July 31, 2012

Sabar lah Hati, Tabahlah dulu..

As for now, nothing...totally nothing. Takde pun kata nak bagi apa2 surat. Hatta kol pun takde.  Jadi aku ni skg seolah2 macam digantung tak bertali.  Hati meronta2, menyampah, sakit segala mala ada terkumpul dari sedikit terus menjadi banyak.  Sabarlah hati.

Takkanlah aku nak bising2 to the company and asking kenapa tak buang2 aku lagi ni? . Kenapat tak come out with apa package korang nak beri ni?.  Sengaja korang menyeksa hati dan perasaan aku yg sudah sekian terluka. Sengaja ko tabur garam pada luka2 itu agar aku berasa sakit. Lantas tak tahan dan berlalu pergi?.

Setelah ko pujuk rayu tak menjadi, apakah korang sedang memikirkan strategi baru untuk membuat penyingkiran secara halus pulak?. Byk sungguh drama korang ni. Pandai sungguh korang2 suma berlakon sampai aku sendiri pun dah tak tertanggung.

Buat pertama kali dalam sejarah aku bekerja, nak datang hehari dgn seribu kemalasan. Dengan seribu rasa payah, ralat dan terkilan.  Tpi demi Sabar, ku turutkan jugak.  Ku gagahkan  jugak. Walaupun rata sana sini jenab dah pukul canang.."tak la ma lagi dia kat sini"...apa ni?

Hakikatnya sekarang apekah aku yg nak pergi or jenab sendiri mmg punya rancangan utk suruh aku pergi.  Tak rugi juga aku berbaik dgn meenachi.. memacam cerita aku dapat, memacam kebenaran terbukak satu persatu. Now aku tau , kenapa lah jenab x suka sgt dgn aku ni. Walhal dulu, dia beritau kat org aku ni bagus, attitude keje bagus. Tak dengki org, tak ckap banyak..tak busuk hati dan segala lagi..tpi sekarang dia pulak nampaknya beria2 nak suruh aku keluar dari sini..which YES, aku pun eager sgt nak keluar. Aku dah tak lalu nak layan pelakon2 tambahan ni suma. Hehari aku muak melihat gelagat mereka ni.

Ada kwan aku bilang, aku bodoh. Tak mau belakon mcm mereka seolah mcm takde apa terjadi. Maaflah, aku bukan pelakon. Aku juga bukan hipokrit mcm mereka. Bermuka2 di hadapan. Walhal di belakang.  Benar, aku x bole berpura2. Tu bukan sikap aku. Aku rasa rimas, rasa bodoh kalau berkelakuan spt itu.  Biarlah semuanya berlalu dgn pantas. Itu je doa aku setiap hari.

As for now, aku tak memikir sgt pasal kerja lain. Aku cuma memikirkan apa hak aku yg sepattut aku dapat, sekali dgn keluar dari sini buat selama2nya. Takkan berpaling lagi.  Melihat semua yg tinggal.  Hati ku sakit, luka parah dan berdarah sudah diperlaku begini.

I am mentally tourtured now.  Moga2 aku mampu bertahan sehingga ianya berakhir insya Allah........

July 30, 2012

Mari teruskan Kehidupan.

Hari Jumaat lepas, minah HR tu antar email kat aku tnya apa keputusan aku. Lepas aku kata tetap tidak akan antar surat tu tu dia reply balik email aku.  Dalam email tu aku ada mentioned pasal ketidak adilan yg company buat pada aku seorang.  Dan aku pertikaikan tindakan dorang tu.  Minah tu reply kata, takde niat nak menganiaya bagai tapi cuba nak menolong (?..nolong hape, nolong company jimat duit ye lah kan).  Lepas tu aku reply balik kat dia.  Aku bgtau, aku malas nk cerita macam2, panjang lebar pasa konspirasi bla bla bla...tp hakikatnya itulah yg aku rasa. Bahawa sebagai pekerja aku berhak menuntut keadilan setelah berkhidmat selama 5 tahun lebih kat sini kan?.  Aku juga copy balik ayat minah tu...

"You will be given severance pay irrespective you resign on own or otherwise. We don’t under cut / treat people unfairly. The only difference is you get the assistance for alternative employment"

Kalau ko betul2 jujur, ko dah explain from the beginning kan apa option yg aku ada. Sekarang ni, aku tak mau antar surat berenti so, up to company to fikir.  Dia mcm bengang. Cam upset kenapa aku tak nak terima kononnya bantuan yg dia nak berikan.. Blah lah kan.  Dia tak berani reply in writing, dia kol aku.  Haa, mmg aku bantai la cukup2 kan.  Dia macam bengang kenapa aku tak nak terima offer dorang tuk carikkan keje lain dan antar surat berenti?..Jawapannya, suka hati aku lah kan.  Ko x leh nak paksa2 aku begitu.  Lagpun, aku tak rasa aku nak keje buat masa ni. Memikirkan ni bulan puasa, tak lama lagi nak raya so aku tak de hati nak carik keje skg ni..Gitu aku kata.  Tapi aku nak company beri aku satu surat yg menyatakan aku disuruh berenti..bukan aku yg nak.  Bole pulak dia tnya untk apa..aaaiik? suka hati lah kan, mana tau lepas beberapa bulan aku nak carik keje aku kata -ceh..haha.  Bila dah dgr gitu, bole pulak dia kata..no problem..u can put my name as reference..yuck? buat apa? takde masa nak layan.


Jadik thats it, lepas dpat keputusan aku tu dia kata kena diskass dgn boss2 aku dulu baru comeback with the package suka hati ko lah kan..

Ptg jumaat tu jugak ada dept meeting dan aku menyampah betul nak mengadap muka bos aku yg berlakon macam takde apa2 walhal kat belakang sekongkol sama si Jenab.

Si Jenab pulak kan, aku tak tau macamna minah tu bole hidup dgn berlakon sebegitu rupa. Hari Jumaat tu aku pi jumpa dia pas MC, siap ramah mesra tnya sakit apa bla bla.  Dan bila aku pulangkan balik laptop company bole pulak dia tnya, U dah taknak guna lagi ??..apa pnye org la gini?. Lantak dia lah. Malas aku nak fikir apa lagi.

Hari ni pun aku dtg keje buat syarat jer. Aku tatau la sampai bila dorang nk simpan aku kat sini kan...tp hati meronta2 ingin dibebaskan segera..ofkos berserta $$$..jgn lupa tu..heheh

July 27, 2012

Terima Kasih, Saya sayang Kamu Semua

Assalam kawan2.  Terima kasih atas keprihatinan kamu semua pada ku.  Insya Allah aku baik-baik ja.  Rahamat bulan Ramadhan, inilah dugaan dan ujiannya pada hamba2 terpilih.  Tipu lah kalau aku kata tak risau langsung, mmg ada sedikit kerisauan. Tapi aku  berfikiran positif. Insya Allah semuanya akan baik-baik belaka.

