October 28, 2009

Keluhan Hati Seorang Teman...

Aku ni ada byk kawan. Kawan keje, kwan setaman, kwn kenal kat kawasan off dan mcm2 kawan lagi lah. Dalam byk2 tu adalah sorang ni namanya Zura. Zura ni aku kenal masa kat hsptal selayang. Masa tu aku nak bersalin ekhmal, dia pulak kuar masuk hosptal sbb uri kat bwh masa tu dia baru mengandung 7 bulan..aku pulak tunggu masa nak operate. Sejak berkenalan kat situ kami jadi kawan. Skg ni umur ekhmal dan emmer (anak dia) dah 5 tahun maka selama tu lah usia persahabatan kami. Zura ni orgnya simple full time house wife jaga anak2 kat umah seramai 4 orang. Yg kecik umur 2 tahun.
Baru ni Zura ada menelefon aku, saja sekadar berkhabaran. Aku pun kdg2 sengaja kol2 dia. Kalau dulu Zura ni sorang yg lembik takde semangat, aku masih ingt bila suami dia mintak izin kawin lagi satu. Dia mcm org hilang arah. Hilang pertimbangan. Mujurlah masa tu aku tergerak nak telefon dia kalau tidak tak tau mana la dia lari. Aku byk nasihatkan dia supaya besabar. Bertenang. Akhirnya berkat doa kami, Saiful suaminya tu tak jadi nak kawin lagi terus insaf. Ni bukan kali pertama saiful buat hal. Dah 2 x dan Zura mcm dah serik tapi mengenangkan anak2 dia telan suma tu. Skg ni Zura dah berubah, berkat semangat aku berkat buku2 motivasi yg aku bagi dia baca, dia jadi kuat. Mentally and emotionally. Dia dah tak kesah dah kalu pun saiful buat hal lg. Alhamdulillah.
Tapi dugaan yg Zura alami kali ni mmg berat. Bkan masalah saiful tapi masalah pak mertua dia. Pak Mertua dia ni dok dgn Mak mertua kat area dorang tinggal tu jugak. Mak mertua zura antar bdak2 pi sekolah. Bapak dia pulak dh pencen lepak je kat umah. Dan dua2 orang tu ada kencing manis. Sekali sekala Zura dtg umah dorang menjenguk. Baru2 ni tergerak hati dia nak pi. Maklumlah dah 3-4 hari tak pi. Rupanya pak mertua dia demam. Dek kerana terpijak batu ke apa dan kerana kencing manis kaki org tua tu bernanah. Nanah tu pulak dah menjadik kuman so pak mertua dia demam panas. Membebel la si Zura ni kat mak mertua dia nape tak bawak klinik. Walhal adik ipar yg dah kawin tu dok atas flet parents dorang ni jer. Zura rush bwk pi klinik then refer to Hospital Selayang. Masa tu kadar gula org tua tu dah 18 (c0nsider tinggi giler tu)..dan akhirnya..jari kaki kanan org tua tu terpaksa dipotong :(. Bayangkanlah seminggu kat hospital Zura yg menjaga. Kencing, berak makan dan minum org tua tu. Mak mertua dia setakat datang melawat balik dan kebas suma duit2 yg sedara mara pak mertua dia bagi masa dorang datang melawat. Menurut Zura adalah dalam lima ratus lebih RM.
Lepas seminggu balik dari Hospital, pak mertua ni di bwk kat umah Zura. Zura lah yg jaga, mandikan, tukar pamper, kencing berak tak usah cerita. Zura yg buat suma. Sampaikan zura kata dah takde perasaan malu ke hape dah. Semua nya di bahu dia.
Dalam pada tu mak mertua dia ni dok ada lah tido 2-3 hari kat umah zura tapi setakat tido jer lah. Takle nak tnye org tua tu aka suami dia tu makan ke, kecing ke berak ke. It seems dia geli nak layan kencing berak org tua tu.
Perbelanjaan Zura pun dah makin meningkat. Yela dia tak keja. Nak harapkan saiful sorang, dgn anak 4 orang, makan pampers, susu bapak dia lagi mmg dorang agak tertekan jugak. Yg peliknya idakle adik2 saiful yg lain menghulur barang Rm50 atau setidaknya mak mertua dia yg dok angkut bdak2 sekolah tu dapat dalam 7-8 ratus haram nak bg duit pun. Sumanya dibahu saiful sumanya di bahu zura.
Mendgar citer zura aku jadi insaf. Aku salute dia. Sanggup dia menjaga mcm bapak dia sendiri sdgkan org lain yg rapat langsung tak ambik port pun..mana pergi tanggungjawab bini pak mertua dia tu.
Citer Zura, sejak dia jaga org tua tu paras gula dah turun jadi 9, makan di jaga. Nasik tak ambik. Zura cuma bagi oat dgn susu khas kencing manis jer. Baru tadi aku berckp dgn Zura, dia dah tak sihat. Selsema demam..mgkin sbb penat mgkin sbb kurang rehat.
Jauh disudut hati aku, berdoa moga ada hikmah sumanya pada Zura. Ujian dan dugaan zura lalui sepanjang tahun ni. Semoga dia sihat, semoga dia dapat berbakti kepada pak mertua dia tu selagi hayat. Pilu aku dgr bila Zura sendiri terpaksa sapu cream pada kemaluan org tua tu..ssdgkan bini dia sendiri tak sanggup apatah lagi nak cuci kencing beraknya.
Sabarlah Zura, semoga Allah membalas segala keikhlasan ko itu. Mesti ada hikmah di balik ni suma...semoga ko sentiasa tabah dan sabar...aku sentiasa berdoa semoga ko dirahmati...AMIN

