April 30, 2013

Jangan Main Kutu!!



Dulu aku salu fikir tak pe lah. Join jer main kutu sbb kalau nk harap aku put aside RM400 sebulan to mana2 saving memang tidak lah kan. For many year aku join main kutu with amount beratus. Paling banyak aku pernah main ialah 500 lebih. Tu pun share 2 nama dgn SP dan dapat 3 kali by using 3 portion. Tiap kali seblum smpai turn dapat kutu tu berangan2 lah nak beli memacam dgn duit tu. Ye lah kan dapat segedebuk riban2 gitu tentu syiok leh beli apa jer dalam wish list. Somehow dgn join group kutu gaklah dapat tolong aku top up duit untuk bayar deposit keta baru back in 2011 ari tu. Sakitnya hati Allah jer yg tau bila ada yg jenis culas, bayar lambat. Kdang2 kita yg naik malu dok chase duit kutu berkali2. Fed up sgt aku rasa. Bila kita perlu sgt duit tu dan giliran kita pulak bulan tu..tunggu pnye tunggu sampai 8hb baru dapat. Yg paling sakit hati, bg kita sikit2. Sbb tak abis lagi yg lain2 tu bayar. Sekali bagi rm1200…2-3 hari lagi 2-3 ratus…aduh perit. Sakit hati tau tak. Mana nye impian nk dapat segedebuk duit . Alih2 by time kita dapat balance tu yg duit separuh kita dapat tu pun ntah gone kemana..abis cenggitu jer..sakit hati.



This year, will be the last la aku main ngabiskan group kutu. Kalau tak silap aku June ke July ntah abisnya.Sebulan 4ratus agak besar gak oooi. Sakit gak tiap bulan nak bayar. Mujur la masa aku kena lay off dari tmpat lama hari tu tak sempat pun nganggur lelama. Sebulan jer tpi end up dapat compensation agak byk. Pas tu terus dapat keje kat tmpat baru ni takde le aku terasa sgt nak bayar RM 4 ragtus sebulan kalau tak keje mau parah air mata nok nak bayar byk tu.



Sejak keje tmpat baru pun aku berjaya disiplin kan diri to put aside sikit to savings. Mean aside yg mmg tak sentuh langsung. Biarpun sikit jer sebulan mampu tapi Alhamdulillah, hasilnya ada kan. Lgpun aku dok fikir asik abiskan duit jer…baik la pejam mata simpan sana..simpan sikit. Semua ni bermula lepas aku kena lay off hari tu la. Dapat lah simpan sikit..dan bila aku stat bayar zakat pendatapan lebih dari biasa, aku merasakan sgt keberkatan padan pendapatan. Tak pernah pulak putus duit smpai ke hujung bulan. Ada je rezki mendatang. Lgpun kat off baru ni aku jrang sang jimba2 makan mahal2..byk masa aku abiskan pi gym dgn misi menguruskan badan. So bole la tahan..



Bukan senang tu. Puas gak aku mendisiplinkan diri. Mcm2 wish list nak beli tiap kali ada duit lebih tau. Cuma tahun 2013 ni aku perasan yg aku menjadi semakin kedekut dan berkira pada diri sendiri terutama kalau nak berbelanja pada perkara tak penting. Aku tak berkira langsung kalau anak2 nak beli buku ke atau nak bayar apa2 untuk aktiviti..tp untuk diri aku mmg jarang sekali. Ada sekali tu aku teringin sgt nak beli HP baru samseng Note tu…kononnya tunggu dapat duit lebihan income tax tu kan..tp bila dapat duit tu ttba aku jadi kedekut sgt. Aku fikir tak perlu nak tukar hp. HP yg ada SP bagi masih elok lagi. Pehal nak bergadjet2 sgt kan..tak perlu pun!. Sudahnya aku spend sikit untuk makan2 anak2 beranak..makan angin sikit dan selebihnya masuk dalam simpanan…aku pun benarnya kagum dgn diri aku tau. Kalau 20 tahun dulu aku cenggini mau dalam simpanan aku ada beratus K tau..ish, menyesal tak sudah sbb dulu boros sesangat. Harap dalam KWSP pnye simpanan jer lah ada ratus2..tp ntah dapat ambik ke idak kan?



Sekarang ni aku tgh tunggu durian SP pulak. Ntah bila la nak runtuh gaknya. Berkali2 dah piket untuk dapat back date dorang tu. Tapi belum ada rezeki lagi gaknya. Baru jer aku nak claim 50% dari durian tu tau…haha, apa pulak, kata sleeping partner..mesti la nak dapat portion share 50-50….tak gitu??



Jadik, pada korang yg gemar berkutu2 tu..kalau nak main, jgn main byk2. Takat seratus tu cukuplah aku rasa. Tak perlu nak main kutu sbb konon nak save duit la apa kan. Takyah. Tak de untung pun. Kalau dapat interest lebih tak pe la jugak. Baik korang simpan kat tabung Hj tu..untung2 dapat penuh tabung leh g umrah kan?.



April 17, 2013

OMG..lamanya

Assalam utk semua..yes, Oh My Gucci...lama giler tak menghapdate kat belog ni.  Last post was Feb hari tu..amboi..berkarat lagi berkulat dah tu..Bila dah lama sgt, mesti lupa dah apa2 ntah citer yg nak dikongsi. Just gone with the wind omputih kata.

Dunia pekerjaan aku cam biasa la. Bertambah bizinya semenjak dua menjak ni.  Lepas konpem hari tu langsung aku dah takde can nak membelog. Fesbook pun la ni kadang2 jer bukak. Tu pun kadar nak tgk2. Komen sikit2. Meroyan2 lagi mcm dulu2 ...Nehi.  Jarang2 dah,  Kat rumah pun sama. Bila dah balik kepenatan melampau, tak kuasa nak sentuh PC ke laptop ker.  Hp pulak buat hal so lagi susah nak berfesbok mcm dulu2 tuh.  Tapi, Alhamdullilah semuanya baik2 belaka jer dgn keje baru ni.  Semakin hari semakin mahir dah nak mengenal barang. Nk mengenal Part2 number. Dan semakin mahir nak antar email mintak itu ini.

Bos pulak, mcm gitulah.  Dia pun tak ckp byk. Mgkin sbb aku jarang bawak masalah. Punctual, balik lewat, keje pun kurang dah kesalahan.  Pendek kata, dia pun mcm serahkan kepercayaan pada aku nak handle suma2 perkara.  Makin galak lah clan2 makcik perli2 aku org kuat bos. Ape ada hal kan?.  Mmg aku nak buat keje aku sebaik mgkin, kalau org2 lain yg perli2 tu sbb dorang sakit hati la kot. kansss?.