Hari Selasa pagi tu, aku mintak khidmat nasihat dari En Ali, bekas HR Manager kat agen company tu.  Pepagi buta aku kol dia. Alhamdulillah dia bagi tips dan nasihat apa nak buat.  Basically, kalau company nak suruh kita berenti begitu je, dorang kena beri compensation /saguhati bukan bole suruh2 or paksa2 org berenti begitu.  Mengikut en Ali, perkiraannya lebih kurang setiap tahun berkhidmatan bersamaan dgn sebulan gaji. Jadi kalau 6 tahun = 6 bulan gaji.  Campur 2 bulan notis. Aku selayaknya mendapat 8 bulan gaji!!!.  dan tax  haruslah aku mintak di tanggung oleh company kan.  Aku tak sangka En Ali masih dapat mengingati aku sapa biarpun dah hampir 10 tahun aku tinggalkan company agen tu. 

Jadi sepanjang hari selasa tu aku abeskan masa tgk online tibi, facebook, sembang sama kwan2.  Buang masa sebaik2nya.  Ada benda2 yg masih pending for invoicing tu aku selesaikan.  Semua personal2 files dalam computer aku, aku musnahkan. Semua gambar2 aku dalam PC jugak aku transfer to pendrive or delete, aku cuba sehabis mungkin setelkan mana2 patut.

Dalam pukul 3 lebih gitu, aku dapat panggilan.  Panggilan untuk menghadiri temuduga.  Kat satu syarikat oil and gas jugak yg lebih kurang sama besar mcm co ni. Ya Allah, sungguh aku tak sangka resume yg baru je beberapa hari diantar kat mereka thru jobstreet dah dapat panggilan. Mereka suruh aku datang hari khamis kul 10am. Betapa professionallnya syarikat tu, sbb antar thru email confirmation lepas tu siap invite kita thru the calendar.

Hari Rabu tu seharian aku tak buat apa pun..lepak cam org giler. Sbb langsung takde apa nak buat.  Aku sepatut kol HR agen tu tapi aku malas nak berbuat demikian. At the first meeting tu aku dah ckp aku x nak antar surat berenti. Tpi dia yg paksa aku untuk berfikir dan come back to dia. Since my decision remain unchanged aku tak nampak why should i call dia kanss?. Pi lantak la situ. ada aiman kesssah pung??

Hari Khamis -semlm, aku sengaja la amik MC.  Abis nak pg interbiu kan. Karang amik cuti krang kena tolak pulak duit aku hahaha...aku decided to pegi interview dulu, lepas tu baru pi klinik panel SP amik MC.  For the first time ever, pagi tu aku sms jenab kata aku MC, haram tak berjawp pung!!. Ada aku kesah pung?

Sp antar aku ke tmpat tu, kat Damansara Heights kul 9 gitu.  So happen bangunan tu seblah je dgn bangunan syarikat cap ayam yg aku pi hari tu..Lucu kan?. Nk tergelak pun ada.Apakah ini dikatakan rezeki??.

So interview session start at 10 lebih. Dua org pempuan. Satu HR manager, Satu lagi Manager yg incharge nak amik org tu. It went well, Alhamdulillah. Bila 3 melayu berbahasa inggeris dgn fasih..sgt2 excited dan teruja...sampai giler2 kering air liur mak nak...Byk sungguh dorang tanya.  Dan soklan2 dan tips yg aku  baca malam tu..-rasa mcm nak pereksa tau study bagai. Semua soklan aku dah prepare jawapan dalam kepala tu keluar boleesss?..Aduh, dgn yakin dan konfiden mak taw..ahaha

Aku suka HR manager tu. Dah la cantik, bersopa dan sungguh polite budi bahasanya.  Byk sungguh benda2 dia tanya.  Perkara dorang paling pelik, kenapa aku leh tahan kat sini 4 tahun takde increment?.  Camne ko hehari pi keje dan fikir pasal tu apa aku rasa,,..kata HR mgr tu.. well, jawapan aku mudah jer.  Kadang2 bila kita rasa environment tu ok, Keje ok..stress? kat mana2 pun stress..dan kita pulak sentiasa berfikiran positif pasti kita dapat lalui tu suma tanpa masalah. Jadik tu lah yg aku buat ..aku kata lagi, aku fikir aku ada tanggungan..ada anak2..jadi aku kena keja.  Keje biarlah ikhlas. Bila kita suka dan ikhlas buat keje kita baru kita rasa takde beban dalam hidup ni..terpana HR manager tu dgr u olls..hahaha. Ikhlas dari hati aku mmg itulah jwpannya..

Manager lagi satu tu tak ckp byk sgt. Tpi dia ada ckp, kalau berdasarkan apa yg aku ada, pengalaman, ciri2 yg dorang nak mmg ada kat aku . Tapi, mereka masih perlu berbincang lanjut ktanya...Last seblum wrap up interview tu, HR manager ckp gini ..KALAU u berjaya pada sessi temuduga ni, next round u akan jumpa director HR Asia Pacific. Masa tu apa yg u nak nego ke tnya ke apa...u bole tnya dia..TAPI provided u pass thru lah ..then dia gelak.  We need at least 5 working days before could made decision katanya.

Last seblum blah, aku salam2 dgn dia dlu...then dorang bagi aku bisness kad dorang.  Yg HR manager siap antar aku kat pintu..siap ucapkan selamat berbuka lagi..haha, teringat2 jer aku dgn minah tu taw..dah la cantik, lawa, sopan..baik dan berbudi bahasa..Aku suka sgt tgk muka dia yg sweet tu....

Lpas abis tu aku pi off SP naek teksi dan terus pi jumpa dr kat klinik panel dia. Mmg dari pagi perut aku sebu jer..ada ase nak muntah2 skit. Bila muntah sikit jer ase masam..ase yogurt. Maklum masa sahur tu aku tibai yogurt..cis.

Dr Suresh kata aku gastrik sbb tu rasa mcm tu. Check tekanan darah..Suprisingly, normal dan baik2 aja..Alhamdulillah..benda yg berlaku ni tidak sedikit memberi kesan pun pada tekanan darah aku rupanya. Dah bagi2 ubat apa dia nak bagi..dia yg offer aku..u nak rehat ari ni?..i bg u MC eh...Kanss...best dak?

Masa aku kat klinik, meena kol aku.  Pasal aku mc.  Jenab katanya kecoh korek dgn dia betul ke aku sakit ataupun sengaja..sejak kes aku ni, somehow aku dgn meena ok plak. Aku pun x leh nak salahkan dia kan. Bukan dia yg buat smua ni. Jadi antara aku dgn dia aku x nak ada rasa sakit hati apa. Aku pun bkan lama lagi kat sini..Mengamuk2 si meena ckp dgn aku perihal jenab. Tnya memacam katanya. Lantak ler situ.

