak mengeteh makan roti canai..ahahaa...lupa gaknya dia yg bulan pose. Karang kena tangkap naya naik van jenazah..ooo tak kuasa.
August 30, 2010
Shoping nak raya..
August 23, 2010
Tension..
August 20, 2010
Raya gembira utk aku tahun ni....
August 17, 2010
Sakit itu penghapus Dosa..
August 16, 2010
Bayar Hutang tidor and ke dapur...
August 13, 2010
Minggu sakit..minggu tak sihat
July 20, 2010
Kesabaran itu Berbaloi...
July 8, 2010
Kakak
Semlam kakak ada KOKO, pukul 10 lebih dia menelefon aku komplen sakit perut. Aku kira itu gastrik dia lah. Resmi kakak, kalau tak makan langsung tak makan...kalau makan langsung tidak ingat dunia.. mgkin perutnya terkejut..lalu minta izin untuk tidak ke sekolah. Terdetik di hati aku mgkin ini protes. Tpi aku tak mau mengeruhkan keadaan aku iyakan ajer. Lewat petang, aku menelefon kakak just to check mcmana dia...khbarnya sakit dah berkurang. FullSTOP.
Smlm jugak adalah hari Ayah dapat overtime...mmg gitulah selalunya sama ada OT atau gaji ayah akan melayan kehendak anak2nya..nak makan apa...ckp saja pasti dapat. Lepas mengetuk aku di Mc D ujung mggu lepas, kali ni mereka melonjak2 nak makan KFC pulak!. Beruntung anak2 zaman sekarang. Zaman ku dulu, waktu Panen (potong padi) jer which setahun sekali dapat kuar sama2 bapak mengeteh kat kat Yaakub jer. Perkena mee goreng berharga RM1.20 masa itu (28 tahun yg lalu) bersma teh yg harganya mgkin sekitar beberapa sen saje..
Keluarlah kami berlima ke pekan. Kesiankan kakak, aku lupakan sekejap pasal RM aku layan dia memilih beg apa yg dia mau.. Hasilnya bag pack berharga RM29.90 jadi pilihan. Masa aku sekolah dulu, beg paling mahal ku mgkin berharga kurang dari Rm5 jer...itupun dipakai bertahun. Ada ketika, aku cuma amik beg balance2 kakak2 ku...tpi pandai jugak aku sekolah..hehehe
Puas hatinya ternampak di raut wajah selepas aku beri note Rm50 untk membyar. Sempat jugak dia merembat pencuci muka. Sejak2 di sek men ni, kakak ada bermcm demand. Belum lagi lipstick, perfume dan segala mala syampu...namun dia juga pandai menyimpan duit2 upah mengemas rumah utnk beli barang2 yg dia mau...biar dia pandai berdikari..aku mau dia tau, sekiranya mau kan sesuatu, dia harus memberiku sesuatu.
Sejak bibik dah takde, semua keje rumah kami kongsi. Yg kecik2 buat perkara2 mudah spt buang sampah, kemas tuala ditmpatnya ataupun masukkan baju kotor ke bakulnya. Kakak jugak tak terkecuali. Bahkan tugas dia hampir 40% dari segala tugas dirumah. Yg pasti kakak dah makin matang. Segala keje rumah tak perlu ingatkan selalu (walaupun kdg2 kena bebel dulu), spt semlam balik ke rumah aku dpat lihat rumah kemas, kain dah berlipat dan diletak di almari, dapur tersusun..takde pinggan kotor di sinki..takde makanana basi di tudung saji...:)
July 7, 2010
FB oh FB
July 6, 2010
Macam2 hal.....yg penting hidup mesti jujur...
Depa dua orang ni keje kat company cleaning services yg buat keje2 pembersihan kat bangunan aku nih. Jadik dorang buat keje2 kat off aku ni kira side income. Mula2 aku ingat si liz tu yg supervisor and Kak Nor tu cleaner rupanya tak. Kak Nor tu Zone Supervisor and si Liz tu report kat dia. Maklumlah gaya terlebih kan, jadik suma org ingat begitu.