Pasal keje pulak, baru2 ni aku nak tergelak pun ada. Ingat tak dulu ada kompeni yg aku pi interview ya aku cerita perihal dorang tak suka male staff gi solat jemaat. Ada pertikaian tentang kenapa solat kena buat ari jemaat?, tak leh hari lain?.  Kompeni yg besar tapi yg interview mcm komunis tu...ya, baru ni aku terpanjat gak bila dorang kol HP aku. Tnya aku masih berminat tak dgn jawatan tu.  Well, aku g interview tu mid of last year..dekat setaun dah. Masa dorang panggil 2nd interview pun aku tak berminat nak attend walaupun masa tu aku ada bunga2 masalah dgn kompeni lama kan...sbb aku tak berminat cara dia treat muslim tu.  Dan dorang gak kata aku demand gaji mahal sgt.  Abis, kalu korang nak tukar keje haruslah demand ye dak, laenla kalau kita desperate nak dapat keje ke kan.  Kalau masa tu aku kena buag keje dah maybe la aku terpaksa terima kan.  Minah yg kol aku tu org lain aku rasa.  Dia tnya aku nak tak dtg office dorang jumpa big bos dorang.  Sbb dorang berminat nak hire aku.  Kalau dulu aku turn down the offer, sama gak la kali ni. Aku bgtau dorang aku dah stat keje company lain sejak Nov lepas. Oil and Gas company, happy dgn gaji dan keje aku dan aku tak rasa nak berubah angin lagi buat masa ni.  Aku agaklah kan, maybe dorang dah amik org ..tpi after few months mgkin org tu tak leh cope, cabut lari or apa2 kan.  Carik aku balik.  Keje tu mmg susah. Nak kena deal dgn kilang2 kat Brussel dan Europe jadi kena betul2 fasih ber bahasa inggeris dan harus pantas buat keje. Maklum nak deal dgn customer yg bukan calang2 kan.

I would say keja aku skg pun sama mcm tu.  Kejar date line jer hehari.  Jarang aku dapat balik on the dot kul 5. Salu mesti kul 530 or kul 600 baru nak balik. Mana tak, time2 nak balik tu baru la sebok nak itu ini. Mental betul dgn national oil company ni tau.  Pagi2 kadang aku lepak kangkang tak buat apa..by pukul 5 time tu lah baru nak sebok nak barang. Nak itu ni.  Document preparation yg renyah sikit sbb suma mengikut ISO.  Kena log and register sana sini, baru buat document. Pulak tu nak dpat approval lagi, bla bla bla.  Tapi aku suka apa yg aku buat. So kadang2 bz kadang2 tak. Ada masa sabtu ahad pun kena check email. Ada masa malam2 pun bos akan kol mintak tolong check PO itu ini.  Thats life..aku pun malas nak berkira sgt. Maybe sbb tu bos aku pun tak byk soal dgn aku.

Life wise macam tulah, kalau seorang isteri dan ibu. Mana pernah kerja abes ye dak. Kadang keje2 rumah dah abis. Kita pulak kena kerjakan...opsss...hahaha. Biasa la tu.  Cuma skg ni aku lebih kepada buat keje rumah depending kepada kemampuan. Kalau penat sgt, aku pejam mata jer. Kalau larat aku buat.  SP byk bantu.  Tu meringankan beban aku sebenarnya.  Kakak pulak sejak dah masuk form 4 ni byk home work, kadang tak bole nak expect dia buat itu ini..kena sedia maklum lah.

Delin pulak skg ni penuh jer aktiviti sek dia hehari. Ada jer.  Berkuda lah, berenang lah. Bowling lah.  Sbb nak bg dia biasa dgn semua aktiviti tu kami bagi jer kebenaran. At least biar dia belajar untuk paham dan berdikari kan.

Amal pulak, sejak darjah 3 ni makin byk aktiviti dia.  Mana nak main bola sepak, mana nk main hoki bagai. Pengakap. Belum campur aktiviti2 lain.  Sekolah Kafa lagi.   Pendek kata, masa aku mmg fully occupied nak melayan depa2 tu kalau kat umah. Mana ada masa nk bersantai2 fesbok bagai?

Honestly,skg ni aku jarang masak on weekdays sekarang ni. Bukan apa, main reason sbb aku berdiet tak makan malam dah berbulan ni jadi dorang pun jadi mangsa.  Kadang aku masak gak tp aku cuma tgk jer or aku makan lauk2 jer.  If seharian aku tak makan nasik baru aku makan. If aku dah makan nasik once aku cuba elak2 kan nak makan lagi..tp biasala kadang2 langgar gak. Terutama kalau SP dok banjer makan kat Restoran Suraya tu..hancurrr diet aku.Walaupun nasik sikiiiit jer, tapi selalu hancur dgn kerabu mangga...siakap 3 rasa dan yg lain2 makanan dorang yg superb tu..betul2 hancurrrr.

Aku masih meneruskan aktiviti ke gym. Seminggu 3 atau 2 x.  Tak kisahlah kalau tak turun berat byk pun. Tapi aku rasa sgt fit dan sihat.  Akitiviti aku kat gym pun tak ler teruk2 pnye. Setakat brisk walk, jogging atau pun climbing stairs.  Dulu setengah Km dah semput, now simply 3km sap sap sui..dan masih dapat stamina dan tenaga lagi.  Kadang2 aku bersenam 30 mins jer pastu sambung 20 mins kat sauna.  Rasa sgt sihat sbb berapa ramai org yg bersin batuk, berhingus2 kat office ni Alhamdulillah aku masih sihat tu!!.

Aku pun rasa badan sgt ringan dan senang nak bergerak.  Semenjak rajin bersit up in gak, perut dah turuuuuun byk sgt. Masih gigih lagi nak bagi kempis ketak2..jgn jeles eh..haha. Baju suar2 suma dah longgar. Bangga giler bile suar jeans yg dulu nak msuk pun tak lepas now easily bole kancing gituuu!!.  Hebat kan kuasa senaman..

Cuma yg aku tak pernah terai sampai skg kat gym tu ialah berenang, ada keinginan tpi entah lah, malu ke apa ke aku pun tatau..mcm rasa pelik berenang sorang2 kot..haha.

Sejak mengamalkan gaya hidup sihat (cheeewah haha) aku rasa lebih berkeyakinan.  Minum pun air kosong mineral jer. Fast food?..now sebulan sekali pun susah nak jamah. Kalau anak2 teringin sgt nak makan aku bole tahan tgk jer tau!!.  Dulu mana bole beb. Skg ni aku berjaya mengawal napsu makan.  Sbb amik nasik pun sesikit yg bole.  Lauk sedap2 mana pun aku masih berjaya menahan tau...tu suma berkat U trim yg SP dok belikan supply nya. Dah 2 bulan lebih aku makan. Mmg mengurangkan sungguh selera makan.  Kadang2 rasa tak nak makan langsung. Tapi bila perut dah berbunyi, makan la gak.  Aku kena abiskan lagi sebulan pnye course sbelum berhenti. Now pun aku minum selang2 jer.  Supaya bila stop nnti idak la terkejut kan. Harap2nya bila stop nanti aku masih berjaya mengawal permakanan aku tu kan. 

The biggerst loser yg bermula bulan lepas tu ada sebulan lagi jer seblum ditutup secara rasmi. Like i said earlier bukan hadiah yg jadi kejaran tp lebih kepada untuk mendapatkan berat yg unggul sesuai dgn ketinggian. Bukan dikategori obesiti.