Aku tunggu SP abes keje baru balik..tapi letihnya Ya Allah tuhan je yg tau. Dgn haus, loya dan mengantuk...SP ajak pi Mydin beli barang bdak2 pulak..alahai..panas berdengkang u olls nak jalan ke situ walaupun opis sp tu dkat jer.

Sblom balik aku singgah beli lauk .Aku betul2 tak larat hari ni. Adalah  bebrapa jenis aku beli...sampai umah lepas masak nasik aku  mandi ...letih giler. Mcm bdk umur 7 taun yg baru belajar puasa..sbb bebuka minum air mcm org tk ingat dunia....


Yg pasti smlm mmg panas u olls.  Tu la cerita aku smlm. Korang doa2kan semoga ada rezeki aku kat sana..Aku sgt terharu sbb ramai kwn2 yg sms tnya ..wish good luck dan mendoakan aku moga dimurahkan rezeki dan cepat dapat keje baru..Aku sayang korang smua...

Semoga adalah rezeki aku nanti kan..tak kat sana, kat tempat lain..Skg ni aku cuma tunggu dorang jer. Apa dorang nk buat dgn aku ni, terpulang..tp aku mengharapkan dorang cepat suruh aku blah dan bayar seperti mana aku patut dibayar..barulah mak leh releks, lepak2 kat rumah sementara menunggu raya, sementara nak carik keje lain..yg penting...RAYA HINDU...mana tak kalau dapat 8bulans u olls..peerghh tu dah 30k lebih tu!!!...waaaaaa..hahaha berangan..

Aku berdoa moga Allah permudahkan..mmg aku berdoa biar dorang yg keluarkan aku dari sini. Secepat mungkin..kerana hati ku sudah tiada di sini...wasalam


July 24, 2012

NYAH KAU DARI SINI!!!!

Aku pun taktau camne nak mulakan dgn kata2.  Tapi itulah kias kata dan perkataan yg aku dapat semalam biarpun secara halus sungguh menikam dan menusuk kalbu.  Tapi itulah hakikat yg aku kena terima as for now.  Biarpun pahit, aku kena terima kan. Sbb mmg dah tertulis begitu.

Smlm, buat pertama kali dalam sejarah aku  bekerja, aku solat dhuha kat office. Ya, despite of susah nya nak solat kat sini dpat juga.  These few days, aku mlm2 susah sgt nk tido. Mcm gelisah resah tapi tak tau apa. Sementelah dgn bulan puasa ni kan, aku nak tambah amalan2 sunat yg aku jarang or tak pernah buat.  Smlm, masa solat dhuha mmg aku mintak sgt semoga Allah tunjukkan...

Ya Allah, jika rezeki ku dilangit kau turunkanlah
Jika rezeki ku di bumi kau keluarkan lah
Jika ianya sukar kau mudahkanlah
Jika lambat kau cepatkan lah
Jika Haram kau halalkanlah
Jika Jauh kau dekatkan lah...

2-3 minggu ni mmg aku sense somthing going in dalam office ni cuma aku tatau apa dia. Bos baru aku Duan tu bila aku ckp dgn dia, dia mcm takut2 nak pandang muka aku..macam mengelak2 nak pandang mata aku..Jenab pun gitu..rupanya, mmg dorang rasa bersalah...

Smlm dalam kul 3 lebih aku disuruh jumpe HR lady dari agen company.  Company kitaorg kat MNC so tak bole pay gaji direct to us. So by paper, our employer ialah agent tu.  Which is local company.  Smlm aku dipertemukan buat pertama kali dgn minah tu.

Bila lepas sessi pengenalan diri gitu, dia tanya keja aku cam ne..apa perasaan aku keje kat sini..aku mcm dah suspect something dah..pehal minah ni..kata biz tak bagus lah.  Bullshit betul.  Aku buat revenue tiap bulan kan. Ofkos la aku tau. Aku kata gitu..cumanya bkn tahun ni jer tak bagus..dah 2-3 tahun kebelakangan ni mmg gitu lah..jadi kiasannya ialah company nak nyah aku dari sini..

Jujurnya aku takde terkejut sgt. Aku cam biasa jer. Ntah mana dapt kekuatan aku tenang betul Serius tenang.  Dia ada tnya keja kau skg..aku cakap betul la semenjak dua menjak ni mmg aku free n easy giler..mmg takde keje pun kans!!.

Bila dia cakap aku kena berenti aku tnya dia balik..apa alasan nya??...

1) Bizness tak bagus ktanya
2) Aku takde keje dah...


Bizness tak baguss??...bukan mmg dari dulu tak bagus ker? why now nak suruh aku blah?. Dah 5 tahun tau aku kat sini.

Aku takde keje??..first of all, siapa punya plan tukar meena masuk dalam..buat keje aku separuh. Amik reception baru?. Sapa pulak yg rancang supaya aku buat keje dept lain?..dan kenapa baru skg ko nak kata begitu. Sdgkan masa mula2 ko bgtau aku in Apr dulu aku dipilih buat keje ni sbb aku very good with system?? WF (maaf, mencarut pulak di bulan yg mulia ini).

If aku takde keje pun tu mmg agenda korang dari mula untuk biar aku takde keje kan. Ko kata bizness tak bagus, tapi ko keep amik org?. Apa cerita?.  Please. Aku malas nk ckp2 lebih dgn minah tu. Dia bukan keje sini kan. Dia bukan tau pun..cuma aku sakit hati akan offer yg dia bg..

1)  Aku kena antar surat berenti -read me PAKSA...pastu dorang konon akan carikkan aku keje kat tmpat lain kat company lain..pastu company bayar 2 bulan compensation dan cuti2 yg aku masih tak amik tu.

2)  Kalau aku taknak?? aku kata, aku dah keje 5 thn. 4tahun takde increment pun. Takde aku bising. Jadik bukankah aku layak dapat lebih?.. Tau apa minah tu jwp..alah lebih2 pun 2-3 bulan lagi..WTF?? maafkan saya..mencarut lagi..haha

Aku kata kat dia, kalu korang carikkan aku keje then baru aku antar surat berenti??.NO dia kata..syaratnya antar surat berenti keje dulu baru dorang carikkan keje..abiss apa guarantee dorang yg aku akan dapat keje ?..tak berani pun nak bagi guarantee haram tak berani..abis kalau aku antar surat then 6 bulan -12 bulan aku tak dapat keje camne?? sapa nak tanggung?...dahla tak nak guarantee black n white..berani pulak offer benda2 gitu..aku tak ckp apa pun. Dalam hati, kalau aku nak carik keje kat luar insya Allah dapat. Cuma mgkin less sikit la pay nya..alah less 300-600 ..apalah sgt..AKu redha jer..tpi haruslah aku dapat compensation kan?.

