August 30, 2007
Hepi Merdeka, Hepi Holiday
August 29, 2007
Kesatuan Sekerja
Semalam aku dgn SP bersembang2 kosong pasal tuntutan NUBE untuk mendapatkan kenaikan gaji. Kalau ada yg tatau NUBE tu apa, NUBE tu adalah kesatuan pekerja2 bank, ala2 CEUPACs tu lah. Cuma bezanya NUBE hanya untuk pekerja2 bawahan atau lebih tepat lagi NON Exec group bagi bank2 semalaysia.
Untung betul mereka2 yang dilindungi persatuan sekerja ni, sbb dorang ni dibela nasib oleh persatuan tu. Mula2 masa SP keje kat bank tempatan ni dulu tahun 2004. Tu pun masa tu bangunan tempat dia keje tu dibeli sepenuhnya oleh bank tersebut. Kalau dulu dia under XX Properties, jadi bila XXP jual building tu, semua pekerja XXP macam hilang arah. Yer lah dah dkat 10 thn dorang keje alih2 kena take over pulak. Masa tu aku risau sbb SP dah kena carik keje lain. Dia ni pulak bukan macam aku , tak sabar kalau tak suka blah carik keje lain. Seingat aku company tu company ke3 SP keje dan dia dapat 10 years award service lah masa tu..yg untung aku, sbb bila dapat award tu staff bole beli jam berharga RM500. Aku pun mengendeng SP dan kami berjaya dapat sepasang jam berharga empat ratus lebih. First time dalam hidup aku bli jam memahe, standard aku nak beli jam below RM100 jer..so dapat jam harga 3 ratus lebih kira cukup baik lah tu…sepatutnya sepasang jam tu harganya RM600, tapi lepas tolak diskaun dapatlah dua ratus lebih satu. Barang elok, mahal dan berkualiti, buktinya dah dekat 5 thn aku pakai jam tu masih cantik dan elok lagi,..ada rosak pun masa jarum dia tertanggal.
Ok, termelencong lak, sambung citer, lepas confirm XXP handover building tu kat bank ABC on February 2004, SP dah sebok2 carik keje lain.. Aku nilah dok tlong dia buat resume, antar email..sbb utama SP mmg tak bape pandai computer. Masa tu aku ingat bnyk tempat SP apply termasuk kat KLCC convention centre.. Bidang maintenance dia hanya terhad kat bangunan2 jer so terpaksa cari bangunan2 yg baru nak bukak gitu.
Tapi yg aku respect SP dia sikit pun tak risau, kalau aku mau gelabah, yer lah nak ilang keje bukan ke sesuatu yg merisaukan ..mau aku dah mencanak carik keje..tapi SP dgn sifat2 tenang dan sabar dia tu , dia rilek jer..Masa tu pun XXP bayar pampas an kat pekerja2 dia, dan SP tak terkecuali, aku tak ingat exactly bape dia dapat tapi adaler berbelas ribu gak, and guess who dapt untung ..AKU…dapat ler sket duit gak..tapi tak semua 12 orang tu bank ambik seingat aku ada gak dalam 6-7 org yg bank tak nak amik, maka terpaksa la dorang berenti carik keje lain, ada yg berniaga sendiri ada yang keje kat company lain dan ada juga yang dah meninggal….
Mmg rezeki anak2 agaknya, hari XXP officially handover building tu, ari tu jugak SP di offer bekerja terus kat situ, same building tapi different boss and management. Sain kontrak dgn letter of offer pun the same date..Gaji?..mmg sama exactly tak kurang tak lebih macam XXP bayar kat dorang.
Aku pun tak bape tau dan amik port pasal keje dia, yg aku tau dia ada ckap dia join NUBE…tu 3 tahun dulu..
Skg NUBE sedang brjuang untuk mendapatkan kenaikan gaji sebanyak 30%. Maksudnya sejak 2004 tu lagi dorang takder naik gaji. Contractual bonus mmg ada 2 bulan setiap tahun tapi dorang masih nak memperjuangkan hak untuk dapt lebih sbb bank2 dah banyak buat duit, dalam risalah yg aku nampak kat meja SP…”Banks making a lots of money by sucking our blood…” cam ganas tu ayat dia..dorang pulak kalau majikan tak setuju, mogok, buat piket…
Kisahnya SP kata nak register dulu bayar RM21. pastu bulan2 dia akan potong gaji tujuh hengget jer, ada 2-3 ketul kawan sp tak nak join dulu..so dia pun tak amik port. Lagipun setakat Rm7 pejam mata jer lah…mana tau kemudian hari ada untungnya, dia pkir cam tu….TRUE Enough…
Bila skg dah sebok2 yg NUBE berjaya dapatkan 30% increment tu pas tu kena backdate lagi selama 22 bulan semua tersenyum suma suka termasuk la aku (ehem2..harapan cerah nak dapat duit gak, padanlan tapak tgn kanan nih gatal2 semenjak dua menjak nih)…ha la kalau kira 30% increment = katalah gaji pokok RM1500 x 30% = RM450 x 22 bulan = RM9900.00. Tu lum termasuk OT yg dibayar pakai rate lama, pun kena calculate balik. Bila NUBE berjaya dapatkan 30% increment tu, bank nak tarik balik pulak contractual bonus tu..jadinya bonus akan dapat ikut prestasi..tapi NUBE cuba fight kan LAGI untuk elaun COLA sebanyak RM450 sebulan, jadinya kalau COLA tu diterima, dorang tak kisah kalau bonus tak di contractual kan..janji COLA tu fix tiap 2 bulan masyuk dgn gaji..