October 23, 2009

Cukup-Cukup lah...

Semalam aku terkejut ala2 beruk bila minah melayu sekor tu ttba je blah..pagi lagi masa tu, dalam kul 10 lebih..bila receptionst tnye dia kata aku dah berenti..so nak balik. Mula aku dgr terkejut gak. Apahal pulak ni?? then being friend org kata, aku sms dia. Ya lah walaupun dia buat aku memacam kat belakang, tapi still aku kesian gak.
Rupanya dia kena terminate. Sbb dia under probation lagi, lgpun department dia pun dah redundant. Mat2 salleh 2 ekor tu dah balik US balik. Yg tinggal 2 ekor engineer dan dia as admin. Aku dah bilang sama dia, disiplin jga. Punctuality kena jaga. Mc tu kalau bole jgn..EL tu kurang2 kan. Aku bgtau dgn niat yg ikhlas gitu. Tapi mana tau di salah tafsir. Di kata nya aku nih dengki. Tak cukup dgn itu dia bersekongkol pulak dgn Jlo dan kroni2 nya sampai aku kena warning. Bila dah jadi mcm ni sapa yg susah. Sapa yg malu. Menangis teresak2 dia masa aku ckp kat phone tu. Siap kata company tak appreciate keje dia. Excuse Me!!...ada ke sebelum ni ko appreciate the company, ada ke ko peduli disiplin ko datang lewat salu tu. Balik lunch lewat sesuka hati tu..adaker?? lu pikir la sendiri.
Lepas aku ckp dgn dia tu aku dgr kecoh2 kat belakang sana. Biasalah kroni2 mereka tu. Aku cam biasa jer buat dek buat tatau. Buat mcm takde apa2. Lagpun aku buzy tahap gaban semlam dgn Philippines pnye job takdak masa nak layan.
Bila petang Jenab panggil aku and explain kenapa. Well tau lah kan, kalau dept dah redundant for sure lah mesti ada yg kena tendang. Cuma dalam kes minah melayu tu, since dia degil attitude pun terok, jenab kata company tak mo absorb dia pi memana. Walhal engineer dua org tu di absorb pi deparment aku. Since bos besar tak nak..out you go. Jenab kata lagi, yg dia di bagi notice seminggu. Full payment on gaji and what ever cuti dia ada company suma bayar..fair enough la kan. Jenab cuma ckp kat aku supaya aku tak sok sek sok sek..dan jenab tak mau lagi ada kes2 sampai kena warning. Aku sound jenab sedas...seblum ni benda aku tak ckp pun org kata aku ckp, so better aku be lone ranger kat off ni. Buat keje aku, balik bila cukup masa. Takde masa nak campur around takde masa nak cerita hal peribodi org. And aku sound jenab kalau lpas ni ada lg fitnah2 cm tu mmg bkan dari aku..sbb aku tak bercampur dgn dorang bila masa aku bole bergossip pulak..hmmm
Org yg paling sedih pastilah si melayu jahat hati sekor lagi tu. Skg ni baru dia tau. Lepas ni dia akan sorang2 kat company nih. Aku???..takat hai hai bai bai boleh ler..more than that sori naik lori. Aku mmg tak bole tahan kalau org yg bermuka2. Kat belakang cerita mcm2. Tuduh macam2...kat depan pijak semut tak mati. Kalau bercakap tu mcm org alim jer. Hati busuk tuhan jer yg tau.