Minah tu bengong -maafkan saya..ada ke hulur tisu kat aku. Ingat aku nak menagis meroyan segala??..Alhamdulilah idak.  Walaupun ikutkan besar komitmen yg aku ada skg ni..tapi aku percaya...everything will goes well insya Allah..

Susah2, aku keje je sales girl kat JJ depan umah tu just for earning kan..lgpun burden aku skg ni credit kad jer..so kalau dapat duit lebih tu aku leh bayar suma dan earning mcm dulu2..Alhamdulillah SP pun dah agak stabil skg...jadik pada aku takde yg perlu aku takutkan..Bumi Allah ni luas..kita kena carik jer..

Aku dah kata taknak bagi surat berenti..tp miinah tu suh aku  balik dan bincang dgn laki katanya..dan nakkan jawapan dalam masa 2 hari...means petang esok dia nak jwapan dah.

Sungguhpun aku setenangnya..dah tentu ia mengganggu kehidupan seharian aku kan.  Aku tak bole tido malam tadi..aku rasa kepala ku sebelah mula dah sakit..nyut nyut..

Aku mmg disayangi oleh kawan2...Alhamdulillah..mlm tadi tak putus2 panggilan telefon dari kwan2 beri semangat dan beri kekuatan. Yg ada bg tips camne nak handle..Most of them kata JGN BAGI SURAT BERENTI..if dorang nak u berenti..they have to give compensate. Sbb kita diPAKSA berenti..gitu.

Dah la bulan puasa aku ni makan x berapa sgt..ditambah dgn citer ni langsung aku x selera nak makan ...tapi aku fed up sgt bila aku uplod gmbar smlm tu mcm2 tuduhan dorang kat aku..Kuat melantak lah..kenduri lah..hakiktanya smlm aku masa kari daging dan buat sambal tempoyak jer..Selebihnya baki sahur dan org yg beri..tapi manusia kan, cepat sgt menilai....aku menyesal upload gambar tu..maklum fikiran aku runsing..walhal sblum  ni aku tak rasa pun nak upload gambar..just tulis je apa menu2 aku berbuka..

Malas nak tambah sakit kepala  yg sedia sakit, aku delete terus gambar tu..Puas hati!!;

Pagi ni aku kol Pej Buruh tanya permasalahan aku..Suprisingly pej buruh cuma akan fight utk pekerja yg  gajinya 2.5 kebawah jer...so untuk kes aku yg gaji dah 'bnyaaaak sgt' ni tak bole. Aku  kena refer balik kat offer letter tgk ada ckp ke dak..Masalahnya dah 5 tahun..aku pun tatau lah mana pi nya offer letter tu.  Lepas tu aku kol kwn aku yg penah kena dulu..si Madi..madi cerita pasal kes dia..sudahnya dia cuma dapat 3 bulan jer.. instead of 9 bulan yg dia mintak..so madi soh aku kol Industrial court..bila aku kol sana dorang suh refer kat jab buruh plak..sbb gaji aku less than 5k..adoooh..

Jadiknya, aku kena bg jwpan kat minah tu petang esok. Aku mmg taknak bagi surat berenti tu..kalau company nak aku berenti, dia kena bayar sbb dorang yg nak aku berenti keje kan.

Hakikatnya mmg selama ni aku tgh carik2 kje jgak. Yg ada dapat tu ..tu lah yg aku citer ari tu..tapi masa tu aku xtau masalah ni berlaku kan..lgpun company susah nak solat gitu cam ne..Kata minah HR tu dorang kalau bole nak suh aku layoff 24hours..tp dia tak bagi. Nk mampus?? -maafkan saya..karang tak memasal kompeni tu dapat nama busuk kans..

Jadiknya..entahlah. Aku pun tatau. Keje lain blom ada dapat lagi. Kalau betul lah aku kena berenti jugak dalam masa terdekat ni aku pun tak fikir apa plan..blum ada plan....

Soul parnter aku..adalah org yg paling tenang dan aku admire..setenang dan sbar aku..dia 100x sabar lagi. Dia rilek jer. Dia kata, alah tak pe lah..ada jer nnti rezki lain, sikit pun dia tak risau..pada dia kalau dapat keje lain gaji kurang beratus2 pun dia ok jer..sbb selama ni pun dia je yg banyak keluar expenses..cuma aku bayar keta separuh dan bill2 jer...

Jadik tu jer lah...kalau dalam masa 2-3 hari ni aku dapat keje -Alhamdulillah..maybe i dont mind just amik jer offer tu dan blah. Tak kuasa nak fight bagai..Aku penat. Lgpun aku rasa buang masa aku jer..if company dah tak suka kau..apa ko nak tunggu lagi??

Jadiknya...for the time being..aku xkan antar surat lagi..tgk dulu berapa dia nak bagi..kalau bagus...aku amik..afterall my heart gone away sudah....

Doakan yg terbaik untuk aku..semoga segala urusan ku dipermudahkan..aku bertuah sgt2 sbb pnye kawan2 yg sgt concern dah sayang aku..risau dgn apa jadi dgn aku.. semuanya sgt marah kat company aku buat gini..terima kasih korang..mmg aku sayang korang.

2-3 bulan lepas bila dorang tukar portfolio aku..aku dah terasa somthing..masa tu aku fikir aku akan berenti dan carik keje lain..so byk dah aku clearkan. Byk dah barang aku bawak  balik..drawer aku clear..kalau ada pun sikit2 jer atas meja aku ni...Allah beri aku gerak hati..supaya bersedia.  Juga ALlah ada perancangan teliti..SP tak amik VSS...dia tak jadik tukar keje..Sbb Allah tau apa yg tersurat dan tersirat..rupanya inilah rashia dia..yg kami taktau..

Waalahu'alam...

July 23, 2012

Ramadhan Datang Lagi..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, kita dipertemukan lagi dgn Ramadhan buat kesekian kalinya. Syukurlah, Allah memanjangkan umur kita semua untuk merasa lagi nikmat dan berkat Ramadhan Al Mubarak.

Berpeluang menunaikan Solat terawikh pada hari Jumaat malam tu jugak.. Masya Allah ramainya org kat masjid, sampai penuh tepi2 jalan utama dgn kereta.  Masuk kedalam masjid apatah lagi..penuh sesak..ramainya org. Bersemangat memasing nak menunaikan terawikh yg cuma datang setahun sekali jer kan.

Telah diumumkan oleh imam tentang program solat terawikh utk tahun ini. Antaranya, menunaikan solat terawikh sebyk lapan rakaat. Lepas empat raakat ada takzirah..kemudian sambung lagi sebyk empat rakaat.