Apa yg aku dgr, COLA tu belum approved lagi, tapi kawan2 SP dah tersenyum2 sbb ada yg bakal dapat berbelas2 ribu bergantung pada gaji pokok dorang..dan yg tak berdaftar tu menyumpah seranah sbb tak kan dapat hape pun…gigit jari, masa orang suh register NUBE tak mo join skg..sendiri yg rugi kan…
Gaji dorang pokok pun bukanlah besar sgt. Tapi sebb OT ada banyak dan elaun2 lain aku bole gak tarik nafas lega, sbb aku dah tak yah bayar bil2 sume, bayar bibik dan kadang aku sempat pau lagi duit dia..hmmm, tu lah gunanya susah senang bersama kan?...Well dkat 10 thn juga aku redha membantu SP untuk menyara keluarga sbb gaji dia masa kat XXP tu cukup2 jer tapi ALhamdulillah..berkat sabar dan ikhlas membantu tu yg penting…yg best jugak bank bayar gaji on the dot 25hb, kalau 25hb tu jatuh ari sabtu, ari jumaat 24hb dorang dah bayar gaji..on the time x pernah missed..OT dgn elaun plak dibayar tiap2 - 7hb walaupun tak banyak dalam 7-8 ratus jer tapi cukup melegakan kami nih..yer lah tgh2 bulan ada gak duit tambahan buat beli barang dapur, buat belanja anak2 makan luar kan,,rezeki….Berkat SP bersabar keje kat situ dgn gaji sederhana dan dia yg tak setamak aku nak gaji banyak…terinsaf kejap…pas tu aku Tanya la SP..yer lah tak adil lah pulak aku dok ngendeng dia tapi x tnya apa dia nak buat duit banyak2 tu…Jawapan dia “…buat downpayment, kita beli keta baru yg besar sket..mgkin Naza Ria”….Hu hu hu..aku pun senyum….bagus gak cadangan tu….
Apapun beruntung dorang yg dilindungi kesatuan sekerja ni, sbb majikan dorang takkan suka2 nak menganiaya..dan kalau ada kes2 buang kerja biasanya ahli2 nube yg akan menang, sbb dorang diconsider pekerja rendah kan. Mcm Ceupacs gak ler, tgk camne dorang berjaya dapat kenaikan yg begitu baik baru2 ni…
Bagi kita2 yg kat swasta nih, mmg takde kesatuan, tu sbb gaji kita dibayar mahal, Cuma kalau ada apa berlaku, kita mmg tak dilindungi apa pun..ada tak de majikan akan bayar compensation mgkin 2-3 bulan gaji..
Kadang2 gaji kecik lagi bagus , utang tak banyak, takde kad kredit, tak pening nak bayar macam SP…aku?..sampai la ni masih pening nak bayar utang kad kredit yg masih tinggal seribu situ, seribu sini,..balance yg tak abis2..camne nak abis, sebulan bayar seratus jer…
‘BAK KATA ORG TUA2..Beso Periuk Beso le Keraknya…..” hmm skg aku menunggu2 SP dapat arrears tu untuk shopping baju raya kami dgn anak2, INSYA ALLAH.
August 28, 2007
Satu Permintaan Kecil
Masa aku call umah petang semalam terdengar sore kakak samping ada background berebut terjerit2, mama..mama..nak tepon nak tepon....:
“mama nanti balik tolong belikan hadiah boleh tak”?
-Hadiah tuk sape?
“kawan meera, nama dia Athirah, esok besday dia lah ma”
-Nape tak cakap awal2, mama dah sampai kat opis ayah ni (aku amik bas sampai masjid India, ronda2 beli kain) pas tu jalan kaki hala ker Rj Laut.
“tadi meera dah tel hp mama tapi sore org laki angkat..dia marah2..”
-Ye ke..tak pe lah (aku sebenarnya lama dah tukar no, tapi malas nak tulis kat peti kat umah tu, kang bibik dok distribute no aku untuk sape2 ntah yg kol carik kat umah).
-K lah nak beli hadiah apa nih?..
“apa2 jer lah ma”…
So masa on the way balik aku ajak SP singgah kat memana, beli ler apa2..alah tuk budak 10thn senang sgt2 ler nak beli apatah lagi pmpuan..sambil tu aku teringat kat janji SP nak bagi kakak adiah sbb dapat no 2 dalam periksa sek agama dia..Sp kata dia tak tau nak bagi apa sbb kakak kata berilah hadiah apa2…
Nak jadikan citer, on the way balik ujan selebat2 alam..oleh kerna kami naik kuda besi, habis ler lencun…mula2 mmg rasa tak jadi nak singgah kedai, pikir2 balik SP kata alah kita singgahlah jap kat pekan kg melayu tu ada kedai stationery…
Dalam ujan lebat berbaju ujan aku singgah gak..cari pnye cari, belilah satu frem gambar ada katun2 comel kat tepi..tuk gambar 4R pyne size..harga hmmmm RM6.90 jer..aku grabbed dah suh adik kat kedai tu tolong wrappedkan…siap..kedai tu byk benda ada macam2 sampai aku terbeli kuali…ya Kuali untuk menggoreng jenis yg non stick tu berharga Rm 15.90.
Masa dlm perjalanan nak sampai umah dgn ujan lebat aku berjaya gak elakkan hadiah tu dari basah..dan sampai jer kakak dgn senyum…yeeee…tima kasih ma,.sambil terus aku suh sorok kat lam bilik…
See?..tak susah sgt pun, tak perlu yg memahal, tak perlu yg branded2.
Tak susah nak memenuhi permintaan anak kan..kadang2 is not the price matter..but the thought.knowing yg kakak sgt appreciate kengkwan dia, sampaikan kalau bawak bekal kwn2 dia yg makan lebih banyak dari dia...dan bila aku balik bibik akan citer betapa dia kelaparan balik sekolah terus meluru cari nasik...dan aku belajar satu perkara “hargailah permintaan anak2 walaupun kecil kerana satu hari nanti, bila dorang dah jadi seorang ibu, dorang juga tahu menghargai permintaan anak2 mereka…” dulu2 pun mak jarang menghampakan permintaan aku dan aku dapat rasa begitu seronok kalau dapat apa yang kita mintak dari dia.....