Duh, time bersemangat nak update ni ada jer gangguan.  Gamaknya aku terpaksa berhenti di sini dulu ye. Ada kerjaan yg harus diselesaikan pada kadar segera..sampai ketemu lagi..wasssalm.

February 5, 2013

Pathetic Sungguh..

Kalau nak kata ini sessi mengumpat sedara mara ke hape ke kan, terpulang..aku sekadar meluahkan apa yg terbuku dalam hati ni sekian lama...akan perangai2 dan peel2 pathetic sedara mara yg suka akan benda2 yg percuma.....pendek kata suka amik kesempatan...


Sedara mara ni kenkadang ada yg menyenangkan, tapi kadang2 ada jugak jenis yg menyakitkan hati, mata dan kepala. Kalau pasal nak berjalan/makan angin dgr kita pegi lajuuuu jer nak ikut..maklum kalau ikut kita x yah sesusah kuar duit bagai.  Kita yg lurus bendul ni memula ok lah kan…jenis tak kisah, ye lah sedara..apa de hal nak berkira sgt2. Tapi bila dah terkna kita pun. Jadi fed up..end up, malas nak layan. Gitulah yg terjadi pada aku..Aku ni mmg bukan jenis berkira2 sgt. Sbb pada aku kalau nak buat apa2 tu biar ikhlas. Bila terbit rasa tak ikhlas tu …tu lah dia masa untuk kita berfikir sejenak..lebih baik tak yah pemurah sgt bila hati kecil berkata2 mengumpat dan merungut2 betul tak?


Mmg seronok kalau bercuti reramai. More happening, more merrier org kata. Tapi kalau dah ramai2 bercuti tu agak2 lah kan. Kalu tak kuar duit.  Utk bayar hotel/apartment/chalet atau yg sewaktu dgnnya tu, hagak2 lah nak keluar duit utk benda lain. Sediakan bahan2 makan ker or paling2 tak hulur lah sikit seratus dua..tuk makan2. Alah, org yg bayar hotel beratus tak berkira pun ko dah dapat dok free lagi mau berkira bagai..harus sakit hati.


Masa kami bercuti reramai ke Cameron sewaktu masa dulu, aku bersama 3 keluarga lain. 2 daripadanya adalah dari anak buah SP dan satu kuarga lagi adalah kakak kandung SP. Masa tu aku yg bayar apartment berkongsi dgn anak buah SP yg sorang lagi which end up about 650 lebih for 2nites. Sbb ramai2 pegi kan

Mmg lagi jimat la kalau dapat memasak makanan. Maklum bawak segerombolan org, makan kat kedai kalu pitam la..sekali bole la..buatnya every time makand dari BF, Lunch, Tea break and dinner + supper nak makan kat kedai..tokeh balak pun pitam gitu.


So aku dgn anak2 buah SP tu berpakat nak bawak makanan2 mentah yg handy. Mcm nugget, sosej, roti dah sebagainya dari KL, sampai kat sana nnti leh le soping sayur ke or apa2 yg patut org kata. Maklum kat Cameron tu sejuk..so manjang nak makaaaan jer kejenya. Nite time pulak depan Apartment kami tinggal tu ada kedai kopi yg bole melepak mengeteh sesame..so for lite2 pnya makan kami turun je kat situ..pasal bil, masing2 tong tong bayar bergilir2. It was fun..sbb bdak2 enjoy..mak pak pun enjoy dan paling best, takde simpan duri dalam hati gitu…….end of good holiday story .


Now let’s story pasal bad holiday pulak..yg sampai skg aku rasa sakit hati..bengang dan tak ikhlas langsung….

There was a time masa tu SP dapat book apartment kat Fraser hills. Kebetulan pulak masa tu cuti sekolah panjang…kebetulan pulak adik SP yg dok dgn MIL tu datang KL (or rather mmg turun KL semata2 nak ikut bercuti ke kot?, ntah aku pun tak ingat..haha. For the first time kami kesana, aku sikit cuak lah. Maklum MIL pun ikut sama. Tempat makan pun kabarnya kat sana nan hado…so utk mengelakkan kejadian tidak diingini aku dah bersiap siaga, pack apa yg patut, pack apa yg perlu nak dibawak. Siap blender bagai. Sbb nak dok sana 3hari 4 malam. Punya la berbondong2 nak bawak mcam2..segala telur, beras dan barang2 dapor yg lain. Belum amik kira nugget, fries dan ntah hape2 lagi…masa tu seingat aku biras aku tu baru ada anak 2 kot…pnye la aku eksaited bawak mcam2 org tu?? Haram tak bawak apa2 uools, lenggang kangkung..bawak badan jer lah. Dah ler gitu, barang2 ringan, Maggie ke cekedis ke apaaa langsung takde bawaK!!..padahal anak2 dia masa tu pun kecik2 gak, time nak makan jer kan..



Takpe lagi, masa kat sana langsung tak kuar duit tu mmg sah lah kan. Langsung tak tolong atau pun beri sedikit tenaga tolong aku masak ke hape..apartment tu ada 4 bilik so mmg suma org dapat bilik sorang satu..dgn suasana sejuk bagai kan, asik lapor jer lah kejenya..Yg aku sakit hati sgt2..dah la pepagi buta aku bangun siapkan sarapan utk SMUA ORG, siap buat nasik lemak , goring nugget dan ntah hape2 lagi..dorang2 tu suma bangun tinggal makan jer…takpe lagi, lepas makan tolong cuci2 pinggan ke..kemas2 singki pun takde u olls!. Mana aku tak sakit hati….geram, sumpah seranah bagai dalam hati aku..mujur MIL ada masa tu..so terkawal lagi..simpan gak lah makan hati I u ools..



Bila nak keluar berjalan2 ke fraser tu, aku ingat nak la org tu banjer lunch ke hapa kan..Haraaaam!. Abis, masa jalan kat pekan bukit fraser tu beli jagung rebus pun tuk anak2 dia jer..tuk anak2 aku haram nak belanja!!.. part tu paling aku hangis sekali…geram giler. Bila dah balik ke apartment masing2 kebulur lah. Aku jugak terpaksa turun dapur masak apa yg patut. Dah sudah makan sampai tersumbat sinki buat tatau..pinggan2 pun tak tolong basuh..betul2 bercuti macam mem besar!!!. Sampai SP terpaksa tulung u olls, dia la basuh pinggan, basuh kuali segala lepas aku masak tu..yg lain tu?? Lepak goyang hapeee ntah…mana taknya??..aku dgr lepas balik dari fraser tu ada org tu sampai mengandung!!..maklum projek senang2 kat situ gaknya..cuaca sejuk pulak tu kan?...(issh, geram jer aku kalau teringat).