Sbb keperibadian kak Nor yg humble tu buat aku selesa berkwan dgn dia. Since the first day dorang buat cleaning kat sini- Jan tahun lepas, kami terus jadik rapat. Mcm2 benda kami kongsi bersama..makan..apa2 jer. Kdg2 aku tak bwk duit pun aku bole loan kat kat Nor dulu. Begitulah akrabnya kami sampailah pada awal tahun baru ni Kak Nor kena transfer ke tempat lain tp kami masih sekali sekala jumpe..telefon or sms.
Masa aku baik dgn Kak Nor, mmg mcm2 cerita aku dgr pasal si Liz. Semuanya yg kurang enak didgr. Si Liz ni suka menipu org terutama cleaner2 indon yg taktau apa tuh. Kdg dia sanggup tipu dorang untuk bayar or bg duit pada benda yg tak wujud pun. Yg paling sadis, indon2 tu suma nak amik duit kat ATM tak pandai. Jadik dia pi kumpul byk2 kad atm dorang and tolong amik. With that, dia amik each of the card tu RM10. Kesian ler indon2 tu semua dahler gaji dorang kecik dia amiknya pulak. Tu belum lagi citer ketidak amanahan dia untuk menyampaikan barang2 pun. Pernah sekali kat off kami ada training, jadi byk lebihan makanan dari training tu si Jenab bagi kat dia. Dan suruh dia kongsi dgn Kak Nor. Yg kelakarnya makanan tu sampai kat bilik rehat dorang tapi dia sapu sendiri!. And ada part time job untk cuci karpet kat one of company kat building nih..so si Liz ni suh kak Nor dgn satu cleaner indon utnk cuci. Hari sabtu seharian Kak Nor dgn cleaner tu cuci. Janjinya payment RM800 akan dibahgi dua, bila keje dah siap...hampir 2 minggu, payment tak dapat2. Bila kak Nor tnya dia kata payment belum terima. Tuhan tu maha kaya kan. Satu hari driver company tu tnye kat kak Nor, sudah dapat payment ke untk cuci karpet tuh....tekejut ler akak nih..rupanya kwn tu dah dpt payment lama tpi dia makan sendiri..dahler tak bgitau, keje pun haram tak buat, dia tergamak makan sendiri pulak tu?..Masya Allah. Lepas kak Nor gertak2 dia, akhir nya dia bayar jugak..tupun bkan RM400 seperti di janji...kurang dari tu..cleaner indon yg dia janji nak bagi 100rm tu dia bagi 20rm ajer!. Kesian pnya pasal, Kak Nor tambah duit dia RM50 bg kat cleaner tu...ish ish...
Dgn mulut jahatnya si Liz pun buat cite mcm2. Yg pasti bg aku dia mmg pandai buat drama. Pandai buat citer..ye la kan sbb pandai menipu maa. Sepandai2 tupai melompat akhirnya..tersungkur jua. Sepandai2 menganiaya, Allah membalas jua. Dek kerana mulut nya itu dia dapat balasan. Kisahnya kat sini ada security guard playboy yg bermain cinta dgn bdak kat gomen off next block tu. Sbb mulut jahat si Liz ni, dia dok bgtau bdak pempuan tu yg security guard tu cuma nak maen jer. Apalagi, minah tu kadar segera report kat buah hatinya security guard yg berpangkat 3 paku tu weeh....disitulah derita si Liz bermula...Mgmt building ni dah kuar surat untk halang si Liz ni datang ke bangunan nih...mgkin dah tau nasib dia kat sini kurang baik, Liz dah bersiap sedia, dia hangkut segala mala barang2 dia dan barang2 org lain termasuk barang2 building ni pnye....apalagi mengamuk ler management building ni semakin havouc. Belum lagi barang2 company yg dia keje di hangkut..pendek kata 2 lori lah jalan...lepas dari tu company cleaning tu transfer si Liz pi tmpat lain. Katanya nun jauh kat ampang tuh...and liz khabarnya berenti keje terus.