Masya Allah apa nak jadi budak skg nih??
Sebelum pindah kat Shah Alam dia dan aku duk kat opis sama kat KL, tapi bila company buka plant operation dia ditransfer ke sana, dan aku menyusul beberapa bulan kemudian. Dia ni consider naif juga ataupun aku suka panggil dia minah blur..dia ni baru umur awal 20an, anak yatim tapi mmg dari keluarga yg agakk kucar kacir dari nun di utara.
Masa kena pindah tu dia sewa apartment berdekatan dgn plant tu dgn sewa empat ratus lebih sebulan. Pendek kan citer minah ni ada pakwe yg keje kat KL. Since dia tinggal sorang2 aku rasa takde le orang yg ke 3 kecuali setan..aku mula2 moskel gak kalau pagi2 dia dtg keje pakwe antar..takkan ler pakwe yg dok kat kl ke sana semata2 nak antar pi keje ye dak..so aku tak amik port sgt. Ada masa dia akan tumpang aku balik atau pagi dia kan kol aku nak tumpang pi keje. Takle jauh sgt tapi kalu jalan mau berpeluh gak ketiak. Dia ni agak bossy gak sbb nak tumpang orang seolah2 buat kita ni drebar tak bergaji dia lah...perintah suka2, tak reti tak sebut perkataan tolong..
Masa awal puasa tahun lepas, aku sensored something wrong dgn dia ni. selera dia lain macam. pastu asyik pi toilet, tapi tak pulak aku dgr dia muntah..mgkin cover line kot.dia hari2 pakai baju sejuk macam orang sakit jer..bahkan kwan2 dari KL opis yg datang kat situ pun ckp cam tu...
Ramai gak mamat2 kat plant tu perasan yg dia ni dah pegnen tapi dorang buat bodoh jer..alah yg ada 2-3 orang dah kwin mesti tau...aku suspect jer, tapi akhirnya betul..mmg sah dia ngandung 2 bulan. Masa tu awal puasa tahun lepas. Dia suh cleaner kak indon tu beli nenas dgn ragi nak buang kandungan tu. Aku masih lagi berpura2 cam tak tau, tapi aku ada gak sindir2 dia kawin la cepat2 tak yah buat grand2..nikah jer cukup..dia senyum jer masa aku ckp cam tu.
August 27, 2007
Weeken Beb...
So ari jumaat tu patutnya SP ada farewell dinner dgn boss dia. Aku cadang tak mo la balik dulu dan cadang2nya nak buang2 masa kat jalan tar atau sogo, tapi tah cam ne SP kata dia tak jadi nak join dinner tu sbbnya ramai kwn2 dia tak pegi..(dorang mmg tak bape suka mamat tu, so bila dia nak blah dorang kind of happy dan tak mo le join) . Aku apalagi ajak lah SP survey baju budak2..well survey je sbb aku blum gaji lagi nak beli. Merayau kat pertama reject shop, mahal2 jugak.aku ingat 3-4 thn lepas aku pi shopping baju budak2 kat situ masih bole dapat yg RM3 sehelai untuk tshirt, la ni tak dapat dah. Yg paling murah pun tshirt cekkai RM7. Yg cantik sikit untuk boys ada koler2 gitu, belasan ringgit..endup tak beli apa pun. Kad Kredit ada bole guna tapi semenjak dah ala2 INSAP tak nak guna ni, aku tak guna pun. Ajak SP pi Sogo pulak..mak ai ramainya manusia, ntah hape gaknye dorang beli kat situ..nampak adalah offer untuk KIKO pnya jenama, tapi aku still find mahal. Yer la kalau dah 70% seluar jeans harga masih lagi tiga puluh ringgit ke atas bukanke mahal tu..aku pulak kalau nak beli koman2 3 pasang tiap sorang (tuk baju raya la konon) kali paling kurang pun 30 = dah bape tu.. Bkanlah kedekut, tapi sejak2 barang2 mahal ni aku rasa tak berbaloi nak beli baju budak2 mahal2 branded2 sdgkan nak pakai kejap jer..brand cap ayam, janji ok apa salahnya. Tak bole nak ajar bdak2 pakai branded2 dan mahal2 ni bukan apa, takut la terjadi cam kawan aku tu, baju anak jenama Guess, suar jeans jenama OSh KOsh, kasut pulak sepasang 2-3 ratus. Tak payah ler..sbb kalau mampu tak kisah, tapi setakat nak tayang dan tunjuk2 aku rasa takde maknanye kan..kami pun bukan orang kaya sederhana jer, baikla gunakan untuk beli barang makanan dah tentu jadi darah daging…
Last2 mmg tak beli baju pun..namapun survey. Aku kalau nak beli baju budak2 ni kena pi sendiri, ye lah SP tu nak beratur bayar pun dia tak nak apalagi nak tunggu aku milih2..ada tak der dia bagi aku duit 2-3 ratus untuk beli baju bdak2, dan aku bole dgn senang dan gumbira pi mana2 dept aku nak..
Untuk tidak menghampakan hati yg berjalan jauh dari KLCC sampai Sogo tu aku influence gak beli sepasang kasut berharga RM10 untuk budak2 ka Juke Box.buat pengubat penat jalan..dah sudah by Maghrib kitorang solat baru balik umah…
Sabtu.&.Weekend untuk anak-anak..