Sejak dari peristiwa itulah, aku mmg blacklist sedara yg ni utk join or ikut mana2 holiday kitaorang. Kalau yg nak ikut tu MIL sorang takpe!. Tapi kalau ada yg tak berkenaan nak ikut or just antar anak2 dia to join..SORRY Naik lori..wa dah serik dan takkan jadi lurus bendul lagi…



Bila kami balik kg pun macam tu..nnti anak2 mereka tu mengendeng2 la kami ni ajak gi MC D, ajak g KFC..ada aku kesaaah?? Tak kuasa aku nak layan. Cuma since hati aku ni lembut dan baik kan, kadang aku kesian dgn bdak2 aku bawk gak dorang makan2 kat luar…dah tu mak bapak dorang kedekut nak cepat kaya gaknya..semua pun berkira..nak bawak mati gaknya duit tu…

Kalau kami balik kg kat sana pun mmg kami jer yg akan kuar beli barang2 dapor segala..beli segala mala jajan makanan anak2..sbb pernah aku terkesima sekali bila isteri tuan rumah tnya mana stok2 biskut dia?? Padahal haram anak2 kita tak sentuh pun…tu pasal each time balik sana kalau anak2 nak apa2 aku beli jer terus..malas nak sakit hati dgn org yg berkira sebegitu.



One time, anak tuan rumah bercerita pasal burger ramly yg dijual kat tepi jalan..bla bla bla, sedap katanya..aku sengaja lah tease bdak tu..suruhlah ayah or ibu belanja…bdak yg lurus kan terus mintak dgn ayah dia..ayah dia kata, tak yahlah mkan burger..makan jer lah nasik yg ada tu….bila mintak kat ibu dia, ibu dia kata..tak yah lah..nnti tak termakan……….bila dah dgr gitu, aku tak sampai hati…kesian!! Aku ajak SP kuar pi tapau kejap..guess what??? Si Ibu dgn ayah siap suruh belikan tuk mereka burger yg paling mahal!!!, super special…so pathetic kan???...ish..taktau lah aku dorang tu pnye tahap kedekut…




 
















January 29, 2013

Kesibukan Melanda

Duh!!, lama sungguh tak berpeluang nak menghapdate kat belog ku ini. Kekangan masa sentiasa mencemburui aku nampaknya sejak2 keje kat tmpat baru ni.  Sungguh, takde masa nak bersosiyal kat FB apatah lagi nak memblog bagai.  Walaupun kat umah ada masa pulak yg takde. Mana nak settle keje umah yg never ending..mana nak setel laundy yg never ending story tu. Ada masa balik sampai umah aku melepek kepenatan.  Gitulah adanya. Umur bukan muda lagi kan, justeru keletihan tu mmg takdapat nak dielak2 kan.

Over all, aku happy jer dgn keje baru aku ni. Walaupun dah bebrapa kali bos aku yg muda tu asik tnya, hows work...bla bla..aku rasa senang di sini, despite ramai senior2 yg kerek merek tu. Like i said to boss kan aku tak kisah pun org lain kat dept lain yg nak menyombong tu sbb yg penting org2 kat deparment aku tak begitu..regardless kecuali sekor..bdak pempuan kecik sorang ni..kalau tnya apa2 manjang jer tatau..salou moody, hentak mouse sana sini. So aku elakkan tnya dia benda2. Tnya jer kat org lain..abis cerita.

Insya Allah, kalau takde apa aral melintang 4hb February nnti konpem lah.  On line training yg berlambak2 tu semua aku dah setelkan. Tu salah satu syarat utama nak confirm jadik kena setelkan jugak nak ke taknak.
Office aku ni rajin organise safety and health meeting, so every few months pasti dorang organise macam2 termasuk la the biggerst looser.  Musim pertama dah setel bila si Italian Roberto menang dgn berjaya mengurangkan 11 kgs dalam masa 2 bulan. Hadiahnya? tak la byk mana cuma RM200 tapi keazaman untuk mengekalkan kesihatan tu lagi penting kan. Roberto usaha gigih betul sampai engaged Personal trainer, jaga makan. Pi gym hehari tu w/o fail.

Inspired by Roberto, aku pun mula berjinak2 dgn gym.  Dah hampir sebulan aku ke gym seminggu 3 x.  Selain bersenam selama 30 minit berjalan kat threadmill ke or ber ski aku juga join kawan2 bersauna. Tak pernah2 bersauna kan, since ada kemudahan percuma layan jer. Cuma aku terkilan sampai skg sbb tak dapat lagi nak terjun ke poolnya.  Maklumlah, takde pakaian yg sesuai dan aku rasa sungguh tak sesuai nak terjun dgn dilihat oleh mata2..issh..hehe.

Cabaran biggerst loser kedua akan bermula February nanti. Bahkan aku lah yg pertama register nanti..tgklah.haha.  Dah hampir sebulan aku makan acai berry dan pi bersenam secara konsisten (takpernah aku begini rajin senam u olls), aku dah berjaya reduce 3kgs..malangnya, masa weekend lepas aku balik sg besar, abis jahanam .  Selama hampir sebulan aku berjaya mengurangkan pengambilan nasik sesenduk jer...tpi balik kg dgn asam pedas ikan baung, kari bawal special akak, bersama sambal pecal aku tak berjaya menahan diri dari makan bersenduk2..arrrgh, aku sungguh rasa bersalah tau..

Kalu pg gym tu beria2 berlari pun baru berapa jer kalori terbakar. Kena balik kg sekali beribu2 kalori aku gained..sedih betul!!!.  Tapi at least ada perubahan..perut pun menurun dah ..kena juga cari fellina cam Puan Halia yg berjaya mengurangkan lemak2 perut tu..Jelesss sungguh ai baca lia oii.

Dan bila nak mengawal makan bukan senang u olls, terpaksa aku drag seisi rumah sekali.  Jarang2 dah aku amik benda2 bergoreng. Paling tak singgang, bakar, grill or stim jer...cuma tang sambal tu mmg tak leh nak elak lah kan, terpaksa guna minyak bunga matahari tu...yg penting, aku makan nasik sekali sehari jer..malam mmg aku jarang amik berat2..paling2 minum nestum or milo..jer..disiplin ke tak tu..tak pernah2 u olls


Jadi aku mengharapkan dapat la turun lagi dan lagi dan lagi...supaya berasa sihat dan berasa kurang berisi sikit, baru senang nak sarung baju kebaya..(wakakkaaka)...baru senang dapat mengawal stress, permakanan dan semuanya.  Believed me sejak ber senam ni , stamina naik tangga dah ok..idak lagi termengah2. Dan berjalan jauh2 pun kaki dah tak sakit lagi. Yg best, malam senang je nak tido. Kalau dulu susah nak lelap, now letak kepala atas bantal gerenti terus lelap u olls..best!.

Cerita2 lain pulak ialah perihal si kakak  yg baru dpat PMR result hari tu. Keputusan dia pada aku amat cemerlang .. ye lah dgn gangguan dua bdak nakal kat umah tu dia masih bole study dan dapat keputusan begitu..mmg sungguh bangga lah lagi2 bila subjek yg dia tak gemar Maths dia bole score A pulak..