Aku masih tak paham apa benda dia tak puashati dgn aku. Nak kata aku ni cantik lg dari dia tak jugak...nk kata aku ni alim dari dia ..tak jugak.. aku biasaa2 jer. Cuma aku ni tak suka bermuka2. Aku tak suka hipokrit and too bad lah kalau suma org suka berkawan dgn aku. Takkan pasal tu dia jealous. Kdg2 aku pikir, mgkin dia jeles sbb bos aku baik, gaji aku byk (byk ke??) Alhamdulillah. Idak la pulak aku pernah memburukkan dia kat sapa2..Hatta dia cerita berbakul2 pasal bos dia pun (dia dept lain) idak ler pulak aku pi jaja cerita tu kat org kat sini..Yg paling aku tak tahan, dia bole ckp dgn orang kalau ada mkanan aku bwk tu berhati2..takut aku letak guna2..(excuse me!!) takde masa aku nak buat guna2..Daripda aku bodohkan org kat off baikler aku bodohkan bos aku ye dak?? ada takde sure naik pangkat, naik gaji byk bonus..bodoh betul. Mentaliti kg betul. Kok ye pun ckp kat belakang aku cam tu, bila aku offer makanan dgn tak malunya makan pulak. Ada kalanya tu, dia sendiri mintak makanan yg aku bawak..apa benda ler dia ni???...aku masih tak paham kenapa dia ni?..apa le untung dia buat mcm tu yek??
Yg si JLO pulak tak abis2. Ada jer benda dia nak mereport. Itu aku tak paham. Spa lagi dia nak jeles kat sini. Adi dah berjaya dia nyahkan. Maknanya dia dah takde saingan tapi still perangai dia dak berubah2 itu yg aku moskel sungguh.
Berbalik kepada 2 ekor melayu pempuan (selain aku) yg tinggal kat off ni, aku mcm biasa jer. Cuma aku perasan la melayu sekor yg tinggal terkontang kanting tu dek kerana kroni nye dah kena pecat semlm tu. Padan lah muka. Aniaya org lagi. Skg ko terima akibatnya kan. Selama ni aku dia aniaya aku diam jer, aku langsung tak balas. Cuma aku elakkan bertembung depa berdua. Sampai kalau bole nyorok bwh meja harus aku buat, sbb aku kalau bole tgk muka pun tak nak. Sampai tahap menyampah dah aku kat depa dek kerana perangai depa tu.
Company kecik dgn 2-3 ekor melayu pun jadik dengki pendengki. Apa barangnya pun aku tatau. Since then , aku biasa2 jer. Aku tak kesah pun apa org kata....mind my own bis org kata. Yg penting aku happy. Aku ada keluarga yg sentiasa back up aku..aku ada life partner yg begitu understanding dan jadik pendengar yg setia sejak 14 tahun yg lalu. Aku ada keja alhamdullillah dgn gaji yg cukup untuk kami sekeluarga..dan paling penting..aku ada kwan2 teman2 sahabat2 mcm korang yg cukup kenal siapa aku sebenarnya....mcmana aku sebenarnya. Aku bangga dgn itu suma sbb bkan suma org bole dpat suma sekali dalam satu masa....suma kerana niat kita ikhlas.. Insya Allah...
Doa aku pada melayu yg kena sacked tu, sabarlah. Rezeki ada di mana2. Cuma lenkali amik iktibar. Kain kita koyak di belakang, hanya org lain bole nampak. jgn lah kita cepat melenting bila org bgtau. Seharusnya kita bersyukur kerana kita tak perasan. Jgn lah kita rasa bangga diri sgt sampai org tegur kita ingat org cemburu..Ikutlah resmi padi makin tunduk makin berisi. Merendah diri tu org kata tak rugi..kerana kalau kita sentiasa memandang langit di atas, sesekali jgn lupa memandang rumput di bumi...Lu pikirlah sendiri...AMIN..