Sbb esoknya cuti, kami tunggu sampai selesai.  Imam2nya muda2 dan bacaan mereka dalam solat sgt mendayu2. Rasa menusuk ke dalam kalbu membuat aku sebak. Rasa insaf sgt. Sejak solat isyak mereka memulakan dgn surah al Baqarah dan disambung hingga ke solat terawikh.  Malam pertama selesai pukul 10.30pm.

Since hari pertama puasa bermula pada hari cuti, iaitu Hari Sabtu mmg besar sgt dugaannya terutama kepada seorang ibu mcam aku ni.  Cabaran nak mengejut suma untuk sahur adalah perkara paling pertama.  Memujuk2 anak2 yg masih kecik untuk berpuasa rupanya lagi berat.

Delin beria2 nak berpuasa katanya, berkali2 bertanya bila nk puasa.  Sahur pun bangun jugak, makan jugak.  Begitu jugak Amal.  Aku risaukan Amal benarnya sebb sering dia mengacah aku untuk tak nak puasa time hari sabtu dan minggu.

Pagi2 since mlm tak berapa nak cukup tido, lepas subuh lelapkan diri sekejap.  Sadar2 jer kul 9 lebih bila amal dok kejut aku , ma dah siang..sampai terang benderang. Tp mengejutkan sbb amal kata ayah takdek. Ayah keluar, pelik aku pepagi pi mana hari sabtu  begini.  Rupanya ada kerja memasang tiles kat umah kawan dia.

Delin, pepagi lai dah mengunyah kismis. Bila tnya puasa tak?? Puasa ..kuatnya jwp tp mulut mengunyah bukan main.  Aku kena terima hakikat yg dia tak paham lagi konsep puasa. Kena menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar hingga tenggelam fajar..mgkin dia ingat puasa tu bila tak makan , itu intrepetasi dia..mungkin.  Akalnya tak sejajar untuk memahami konsep sebenar mcm Amal, jadi aku biarkan aja. Tp tidak pulak dia makan didepan adiknya. Sorok2 minum di belakang. Delin, delin..sabar je lah.

Si Amal pulak, maybe sbb hari pertama lembik sungguh. Merengek nak makan dan berbuka dari tengahari lagi. Cabaran besar untuk aku terus memujuk.  Walaupun hampir kul 7 dia merengek nak berbuka sampai mengalir air mata..Tapi Alhamdulillah, sampai juga.  Aku lelap kejap lepas zuhur tu, mana tau kul 3 amal dah kejut, suruh stat masak!!!...kul 4 kejut lagi..sbb kesian, takpelah aku start jugak memasak kul 4 tu...kejap2 ke dapo..kejap2 ke dapo. Mengintai apa menu mama ......Cumanya mgkin sbb perut dah masuk angin..lepas buka  abes muntah segala.  Babysitter aku baik hati dok antar mee bandung pulak.  Bukan main lagi amal suka makan. Somehow aku rasa mee tu termasin sket.(maklum puasa kan)...tp aku tgk bdk2 ok jer bedal..sampai licin

Hari pertama berbuka mmg excited lah memasing nk makan macam2. Tu pun mujur tak gi bazar, lau tak mau abes diborong u olls. Aku masa hidangan2 kegemaran memasing. Jadi memasing makan dgn penuh semangat dan beria2.  Yg pasti kalau ada ayam masak merah mmg cerah mata anak2 makan.  Berkali2 amal memuji betapa sedapnya ayam masak  merah yg aku buat.

Hari kedua, agak lega sikit. Amal nampak bertenaga dan berkeyakinan.  Mana taknya, sahur aku suap dia nasik sepinggan. Just nak memastikan dia makan dan minum secukupnya. Kalau tak lapar nanti.  Seharian dia ok jer cuma tak sabar nak suruh memasak untk berbuka. Again, permintaannya ayam masak merah lagi..kali ni aku tukar sikit. Ayam masak sambal jer. Bosan pulak ayam masak merah hehari kank.  Aku juga amik peluang nak kopek bawang, blender cili segala..senang nanti hari keje balik dah terkocoh2 kan.

Bdak2 teringin nak makan kueh kata mereka..aku befikir2 apa lah nak buat, ttba dapat idea buat agar2 koko dgn kuih sago. .Agar2 mmg biasa dah buat tp kueh sago tu pertama kali u olls buat. Mana tak salu beli jer kan.

Mencari2 aku resepi dan cara nak buat..untung ada internet tu..hehe, then aku pi kedai runcit kat umah dan beli apa patut. Kul 3 aku dah stat bersilat di dapor.  Lepas siap masak sago tu aku kukus balik sekejap..mmg menakjubkan hasilnya. Selama ni aku buat tak pernah kukus balik tu pasal tak jadi..padanlah.

Lauk pauk mcam biasa jer.  Hidangan ringkas ala2 makan tengahari time ujung minggu tu. Tak sangka laku betul kuih2 aku..licin semua. SP yg tak pernah nak makan kueh tu pun berebut dgn anak2 memakannya.

Hari kerja, aku tak larat nak tunggu terawikh sampai abes. Jadi kami buat 4 rakaat jer. Bila stat tazkirah kami balik dan aku sambung lagi dirumah..tu pun dh dekat kul 10.  Smpai dirumah siap2 apa patut then aku tido. Oh, aku mmg jarang masak time sahur. Aku cuma panas memanas jer. Nasik pun sama. Kalu takde lauk or nasik jer baru aku masak.  Jimat masa dan tenaga, lgpun kadang beria2 masak pun bkan dorang makan sgt..makan ala kadar jer.

Ramadhan kali ni beri aku keinsafan sesgt. Mgkin teringat sbb first time puasa mak dah takde. Mgkin juga umur kertu yg beri keinsafan.  Seblum2 ni klau nak solat isyak tu lepas azan jer aku duk dendiam, malas nak buat solat sunat dua rakaat tu..tpi kali ni taktau kenapa..memula rasa malas sgt, tapi aku paksa diri..now Alhamdulillah..dah jadi biasa.  Imam baca ayat2 panjang2 sgt pun dulu aku tak suka..tp skg aku rasa sayu sgt...apalagi bila imam membaca ayat2 yg aku tau dan paham maksudnya..Ya Allah, selama ni aku tak suka..aku rasa jahil sgt...Moga2 ni berterusan...dan Ramadhan kali ni aku bersemangat sungguh nak buat solat2 sunat yg tak selama ni aku liat dan malas sungguh..yg selama ni tak pernah langsung aku buat..Solat Dhuha..Now, bila dah 2 hari buat masa cuti tu, aku usaha gak nak buat kat office...Mudah2an Allah permudahkan urusan aku ...baca2 pasal perihal hari kiamat kat web, kat FB buat aku insaf dan takut sgt2...Ya Allah, berilah kekuatan hati padaku, pada keluarga semoga kami semua selamat di dunia dan akhirat....Insya Allah...