Hari Sabtunya pulak aku ada peluang bawak anak2 kuar. Well kuar dari Rawang tu consider best outing lah tu untuk bbudak. Sbbnya aku mmg jarang2 bawak dorang kuar dari kariah rawang tu kecuali untuk dua perkara, antar bibik balik keramat sebulan sekali ataupun balik kampong. Aku mmg selalu bawak kakak kuar KL kalau ari sabtu, pi library ke teman aku pi facial kat pertama ataupun sengaja kuar buang masa time Sabtu tu. Tapi dua orang troop tu mmg tak bole. Pertama aku tak bole nak jaga dua2 sekali kalau ayah tak der. Amal mgkin ok la kot, tapi Aleeyn..sori. Sbb dah 3 kali kes ilang dia kat pasar aku tak nak amik risiko. Sat lagi ilang kat Sogo cam Yen ari tu…harus.
Pepagi lagi amal dah bangun kejut aku untuk mandikan dia..dok sebut2 nak pi KLCC..kitorang kuar dalam kul 10 cam tu lepas aku siap masak2 sikit untuk bekal makanan. Kang lepas naik mandi sure dorang lapar kan. Aku ada ler amik gambar 2-3 snap, nanti lain kali kalu aku rajin aku uploadkan..
Aku kasik can dorang berendam 3 jam. Smpai kecut2 gak ler tgn depa tu. Sbb tempat tu cetek aku tak risau sgt. Aku bole lepak dgn SP baca suratkhbar sementara dorang menikmati mandian dorang tu. Agak tak ramai orang lagi mgkin sbb masa tu awal lagi kot.. Aleeyn tak tahan lama mandi dah nak naik..sbbnya dia nampak padang permainan kat sebelah tu lah..so lepas dia naik SP bawak dia main2 kat taman sementara dua orang lagi tu masih kebah lagi mandi manda..dkat2 kul 1 kot baru dorang kata nak naik..lepas makan..kami terus balik..dapat la tidor kejap sampai kul 4 ptg..ptg tu gak abang SP datang dgn wife dia..kebetulan lak spaghetti yg aku buat pagi tu ada lagi so aku serve jer lah…Spagheeti mesia, sbb ada campur cili lah, dan ntah hape2 lagi..tak pure italian dah..
Ahad mmg totally aku jarang kuar dari Rawang kecuali kalau terpaksa. Sbb aku rasa macam tak cukup cuti dan rehat je kalau pi berjalan ari Ahad. Ada tak de pi pasar bawak budak2 makan roti canai…dah..settle.
Masak2 sikt2 tapi tgk mood la, ada mood ada la special tak de kalu biasa2 jer..ari ni aku cuma buat sup tulang dgn kerabu sayur pas tu goreng ikan masin sket, makan dan tidor sambil layan ler citer2 yg ada kat astro tuh..pendek kata weekend kalau kuar mmg tak terasa rehat cukup..bila bangun pagi isnin je aduh malasnya nak keje..ari ni pulak sekolah dah start..perrggh..
August 24, 2007
KANTOI...
Jenab : apsal lu orang lambat sgt balikaku : ramai org la..tunggu makanan kat 40 min..jumaat maaadi : haah lah ramai btul orang ari ni ..Jenab : ur boss tnye la apsal ko lambataku : ya ka...ok ok..(buat muka bodoh)-biasalah geng propganda auta terrer pnye
Ke Malaysiaan sempena 50 thn Merdeka
Sempena 50 tahun merdeka ni aku dgn geng2 propaganda (alah 3 ketul jer, aku, adi dan sid) telah menciptakan nama melayu bercirikan kemalaysiaan. Ehem.. jadi senang nak kutuk depa depan2 pun depa tak pahe..
maka kami telah mengujudkan nama2 kod untuk depa2 tu mengikut ciri2 mika
Contoh Nama tu:-
Nama omputih nama mesia aka Melayu
Bradley Bakar
David Din @ ding
Terence Tapa
Jamie Jenab
Lawrance Umar
Phillip Puad
Keith Khalid
Robson Rauf
JLO Senah
Jadi untuk en3 akan datang aku akan guna nama2 kod dorang tu untuk cerita apa yg nak aku citer....
August 23, 2007
Susahnya jadi Mak
August 22, 2007
Baru ku tahu rasa kehilangan
Sebelum aku kehilangan bapak, aku pernah gak rasa kehilangan Mbah (nenek). Tapi mgkin sbb aku tak rapat dgn Mbah, masa dia meninggal aku rasa biasa2 jer. Sbb nya mbah bukan anggap kitorang ni cucu favourite dia, mgkin sbb dia ada masalah dgn mak jadi kami pun terbabit sama. Hubungan kami pun tak rapat., masa mbah datang umah pun kejap2 jer. Tapi kehilangan bapak baru-baru ni betul2 memberi kesan dan aku dapat rasa sebenar2 kehilangan orang yang kita sayang. Kalaulah aku sedih cam ni agaknya mak cam ne le pulak. Mak dah bersama bapak 45 thn, mak jaga bapak masa sakit, masa kat hospital tentulah aku rasa mak 1000x sedih lagi dari aku.
Mmg kalau nak ikut2 kan aku terkilan gak tak dapat tatap wajah bapak buat kali terakhir, tapi nak buat camner, dah tak der rezeki aku.