October 12, 2009

Ibu Mertua ku.......





mula2 aku dgr cerita ni menyirap gak darah aku. Walaupun ianya berlaku kat MIL but still, aku rasa suma org pun marah kalau dgr cerita aku nih. Meh ler aku story dari mula supaya korang paham.



Adik beradik SP ada ramai. Dalam ramai2 tu ada sorang kakak dia and adik bongsu lelaki dia duduk berdekatan. Adik bongsu dia dok sekali dgn MIL. Manakala akak dia dok nearby. Masa mula nak bina umah di tanah pusaka tu, suami akak SP yg aku namakan abg T yg buat keje2 construction sbb dia mmg kontraktor kecil2 kat kg. Entah mcmana masa tu lah, terjadi selisih paham antara adik bongsu SP (H) dgn abg T. Semuanya pasal duit. Sbb setakat yg aku tau, workmanship umah tu masa baru2 siap mmg tak berapa bagus. Bocor sana, bocor sini..taksiap sana tak siap sini. Dan sbb adik SP tu cikgu sekolah, jadik senanglah dia nak buat loan. Abg T adalah amik loan melalui H pnye nama dgn bank rakyat. Kalau tak silap aku dalam RM10 ribu kot. Lepas kecoh2 pasal umah tu, H mengamuk sakan. Sampai aku dgr meludah abg T dan isteri abg T -Kak rose jadi naik angin dan melempang ler si H ni. Sejak tu hubungan diaorang x baik. Umah tu tak siap sepenuhnya. Yg aku tau, H dah panggil org lain untuk sambung keje2 tu termasuk suami kakak dia yg lagi sorang. Finally umah tu siap dan bagi aku mmg cantik sungguh. Ala2 banglo berbanding umah lama MIL dulu betul superb.

Dah kecoh2 gaduh siap baling kerusi meja (aku dgr, tp dari mulut isteri H dan anak2 abg T) lgsung abg T stop bayar pinjaman tu. Jadiknya selama bbrapa tahun mmg naya la si H bayar pinjaman tu melalui potongan gaji dia. Dan sejak tu dorang bermusuh. Yg kesian tersepit ialah MIL dgn Kak Rose. Cuma Kak Rose tebalkan muka jer dtg. Yer lah umah tu mak dia ada..so dia terpaksa.

Rumah cantik tersergam mmg mcm banglo jer ..tapi hati org tua ..hanya Allah jer yg tau..adik bongsu SP ni ada 4 anak yg kesumanya lelaki. Dua org dah sekolah, sorang baru setahun 2 bulan..dan sorang lagi baby umur 3 bulan. Since MIL dah tinggal dgn dorang, nak tak nak dia kenalah jaga.

Sebenarnya aku rasa, dia pun tak larat-berdasarkan cerita2 aku dgr dari adik beradik SP yg lain. Ye lah umur dah 70 lebih, dgn penyakit darah tinggi kederat pun dah x berapa. Anak ke 3 dorang tu baru dpt kaki. So bole bayangkan bznya MIL menjga dua org bdak kecik dalam satu masa.