Sbb dia beria2 nak apply for kolej vokasional, lepas dapat result percubaan tu dia adalah apply on line, tpi masa tu percubaan dia cuma berjaya dapat 1 A jer, yg lain B dan C. So dia tak berjaya dapat masuk.  Tp kesian nak sangat kami buatlah rayuan.  Dapat tu mmg dapat lah kat Gombak tetapi kursus pentadbiran yg dia nak tu tak dapat..dorang offer course marketing.  Furthermore, rupanya kat kolej vokasional SPM dah takde!!.  Sesuatu yg mengejutkan sbb masa SP amik surat offer kat sekolah tu pun ramai parents menyerbu pengetua dan bertanya kenapa SPM tak de!!.

Benarnya aku suka kalau kakak nak masuk sekolah teknik. Cuma dia tak berminat dgn bidang2 kat teknik tu. Tapi lepas kat vokasional takde SPM dan kena stay for 4 years for diploma, aku dgn SP kena buat mesyuarat tergempar dgn kakak pasal ni. Sbb dia tak tau lagi hala tuju dia kemana kan..jadi sebagai ibu bapa kena buat penerangan betul2 kat dia.

Siap tampal paper dan terangkan satu persatu . Tu la yg SP buat.  4 tahun kat kolej vokasinal tanpa ada apa kecuali SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) bahkan bukan MLVK pun.  Dan suma berdasarkan 70% praktikal dan 30% exam. Means dia kena pass thru setiap tahap sampai tahun ke 4 sebelum melayakkan dapat diploma. Buatnya boring or terkantoi??. SPM Pun takda camne? apa hala tuju masa depan?.

Jadi kami beri kakak pilihan, sama ada nak stay sekolah yg sama or pindah sekolah lain yg ada asrama tetapi tetap teruskan sampai SPM abis.  Pada aku lepas SPM byk peluang yg dia bole pilih. Lagpun skg ni dia dah menunjukkan ciri2 suka kepada perakaunan (dia pun di kelas perakaunan) jadi aku rasa dia bole pegi lebih jauh. Katalah tak dapat masuk U byk kolej mara or kolej komuniti dia bole pegi..yg penting kami nak dia abiskan sampai SPM.

Dan kakak buat keputusan untk stay kat sekolah lama dia sampai abis SPM.  Lepas setuju suma tu dia beri satu syarat..iaitu : To make over bilik tidor dia as a teenager pnye room!.  Sbb bilik dia skg ni lebih kepada zaman kanak2 pnye, dgn katil double decker kale pun tak memebrangsakang..dan paling penting get rid of the double decker tu..well, SP kan tukang kayu, tukang cat segala..so takde masalah..so its deal.  Jadi barulah kami bawak dia pi beli barang2 sekolah, baju sekolah baru kasut baru dan beg baru..kerana seblum ni teragak2 nak beli takut2 dpat sekolah lain kena beli set baju lain pulak nanti.

Overall, aku pun puashati sbb dia menyuarakan apa keinginan dia. Apa yg dia nak dan apa yg dia mahu buat untuk masa depan dia. Kami ni mengikut jer. Mana yg baik ok..yg tak tu kami tolong nasihatkan dan bagi panduan mana yg perlu.

Gitulah adanya...byk lagi kisah2 yg tertangguh tak tercerita, tpi like i said masa takde nak menghupdate selalu...byk sgt kerjaan nak di setelkan...sibuk tak sibuk baru nak masuk 3bulan email aku yg berkait pasal keje jer dah 3642 emails u olls...bayangkan pitam dan nak muntah hehari masuk keje nak baca email satu persatu..satu hari cuti mean seratus lebih email..kalau cuti seminggu taktau lah aku pitaaam..

Yg pasti aku x sabar nak dapat surat confirm..sbb dah 3 bulan keja aku tak cuti langsung kat sini ...so aku ingat nak amik strecth satu minggu masa raya cina tu..itu pun kalau dah confirm or bos bagi kan...harap2nya dapat lah insya Allah...


January 9, 2013

Bukan Untuk Org yg cerewet


Recently, kat office aku ada org jual handphone Samseng..exactly cam yg ori pnye Samsung tu..ejaan, rupa paras dan bentuk pun sebijik. Kalau tgk sekali imbas pasti terpedaya ingatkan tu Original pnye. Tapi bila dah pegang, beger2 apa yg ada..Sahla, sesuai sgt dgn reganya yg murah trang trang tu kan.



Mana taknya, sebuah Samsung note II dijual dgn harga RM250 jek, manakala sebuah SIII dijual dgn harga RM 175 sebuah. Dgn harga semurah itu, what do u expect??. Bak kata kawan aku, kalau setakat nak guna for phone call, sms jer..its wat good enough. No wonder ler ramai indon2 suka beli hp murah2 cenggini. Depa bukan tau nak twitter, facebook, buddy dan mcm2 lagi (suma software ini ada dalam hp yg dijual murah2 tu u olls). Cuma lepas beberapa hari membeger, mmg its not really user friendly sbb key touch dia agak ketat dank eras dan takde google playstore cam original yg kita leh download sesuka hati tu ye..fair enough..tengok rega la bang/kak.



As for me, aku mmg teruja sgt nak memiliki note maupun SIII sebijik. Saje untuk kepuasan hati dan kepuasan nafsu kan. Maklumlah tgk org ada nak gak, padahal idak ler perlu mana pun , abis kalau dah nafsu menguasai gitu. Cumanya, aku rasa sgt sgt kedekut nak spend RM1899/2229 maupun 1399 untuk mendapatkannya. Pada aku mahal sgt tu untk sebuah hp. Gadget2 ni bukan jadi keutamaan aku so aku rela pejam mata beli benda lain or keperluan lain.



Since aku dah ada galaxy Y original yg aku pow dari SP pnye bonus tahun 2011 ari tu, masih elok dan berfungsi masih leh FB , wassap dan bagai…aku have no reason nak melabur tukar hp original yg lain memahal..bila org usher2 aku hp samseng made in china tu, aku tak teragak2 lah beli..sajer..RM 250 jer..pejam mata, demi kepuasan hati dan perasaan. So puashati la dapat pegang note kale pink lagi..Cuma bila beger2 tu rasa nak humbannya..maklumlah ketat sungguh touch padnya tu.



SP pulak, ari tu aku belikan sebuah Samsung Corby masa dapat duit durian runtuh tu…tp sajer nak bg feel dia pakai SIII, so aku tangkap la sebijik. Sbb dia bukan kaki IT, wassap bagai so dia tak kesah pun benda tu ada ke tak..twitter?? lagi haram dia tau.yg dia tau men game…main angry bird or fruit ninja dah cukup la..