Masa aku darjah 2 lagi aku dah dilantik jadi ketua kelas, masa tu pi sekolah pakai penafore, aku pulak kena pakai tie ketua kelas kale merah tu..bapak pnye stylo dia tak suka aku pakai tie yg main letak tu, so pagi2 dia akan ikatkan tie aku. Bapak mmg terror ikat tie tu mgkin sbb dia pernah keje kat opis dulu kena pakai tie jadi dia pun terror ikat tie..aku??...sampai skg aku tatau nak ikat tie, nasib baik dpat suami keje x yah pakai tie tak yah pakai smart2, pakai uniform maintenance sentiasa takle susah aku nak gosok baju pepagi..tak kosser..tak yah sibuk2 belikan dia tie mcm orang2 lain yang dapat laki keje opis. Kena gosok side tajam2, kena sibuk beri hadiah tie time besday…macam kawan aku si Nita tu…
Masa aku kat sekolah menengah lak, lagi best langsung bapak tak pernah complain. Pencaipaian sekolah aku standard, maintain jer tak pernah turun so dia macam konfiden..tak pernah dia suh aku baca buku ke, study ker sbb dia tau aku mmg buat semua tu tanpa disuruh, cumanya aku masa tu selalu ikut adik lelaki aku main layang2, carik ikan dia tak suka. Dia kata macam lelaki. Aku ingat bila aku naik tingkatan 2 aku dah tak campur adik lelaki aku dgn kwn2nya. Aku dok umah jer takde main layang2, takder menggagau carik ikan lagik. Masa aku tingkatan dua gak aku dilantik jadi pengawas so baju pun warna lain dari yang lain. Yang aku respect bapak kalau bab2 sekolah punya yuran ke semua settle, aku tau masa tu kitorang bukanler orang senang tapi bila mula bukak sekolah jer yuran semua settle. Untuk 5 orang sekali lak tu. Tapi bab2 beli pensil atau peralatan sekolah, bapak tak pernah bagi kami beli kat sekolah, suma beli kat luar sbb dia kata mahal. Kasut sekolah kami pun msti brand Marco kale hijau tu. Beg sekolah selalu kami pilih sendiri. Baju kurung bapak jahitkan untuk kami..pelik aku masa tu, sbb mak tak reti jahit tapi bapak pandai sgt, baju kurung, kain sekolah semua dia buat sendiri.
Masa aku tingkatan 4 aku rajin bersahabat pena, masa aku tingkatan 5 pulak aku ada antar tulisan aku kat radio, lepas tu berbakul2 surat sampai kat aku, orang nak berkenalan. Aku ingat satu jer bapak cakap masa tu…masa aku dpat surat banyak2 tu bapak kata " Nak sekolah betul2 jgn nak main surat2 cinta plak"..aku diam je masa bapak cakap cam tu..aku cakap yer lah..ni kawn jer..
Kerajinan aku mengutus surat tu menimbulkan aku hobi baru, mengumpul setem. Masa tu aku pun ada penpal kat filipina, africa dan beberapa negeri orang putih lain. Kat mesia tak usah citer, banyak sungguh kenalan2 aku…rupanya berbaloi gak sbb masa nak spm aku bertukar soklan periksa dan hasilnya aku dapat jadi best student SPM ….
Aku ingat lagi masa aku amik result SPM aku pi dgn mak. Masa tu mak pi pasar aku amik result. Bila aku jumpe mak kat pasar, dan bagitau mak apa aku dpat wah mak gembiranya, bangga…abis kawan2 dia kat pasar yg dia jumpe dia bagitau result aku tuh.
Bila balik lak aku bagi bapak tgk result aku, bapak diam jer Cuma satu je komen dia.."Apsal Bahasa Inggeris ko lagi bagus dari BM?"…ko nak jadi orang putih ke..aku diam jer masa bapak cakap cam tu..sbb nye BM aku dapat 4 (alah masa tu aku periksa BM 2 x sbb ada soklan bocor masa tu. SPM 1989. Aku dah dapat contoh soalan tu bulat2 sama dari MRSM KB, bdak kelantan penpal aku yg antar soklan percubaan dorang, mana tau soklan tu bocor, dan kena amik periksa lagi sekali. Bila jadi cam tu grade pnye range pun ttba naik daripada 80% bole dapat A1 jadi C3. Bahasa Inggeris aku mmg aku bangga masa tu..well nak dapat A2 bukan senang beb…tapi knowing bapak, tak suka tinggi diri, dia diam jer tak cakap apapun..Cuma lepas tu bapak buat kenduri doa selamat kat surau..sbb dalam adik beradik aku, mmg tulah SPM yg paling bagus..dan kat kg pun masa tu result akulah yang paling best…bangga betul aku kat bapak dan mak.
Tapi aku kecewa sket, sbb dgn result aku yg bagus tu aku bole apply buat TESL pas tu bole apply pi oversea, tapi mak tak kasi, mgkin ada bnyk sbb kot..salah satu sbb duit, lagi satu mak takut dgr citer macam2 pasal budak2 pi oversea ni..balik jadi sesat..so aku pun apply kat uni2 tempatan, tapi masa tu tak dapat lagi offer kat memana alah..mmg le result aku bagus tapi sbb maths kantoi jadi susah sket nak dapat mana2. Sementara tu aku apply ler course kat IPTS. Dapat ler tawaran nak buat certificate in management kat KL so aku pi la amik course tu..tak lama lepas tu aku dapat offer dari UITM (masa tu ITM) lagi untuk buat course Secretarial Science kat Kampus Kuantan, tapi melihatkan yuran dia tu mak dan bapak kata dorang tak mampu. Masa tu aku dah abis belajar kat Institut swasta tu dan dah dapat keje…so dgn sedihnya aku terpaksa lupakan hajat aku tu. Aku ingat mak ckp dgn aku , bapak kata dia takde duit…mak yg sampaikan kat aku..mgkin bapak tak sampai hati nak ckp sendiri dgn aku dia suh mak cakap..mak kata kat aku..takpe lah Na…esok anak2 ko, ko antar dorang belajar kat uni oversea…aku terharu gak dgr mak cakap tu, mmg ler keciwa....
AL FATIHAH....
Hari Sabtu 11hb August 2007 bersamaan 27 Rejab, dalam usianya 74 tahun bapak kembali ke rahmatullah….