Mmglah mak bdak2 tu cikgu. Separuh hari dah balik tapi nak nunggu kul 2 tu kira masak gak tu. Mana dia nak masak, mana nak kasik bdak2 tu makan, menidurkan. Aku pun dah tak sanggup beranak kecik inikan pulak org tua.

Jadik lepas kes gaduh2 tu langsung hubungan dorang mmg x baik sejak mula2 umah tu dibina. Kalau tak silap aku dah masuk 4 tahun gak lah dorang tak bertegur sapa. Ada takde kakak SP je lah dtg kejap2 menjengok MIL. Since dorang pun dok dkat kan. Raya pun kalau kak rose nak dtg kena tunggu si adik ipar aku ni balik kg isteri dia. Si H lak tak pernah jejak kaki ke umah kak rose. Padahal masa H bujang belajar kat maktab dulu Kak Rose dgn abg T lah yg bersusah payah antar, tolong bg duit. Masa tu aku pun baru2 kawin dgn SP bberapa kali gak aku bank in duit ke akaun H..

Jadik hari Jumaat lepas, pepagi aku tgh busy sket, ttba HP aku berbunyi anak buah SP (anak kpd kakak dia tu yg belajar kat KB). Since aku tgh berdiskas dgn JLO pasal keje so aku kata, Nanti kol balik. Rupanya......anak buah SP tu ( si Ina) tepon aku nak mintak no adik SP yg bongsu tu sbb anak no 3 dia yg MIL jga tu terkena air panas. Kelam kabut MIL dibuatnya. Dari cerita yg aku dgr, MIL berlari bwk bdak tu (yg berat tak henggat tu sbb bdn besar) kat umah jiran2 mintak tolong telefon kan anak dia si cikgu H tu. Malangnya suma jiran2 takde no tepon dia. MIL aku ni typical org tua mcm mak aku mana ler reti nak nelepon2 ni ha...3-4 umah dia pi suma taktau no tel si H ni maupun bininya..dalam kelam kabut tu, MIL tinggal jer baby sensorang kat umah..sbb nak mintak bantuan. So happen jiran dpn umah MIL tu kakak kepada abg T, begitu juga jiran kanan sepupu abang T. Nak tak nak dorang tepon abang T dgn Kak Rose dtg. Abg T ada bengkel nearby umah MIL jd cepat je dah sampai.

Masa kak rose dan suaminya sampai, bdak tu dah menangis. MIL menggigil2 panik, sampai tak pakai kasut pun. So rush pi kelinik, baby tinggal kat cik Mi, jiran seblah MIL. MIL masih terkejut..panik.itulah Kak Rose called Ina tnye suh tnye no tepon H dari aku atau SP. Tel Kak ros rosak, jadi tel baru takde no hp aku atau SP. nak tak nak dia kol ina suh kol kami. Pnyelah kelam kabut hari tu. dari Johor -KB- KL..baru lah dapat no si H ni td. Kak Rose nak tel dia nak bgtau anak dia kat klinik.

Finally dorang sampai kat klinik. MIL masih terkejut. Abg T belikan air bg dia minum baru lah dia tersedar. Bdak tu pun dah di beri rawatan. Melecur dari dada sampai ke pusat. Sebenarnya kata SP MIL dah mandikan dia.Dah berpampers pun. Cuma MIL nak siapkan air panas untuk mandikan baby. Air tu belum campur air sejuk. Bdak tu pulak dok tuang air tu kat perut dia..naaaya..

Taklama lepas tu, Si adik ipar aku si H ni pun sampai dgn bininya...Bininya pnye terkejut hampir terduduk. Panik ler gamaknya. Yg aku paling tak suka dgr, lepas amik anak jer dorang blah cam tu jer. Tak ckp terima kasih ke apa. Cuma MIL jer pi kat K.Rose dgn abg T ucap terima kasih..lepas tu terus blaah..