So, dalam ramai2 org kat off aku yg beli dan sgt teruja ni, ada juga antara mereka manager2 melayu yg gaji kepuk2 pun tangkap satu..(bangsa lain terutama cina haram x layan barang2 made in china ni weh, they prefer to go for ori) beria sgt nak amik note sebijik..tak sesabar nak order kale pink cam aku gak..tp lepas dapat komplen nauzubillah….hello, dgn harga RM250 u should expect to get what la kan?? Nk byk komplen sangat kuarlah duit amik yg original note tu. RM2299…tak mampu plak kan?. If tak mampu toksah lah nak berlagak sgt..beria2 order, bila org tu datang bawak barang, the next day kata x jadi..takut terbakar telinga katanya..abudeeeen???



Yg sekor pulak beria2 nak beli note gak..kejap nak SIII, tapi bila org yg jual tu beria2 bawak..tak jadi pulak sbb kata laki tak bagi..ishhh !!, tak paham aku org2 yg selalu mengada2 gunakan alasan laki tak bagi bagai..ko kan keje ada duit sendiri..takkan nak beli suma mintak izin ??. abis kalau ko beli spender bra bagai…kena mintak izin gak ke??. Lain la kalau bini tak keje, dah mengharap duit laki ofkos la mintak izin plus mintak duit sekali kan??..



Sorilah, aku menyampah dan benci dgn sikap2 mereka2 yg begini. No doubt kita suami isteri, takkan pasal duit nak minta izin..walhal patut laki yg bagi duit suma kan..dah gaji kita, tu hak kita..mmglah kena fikir pasal keluarga anak2 bagai2, tapi maksud aku kalau korang ada keinginan sendiri tu sanggup tak penuhi sbb laki tak bagi??tolong lah!!.



Yg laki pulak, tang bini nak beli apa2 manjang jer tak bole..nanti lah..itulah inilah..tapi tang dorang nak beli apa2 smua beli jer pun tanpa Tanya bini??..pebende la gitu?. Padahal duit gaji kita sebagai isteri, suami takde hak langsung nak mintak, kecuali kita dgn ikhlas nak beri kan?.



Sbb tu aku rasa beruntung sgt tak dapat laki gitu weh. Semua kita beli or belanja nak kira satu persatu..dah dia belanja tuk diri sendiri memacam haram nak fikir or tnya bini pung?? Kalau kita duit lebih nak beri laki tu ikut ikhlas kita, namun laki takde hak nak mintak..Bini pulak berhak nak mintak dan dapat duit dari laki..bahkan wajib laki bagi duit kat bini walaupun bini tu berkerja ..tak gitu??..



Sakit jiwa aku kalau dapat kwan2 yg cenggini..takat nak beli tshirt selai pun nak mintak izin bagai, tolong lah…nak beli hbag pun minta izin ..kita bole maklumkan je kat laki..bukan mintak izin ….sbb bukan duit dia pun..apa dia kesah??



Duss..malang betul perempuan2 yg taksub tak bertempat gini..sampai anak sakit pun tunggu laki gak bawak g klinik..padahal bole jer bawak sendiri..dah semua bergantung kat laki tu pasal laki amik kesempatan kan..tak gitu?

















December 28, 2012

Original atau tidak??

Tidak dinafikan mmg ramai org hendak mendapatkan sesuatu tu nak original je.  Ada org pulak teringin nak yg original tapi tak mampu.  Jadi buat syarat lepas hajat mereka tu, mereka dapatkan la yg ciplak dan cetak rompak.  Kalau ada org yg sanggup bersusah payah dan ikat perut semata2 nak mendapatkan yg ORI tahniah.korang mmg berkeazaman kuat..i salut u olls

Sebagai contoh, kalau ada org mampu nak beli handbag Tod's kat KLCC tu dgn rega RM5k sebijik maksudnya dia betul2 mampu, or duit bersepah2 atau mungkin jugak mmg dia gila jenama hingga sanggup beli semahal itu?.  Mak mak datins diva tentunya takde masalah nak beli yg ori sbb duit mereka tu berkepuk2.  Tapi org lain?? belum tentu mampu.  Tgk je artis2 tu, ada yg bergaya sakan tak hengat handbag jenama vas the vass tapi alih2 terkantoi sbb beli barang2 ciplak made in Thailand. Gitu, malu kan kalau terkantoi. Tapi meka tu artis..kita bukan. So takde org kesah deee kalau ko pakai ori ka, pasar malam ka..janji selesa..

Pendek kata, tak suma barang yg kita nak kita mampu beli yg original.  Ukur baju di badan sendiri org kata, kalau tak mampu buat cara tak mampu. Toksahlah nak berlagak diva la vivas, dgn handbag cetak rompak gitu. Kalau ko tak berlagak divas, bersederhana biasa jer..aku bet org tak heran or kesah ko pakai handbag jenama apa pung..tapi kalau kerek semacam, berlagak vogue tak hengat, jalan macam bagus sgt, baju ala2 divas...pakai beg cetak rompak mmg sahih la jadi bahan kutukan u olls.

Tapi kan bab CD or DVD aku mmg tak bole nak salahkan org. Adakalanya dvd citer2 melayu tu yg original reganya tak hengat mahal sekali tengok cerita cam hampess, rasa tak berbaloi nak melabur RM19.90 sekeping sedangkan bila dah tgk cerita...tak bleh blah..sakit hati.  So, beli jer la made in pasar malam 6 or 7 hengget sekeping, kalau citer tak sedap hati tak sakit kan?.

Ketika org2 sebok pasal IPAD galaxy tab dan segala, anak2 aku jugak tak terkecuali mendambakan gadjet2 tu semua.  Semuanya sbb terpengaruh, sbb tgk kazen2 lain main IPAD, main tablet.  Keterujaan mereka nak memiliki benda yg sama tu membuak2..sedangkan mak bapak mereka ni berkira dan kedekut sgt nak membli bebarang begitu. Bukan apa, takut2 beli mahal2 kena bantai dan dihumban tak sampai sebulan pakai jahanam.  Beribu2 tu. Bukan senang nak dapat duit. Well, duit kami bukan petik kat pokok mangga depan rumah kan.

Oleh kerana taknak menghampakan mereka dgn peredaran zaman IT skg ni, aku dgn SP decided nak dapatkan sebijik tablet lah kan.  Terfikir2 lah nak dapatkan galaxy tablet ke Ipad ke hape kan, tapi setelah meneliti butir2 pro and kontra nya kami decided not to beli yg ori.

Abis, kat umah tu apa yg tak rosak? laptop dah berapa bijik jahanam..PC toksah ckp.  Tangan2 bdak2 yg gtal mengodek jer manjang . Belum lagi campur kalu dibuatnya delin mengamuk dan bergaduh dgn amal kan, abislah melayang2 ibarat piring terbang nanti..sapa yg rugi??? kami gak!!.

Jadik dalam survey tu, kami terjumpa la satu kedai ni jual tablet for learning stage bdak2 dgn rega RM299.  Setelah interbiu salesman dgn features bagai, kami decided nak beli satu. Purposely for delin la kan, yg baru nak belajar google games barbie bagai tu kan.