Byk benda2 lain  juga beri keinsafan mendalam dalam hati aku ni..Seboleh2 aku tak mau terbuat dosa2 kecil spt riak dan takbur..aku ingin sentiasa  berasa jumud dan rendah hati, serta menunaikan puasa dgn penuh kesabaran, keazaman dan penuh keinsafan dan ketakwaan..mudah2an..Insya Allah...semua ini berkekalan walaupun di bulan2 yg lain nanti...


July 13, 2012

Update berminggu Punya..

Walaupun  tak ada byk keje langsung dan bole jer update belog ni ha, tapi entahlah aura kemalasan menjadi2, tak hengat. Main burung marah (angry bird pun bosan tahap dewa cam ne..Sbb takdo keje. Aku ni bukan bole men gem lelama..muak ah..

Memula mari kita citer pasal pejabat aku ni.  Keje takde takpe, aku meluat, nak muntak hehari doklayan drama yg lebih hebat dari senotron indon nada cinta tu..hish.  Kenapa yek, bangsa kelam tu mmg gitu ker? Kalu nak ckp tu suma menjurus ayat2 bodek belaka..tak tahan aku dgr, meluat nak muntah segala.  Morning sir, how are u sir, hows ur weekend sir...tu adalah ayat2 kipas yg aku naik muntah dgr weh..tolonglah.  Aku rasa mmg dorang ni biasa dari kecik dok kipas bontot org kot, so terbawa2..Tak kira lelaki or perempuan gitulah aku tgk. Cam sandiwara sgt tau.  Ada kala aku biarkan..ada kala aku tak tahan aku blah pi buat2 air ke..or gi toilet ke..sungguh mengjengkelkan issh.. Sabar jer lah aku kat sini kan.  Pasal keje toksah ckp la..yg meena ni ntah hape2..tapi biarkan jer. Aku malas nk komen or tunjuk apa2 dah..if dia tnya aku jwp..if not, dok dendiam..

Kat FB pulak..aduyai. Aku tatau lah lately ni aku emosi terlebih ke hapa. Tapi ada lah species2 yg mulut menyakitkan hati jer..komen sesuka hati, padahal kita kenalkan pun idak. Lenla cam ahkak geli ke..cam korang yg baca blog aku ni kan..ni tak..ntah mana2 datang. Suka2 jer. Pastu suka salah tafsir apa yg kita komen kat wall kita.  Org maksudkan lain, dia tafsir lain, sudahnya buat la statement yg mnyakitkan hati kita...issh..apa jenis maknosia gini eh, hidup tuk menyakitkan hati org lain ker?

Kat rumah pulak, aduyai. Aku taktau kenapa dgn si delin akhir2 ni.  Semakin menjadi2 perangainya. Mcam dah tak terkawal lagi. Aku tatau kat sekolah apa benda yg dia makan sampai jadi aktif semacam.  Dulu kalau lepas sekolah dia akan dok transit umah baby sitter masa amik petang elok jer salin baju..kadang mandi. Sbb aku bekalkan baju salin sepasang , tuala..Cuma akhir2 ni aku tgk dia langsung tak salin baju..langsung tak mandi uolls.. Ingtkot baby sitter ni malas dah , tak suruh. Tak amik peduli kans, sbbnya bby sitter pun lately menyakitkan hati jer. Ikut suka dia nak cuti, nak rehat bagai.  Ari tu masa cuti sekolah, aku dgn SP dah amik cuti smggu kami gilir2 saja la nak cuti kat umah dgn anak2 kan..seminggu tu tak antar bdk2 langsung.  Masa tu takmo pi memana bagai. Dah minggu kedua cuti tu baru la sbok nak cuti bagai. dah la masa tu kakak ada tuisyen . Takke terpaksa korbankan cuti sbb bdk2 takde org jga..sakit hati betul. Sedangkan masa tak antar sikit kita tak potong gaji kan..ni nak mintak cuti lagi..Mmg aku jenis tak berkira..walupun cuti 2 minggu tu aku tak hantar, bayar tetap menten tau..kita pun ada budi bicara kan, tolak ansur tapi kalu manjang gitu sakit hati lor!! tapi bersabarlah..(mmg aku ni kategori sabar gaknye..kehkeh)..ikut SP nak tukar jer transit kat umah org lain..tp biarlah..so dgn kes tu ditambah dgn keadaan delin bila kami amik petang..aku sakit hati. Mana tak tgk kawn tu bersinglet dan pakai kain sekolah lagik..malas nk bising2 biarkan jer lah. Mana taw satu hari si adik bkak cerita yg berbuih mulut baby sitter suh mandi segala..dia takmo..aduh

So skg ni gitulah peel si delin. Nak bangun ke skolah pnya la susah. Kadang kena gaduh dulu.  Kadang2 aku malas nak memikir sgt. Karang aku sakit pala. Karang aku stressed..so biarkan aja.

Bberapa hari lagi nak puasa dah.  Aku pun  blum sempat beli bahan2 basah lagi. Plannya hari ni lah.  Aku pun since leisure je kat opis dah stat2 copy paste resepi for an idea. Biasalah puasa2 kan hehari dok memikir apa nak masak. Fening tukang masak ni.  Nk harap beli..idak ler. Peristiwa satu rumah cirit birit ttap segar dalam ingatan. Akibat lauk beli kat bazar. Jadi, apapun aku ttap kena masak walaupun sempoi.  Sekurangnya dapat bawak ke sahur. Jarang sgt aku masak time sahur melainkan memanaskan aja..Senang.

Jadik sempena ramdhan tak beberapa hari lagi, ku ucapkan selamat berpuasa u olls. Semoga ramadhan kali ni penuh berkat ya..


July 5, 2012

Allah Kasihkan Mu...


Hari Selasa lepas aku bosan tahap cipan..takde kerjaan, tatau nak buat apa..jadik aku dgn dia meroyan seharian kat chatting..entah hape2 kami sembangkan. Kat bawah ni antara nya....sapa tau, mmg dia nak bersara...dan tukar buku baru. Buku di alam barzakh!!!. :'(  byk lagi komen2 post dia kat wall yg mmg beri petanda dia akan meninggalkan dunia buat selama2nya cuma kita yg hidup ni jer tak perasan..bila dia dah takde baru la kita perasan...


Adi Selalu Begitu ye nak tukar buku dah ni..
Anna Kirana bersara FB..haha..Biar betik@!!!!
  • Adi Selalu Begitu BERSARA FB MANA BOLEH
  •  
     
    Dia aku kenal kat fanpage sgbesar dihatiku.  Memula aku komen2 kat sana.  Dia admin yg buat page tu..dari situ kami berkenalan dan sering berjumpa. Maklumlah sekampung. Bila aku balik kampung ada masa dan kelapangan, kami akan berjumpa. Aku salu beri dia tshirt yg company aku bg kat client. Dia suka sgt..Kalau tak sempat jumpa aku tinggalkan je kat akak kat office akak ..Gigih lah nanti dia datang amik kat akak. Smpai akak pun dah kenal sgt dgn dia.
     