Kak rose sedih, aku dgr dia menangis gak lepas tu. Sampai hati adik dia tu. Keras betul hati dia. Ptg tu kak rose pi melawat MIL. Dgrnya MIL masih terkejut dan seharian tak lalu makan. Lepas kak rose buat kan air panas kasik ubat baru lah dia kata lega sket.
Aku dgr cerita2 cam ni mula aku naik angin. Sbbnya adik bradik SP yg lelain tu bising jugak pasal jaga bdak tu. Mmg dah kata MIL tu x larat lg nak jaga baby tapi adik ipar aku tu degil, tak nak carik org jaga..bahkan nak raya hari tu bkan main lagi tukar kereta ke Toyota wish dgn RM1200 monthly mampu nak bayar. Takkan org gj RM400 sebulan pun susah sgt.??? bini dia pun sama je bg aku. Kalau laki x kasi ikut jer. Sampai menyusahkan MIL. Aku dgn mak aku sendiri pun x tergamak suh jaga bdak2 ini kan pulak MIL.

Lepas dari tu, aku sms kat SP direct jer suh dia ckp kat adik dia carik lah org jaga bdak2 tu..kesian kat mak tu. Buatnya ttba colapse jer org tua tu nanti sapa yg susah. Tapi SP cam biasalah..dia x jwp pun sms aku tu..memang taaaaaaau.

Semlm masa aku pi beraya ke Puncak Alam (umah abg SP no 2) aku amik chance, aku citer suma2. Lantaklah org kata nak masuk cmpur ke apa, bg aku dorang berhak tau pasal mak dorang. Lepas aku citer tu Abg Mid geram. Dia pun kata MIL tu dah tak kuat, tak sihat. Jadi dia tepon MIL immediately lepas aku citer tu tnye khabar. Pastu aku dgr dia ckp dgn H, suruh carik org jaga anak2 dia.
Jgn menyusahkan mak dorang tu. Maklum dah tua, kalau jd apa2 kat anak2 kat mak dia kan susah.........

Lega hati aku dgr. Lepas ni aku harap dia betul2 carik org jg anak2 dia tu. Tu lah, nak beranak tak agak2..tak plan. Kok ye pun nak beranak reramai amik ler indon sorang. Umah tu dah ler besar giler, MIL pulak jenis pembersih dan pengemas. Mana dia tahan kalau tak kemas umah. Umah tu aku pun rasa tak sanggup nikan pulak org tua kan.

Kita ni sebgai anak or menantu, patut jgnlah menyusahkan org2 tua kita. Kita patut bg dorang peluang berehat, takyah penat2..ni tak umur sebegitu nak menjga bayi lagi.. dah ramai dah dia jaga cukup2 lah...

Tapi tu lah...manusia ni rambut sama hitam..hati jer lain2..Aku bersyukur sgt2 yg SP tak macm tu. Dia takkan bg mak dia susah2 hati ataupun pening2 kepala...sedangkan adik beradik lain pun dah bising..tapi tuan pnye diri buat taktau..

Harap2 nasib aku esok tak cam tu. Bila dah tua aku nak masa beribadat, berehat takde masa aku nak layan bdak2 kecik2..........sendiri beranak sendiri pk camne nak jaga ye dak??


AMIN

October 6, 2009

Being your Self !!


Pengalaman mendewasakan kita nak mengenal hati orang ni. Betul la kata pujanggan, rambut sama hitam (belakang kira kalu dia blondekan ke hape), tapi hati manusia ni lelain..betul sgt2 lah tu.

Masa aku keje kat company lama dulu, mmg tak dinafikan hubungan sesama rakan pejabat rapat. Tak kira yg bujang or dah kawin. Infact, benda ni suma terbawa2 sampailah masing2 dah tak berkhidmat untuk company tu lagi. Aku masih rapat dgn ramai staff kat sana. Rapat in sense that, we can share anything personal. We can share gossiping and ketupating most of the time and I do enjoy that moment every now and then.

For those kenkwn yg seangkatan yg dah berkhidmat kat tmpat keje lain pun masih keep calling. Keep lunching or jumpe anytime we want. Lebih2 lagi kalau time2 raya gini. Aku bkan setakat rapat dgn kwan2 wanita, but lelaki juga. Aku jadi rapat dgn pasangan2 mereka dan mereka yg lelakis tu suma rapat dgn SP aku.