Pun begitu, si Liz ni masih lagi continue buat part time dia kat off aku. Si jenab pun dah dimaklumkan by mngemtn building, tp jenab mgkin nak tunggu sampai cukup bulan ni kot. Sbb vacuum yg dia guna buat part time tu company cleaning yg pnya, Kak Nor datang amik. Mengamuk sakan minah tu. Dan dia jadikan aku sasaran. Jenab pun ada dtg tanya aku sapa yg bagi vacuum tu..aku mengaku aku yg bagi sbb tu hak company lgpun si Liz dah tak keje kat company tu dia tak berhak guna barang...(dah ler barang lain suma dia songlap)...dgn bengang si Liz dtg ptg tu bwk vacuum baru..ada aku kesaah?..dia mmg bengkek giler gaknya dgn aku dan anggap aku ni barua kak Nor..tp aku wat bodoh jer. Selama ni pun aku tak berbaik2 pun dgn dia..cuma dia yg terhegeh2 kat aku. Siap buruk2 kan Kak Nor masa kak Nor kena pindah tu..aku tak kesah..aku tak amik port pun. Cerita dia tu kalau aku sampaikan kat Kak Nor sure jadik gaduh..jadik aku decide tuk diam2 jer..biar aku , dia dan Allah jer yg tau kan...
Sekarang nih, jenab mmg berura2 nak carik org lain ganti kan si Liz...padanlah muka dia. Hidup selama ni menipu, menganiaya org kan..sekarang ni terima balasan. Dgn takde keje tetap mengharap part time kat sini, lepas jenab terminate esok mana ler ko nak pi kan...for me, aku diam jer. buat tak tau..dia tunjuk protes tak mau vacum tmpat aku dia pnye pasal ler kan............................
Yg pasti, kita hidup ni kena jujur..jgn asyk menipu org jer...kadang2 Allah balas tu dari segi lain..Patutlah selama ni asyik tak cukup duit jer kan...Tak berkat !!..amin..berenti2 lah aniaya org...kita hidup ni tak lama..mcm roda.....
July 5, 2010
Addeelyn
Setakat ini, aku belum buat apa2 pun..walaupun aku dah kol sekolah berdekatan sek delin tu, malangnya sekolah tu untuk bdak2 OKU (downsyndrome, autistime) mmg aku rasakan tak sesuai nak biar delin sekolah di situ. Lgpun delin pnye check up belum sempurna, masih kena jumpe Pakar mata, Pakar telinga hujung bulan ni..seblum jumpa pakar kanak2 psikatri semula lepas raya nanti...honestly, buat masa skg ni aku nak tunggu apa jua laporan dr. Dari situ nanti mgkin baru aku dpt keputusan kemana, apa yg aku perlu buat untk delin. Yg pasti cuti sekolah akhir tahun nanti mmg aku akan carik special tutor utk ajar dia mcm program cahayaku dulu..aku harap itu dapat membantu dia. Aku nak discover apa kelebihan dia and from there aku akan cuba work out something for her. Kalau dia tak bole excel in acedemic aku akan usahakan untuk dia berkemahiran. As i can see, dia sgt suka musik, menari, menyanyi and at the same time suka menyebok kalau aku memasak or buat kueh..maybe di situ kelebihan dia??..siapa tahu...tak ada siapa yg berhak memaksa aku, SP untk pilih apa yg baik untk delin. Hanya kami yg tahu, hanya kami yg berhak..tak kira apa jua org nak kata, pokoknya....kami tau apa yg kami buat..apa yg kami inginkn untuk anak2..tak ada sapa dalam dunia ni nak melihat anak2 mereka tak berjaya dalam hidup...tapi akedemik bukan segala2nya bukan????