I would say sgt berbaloi sbb harga didalam kawalan budget, keduanya benda tu dah berbulan masih berfungsi dgn baik.  Masih bole google facebook, internet, emails dan mcm2 lagi. Android market pun ada yg bole downlod segala jadah games secara percuma,  whass ap semua pun ada.  Dan kali ni somehow delin pandai pula nk jaga, tidak ada lagi acara terhempas atau baling membaling, ternyata sayang sgt dia dgn benda tu..tak pernah lepas.  Paling best bila nak travel dia bole dok dendiam kat belakang main segala jadah game yg dia dah download.  Crossword adalah salah satu game kegemaran dia dan aku kagum dgn kepantasan dia mencari silang kata!.

Justeru, tu suma sedikit sebanyak mengubah presepsi aku pasal gajet2 buat china ni. Walaupun segala macam kecaman terhadap produk mereka still ok aku rasa. Infact, Malaysia patut amik dorang jadi contoh keluarkan barangan buatan malaysia yg berkualiti!!. Ni tak, nak tiru buatan cina tapi pakai sehari dah kaput..apa cer??.

Aku tak nak la sentuh pasal benda2 yg lain tu kan.  Sbb mmg ada org tak suka yg beli brang2 imitation begini. Kalau dorang mampu, banyak duit no hal lah kan. Tapi untuk org yg tak berapa nak berduit or kedekut duit or sayang duit nak kuar bebyk pada barang tak perlu (mcm aku..hehe) pasti nak cari alternatif.

Pasal handbag tu, aku no further komen.  Kalau korang ada duit go a head. Tapi bg yg tak mmpu pulak usahlah nak berlagak diva kalau ko bawak beg Coach (tapi dieja dgn ejaan COOCH gitu kan).  Peduli org nak kata apa. Ko bawak beg PS boutique ka, made in Thailand ka..kalau dorang nak bagi duit beli yg ORI takpe lak kan..selain tu dendiam je.

Aku ada gak beg LV Ori se, Beg Cooch (hehehe) Gucci dan macam2 lagi yg jenama yg mmg bukan ori tapi Made in HongKong. Tapi aku tak kesah lah org nak ckp apa. Yg penting kalau aku tgk handbag tu aku suka shape dan design dia, apa kesah?.. Yg ori tu dapat se cukup lah, buat syarat org kata..tu pun tiap kali aku bawak beg tu ke pejabat, pasti ada mata2 menjeling2 manja...dalam hati mereka tu apa lah gaknya dorang kata.tapi ada aku kesaah?

Jadi, aku jarang2 sekali bawak beg tu ke office. Biarlah aku bawak beg cooch tu . Yg penting aku suka kale dia, design dia dan senang nak matching..gitu..

December 23, 2012

Sungguh Aku Tak Paham

Assalamualaikum, lama tak bersapa di alam maya kan..akibat kesibukan kerja dan kepadatan masa, susah betul nak mencuri2 waktu nak berkongsi cerita dan rasa.

Alhamdulillah,keputusan PMR baru jer diumumkan minggu lepas. Syukur gak sbb kakak dapat keputusan yg betul2 diluar jangkaannya sendiri. 4A 4B bukan saja memeranjatkan dia tapi kami juga. Lagi2 bila percubaan hari tu dia cuma dapat 1 A, selebihnya B dan Mathnya pulak C.  Jadik bila dapat yg betul2 dgn Math mendapat A sungguh menggembirakan bukan saja dia tapi kami juga.  Alhamdullillah, tu jer mampu kami lafazkan atas usaha dan ikhtiar dia. Kami cuma memberi yg termampu, selebihnya mmg atas bahu dia.  Mmg dia dah mohon ke kolej vokasional ari tu tpi ayahnya mau juga dia memohon MRSM, mana tau ada rezeki kan.

Bersama2 dgn kakak ada 2 org lagi sepupunya, seorang perempuan dan seorang lelaki. Yg perempuan anak bongsu kakak SP yg no 3 manakala sorang lagi anak kedua abang SP yg duk kat puncak alam tu. Kalau korang masih ingat kes2 pinjaman mara yg aku naik hangin ari tu..ha itulah dia. Mujurlah dia dah setelkan portion atas nama aku tu, kalau tak jgn harap nak apply ke mara kan?.  Anak kakak SP si siti tu dapat 8A, jadik tkde kisah pasal dia, keluarga sederhana aje, maklum dok kat kampung.

Keputusan si Syuk (anak abang SP) tu pada aku dah cukup baik. 3A5B, tapi tak cukup buat maknya puas hati. Maklumlah anak sulong kesayangan dia ari tu dapat 7A1B dalam PMR, percubaan SPM 8A (tgh tggu result SPM) jadi keputusan Syuk mmg jauh dari jangkauan. Aku tatau la kalau dia harap Syuk jadi sebagus abang dia kan? Tapi itulah hakikatnya hanya tu jer yg mampu Syuk capai.  Ternyata dia sgt kecewa berdasarkan post2 dia kat wall selepas keputusan keluar.  Pada masa sama aku jugak ada bersms dgn biras aku tu pasal keputusan periksa anak memasing.  Ternyata kecewa giler biras aku tu, sampai aku kata, dah dia usaha sungguh2 itu jer yg mampu dpat..kita terima dgn redha. Tapi biras aku mcm tak puas hati, bole dia kata si Syuk tu malas, tak usaha sungguh.  Malah dia dan abang sulong syuk kononnya mengamuk dan melarang syuk sekolah tmpat lain. Sekolah jer kat puncak alam katanya. Astagfirullah..tak sangka begitu kata2 keluar dari mulut seorang ibu?.  Mentang2 lah tak dapat keputusan bagus takkan sampai begitu sekali..

" I am not asking to be treated as special man, but i m hoping to be treated as human being"...itu post yg syuk letak kat wall dia.  Aku sebagai org yg agak rapat yg tau perihal segala mala cerita dia, merasa sungguh sedih dan sgt simpati. I would imagine betapa kena bebel dek ibu, abang and maybe ayahnya?.

Kali terakhir kami jumpa kat kg masa hari raya korban ari tu, aku berpeluang sembang2 santai dgn syuk. He is a brilliant teenager, i would say. Sangat independant, peramah dan menghormati mak2 dan pak2 sedaranya.  Syuk bercerita nak sekolah sains di banting..katanya biar jauh sikit..pandai berkias dgn kata2 disamping pandai berbahasa inggeris, aku kira syuk pnye word penuh wisdom dan sindirian halus. Sbb itu bila dia post kat wall aku bole bayangkan gelora hatinya.

Kenapa aku kata demikian?..let me story.  Bukan niat nak mengata, mengumpat atau apa. Sekadar nak berkongsi cerita, pengalaman dan pemerhatian . Semoga menjadi iktibar dan tauladan yg baik pada kita semua. 