    Dia mmg tak pernah berkira dgn kawan2.  Tak kisah nak drive jauh semata2 memenuhi permintaan kawan2.  Aku pernah mintak tolong dia belikan sepasang arnab. On de way balik umah mak aku kata aku singgah amik. Tapi dia antarkan smpai ke rumah.
     
    Masa raya haji, aku kata kat dia..since dia jwatankuasa korban. Aku nak kaki lembu buat sup.  Nah, petang raya haji dia drive kancil macam drift formula one, antar daging berkilo2 kat umah arwah mak..antar 3 kaki lembu tuk buat sup. Sebulan lebih aku ngabiskan daging yg dia bagi. Byk sungguh!.
     
    Gitulah arwah..orgnya sgt menyenangkan hati, tak pernah berkira dgn kawan2. Biarpun kenal kat fesbuk, aku dgn dia rapat mcam adik beradik.  Kalau ada apa dia marah or sakit hati, or nak meluah perasaan aku lah yg dicarinya.  Kalau tak chatting kat FB, dia sanggup kol, kalau tak SMS. Gitulah.
     
    Selasa malam tu, dia masih keje lagi. Aku bukak FB kat umah, dia post something pasal org begaduh harta pusaka..dan aku pun komen..suruh dia dok jejauh..takut2 tak memasal dia pulak kena pelangkung...pastu komen tu aku tutup FB. Layan tv....
     
    Masa tgk syok tgk CSI, aku dapat phone kol dari HP..aku tgk no malas nak angkat. Memalam buta kol aku imajin tak penting la..so aku biarkan..aku concentrate kat CSI.  Sat tu sms masuk. Bila aku baca tu aku terkedu...CikenRool one of fb geng jugak bgtau adi dah takde..Aku pe lagi terus kol ciken....dia pun tak pasti betul ke tak..sbb dia kata dia kol HP adi ada org angkat bgtau adi dah takde!!.
     
    Aku kata kat ciken..ok nnti akak kol Obeng. Org paling rapat dan dekat dgn arwah. Pembekal jambu kat sg besar, tmpat aku salu amik jmbu ...org yg adi rekmen to be my fren list..gigil tangan dok carik no tel obeng dalam hp, tak jumpa!!!.  Dalam gitu, ttba kol masuk Obeng yg kol.. dalam sedu obeng bgatau mmg betul ADI DAH TAKDE....kul 9.30pm dia dah meninggal!!..
     
    Lepas dapat kol obeng aku terus bukak lappy. Sambil tu carik2 no hp Syuqri Fantasi. Tak jumpa pulak..padahal aku dah save no syuk masa dia sms ketika aku jaga arwah mak masa kat hspital dulu...tak jumpa gak..bila bukak Fb aku nmpak syuk online..terus je aku bgtau. Mcm aku gak, syuk tak percaya...bila aku kata adi dah takde..dia bole tnya apa yg takde??..Bila dia pun tak percaya, aku suruh dia kol obeng sendiri.....
     
    There you go..Kebenaran yg sgt pahit nak diterima but ia adalah kenyataan.  Gigihlah aku kol, sms kawan2 rpat yg lain..zilah,ida dan lelain..bila dah tau tak putus2 sms2 masuk kat hp aku. Suma pun nak kepastian!!. Sbb mereka suma tau aku sgt rapat dgn dia...
     
    Mlm tu aku plan dah dgn syuk nak ziarah jenazah esoknya..tapi malangnya esok paginya syuk tak sihat..mgkin mmg dah tak sihat ditambah terkejut pulak, syuk sakit..dia tak dapat nak join.
     
    Pagi2 lagi aku dgn SP dan siap kol office memasing amik cuti. SP sgt understanding faham apa aku rasa, dia sanggup teman aku balik kg kejap, amik EL semata nak ziarah jenazah.  Sbb dia tau mmg aku rapat sgt2 dgn arwah. Persahabatan yg tulus dan ikhlas ibarat kakak dan adik, justeru dia tak pernah rasa cemburu biarpun kadang malam, pagi, petang arwah sms, kol chatting dgn aku...tak pernah pun dia soalkan sbb aku pun rasa SP tau, arwah org yg ikhlas.
     
    Pepagi kami gerak. Aku janji dgn bebrapa org lagi nak jumpa kat simpang masuk ke kampung arwah tu. Aku tak pernah sampai lagi umah arwah..tapi aku tau kg nya kat mana.
     
    Kul 8 lebih kami suma dah berjumpa dan terus ke rumah arwah..sayu dan pilu sgt. Bila melihat sebujur tubuh kaku. Dikelilingi anak2 sedara nya yg sedang membaca yasin. Aku tgh uzur jadik aku takdapat nak baca .
     
    Sempat juga menatap wajahnya buat kali akhir. Tenang, bersih dan ada senyuman terukir dia wajahnya...masa nak keluar dari rumah arwah, terserempak dgn obeng. Obeng beritau kwn baik arwah Cikgu Isma nak jumpa aku...Cikgu isma lah kawan rapat arwah. Kemana2 dgn dia jer. Cikgu isma org terakhir melihat arwah pegi.

    Cikgu Isma kata, lepas balik keje kul 8.30pm (right after aku abis komen2 fb dgn dia) dia balik umah dulu..mandi dan pi umah cikgu isma. Konon nak pi kuar minum2 dan pi carik baju raya.  Ttiba dia kata penat dan berbaring kat sofa....terus mcm kena kekejangan, dipanggil2 namanay tak menyahut..mata masih terbuka tpi dah tak bole berkata...tak sampai lima minit..dia pergi..dgn  mudah dan tenang,,Masya Allah...mudahnya...
     
    Ramai jugak rakan2 fb yg aku jumpa kat rumah arwah.  Mak bapak arwah nampak tenang sgt...cuma aku teperanjat bila tgk abang arwah..rupanya saling tak tumpah...sebijik.
     
    Ramai yg kenal arwah hanya di alam maya..di fesbuk tapi suma mereka mengakui dia sgt menyenangkan...sangat happening orgnya..walaupun tak pernah bersua muka mereka rasa demikian..apatah lagi aku ni..org yg sering jumpa dia bila balik kg...sering berchatting, bersms dan kol......
     
    Allah lebih kasihkan dia...
     
    Jenazahnya selamat dikebumikan jam 11am..mendung mengiringi seolah tau kesedihan kami....kawan rapatnya...gambar ni dia post kat fb ketika menghantar salah sorang rakan ke umrah baru baru ni...aku usik dgn komen..wah, ko nampak mcm lelaki beriman ooi....dia jwap..Harusslah, lelaki lindungan kaabah.....
     