July 1, 2010
Dah Lama
- Malas bangun pagi. Pukul 10 baru nak bangun pulak tu dah bangun melangut jer taktau ler nak tolong sidai kain ke, nak tolong tgk2 kat dapur ke.
- Malas mandi. Nama je anak dara. Tp bangun pagi tak reti nak mandi terus, lepak lepak lepak lapar makan...
- Lepas tgn suka amik kesempatan..ada kakak2 SP yg mmg species amik kesempatan, suruh SP pi kutip anak dorang kat stesen bas lah, antar ke sana lah...tumpang balik lah..dah le gitu mak bapak pnye peel diikut pulak oleh anak2 masing..hampeh.
- Dalam ramai2 anak sedara SP, anak2 dari Kak dia yg mmg bermasalah kat Kg tu lah yg paling teruk. Teruk perangai. Bak kata org dah ler rupa takde, perangai tak semenggah...taktau ler besok sapa jadi laki2 dorang..malang weeh
- Pun begitu, anak2 sedara SP yg adakan kenduri tu mmg superb. Rajin, bangun awal. Bahkan ada sorang tu dalam sarat2 tolong aku didapur..begitu jugaklah adik2 dia yg mmg ringan tangan ringan tulang. Begitu anak akak SP, begitulah jugak mak bapaknya.
- Habit anak2 dara tu yg paling aku tak gemar, melonggok kain baju yg dah pakai kat lam bilik air..means lepas mandi dok tinggai jer berlonggok2 kat situ..tuan rumah yg dok masukkan dalam mesin, dok sidai.......apaadaaaaa
- Yg pasti berada di sana aku rasa seolah berada di rumah sendiri. Sbb akak SP yg ni mmg sporting giler. Aku bangun pagi buat sarapan terus mengikut apa aku nak masak. MIL yg ada kat sana pun tak le ganggu2 suruh aku wat macam2...Itu yg best. Kalau kat umah MIL pg2 dah suh aku buat itu, ini...walhal aku tau masak memasak tu mmg tugas rasmi aku kan
- Since aku masak lauk untuk meja pengantin suka hati aku sbb sumanya abis licin!..sampai takde balance. SP pun melahirkan rasa terkilannya sbb tak dan nak rasa desert yg aku buat.....tp weekend ni akan ku buatkan lah untuk dia..sian. Begitulah adanya, aku malas nak cerita pjg2 pasal percutian kat sana. Yg pasti masa balik akak SP dan suaminya bekalkan beras, minyak, gula dan mcm2 barang dapur..smpai penuh keta!. Kat kawasan felda tu kalau ada kendri kendara jiran2 akan bagi brg2 dapur memacama sampai penuh satu rumah. Belum lagi tit bits, kek, kerepek ntah hape2 lagi...mmg dah jadi kebiasaan dorang. Yg pasti anak2 aku gembira sbb Pak Ngah mereka bagi sorang RM20 seblum balik. Aku puashati, walaupun tak dpt bagi byk RM pada mereka at least aku dgn SP spend byk masa menolong dorang dgn anak2 sedara yg sporting mmg best...tak sampai sebulan dari skg pulak anak sedara SP yg sorang lagi pulak nak kawin kat Felda jugak tp kali ni kat Gemas. Sbb time sekolah mmg aku tak dapat cuti pjg mngkin 2-3 hari jer....mmg tak sabar nak tunggu pasangan ni naik pelamin..bertahun2 dgn mcam2 dugaan dan cabaran..putus, sambung, putus and sambung. Yg pasti aku telah bejaya menjadi org tengah mendamaikan mereka berdua bila mereka hampir2 putus buat kali kedua..jodoh mereka panjang insya Allah. Bdak2 biasalah, ada angin ada mood. Pasang surut org bercinta katakan. Yg pasti keduanya menerima nasihat dan teguran dgn hati terbuka. Mmg aku mendoakan sgt2 moga2 sampai ke jenjang pelamin depa tuh...Addeelyn dah