Sebenarnya minggu lepas byk sgt plan aku nak buat untuk hari Sabtu tu. Nak pi belajar buat roti, tapi entah kenapa hati aku rasa tak sedap so aku batalkan niat aku tu..mmg plan nak balik kg pun sabtu tu, tapi lepas maghrib sbb SP keje, kakak pulak sekolah. Aku pun tatau 2-3 hari tu aku rasa tak sedap hati. Jadi ari sabtu tu aku decided nak dok umah jer, buat muffin pastu nak balik. Mula2 nak balik ahad pagi, tapi sbb akak dah sms yang akak no 2 tu dah ada kat umah mak, aku jadi macam excited nak balik kg. Aku kol sp tnye balik kul bape, dan plan nak balik lepas SP balik keje, seblum maghrib.
Lepas siap2 masak, aku terlelap jap kat sofa, masa tu dalam kul 12tgh. Budak2 kecik dua tu tidor, jadi lepas mandi aku baring jap sambil terlelap..tetiba HP aku bunyi, aku tgk no, no tel akak. Ingatkan dia nak pesan beli apa2 ke seblm balik..sbb sebelum tu dia suh beli lauk lebih skit sbb ada ramai kat umah. Rupanya panggilan tu khabar duka..bapak dah meninggal..aku terkjut, tapi aku tak menangis pun…fikiran macam blank jap sbb mamai baru terbangun tido…aku pun kata ok…aku kol sp skg..jap lagi kami balik…
Aku kol SP, mula2 tak dapat..2-3 kali kol takde angkat. Aku kol control room pesan ada kecemasan..tak lama pas tu SP kol balik, aku bagitau dia..suh dia blik segera..rupanya dia tak dgr bunyi phone..ada kat genset room..
Kat umah aku kelam kabut ngemas baju2 aku..baju2 bdak bibik dah kemas, tapi aku suh dia tambah lagi baju sbb kena balik lama..tak lama tu dalam kul 1.30 tgh kakak balik dari sekolah. Aku suh dia makan, mandi dan siap nak balik kg..aku sempat kol abang SP- abg long bagitau bapak dah takde…honestly, aku tak ler sesedih mana, sbb bapak mmg dahlama menderita sakit terlantar. Aku salu gak berdoa kalau pemergian bapak akan mengurangkan seksanya menanggung sakit , kami REDHA.
Pagi tu aku dah siap masak pajeri nenas, sambal ikan bilis. Kebetulan kak ie singgah umah antar barang2 yg dia pinjam so aku pi tapau kan sume2 makanan tu. Aku tapau semua makanan..bagi kak ie...
Lepas SP sampai umah dalam kul 2 ptg kami rush balik, nak kena antar bibik ke keramat dulu. On the way aku kol kawan2, kol sepupu2 dan kol boss bagitau aku kena balik kg…bos suruh aku cuti 3 hari…
Entah nape hari sabtu tu jam sgt2, dan aku tak sempat menatap wajah bapak buat kali terakhir. Sesampai aku kat umah, mayat dah dibawa ke kubur dan kerana aku yg sedang uzur hanya SP menyusul. SP sempat sampai ketika bapak sedang ditalkinkan.
Patutlah hati macam tak sedap, malam tu masa aku baca yasin aku teringat bapak dan aku rasa sayu sgt rupanya masa tu bpak dah diambang akhir hayatnya. Dan…bapak diambil Allah pergi hari esoknya itu. Abg ngah di Pahang pun dah on the way kuar masa aku kol dia pukul 2 tu. Dia kena ke pekan menjemput anak sulong dia yang sekolah asrama..
Aku sampai di rumah, dah ramai sedara mara, ada adik beradik bapak, anak2 saudara bapak tapi aku tak lihat sorang pun adik beradik mak atau sedara mara sebelah mak. Aku masuk terus peluk mak, airmata terus keluar. Sedih sbb bapak dah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Yang tinggal hanyalah kenangan2 bersama bapak. Masih terbayang wajah bapak kali terakhir aku balik kg awal bulan julai lalu. Wajahnya sayu, ekor mata melihat penuh makna. Bapak nampak tersenyum bila cucu2nya bergurau berdekatan dengannya, ketika itu bapak masih berselera makan, masih bole bergerak dan duduk sendiri, tapi dah tak bole makan sendiri. Mak terpaksa menyuapkan bapak. Masa tu pun bapak dah tak nak mandi lagi..dia selalu mandi sekali sehari waktu petang. Tapi sebulan seblum dia pergi dia sering mengadu sejuk, tulang2nya sakit. Sampai terpaksa berselimut dgn toto. Mak sempat selimutkan dgn toto baru yang mak beli…mak jugak sempat minum cendol dan makan mee rebus kesukaan dia beberapa hari sebelum dia pergi...
Aku ingat lagi kali terakhir aku jumpa bapak bulan lepas, bapak masih bole senyum dan dia seolah terkejut sbb kami nak balik pagi awal awal2. Sebab selalu kami akan balik lepas asar, tapi kerana abang SP buat akikah aku rasa tak sedap jadi kami rushing balik pagi ahad tu sbb nak hadiri kenduri tu tgharinya. Bapak sayu jer masa kami salam dia. Anak2 cium bapak, cium tangan bapak aku pun cium tangan bapak.. Dan itulah kali terakhir aku jumpe bapak.
Lepas aku balik tu, kakak kata bapak tak sihat, dia dah tak lalu makan, keadaaan kulitnya yang kering tu semakin teruk dan merekah dan bapak dah tak boleh bangun langsung aku ada juga beli lotion sebamed dan sabun sebamed untuk bapak. Dua kali juga aku sempat beli barang2 tu..berbuku2 sabun dan berbotol2 lotion aku beli. Aku selalu gak telepon mak tanya khabar bapak dan rancangan nak balik ujung bulan julai ter bantut sbb anak sedara SP nak mendaftar di Unisel dan kami kena tolong kakak SP menguruskan pendaftaran tu.