    Akak akan sentiasa merindui mu dik, gelak tawa, gurau senda, meroyan, kekwats dan segalamala tagged kat fb...lepas ni dah tak serupa bila ko takde..sunyi dan sepi.....takde lagi org nak kol kejut akak di pagi minggu semata2 nak tnya jalan camne nak pegi serendah..nak pegi selayang mall dan segala...terlampau byk kenangan manis dan indah dgn kamu...kamu seorang yg baik hati, tak pernah berkira dan tak pernah menyakiti hati org lain...sedia memaafkan org yg telah menyakitkan hati mu.....ada takde kau meluah meroyan aja...ko tak pernah simpan suma dalam hati...kata2 akhir mu.."aku dah maafkan semua org kak'...sgn meruntun kalbu

    Alfatihah, adikku Adi selalu begitu / Allahyarham Hairul Nizam Abd Latib. Semoga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 beriman...Kami pasti merindui kamu
     
     
     

    July 3, 2012

    Kebosanan Cipan

    If hehari gini, lelama aku jadi tak betul kat off  ni tau . Kebosanan sbb takde kerjaan.  Mmg bosan giler2 la ni..masa ni aku pikir sampai bilakah aku harus begini.

    Maklumlah, dah biasa kejar dateline bizi memanjang tahap gaban kan. Bila tiba takde keje tak ke mati kutu u olls?

    Tak pe la, sambil aku menyatting dgn ahkak geli, sambil tu leh tulis belog ni ha. Forget about si meena lah, forget about JLO..malas aku nak citer pasal dorang. Buat sakit hati jer. Vomit blood omputih kata.

    Meh aku citer pasal pengalaman aku pi majlis kenduri kawin weekend baru ni...sabtu dan ahad occupied dgn majlis kenduri. Sabtu tu offmate aku yg kawin . Ahad pula officemate SP.

    Majlis sabtu tu kat Ampang. Ya, centre of the jammed. Aku benci taw nak pi Ampang . Tak kira masa harus tak pernahnya tak jammed semenjak berpuluh tahun dulu. Seksa.

    Sabtu tu, pepagi pulak peti ais buat hal.  Tak sejot kat tmpat beku nya tu. Dah la Jumaat malam tu gigeh aku dok shoping barang basah kat NSK ooi..pitam aku kaalu suma rosak.  Dah pagi sabtu tu gigeh carik kedai letrik kunun nak survey. Suma pun harga cam cilaka jer. Peti kecik kenot pun rega 6-8ratus gitu..gila. Kalu kami takde peti takpo lah. Ni peti yg ada besar bagak kan, harus lah tak sesuai nak beli baru. Kena repair gak yg tu. Tp sementara tunggu repair tu kena ada spare peti.

    Kedai2 letrik pulak kat Rawang tu kul 10 pagi haram tak bukak lagi. Give up, kami balik umah dulu sesiap nak pi kenduri, plannya balik karang baru carik.  So SP beli ais 4 hengget dan simpan suma bahan basah dlam bekas.

    Perjalanan dari Rawang ke Ampang betul2 menguji kesabaran. Dari Rawang nak menempuh jammed segala, kat MRR2 lagi lah..fitaam.  Dah le pagi bekfest lite lite jer, perut maha lapar.  Dari kul 11.45am kuar sampai kat umah pengantin dekat kul 2 boless?..sabar jer lah.

    Dah kelaparan amat sgt ke or mmg lauk sgt sedap, beria2 kami anak beranak makan. Lapor.Lauk kampung dgn sambal kuini, ulam. Ada ayam masak merah, kari kambung, dalca..dan paling best acar buat dia terbaeeeeek.  Aku makan bersungguh uolls. Anak2 pun. Amal yg jarang nak mkn sgt tu pun menikmati ayam masak merah dgn penuh nikmat. Yg ianya..lapo.haha.

    Sempat tgk pengantin berarak jer. Layanan keluarga pengantin pun superb. Bertambah sedap lagi la rasanya. Sambutan yg sungguh ikhlas.  Masa nak balik pun beria memacam goodies mak pengantin beri.. best kan, lauk sedap, layanan pun bagus.

    Balik dari kendri tu kami decided nak singgah kat kedai repair peti ais.  Nk tgk2 kot2 ada sekondhen pnye. Nak beli baru? letih dah survey suma mahal2..tak kuasa.  Akhirnya dapat. Apek tu offer RM350. Peti satu pintu. Ni haa .  Tp jenuh nak mengadjust barang2 sbb barang kat peti lama byk


    Since baru balik kenduri kan, aku men hentam dan sumbat jer. Nak nak pulak apek antar peti ni kejap dah sampai, tak dan nak punggah lagi dari peti besor tu..bila aku post kat fb ada pulak yg komen memacam siap nak promote tupperware dia jual lagi u olls ..makan hati betul. Dia tatau aku ni hantu tupperware, segalama hantu tupperware aku ada. Like i said, tak sempat nak menyusun bagai.....hissh....


    Aku tau la bersepah kan..sumbat segala..like i said, masa cina tu datang antar ni aku nak kena punggah dari peti besar tu..takke kelam kabut ...Bila cina tu amik peti besar ni..imajin dari sebesar bagak ni nak squeeze dalam peti sekecil diatas??..

    Setel satu masalah, apek tu amik bawak balik kedai dia. Janjinya dia akan quote dulu bape hatus nak repair peti tu kan...ingt kot takes 1-2 minggu ler nak baik..mana tau...esoknya apek kol..dah siap. Suma kena RM380 !! aduyai....melayang tak memasal 7 ratus lebih uools..tp apa nk buat kan....so now kat rumah aku ada 2 peti udah..ngalahkan org nak meniaga kekdahnya.

    Hari Ahad yg syahdu pulak, kami pepagi pi breakfast sbb nak gi kenduri kat Serendah pulak tgahari tu. Sbb dekat dari umah, we all take our own sweet time.  Leisure2 je.

    Sampai majlis kenduri alahai cam sunyi jer takde org. Padahal masa tu dah dekat kul 2. Meja pun tak byk, org tak ramai takpe, tadek sapa nak sambut tetamu. Terkontang kanting la sendiri layan diri. Makan lah kami anak beranak. Sbb layanan tak seberapa makanan yg sedap pun rasanya kureeeng. Nasik briyani ok ok jer..tp lauk pauknya bertakung segala minyak...byk giler.

    Lepas makan tu, kami tak tunggu pengantin pun..calo maloo jer. Believed me nak salam mak pengantin pun ntah mana. So bg hadiah jer. Salam2 takdek.. Dah takde org sambut hape kan..


    Gitulah kisahnya....Sabtu ahad yg penuh. Tak masak segala. Peri penting melabur dkat seribu dalam masa 2 hari...tu yg ase nak pitaam..haha