pun buat assement test hari tu kat dyslexia assco. Dorang recommend untuk dia dok the class for 3 bulan and cuti dari sek biasa. Cumanya aku kena fikir. Sek tu kat Titiwangsa..8 am -12.30pm, mana pulak aku nak letak lepas tu??..dgn perangai hyper dia yg makin menjadi2 satu masalah nanti nak bawk dia ke off ku or ke off SP. Aku tgh mencari2 alternatif lain. Dgrnya di sek berhampiran rumah ada menawarkan kelas untuk bdak2 mcm ni..haruslah aku mensurvey sabtu nanti. Kena juga bg dia join the class sbb teknik dan method pembelajaran tak sama di sek biasa. Moga2 lepas tu dia bole menguasai 3M dan bersekolah di sek biasa. Apapun keputusan nya nanti, harus aku pikir for Pro and kons. Yg pasti aku nak dia menguasai 3M tu sepenuhnya barulah hati ku senang. Ujung minggu dah makin hampir. Minggu ni kami bercadang nak berehat2 dirumah saja. Dah la mggu lepas penat di sunway Family day tmpat keje SP. Dgn org hampir 4000 org mmg havouc giler..aku langsung tak rasa excitementnya. Nak mandi pun penuh dgn anak beranak EON bank sja. Yg pasti Kak dibah Noor mmg superb hari tu..dapat gak aku amik gambar sekeping dgn dia..heheheh Hari Sabtu ni aku ada appointment kul 10am dgn Learning Centre for addeelyn. Spt plannya, nak bangun lewat sikit pi appointment then off to Sri Gombak lunch kat Mak Usu asam pedas....kalau takde apa halangan..dah berapa kali plan nak kesana tak jadi2..harap2 mggu ni jadi........ Tak sabar nak ke hujung minggu..nak berehat. Nak merelek kan minda......................
June 2, 2010
Selepas 20 tahun........
May 10, 2010
Selamat Hari Ibu...
April 15, 2010
Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD or AD/HD)
April 12, 2010
Adaaa aku kesah???
Aku dah merapu ni...sbb nak lepaskan rasa geram yg tersirat ni..pendek kata, live your life le..kami idup pun tak pernah mintak simpati sesiapa..yg pasti suma yg kami beli, suma yg kami bg anak2 kami makan adalah hasil dan sumber yg halal...dgn itu kami mohon kerberkatan jer..Insya Allah.
April 9, 2010
Kutu Hampeeh...
April 6, 2010
Adventerous...anyone ???
Dulu masa bujang2..masa takde tanggungan, masa takde anak2 aku mmg orgnya adventerous. Panjang bukit, redah hutan, camping, climbing, jungle trekking...apa jer yg aku tak buat. Masa tu sumanya penuh bersemangat, penuh tenaga sbb first and foremost...takde benda nak fikir. Takde benda yg diingat. Tp bila dah tua2 ni, anak2 makin membesar ttba semangat adventerous aku tu gone mcm tu jer. Pertama aku fikir, aku dah nak approaching angka 40 (ehem2 walaupun still ada 2 tahun lagik), kedua bila aku dah jumpe 2-3 helai uban kat kepala....ketiga bila aku selalu fikir perkara penting dalam hidup aku sekarang ni ialah keluarga dan anak2. Jadik aku rasa benda2 tu suma dah tak menarik minat lagi. Adventure for me now ialah jaga anak2..pekik kat anak2 kalau dorang gaduh dan nakal dan tentunya menghabiskan masa2 yg ada dan terluang tuk bersama keluarga dan anak2. Aku lebih rela abiskan masa bawak anak2 berjalan2..bercuti or makan2 ataupun nengok wayang (walaupun selalunya aku lah yg paling tak enjoy) tp demi anak2 aku tak kesah.