Dalam pada tu seminggu seblum tu kakak terpaksa ke Segamat kerana anak saudara suaminya kawin. Dalam perjalanan balik dari Segamat, akak singgah dirumah. Masa tu kami dah berbincang nak suprisekan mak. Aku nak balik kg ujung minggu berikut tanpa bagitau mak. Memang itulah rancangan aku dan akak. Kakak ada bagitau yg tempat keje dia buat rombongan ke Kelantan dan dia berbelah bagi nak pegi ke tak. Aku ckap dgn kakak..toksah pegi, takut kalau apa2 terjadi kat bapak nanti susah pulak. So akak tak jadi pegi mujurlah…kwn2 opis kakak pujuk dia pegi…tapi akak tak nak, aku pun taknak akak pegi..sbb bapak masa tu dah semakin lemah..
Pengkebumian selesai jam 6.30ptg. Kami di rumah bersiap sedia untuk memasak untuk tahlil malam tu. Sbb dah kelam kabut kami hanya sempat menyediakan bihun goreng..Alhamdulillah majlis tahlil berjalan lancar. Ramai sungguh orang datang. Lepas zuhur tu pun mak kata ramai sangat orang datang..dan kami kira wang yang jiran2 sedekahkan tu ada dekat Rm500. Duit tu kami gunakan untuk tahlil tiga malam berturut2... Malam tu sempat kami bersembang2 dgn mak dgn jiran2….rancangan awal dorang nak kebumikan bapak esoknya, tapi jiran2 tak setuju, sbb jiran2 sekampung kenal sgt dgn bapak, masa hidupnya dia salu pesan tak baik simpan mayat lama2 yang hidup tetap hidup yang mati harus disegerakan penyempurnaannya…atas sebab itulah dorang segerakan. Sampaikan ramai sedara mara sebelah mak dan bapak tak sempat diberitahu. Semuanya berjalan dgn pantas…Abang ngah tiba pukul 11 malam, lepas majlis tahlil habis...
Kakak cerita masa tu dia keje..tapi hati dia meronta2 nak balik cepat…belum sempat dia keluar opis dia dapat panggilan dari rumah bapak dah takde….pagi tu bapak sempat bersarapan, tapi dia dah tak kenal orang masa tu. Akak ke 2 yg kebetulan balik kg pun dia dah tak kenal. Matanya memandang kosong. Air pun dah tak boleh masuk…disudukan air ke mulut dia, air tu keluar balik..dan lepas tu bapak tidur. Pukul 12.45tgh mak kejutkan untuk makan tghari, bapak dah tak der..bapak pergi dalam tidur..dalam tenang. Malam seblum tu bapak mengadu sakit kaki, perutnya keras..mak usap perut bapak malam tu mak kata keras macam ada batu…kakinya sejuk , malam tu mak ada bacakan yasin kat sebelah bapak…bapak diam….dengar dgn khusyuk. Dan malam tu akak dgr bapak mengerang, mendengus beberapa kali sekitar pukul 2 pagi….agaknya tanda2 awal malaikat maut sudah hampir dgnnya.
Mayat bapak siap dimandikan dan dikapankan lepas zuhur, disembahyangkan disurau depan rumah kami, surau di mana bapak selalu mengimamkan solat, bertarawikh dan surau di mana jadi rumah kedua bapak. Bapak menjaga surau dgn baik, memastikan kebersihan dan surau sentiasa cantik di cat, tu ketika bapak masih sihat…ketika bapak boleh berjalan.
Ketika itu juga aku sering dgr bapak mengaji setiap pagi, tghari dan malam…4 tahun dulu seblum bapak diserang stroke dan dia menjadi lumpuh….Selepas subuh bapak akan mengaji, begitu juga seblum zuhur dan selepas asar, maghrib dan isya'..bapak akan sentiasa mengaji sehingga kalau tiba bulan ramadan bapak akan khatam mengaji 3 kali….Masih terngiang2 suara bapak mengalunkan surah2 AlQuran…
Dan bila bapak jatuh sakit, bapak dah tak bole mengaji, dah tak boleh solat. Tapi puasa tak pernah bapak tinggal. Bapak memakai pampers, jadi sukar untuk dia nak bersolat, mak pulak batal air semayang kalu tersentuh bapak, jadi bapak kata tak payah…biar orang kata apa sbb bapak tak bole solat, tapi bapak diam jer…
Masa bapak sakit tu sehari ke sehari keadaan dia semakin teruk…kerana banyak sgt makan ubat darah tinggi, bapak dah tak boleh dengar lagi, kena cakap kuat2..pertuturan bapak jugak jadi tak jelas..aku jarang paham apa bapak kata, Cuma mak dan kakak jer yg paham sbb dorang selalu ada kat umah, jadi dah biasa dgr.
Hari ketiga bapak meninggal, abang ngah terpaksa balik, anak2nya periksa anak sulungnya ada percubaan PMR hari selasa tu pagi tu abang ngah ke kubur bapak dulu, akak ke 2 pun balik ke Klang sbb suaminya dah kena stat keje, tinggallah aku dan kakak dan adik bongsu yang masih cuti, aku dan kakak juga yang sibuk menguruskan tahlil untuk malam ketiga tu…nak harap abang long?...hampeh, langsung tak peduli, yang dia pedulikan agaknya harta2 bapak jer….Hari kelima bapak pergi baru aku berpeluang kekuburnya, aku bawak mak sekali, mak uda (adik bapak) dan anak2 pergi kubur bapak. Aku dan mak baca yasin, aku suruh kakak baca fatihah banyak2..sayu hati aku melihat kubur bapak, mak menangis tersedu2, anak2 seolah paham yang Atuk aji mereka dah meninggal, mereka tau itu kubur atuk aji dorang…. kubur bapak dibawak pokok kekabu, redup, tenang dan sejuk…berdekatan dgn kubur2 jiran sekampung yang dah pergi terdahulu. Kubur bapak dekat tepi jalan..tanah kubur masih basah, dan aku nampak ada pokok puding di atas kubur bapak...
Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa, dan selama 3 1/2 tahun bapak sakit, semua dosa2nya terhapus, dia pergi dengan tenang, mukanya berseri2, ketika akak cium dahinya, akak kata dahinya sejuk umpama ais..wajahnya senyum tenang…Insya Allah, bapak akan ditempatkan dalam golongan orang2 bertakwa dan beriman..Semasa hayatnya, bapak amat disegani dikampung. Sbb bapak orangnya pendiam, tak pernah menyakiti hati orang, sentiasa dipanggil untuk membaca dan tahlil kalau ada majlis2 kenduri arwah, sering jadi imam sembahyang..bapak tak pernah mengata atau memburukkan orang, dan dia cukup marah kalau dgr mak bertandang dan bercerita perihal orang di rumah jiran..bapak juga seorang yang AMAT amanah, dia salu dilantik jadi bendahari sbb jujur dan amanah dia..aku ingat lagi masa kecik2 kalau ada pinggan mangkuk surau tersesat ke rumah kami, dia cepat2 suruh antar dan pulangkan ke surau dan kalau ada yang pecah dia kan cepat2 ganti..Semua sifat2 mulia bapak tu diwarisi akak. Pendiam tak banyak cakap, penyabar dan amanah dalam suma perkara termasuk duit…..
Bapak disayangi oleh anak2 sedaranya. Masa dia sakit suma anak sedarnya datang melawat, bahkan time2 hari raya pun kad2 raya anak sedaranya sampai terawal dari kad raya aku..betapa bapak sangat disukai oleh semua orang, disenangi oleh suma orang. Sungguh semasa bapak sihat, bapak sering datang ke KL dgn mak. Masa tu aku Cuma ada anak seorang, kami bawak bapak jalan2 ke KLCC, chow kit, bahkan Menara KL pun bapak dah merasa naik 2 kali.. Masa sihat bapak rajin berjalan dgn mak..dia dan mak selalu naik bas ke rompin dan suprisekan abang ngah dgn terpacul pagi2 buta kat umah abang ngah.. Kini kenangan itu tinggal kenangan…bila teringatkan bapak aku jadi sedih, aku menangis…bila baca yasin aku teringat bapak aku sedih, aku menangis..banyak betul memori. Masih tak puas bermanja dgn bapak, tapi Allah lebih sayangkan dia..aku REDHA...aku cuba nak baca yasin tiap2 malam sbb nak sedekah kat bapak tapi ada masa aku balik lambat dan dah penat aku tak berpeluang nak baca, sebelum tidor aku akan sedekahkah fatihah pada bapak..dan masa tu lah airmata aku kan mengalir...sedih. Aku tak tergambar lak perasaan mak sbb mak dah 45 tahun hidup dgn bapak, jaga bapak masa sakit, jaga bapak masa kat hospital, mandikan bapak, cuci berak kencing dia, suapkan bapak nasik..lagi lah dia sedih. Kalu aku ada 100x sedih mak mgkin 1000x lagi sedih dari dari aku..
Selamat pergi bapak…tenanglah kau di sana di Alam barzakh menemui tuhan..Alhamdullillah bapak telah tinggalkan kami anak2 yang soleh dan solehah, cucu2 yang soleh dan salihah yang akan sentiasa mendoakan bapak, mensedekah fatihah dan yasin untuk bapak..Tenanglah kau di sana….Nantikan kami di pintu Syurga…AMIN.
Aku tak dapat menahan airmata yg keluar semasa menulis ni, tapi aku gagahkan juga sbb ia akan jadi kenangan. Kenangan yang tak mungkin terpadam dalam ingatan kami sepanjang hayat…
Dan dah hampir 2 minggu bapak pergi…Rest in peace bapak…kami akan sentiasa mendoakan bapak, kami akan sentiasa bacakan yasin untuk bapak, sedekah ayattul quran untuk bapak. Kami akan datang ziarah kubur bapak bila kami balik kampung, kami akan ziarah kubur bapak beramai2 bila raya nanti..
Bapak,payahnya menerima kenyataanyg kau dah pergiselamanya ke Alam
Barzakh...
27 Rejab kau dipanggil Illahimengadap Ya Rabbitatkala Isra' dan Mi'rajmenjadi saksidalam lena yang tenang sekali...
Sedihnya hati ni bapakbila teringatkan kenangan2dari zaman kecil hingga sekarangsungguh tak puas kami bermanjatak puas cucu2 mengulitmu mesra
Redhanya kamibapak...adalah kerna hakikatYang Hidup Pastikan MatiTidak terlewat sedetikTidak terawal sedikit
Sesungguhnya Bapaksakitmu itu penghapus dosaoleh itu kau tenangtika jasadmu dikapankanWajahmu bersih dan mulusSenyummu terukir senang
Bapak......Andai ada waktukita kan bertemuDi alam Akhirat kita bertamu
Airmata kami bapaksebagai buktiyang kasih kami tak bertepiwalau dikau tiada lagiTunjuk ajar mu kepada kamisentiasa kami kenangi sering kami ingati
Lena lah kau di sana bapakmenemui Allah yang satuFatihah kami bertamuYassin kami bersatusetiap hari setiap waktu
Bapak..Salam kasih kamisejahtera hatitenang dirimu di sana abadi.......anna -22 Aug 2007
August 1, 2007
Berbintat di Hati, Berpinau di Mata
Minggu ni lagi seminggu la aku nak menahan, getar, bintat, bengkak dan segala
macam bukuan dalam hati nih. Minggu depan boss balik so things will be normal as
usual. Awal1 minggu ni aku sebok sesangat. Sbb ada bnyak order nak kena submit
untuk Brunei region, pastu di tambah dgn songeh si JLO byk keje aku terbengkalai
cam tu jer. Minggu ni gak dah bape kali aku kena marah, sound direct, takde
ampun pnye. Being a human yang ada hati dan perasaan biar sekeras mata