Syuk, anak kedua dari 5 org adik beradik yg empat darinya lelaki dan seorang perempuan.  If u ool baca cerita2 aku yg terdahulu, pasti tau bagaimanakah keadaan dan kehidupan keluar syuk.  Sgt kucar kacir!.  Dgn ibu bapa yg tinggal serumah hampir 20thn tapi jarang bertegur sapa. Dengan status seorang IBU, ibunya jarang or bole dikatakan langsung tidak melaksanakan tanggungjwbnya sebagai ibu maupun sebagai isteri.  Dasar pilih kasih sgt ketara diantara Syuk dan adik beradik yg lain.  Abang sulungnya sentiasa mendapat keistimewaan dan dilayan first class. No home work, no house work. No nothing, kejenya baca buku, study study study..ibarat ulat buku..24/7 asik study. Sampai kalau balik kg mIL tu semua sedara mara pelik sgt, seolah2 takde masa nak bersembang dgn sedara mara maupun berehat all buku..buku buku..

Sedia maklum, dia sekolah sains, tapi mmg no life langsung. Sebab itu keputsan periksanya mmg tip top dan jadi kebanggaan terumatanya ibunya..Ibunya sibuk dgn urusan bisnes, kuar sentiasa.  Rumah macam kapal pecah, kain baju menimbun2..pinggan di sinki bergunung..cuba teka siapa yg buat tu suma??

Syuk akan membasuh kain baju seblum or selepas balik sekolah, menyidai kain baju, termasuk spender baju dalam bra segala milik ibunya!!.membasuh pinggan mangkuk setiap hari, memasak untuk adik2nya..sering ditinggalkan oleh ibunya untuk menggalas tanggung jwb seorang ibu .  Si ibu, dah biasa ada org gaji sejak azali, hatta nak pakai stokin pun panggil org gaji pakaikan!! hebat kan?..pemalas kan??  Lepas bisness mereka jatuh tu tak mampu  amik maid . Seingat aku dah lebih dari 6-7 tahun maid takde..

Bayangkan, ketika MIL duk 2-3 hari kat sana baru ni, dia tak sanggup dah nak tgk.  Dia terpaksa tolong kemas umah, basuh kain baju dan terpaksa mencuci pinggan mangkuk yg berlonggok2..sedangkan menantunya balik kul 2 pagi..dan adakalanya tak balik langsung!!.

Maaf ya, aku pun suruh anak dara aku buat keje umah, basuh kain dan lipat segala..tapi anak ku itu perempuan. Sementelah itu ku beri sedikit upah sebagai ganjaran tapi syuk??.  Seperti mana MIL tak setuju aku pun begitu. Tak manis seorang remaja lelaki menguruskan rumah tangga,  apatah lagi menyidai sepnder bra segala??..wajarkah tu. Upah?? jgn kau mimpi.

Pernah aku utarakan cadangan pada biras aku..ambil jer maid, ataupun beri upah pada anak2 nya tpi dgn bongkaknya dia kata anak2nya mendengar kata, tak perlu beri apa2..makan pakai yg mereka beri dah cukup. Defensivenya si ibu..no wonderlah masalah umahtangga tak selesai2 sampai saat ini, bila abang SP hanya berdiam diri tak berkata2..mgkin malas nak amik port.

Justeru, bila MIL melihat keadaan tak terurus cucu2nya, anak lelakinya..pasti tak salah kalau dia sendiri bicara anak lelaki patut mencari isteri lain!!.  Kerjaya tinggi mana pun, pangkat tinggi mana pun..tanggungjwb kita sebagai isteri sebagai ibu harus kita buat bukan? takkan urusan sekolah anak2 suma laki nak buat?.  Takkan tiap kali sesi persekolahan or cuti sekolah anak2 tak pernah amik port?..kemonlah, anak dah 5 suma sekolah..bila nak tau bila cuti sekolah, bila nak masuk sekolah telefon aku tanya??

Sbb itu aku dgn SP mmg salu jer rasa sgt simpati dgn Syuk. Sbb kami tau, kami kenal syuk dari dia kecik sampai skg.  Bila ibunya sendiri memilih kasih dan tak amik port pasal dia, takkan kami pejam mata?.  Pasti timbul rasa tak puas hati dan simpati kan. Tapi tiap kali kita cuba terangkan pada si ibu..dia tak pernah terima tak pernah mengaku selama ini dia mmg nampak sgt pilih kasih.


Aku tak bole paham kenapa seorang ibu tak boleh jalankan separuh dari tanggungjwb nya..kalau pun tak bole sepenuhnya..separuh pun tak pe..tpi ni takde langsung..makan pakai laki, anak2 tak pernah amik port...sedara mara sebelah suami tak amik port apatah lagi ibu mertua sendiri.  MIL mmg diam tpi sekali dia bicara mmg terhiris ke hati..aku biasa sgt pasal tu. Tapi kalau kita tau dia nak dtang at least buat la apa patut kan..bukan biarkan rumah macam kapal pecah sampai tikus mati dalam rumah pun bole buat dhek?

Nak kata dapat untung juta2 ..tak nampak pun? yg aku tau lakinya yg gigih keje, bela anak2..uruskan anak2 sekolah...walaupun kontraktor kecil2 lan masih lagi survive keluarga tu. Aku sendiri pun tak paham apa kerja , apa bisnes biras aku tu buat..

Aku sound baik dan direct jer masa dia kata syuk tak buat sungguh2.  Sebagai ibu aku kata u patut bangga sbb selama ni syuk sorang buat segala keje umah yg sepatutnya u buat..so kalau keputusan dia tak secemerlang yg u expected, u should take the blame..trus dia diam gaknya terasa ke panas hati ke..lantak ler .

Aku sikit tak salahkan MIL kalau dia balik kg nanti bercerita pasal biras aku tu kat sedara mara dia yg lain.  Aku sendiri pun tak kesah kalau ada benda tak kena yg dia nak canang kat org lain...sbb aku dah buat sebaik mungkin xmengurus rumah tangga, anak2 dan bekerja...tapi kalau tang biras aku tu..aku rasa seluruh adik beradik SP akan setuju kalaulah abg mereka tu nak carik bini lain!.

Tak guna mengaji berjuzuk2 Alquran, Solat sunat tak berhenti2..Tapi tak tau apa erti sebenar, segala suruhan dalam Al Quran tu kan?. Bukan kan dalam Al Quran dijelaskan dgn terang tentang tanggungjwab pada suami, keluarga, rumah tangga dan segalanya? Untuk apa khatam Quran berpuluh kali sedangkan ko sendiri tidak diredhai oleh suami?.. amalan akhirat kita mmg tak bole diabaikan tapi  haruslah seiring dgn kehidupan di dunia juga..dunia kita mau, akhirat pun kita mau..semua harus seimbang bukan?.

Gitulah adanya..aku tak kata aku ibu yg sempurna, isteri yg sempurna tapi aku sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.  Sentiasa berfikiran terbuka menerima teguram, nasihat dan apa jua yg baik sebagai cara memuhasabah diri...sentiasa cuba menghargai keluarga,anak2 dan seluruh sedara mara supaya menjadi org yg disenangi....sayu hati aku bila syuk kata untungnya Kakak nak dapat hadiah handphone baru..sedangkan dia tak dapat apa2 malah dapat kemarahan je!.

Wallah'alam..semoga kita sama2 amik iktibar dan pedoman dari cerita yg aku kongsi tu kan...