Bila ada kwn2 aku yg start the new life at fourty dgn merempit aku agak terkesima. Bukan sbb apa, pada aku merempit tu bkanlah cara yg betul untuk menikmati hidup kita yg ada ni. Sbbnya aku fikir marabahaya nye. Buatnya masa merempit tu eksiden ler. Ajal pulak sampai, apa jadik gaknya dgn anak2 kecik yg kat rumah tu..?? mmg lah ajal maut tu ditgn Allah tapi aku tak sanggup menggadai risiko begitu. Masa naek keta kabel kat genting tu pun kecut perut aku walaupun masa tu satu family ada. Aku dok fikir kalau ler jatuh, mati katak ler aku. Jadik aku rela berfikiran negatif untuk benda2 begini. Sbbnya aku TAKUT.
Aku kena terima hakikat kot skg ni, umur makin meningkat, tanggungjwab makin berat. Jadik aku tak tefikir nak enjoy diri buat perkara2 begitu. Kalau ada pun aktiviti2 yg nak dibuat semestinya aku kena ambil kira anak2. SP pun mcm tu, kalau dulu2 dia suka memancing sampai memalam, ikut kengkwn, skg ni tak lagi. Sjak ada anak dulu semua aktiviti dia kat rumah jer. Paliing tak pun menebeng dng kengkwn kat kedai mamak. Dia pun dah tak adventerous lagi mcm aku. Paling adventure pun aku rasa pi keje balik keje naek moto. Sungguh risiko nya pun agak tinggi gak, tapi aku selalu berdoa jer semoga aku selamat pi keje dan balik keje. Bkan tak terfikir kemalangan ke apa, cuma aku takmo sgt membayangkan benda2 yg tak elok. Aku masih fikir untuk pi kerja sbb nak cari rezeki untuk anak2 untuk keluarga. Dan sbb tu jugalah aku beli insuran tambahan. Mana tau kalau2 ada perkara tak diingini berlaku ada gak sket2 untuk bdak2 tu karang.....bkan mintak tp sekadar bersedia.
Biarlah org nak kata apa. Aku tak kisah. Biarlah aku tak enjoy the daring excitement mcm gitu. Biarlah org kata aku x tau enjoy the life...bagi aku, my enjoying life tu dah lama berakhir sejak aku berkeluarga. Biarlah kami enjoy the life dgn cara kami sendiri. Yg pasti dgn cara yg less risky...............
April 4, 2010
Appraisal...after 3 years, I m still here
March 23, 2010
menci...
Aku ni jarang benci and menyampah kat org. Tapi kalau aku dah benci, dah menyampah kalau bole sore org tu pun aku tak hingin nak dgr. Ala2 watak ibu mertuaku tu.."kalau ko aku dah tak suka..keturunan ko pun aku tak suka ". Aku rasa statement "first impression matters" tu for me betul2 sgt lah. Aku bkan ler tak suka dgn org kita, tapi kat sekor mat salleh kapiaq yg ada kat off aku nih.
Masa mula2 dulu ada sekor mat saleh lain yg dok kat tmpat dia. Aku totally respect kat mat tu yg biarlah aku nampakan si Brat jer. Brat ni low profile, tak suka huhahua..just buat keje dia and buat hal dia jer. But yet still ada high respect kat suma org kat off masa tu. Brat tu Engineering Manager yg handle regional belah2 Asia tenggara ni. Brat tu juga anak emas Regional mgr masa tu..just becaus abg dia one of the director kat company HQ kat Houston tuh. Jadik bila Brat kena balik ke Houston dtg ler mamat si botak ni. Mmg dari mula dulu dia pun botak cam tu..licin giler kepala dia. Masa dia stat2 dtg off lama dulu, sombong nak mampus.Tegur pun tak. Mcm bagus sgt la konon dia tu. Masa tu aku dgr dia datang dari Baku, Azerbaijan. Patulah pun tempat jin bertendang. Seblum Brat belah adalah dorang hand over gitu2 jer. Masa tu pun aku tak peduli lah pasal dia sbb dia bkan bos aku. Masa tu Sid ada, ada pun ada lagi..tentunya JLO pun ada gak. Sid mmg report kat dia directly so byk keje dorang mmg berkait2. Si botak ni mulut dia mak ai...celupar sungguh. Klau ada ler perbandingan keceluparan dia tu...ala2 azwan ali gitu. Tak peduli..maut pnye ayat kalau kuar dari mulut dia. Lpas tak lama adik angkat si JLO pulak masuk. Apalagi menjadi2 ler aktiviti JLO dgn sibotak dan si adik nya tu. Gugu gaga...gospen, gospan, mcm2 lah. Pendek kata depa 3 org ni selalu abiskan masa berborak bla bla bla..berjam2 lamanya.
