Hari ni 23hb Nov, maknanya dah 14 tahun usia perkongsian hidup kami. Honestly, bukan senang nak sampai tahap ni. Bole dikatakan kami berada di zon sederhana selesa. Zon di mana, no more stupid argument. Zon di mana skg ni nak fikir pasal membesar kan anak2 jer..Zon kematangan org kata.
Aku ingat lagi tempoh 1-3 tahun pertama kami penuh dgn cabaran. Penuh dgn pertelingkahan. Benda2 kecik pun nak jadi punca gaduh. Sbbnya? kami baru jer nak menyesuaikan keadaan hidup bersama. Masa tu pun tekanan kewangan pun ya jugak. Maklumlah baru mulakan hidup baru dgn gaji ala2 org kata. Duk pun kat rumah sewa. Yg salu bising dgn anak2 jiran2 berlari2. Masa tu baru anak seorang. Nak beli rumah pun belum mampu lagi.
Tempoh 3-5 tahun, pun masih ada gak lagi pergaduhan. Masa ni aku rasa betul2 mcm sengal. Tiap kali gaduh, aku nak bungkus kain baju balik umah mak bapak. Kalau dipikir2 balik kelakar pulak rasanya sbb betul2 mcm bdak2. Masa ni juga kerjaya agak stabil sikit. Masa ni gak kami mampu dah beli rumah setelah hampir 5-6 buah umah sewa akhirnya kami dapat gak umah sendiri. Di samping nak sesuaikan hidup berdua, aku juga cuba nak sesuaikan hidup dalam keluarga dan kaum kerabat baru belah SP. Memang susah. Sbb aku salu jer simpan dan makan hati. Adakalanya aku tension sbb dorang mmg mempergunakan aku . Bayangkanlah bila balik ke Johor time2 raya atau cuti, aku lah yg akan ke pasar memasak dan segala2nya. Sedangkan menantu lain?.. Banyak kali gak aku tak puashati . Aku luahkan jer kat SP. Masa ni jugak aku rasa hubungan aku dgn MIL x berapa ngam. Sbbnya aku terlebih sensitif. Apa jugak org tua tu tegur aku rasa tersinggung (sungguh cam bdak2 kan?). Tapi agaknya berkat sabar, redha dan terima apa juga seadanya Alhamdulillah, aku diterima baik oleh seluruh keluarga dan kaum kerabatnya. Bahkan aku menjdi sgt rapat dgn suma anak2 buahnya yg mmg besar2 belaka..Aku jadi pakar rujuk..aku jadi event planner...
Tempoh 5-7, 7-10 : tempoh ni mmg betul2 mencabar kami berdua, mana taknya masa ni kami diduga dgn kehadiran org ketiga. Baik di pihak aku maupun di pihak SP. Hubungan kami jadi renggang, distant dan jarang bercakap sesama sendiri. Masa tu pun aku baru jer berenti kerja dari tmpat yg paling aku suka. Terpaksa pulak keje di tempat yg aku ibaratkan..tertelan paksa. Masa tu kami2 betul buat hal masing2...hampir 6 bulan kami berckp benda yg perlu jer. Tak ada gurau senda, gelak ketawa. Masa tu jugak, ada org lain dtg dalam hidup kami. Aku kira benda tu salah kami berdua jugak sbb membiarkan ruang2 kosong itu di isi orang lain. Dan masa itu pun aku ibarat melayan perasaan . Sudahnya, lepas 5 bulan baru aku dapat tau hubungan tu..yg betul2 membuat aku marah dan nekad. Aku beri kata dua pada dia. Kalau benar2 nak kan orang itu. GO ahead, aku rela lepaskan dgn cara terhormat.
Rupanya, jodoh kami masih panjang. Perbuatan SP main2 dan test market beri padah pada dia sendiri, pada keluarga kami. Bdak perempuan itu sudah ditimpa perasaan. Lepas perdamaian kami muhasabah diri masing2. Di mana silapnya. Setiap kejadian itu ada hikmahnya walaupun meninggalkan luka yg berparut dalam hati aku, tapi aku x mau mengungkit2 lagi kisah yg berlaku. Sungguh kdg2 aku sakit hati bila perempuan itu (yg khabarnya dah kawin) masih sebok2 SMS kat SP tanya itu ini..yg sudah berlaku itu biarkan jer.
Cuma walaupun dalam keadaan itu, aku masih lagi berhati2 dan selalu beringat. Aku hentikan sikap terlalu cemburu dan ambil tau. Aku cuma lihat dari jauh. Aku harap SP betul2 ingat pesanan aku padanya sebagai syarat kami berbaik dulu. Sekali lagi peristiwa yg sama berulang..sama ada dia atau aku...kena kuar dari rumah yg kami duduk dan anak2 aku akan bawak semua pergi. Aku tau syarat itu sgt berat bukan saja utk aku tapi untuk dia. Itu sebagai peringatan pada kami berdua supaya benda yg sama takkan berulang. Kesilapan aku dgn mamat tu pun aku rasa bukan tanpa rela aku. Kerana aku pasti dia telah guna2 tpi syukurlah aku cepat sedar...syukur guna2 dia x jalan. Aku cepat2 tarik diri.
Skg ni lepas 14 tahun aku rasa biasa jer. Kalau ada perselisihan pun kami tak gaduh di rumah. Anak2 makin besar jadik tak manis rasanya nak bergaduh depan dorang. Lgpun takut2 nanti satu taman pulak heboh kami bergaduh kan. Skg ni kami bertekak cara berhemah. Takde jerit2..tak de pekik sana sini.. Paling berhemah aku rasa thru sms...tulis je apa yg kita nak tulis. Kdg2 tak puas hati aku ckp jer terus on the phone tp waktu pejabat lah..mcm aku kata aku x suka anak2 dgr kami bergaduh. Aku nak anak2 fikir kami ni tak pernah gaduh. Sentiasa begelak gumbira jer kat umah..aku nak biar dorang fikir begitu..biar dorang rasa bahagia kat rumah..biarlah dorang jer bergaduh bukan kami!.
Sejak dah makin matang ni, segala masalah atau ketidak puasan hati kami selesaikan sama. Salah paham kami cuba elakkan. Kami cuba untuk berbincang atas semua perkara..Of course, kewangan bukan lagi jadi perkara utama sbb Alhamdulillah, kewangan kami dah berada di tahap bole dikatakan stabil.
Yang pasti, rezeki kami semakin hari semakin murah. Rezeki anak2..Apa pun, menjadi harapan kami berdua nak hidup bersama2 sampai akhir hayat insya Allah.........