Tapi kat company skg ni, aku tak enjoy that moments lagi. Selepas sid dgn adi blaah, mmg aku dah takde clans serapat dorang lagi dah. Sid dah sah2 sibok dgn keje baru dia..sekali sekala kami bercalling2 bergossiping..ada kala kami takat bertegur2 kat FB jer. Mcm yg lain, aku dgn spouse sid pun rapat..begitu jugak adi. Sejak dia di nyahkan dari sini. Kami masih lagi berhubungan. Masih lagi jumpe sekali sekala. Dulu2 aku suka bwk makanan kat off makan dgn dorang. Dorang pun gitu juga. Suka sgt kalau aku buat sambal tumis ikan bilis. Once a while bila ada peluang aku buatkan gak untuk Sid...anak2 dgn spouse dia suka sgt. As for me..I appreciate sincerity in Friendship. And that is ME.

Baru-baru ni masa aku bercuti raya..aku cuti panjang. Things a bit kelam kabut at off. Where dorang keep calling. Sampai naik bosan aku nak melayannya. Bayangkan dalam sesibuk beraya umah org HP asyik kring kring....as company bayar aku pnye bil Do i have choice kan??....SP menjeling2 manja everytime aku excuse nak jwp..(mesti org dok ingat..waah sbuknya pempuan ni..bizness women ke)..tp aku x peduli lah..nasibler kan.

So masa aku cuti, adalah aku letak auto reply kat email aku yg kalau ada apa2 nak tnye or urgent..antar jer email kat sipolan2...mana pulak aku terpikir...panjang ler pulak ceritanya. Sudahnya dorang x dapat jwpn email aku dok antar email kat sipolan nih yg aku panggil si gagak pempuan nih...jadik GP ni ler yg dok kol aku berkali2 sampai aku naik bosan. Ada satu hari tu aku sedang bersantai2 giler (kat umah mak aku..bebas ler..kalau kat MIL mampus nak wat camtu) dok kol2 berkali2 tnye byk benda lah..jadik aku naik bosan aku suh anak ku si kakak jwp. "mama saya tgh tidor..bole tak tepon semula"...aku pakat gelak dgn kakak aku..sbb nya masa tu kami dok bergolek2 lepas kekenyangan makan tgh..harus lah kan.

Lepas aku masuk kje..aku buatlah mana2 yg pending..mana2 yg urgent tu. Ye lah, dalam masa 2 hari aku settlekan email2 yang beratus2 tu kira pencapaian baik gak kan??. Kisahnya, minah GP keep asking many question. Mcmana nak wat tu wat tni..aku ni memula tak rasa apa2 lah..aku layankan ajer. Since dia nak sgt belajar tugas2 aku ni kan..aku bgler dia buat filing (well, kena ler mula dari bawh kan??) then aku ajar sket2 pasal proses on inventory. Things carry on, until satu hari org2 whse aku kat Labuan antar email kepada aku berkenaan stocks dan cc kat minah GP tuh...
then aku ckp kat dia, x yah ler ko cc minah tu lagi..sbb aku dah balik keje nih...tergezutnya aku dgr jwpan dia...tp kak, minah GP tu suruh saya cc kat dia suma2 sbb dia kata dia back up akak.........ceeeewaaaaaaah, byk cantik dia pnye statement. Gila kosser tau..so aku plan2 advise mamat tuh..takyah la ko cc dia..aku dah balik. Lgpun dia bkan paham pun ko email2 gitu...cccccccisssss.