Sid tak bape nak ngam dgn botak tu, tapi adik tu bkan main lagi. Pendek kata rapat giler..sampai suar dalam kale apa pun nk ckp lah. And botak ni pada aku selalu buat suka hati dia jer kat off ni. Nk kuar gi mana, gi gym..dtg keje naik beskal, bwk beskal naik kat off. Klau dia saliin baju tu, baju tu terbiar je kat depan pintu bilik dia tu...sungguh selekeh..dah kwin mamat tu. ada anak pun. Salah sekor anak dia pun lahir kat sini. Sibotak ni pnye mulut mmg tak de insuran. Klau nak ckp tu maen lepas jer..dan sbb tu lah gak sid blah pi tmpat lain. Adi jgn citer lah, ada je benda yg botak tak suka kat si adi ni, sampai ada satu ketika bila adi tertidur kat off, si botak ni dok panggil suma2 mat saleh lain tgk...buruk betul perangai.
Botak dgn JLO amat2 lah rapat. Aku rasa mcm dorang ada skandal lah pulak..tapi aku tak amik port; lgpun botak is not my boss aku peduli hape...satu hari aku di arahkan buat arrangement logistik antar barang dari Spore ke Brunei. Aku tak diberitahu detail barang tu. Jadik bila engineer suh aku arranged aku tnye suma2 via email bole ke pakai DHL. Si botak dgn konfiden jwp email aku tu "approved"..bos aku pun jwp yg sama..Mana tau lepas arrangement done, bill DHL tu RM25k ...mampus aku. Bkan main laai sibotak membebel, marah2 aku..aku wat bodoh jer.. Sbb aku rasa aku tak salah. Bila dia tnya "ko taktau ke benda tu besi..berat nak mampus" katanya..aku selamba katak jer jwp..tak tau pun..dorang tak ckp, takde sapa tau.. engineer tu pun rupanya tak tau.........wallaahai, kecoh giler si botak menjaja cerita aku buat arrangement suka2..aku diamkan jer..aku buat bodoh. Bos aku pun buat bodoh..sbb aku rasa dia tau dorang pun salah sbb reply "Approved"..tell me skg sapa yg bodoh?..nape tak baca email tu betul2..napa tak ckp masa tu benda tu besi and berat...??napa napa? terkesima gak aku, tapi aku pegang prinsip berani kerana benar...
Lepas dari insiden tu aku jadik semakin menci kat si botak tu..membuak2 kebencian aku. Bg aku dia ni org putih yg berlgak ckp ikut sedap mulut jer. Dan bila aku dgr dia nak berambus, kena pindah kat dubai aku gembira sakai dalam hati. Tak sabar2 aku nak tgk dia blah dari sini for good. Dahle budibahasa takde, manners pun ntah ke mana..bayangkan kalau dia selsema tu satu off ni bole dgr dgn kuat dia menghembus hingus dia tu eeeeeiiiiii.