Aku meneruskan aktiviti aku mcm biasa..tapi aku notice minah GP ni baik betul dgn aku. Belikan aku kueh for breakfast (mmg selalu masuk tong) sbb somehow aku salu jer lupa nak makan...then aku ckp kat dia, ko x yah beli aku apa2 lg lah. Sbb pepagi aku mengeteh dulu sblum masuk off..then dia stop. Then masa aku sbok2 pasal besday kakak, dia dok sbok kata nak kasik hadiah bla bla bla...aku kata x yah..tak perlu....somehow takde pun dia bg apa2!...then one day (yg ini aku paling x bole tahan), aku tapau makanan and makan sama dia...dia stat cerita bla bla bla...pastu dgn selamba kadak dok menghembus hingus kat depan aku yg tgh syok2 menikmati nasik campur nih..loya jer tekak aku tuhan jer lah yg tahu....apa barang ler minah ni...tak reti bahasa ke org tgh makan...and it happen few times kalau dia dtg mengacau aku tgh menikmati hidangan...dalam pada tu gak konon2 dia ada ler brooch cantik dan mahal yg dia x pernah guna then nak kasik aku..ooittt (dalam hati aku pe hal minah ni)...aku x mintak dan kata apa2...pun eeeh..tapi akhirnya berlalu cam tu jer..maknanya."CAKAP X SERUPA BIKIN LAH TU" kan?

Since aku dah meng STOPkan diri aku beramah mesra dan berbaik2 dgn org kat pejabat ni, aku practice makan sendiri jer. Jadi aku malas nak amik port apa2 pasal dorang kat sini..pendek kata tak berminat nak tau..until satu hari minah GP ni cerita n ckp kat aku pasal aku kena warning konon dituduh bergospen pasal JLO kan. Mmg mcm aku sangka melayu mdah lupa 2 ekor tu lah pnye tak sayang mulut. Tapi since benda tu dah berlalu lantak pi lah...

Satu hari Minah GP ckp kat aku, dia kata ada kekosongan kat dept aku. Kononnya nak jadi aku pnye asst (aku pun taktau)..since Jenab ckp kat dia lah kot, and dia nak apply tu. Sbb tu dia eager nak belajar..oooooooo now aku tau kenapa ler ttba minah ni jadi extra baik dgn aku. Walhal dah dkt 6 bulan dia kat sini x pernah pulak mcm tu. Yg aku tak tahan..dia kutuk si melayu sekor yg dah lupa...(yg cantik2 tapi bodoh2 sket tu ler) rupanya kemungkinan bila dia dapat kat tmpat aku..dia nak suh minat tu sit for receptionist tu. Laaaaaaaaaaah kisahnya. Siap claim kata bos aku suka keje dia (ceh ceh, statement. Kalau setakat tolong bos aku scan fax jer ) tolonglah. Sakit telinga aku dgr. Dia ingat keje aku ni takat ckap jer. Aku pun take so long to be what i am now..takde masa aku nak ajar ko lebih2. Dulu2 aku belajar sendiri tak ada masa aku nak menurunkan suma ilmu aku.......

Jadik back to square one. Aku dah stop diri aku makan ke apa ke dgn dia...jadik aku x leh ler bawk apa2 kek, biskut ke ke off lagi...aku x nak dah ada apa2 dgn org orang kat sini..cukuplah apa yg aku dah kena. Now aku terpkir. Melayu 2 org tu pun sgt gigih nak berbaik2 dgn aku nak ajak lunch lah bekfast lah..tapi, since aku dah tau tujuan dorang..kim Salaaaaaaaaam. OOO dulu buat org x ingat..skg ni asked for mercy pulak.

Dorang benarnya taktau berapa company bayar gj aku..tapi aku sgaja buat2 cerita kat minah Gp yg dorang byar aku tinggi giler..around -5 to 6 k jadik suma pun berlumba2 nak join ..ish ish ish...apaaraaaaaaaaaaaa..Kalau ye pun aku dibayar byk gitu..(x ler sampai byk tu weeeh, kalau betul bagus amin) mesti nak kena buktikan ko berbaloi dgn value tu kan??

Ini takat, yakede yack jer, dtg lambat balik cepat..attitude x semengah..jgn ko mimpi. Segala apa yg kita capai tu org kata kena usaha dgn rajin. Bkan takat cakap jer ye dak..

Since aku balik to lone ranger skg ni..aku malas nk bother er pasal org lain. Lantak pi ler depa. Cumanya aku mmg xtra xtra berhati2 kali ni. tak mau pisang berbuah dua kali. Keje aku go on mcm biasa...