Yg aku tak leh paham kdg2 aku rasa dia memandang sinis jer kat aku. Mcm aku ni jahat sgt ler kat off ni. I bet mesti JLO cerita mcm2 kat dia pasal aku. Tpi i dont give a damn..afterall dia bkan bos aku ..pedulik apa. Yg aku perasan ada bberapa kali bos aku bengang gak dgn si JLO tu sbb dok ckp and cerita memacam kat botak and botak dok sampai kan kat boss aku....well aku tau bos aku tak suka..tapi dia takleh nak ckp apa just because..kaler dorang sama....dari bulan 2 aku tgk tak berambus2 si botak tu...dgr2 pulak by April. Bagus sgt2. Pengganti dia mat saleh tu pun dah dtg, tp aku pun rasa semcm jer mamat tu pandang kat aku..mesti botak dah cerita memcam pasal aku kat dia...for me..I dont give a damn lah.
Lagi satu aku menyampah dgn botak ialah, selalu sgt mengutuk mesia ni gini..mesia ni gitu..mcm UK tu bagus sgtlah??. Tak sedar dia kat sini menumpang carik makan nak ckp byk. Ada sekali aku dgr driver dia cerita, keta nazaria yg company sewa untuk anak beranak dia tu dah rosak roof top dia...sbbnya anak dia yg mcm hape tu dok main bkak tutup gaknya...yg paling skit hati..ada ke dia kata..nilah keta mesia hampeh...issssh rasa nak ku cili jer mulut dia pakkal la dia tu mat salleh..tapi dasar tak sedar diri.
Yg aku tgk kat sini ada 2-3 ekor gak warga Britain tp perangai tak seburuk dia pun. Even boss aku pun Scottish gak tp mulu bersopan giler takde celupar mcm tu. Ada sekor lagi Irish..ckp pnye polite, takde pun celupar..eeeiii menci aku kat botak tu makin membuak2 tau...aku sampai tak sabar nak tgk dia berambus jer dari sini.
Org mcm ni pun ada..dah ler dtg negara org, carik rezeki tapi berlagak giler. Kdg2 dgn customer pun dicarutnya...apa pnye org???.....nasibla ko botak..kalau ler kepala ko tu mcm bole bole je ku campak kat bwh tu...isssh....
March 22, 2010
Nak Cepat kaya??
Jenis Ahli : Single Pack
Kuantiti Pek : 1 pekHarga : RM342Tempoh Keahlian : 1 bulanLayak : dapat sponsor bonus RM342 kalau sponsor Silver dan RM950 kalau sponsor Ultimate
Pendapatan Maksimum Mingguan : RM3800
Business Package Membership.
Jenis Ahli : Silver Pack
Kuantiti Pek : 6 pekHarga : RM2052Tempoh Keahlian : 3 bulanLayak : dapat sponsor bonus RM342 kalau sponsor Silver dan RM950 kalau sponsor Ultimate
Pendapatan Maksimum Mingguan : RM38,000
Jenis Ahli : Ultimate Pack
Kuantiti Pek : 15 pekHarga : RM5130Tempoh Keahlian : 6 bulanLayak : dapat sponsor bonus RM342 kalau sponsor Silver dan RM1520 kalau sponsor Ultimate, dan layak untuk semua bonus di dalam VeMMA
Pendapatan Maksimum Mingguan : RM95,000
Anda diberi masa 90 hari sahaja untuk upgrade kepada status Ultimate Pack bermula dari tarikh anda sertai sebagai 'wholesale membership'. Anda cuma perlu membeli pakej Ultimate Pack sekali sahaja sepanjang hayat anda dalam business Vemma, ini bagi melayakkan anda menerima kelebihan yang ada dalam Ultimate Pack. Selepas itu anda cuma perlu membeli Single Pack sahaja.
Cara Untuk Upgrade kepada Ultimate Pack.
First Time
1) Klik pautan Jumpstart your business with advanced builder packs semasa anda mula-mula ingin sign-up menjadi ahli.
2) Pilih Asia Ultimate Builder Pack.